Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 26, 2009

Agen calon mula merayap ke Negeri Sembilan

Sekarang ni kalau nak tengok bagaimana agen2 calon melobi perwakilan, bolehlah pergi jenguk di coffee house, lodge, hotel, resort, restaurant, Secret Recipe, McDonalds, Pizza Hut etc. di Negeri Sembilan ni. Sambil-sambil lunch, dinner, kudapan dan merarau tu, akan kelihatanlah wakil calon ini bersama G7 dan G6. Kalau SPRM tu dah takde kerja sangat, boleh la pergi pantau.

Akhir-akhir ni jugak, banyak ceramah anjuran pembangkang di Negeri Sembilan yang menghentam BN. Jadual aktiviti ceramah boleh diperolehi di akhbar Sinar. Pelik pulak rasanya, sejak bila akhbar Sinar dah jadi media rasmi pembangkang serta mengiklankan aktiviti harian pembangkang? Kalau media arus perdana siarkan jadual dan aktiviti UMNO atau BN, dah confirm pembangkang mengamuk jadikan isu.

Bila pulak BN nak buat ceramah untuk bagi penerangan pada rakyat? Asik pembangkang saja yang rajin buat road show. Ke BN sibuk nak setel kan masalah ekonomi? Iyo la tu agak eh. Tak pun sibuk kempen pemilihan UMNO yang tinggal kurang 30 hari saja lagi. Walaupun ekonomi tak stabil, tapi politik tetap dijadikan wahid. Rasa rindu pulak kat pemimpin macam TDM time2 begini.

7 comments:

  1. dio ni tak yo goti2 laie,kang ditangkap kang kato sprm zalim...kan pal lah dah kato jgn ado kempen...susah botol orang macam ni.

    ReplyDelete
  2. YO LAH PANEH,
    PATUT LA ARI TU SI KJ TU ADO ROUND KEK TOMPEK DEN.
    POI KO GUMAH SORANG WAKIL POMUDO. ADO MAKAN2 LAH TUH.

    NASIB BAIK KJ TUH CALON DARI NOGORI.. TAK POI LAH..

    ReplyDelete
  3. Salam PM,

    KJ makan2 kat rumah pemuda N9 tak apa lah, mende dia bukan nye kempen. Tapi kalau MM atau KT tentulah tak boleh dan Pak Lah marah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum anakku,

    Pembangkang boleh buat ceramah 365 kali setahun sebab mereka memang TAK ADA KERJA. Dan ceramah jenis ini Tak ada isi. Cuma mengata, menghentam orang lain, menghasut dan menfitnah. Facts tak perlu.

    Dan orang pun memang suka cerita cerita sensasi daripada cerita yang mendatar.

    BN sibuk buat program untuk rakyat, tak ada masa sangat nak berceramah ke hulu ke hilir.

    Lagi pun, memang orang tua tua kata, TIN KOSONG bising bunyinya.

    ReplyDelete
  5. ya Paneh parpukari dan wak sadero, OKU kau yg kau sayangi kena buly kat parlimen kau tak teringin nak ulas ka

    ReplyDelete
  6. Apo dah jadi, ketuo SPRM dapek lombu sekor dah tutup mulut rapat, tak jadi nak jawab apa2 pun ka. ka mulut dia dah kena sumbat najis lembu. ka jenis lombu cucuk hidung.

    ReplyDelete
  7. salam,

    se ni bukan nk kato apo la kan..tp oghang umno/bn ni nmpk kompiden yo sampai susah bonar nk tughun ceghamah..last time wkt pru12 khairy boleh x turun tompek se ha kan paroi da kalah..
    tapi se ni sokong jugak la si keri ni..arap dio monang la nanti kan sebab dio ni bole diarap la utk ptahankan umno banding dongan yang lain 2 yo x..

    ReplyDelete

Blog Archive