Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, December 12, 2008

Jika dengan berbisik mampu mencapai matlamat kenapa perlu melaung?

Bak kata Tunku Abdul Rahman

....orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu...

5 comments:

  1. Assalamualaikum anakku,

    Kita sama-sama mahu mempertahankan Hak kita sebagai Orang Melayu tapi ianya tidak akan tercapai jika kita tidak berfikiran positif, rajin,berusaha gigih dan mempunyai sikap yang betul.

    Inilah yang perlu kita terap seiring dengan semangat mempertahankan apa yang memang hak kita.

    Kekuatan Ekonomi amat penting untuk survival bangsa kita supaya setaraf dengan bangsa lain.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Harimau dan singa mengaum, sebab itu binatang lain takut dengannya.

    Tunku berbisik, sebab itu beliau tidak mencapai apa2 pun selain dari Singapura keluar Malaysia,memberi kerakyatan yang tidak munasabah dan juga sistem politik yang rapuh menyebabkan orang2 Melayu semakin hilang arah.Beliau meninggalkan banyak masaalah kepada generasi Melayu sekarang.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan samat. walaupun Tunku berjasa memerdekakan negara ni, tapi banyak masalah sebenarnya bermula dari dasar yang dibuat awalnya.

    ReplyDelete
  4. salam sdr.

    Benar sekali saudara. Apa yang dikatakan almarhum tunku adalah betul. Kita sanggup berlembut, kita sanggup bertolak ansur. Tapi kenapa manusia jenis ini tidak pernah berterima kasih?. Diberikan betis hendakkan paha. Menjadi kadok naik junjung!

    Kadang-kadang saya rasa marah, iri hati kerana apa yang saya nampak pemerintah terlalu berlembut dan terlalu akur dengan tuntutan kaum pendatang. Kekadang merasakan kepentingan kita diketepikan. Sampai bilakah kita akan terus dihimpit? tapi yang pentingnya sampai bila kita mampu bersabar!

    ReplyDelete
  5. setuju dengan mountdweller!

    sejauh mana kita harus bersabar?

    pemimpin Melayu sendiri buat kita hilang sabar.

    terutama nuar brahmin yg banyak mencabaul hak Melayu.

    ReplyDelete

Blog Archive