Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 26, 2009

LEXUS DAN LOMBU KORBAN

Semalam Atok tengok Khalid Berahim, MB Selangor buek kenyataan kek press. Goli hati ado, kesian pun ado. Jawapan eh tu macam crito bobudak yo. Kes lexus ngan kes lombu korban. Dio cakap dio dah ngadap Sultan Selangor dan bagindo merestui penggunaan lexus dio sebagai keto rasmi dan bagi lombu kek rakyat Selangor. Atok bukanlah nak mempertikaikan restu dari istana tu. Tapi khalid ni ponah topikir tak, kenyataan eh dalam suratkoba duo tigo ari yang lalu tu telah menjorek kopala lutut eh. Dio cakap dio gunokan keto sendiri untuk kegunaan rasmi, jadi kerajaan Selangor lah yang bayar mentenen keto tu. Lombu tu disemboleh untuk rakyat Selangor, jadi tak salahlah gunokan duit kerajaan selangor.

Kalau logik orang biaso mungkin dapek diterimo dek akal tapi sebagai pentadbir negeri, mano deh profesionalisme kau, mat Khalid? Kerajaan Selangor ado tak keto rasmi eh? Ado kan? Jadi, perentah am mano yang kau ambik membolehkan keto pribadi diselenggaro dengan duit kerajaan?

Kepado pembaco yang budiman, cubo kita fikirkan dengan akal yang waras dan tobuko. Berapo hargo nak servis sebuah perdana, keto rasmi dan brapo plak hargo nak servis lexus mat Khalid tu? Tak ko ni dinamokan penyalah gunaan kuaso. Menggunokan duit rakyat untuk kepentingan pribadi. Peh tu cubo cari satu klausa yang mengatokan boleh digunokan duit kerajaan negeri untuk buek korban untuk memancing populeriti.

Jadi, apo yang atok dapek rumuskan di sini, khalid dah mengadap Sultan dan dio kato Sultan dah restu (dio cakap Sultan restu penggunaan keto peribadi sebagai keto rasmi, Sultan tak cakap bagindo restu mentenen ngan duit kerajaan). Lopeh ni kok ado mano-mano pehak, terutamo eh BN mempertikaikan tindakan dio dan SPRM meneruskan tindakan,

MAKO, DENGAN PONOH SEMANGAT KESETIAAN KONON EH, AKAN MENGATOKAN BN MENDERHAKO KEK RAJO.

Dah lah tu Khalid, kok dah buek salah tu, ngaku jolah. Jangan lah nak puta bolit. Dah torang-torangan si Eli tu buek maksiatpun kau nak potahankan. Cukup-cukuplah tu. Akal kau tu macam akal budak sekolah rondah jo.

9 comments:

  1. LAWAK BODOH NI KONO KEK DIO DIBOLIHKAN,
    KALAU KONO KEK BN, MAK UII..! BEGOGAR SATU MALAYA.

    APO YANG PUAK PR TOLAN SAMPAI JADI MACAM NI??

    ReplyDelete
  2. yang khir toyol 2 makan juta2, kenapo sprm double standard. kes dah lamo, pasal apo tak siap2 laii.kalo nak kono biar semuo org kono. lombu disoborang tak nampak....

    satu laii, bab sultan nie, bn laii terok, siap pergi report polis sampai bolih masuk guinness record. siap buat demontrasi, polis jadi guard plak tu. tak ke bodoh 2, yang mana terang2 UMNO@sultan x boleh pecat mb perak...nak buat koje bior nampak cerdik skit.nak cari publisiti, macamlah tak tau tektik UMNO

    pastu loni kalut p London minta nasihat penjajah, mmg lucu la puak2UMNO nie. macam cerita 3 Abdul, nak kenakan orang, last2 diri tergadai.

    ReplyDelete
  3. Saudara tak bernamo... (Anonny..)
    Saya setuju dengan saudara yang sultan tak boleh pecat MB Perak. Itu kalau ikut perlembagaan.TAPI dalam perlembagaan yang sama dicatatkan seseorang MB hilang kelayakannya apabila beliau hilang majoriti sokongan. Hal ini berlaku apabila Nizar kehilangan majoriti tersebut. Sultan Perak hanya melaksanakan apa yang sepatutnya sahaja.

    Agak-agak kau (Anon...) sultan Perak yang pernah jadi Ketua Hakim Negara tu tak faham perlembagaan ke?

    ReplyDelete
  4. Yang Pertama, melakukan rasuah itu adalah kerja bodoh.

    Yang kedua, kalau melakukan rasuah dan lepas tu kena tangkap, itu sudah dua kali bodoh.

    Setahu saya, kita hanya boleh gunakan kereta peribadi untuk tujuan rasmi kerajaan hanya jika kerajaan tidak menyediakan kereta rasmi. Tak tahulah pula peraturan tu dah berubah dan dibolehkan ketika ini.

    ReplyDelete
  5. Memang otak lombu betul puak puak ni.... toyol tu songlap duit juto juto... mak taik wak lari duit juto juto pi ostolia pun wek tak nampak...memang bingai la puak ni..lombu pun tak bingai cam ni....

    ReplyDelete
  6. salam..

    sayo memang sokong artikel atok..
    khaled ni da la buek doso tampi x nk plak ngaku eh..nk peghangkap oghang guno kenyataan ghajo plak 2..

    yang si anon ni pon satu..da bnyk da oghang bn kono tangkap sobab rasuah ni tampi cbuk dok cito psl khir toyo nie..poie la tanyo sprm sendighi..peh 2 kalo sprm jawab kau kau ha toghuih hontam kato double standard..nk sokong pun biar la bukt kan kalid x bsalah bukan eh caghik kslhn bn lopeh tu tanyo apsal bn boley buek tapi dio x bley buek..

    ayo boto la hai..

    ReplyDelete
  7. Ini Lombu sah pemberian dari PR. Kalau Khir Toyol nak makan halal silakan lah. Wak Sadero pun boleh makan setalam dgn Singh is the King. Kalau nak buek haji ujung tahun ini boleh sewa appartment Khir toyo, pasti pangkah Ketua Pemuda Parti Peninggalan Penjajah. Ini fakta lekat kat kerongkong paneh Miang.

    ReplyDelete
  8. Lombu dah buat lapuran pada SPRM. Sebanyak 20 lapuran rasuah oleh Mantan MB Selangor. Yang paling dahsyat lapuran appartment toyol kat Mekah. Puak Natang ni Allah Taala pun demo tak takut. Janji boleh makan, wak Sadero dan Paneh Miang boleh nyanyi lagu Yumno, Bersatu kita bersatu. Pemimpin pulah laung Tradisi membela rakyat. Mat taib wak lari 2.5 juta ha ha.

    ReplyDelete
  9. Diam2, ada 1 berita dari kubur. Eric Chia dari Singapura, bawak lari 750 juta ke Hong Kong zaman mat tahir, zaman pengotor, cemekap dan tak amanah. Kesian kat Wak Sadero dan Paneh Miang, hidup melayu.

    ReplyDelete

Blog Archive