Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, February 7, 2009

DR MAZA BERTANYA: Pembangkang jawab la..

Dr Asri telah bertanyakan soalan-soalan berikut dalam laman webnya. Ada wakil PAS, PKR dan DAP nak tolong jawab?

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?

2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.

3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

Sila rujuk Krisis di Perak: Penjelasan Dari Sudut Perundangan.

14 comments:

  1. 1.Dengan jelas pihak istana harus tarik balik gelaran Dato' Seri daripada YB Nizar. Beliau tidak layak lantaran kebiadapannya dan penderhakaannya ke bawah duli Tuanku Sultan Perak.Tarik balik gelaran Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim kerana sudah jelas beliau juga tidak layak.

    2.Dengan jelas, orang-orang bukan Melayu dalam pakatan pembangkang tidak pernah mengiktiraf kesultanan raja-raja Melayu apatah lagi hak istimewa orang Melayu.

    3. PAS, PKR & DAP pengkhianat!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Orang Melayu Perak patut sedar bahawa Nizar jadi MB kerana Undang Tubuh Perak yang mewajibkan MB Perak mestilah Orang Melayu Islam!! Jadi DAP tiada peluang.

    Bukan kerana DAP sayang pada Nizar.

    ReplyDelete
  3. Sebab tu dalam PRU13 nanti, DAP ada sebut nak letak calon melayu profesional sbg calon DAP. Apa maknanya ni??? Jawapannya ialah, Sebab bila menang, DAP boleh jadi MB. Benda macam ni pun , orang melayu tak boleh nak baca...Masih nak menyokong DAP. Pelik orang melayu macam ni, masa PRU 12 dulu tak ada pun pakatan rakyat, hanya sebut aje. Aku kawan kau dan kau kawn aku (DAP/PAS/PKR). Itu menipu rakyat namanya. Nasib baik DAP tak menang semua kerusi yg dia tanding. kalau tidak , aku rasa dlm kerajaan perak hanya satu aje yg melayu iaitu MB dan yg lain DAP.

    ReplyDelete
  4. Kenapa kata BN main politik kotor? Bukankah ini yang dimainkan oleh DSAI masa dia mengwar-warkan pasal 16 sept yg lepas. " Saya ada cukup ahli Parlimen BN yg akan lompat parti"...begitulah ungkapan SOMBONG dan BONGKAKnya dia.
    Dia tak tahu, semuanya berlaku dgn kuasa Allah bukan kuasa dia. Sekarang, baru padan muka dia...
    Betul apa Dr Mahathir kata " apa yg berlaku di Perak merupakan pengajaran buat DSAI". Aku sokong sangat pendapat Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  5. aku berani mati untuk agama, bangsa dan negara ku. aku berani ckp bukan aku sorang saja yg berani. ribuan lagi di luar sana juga berani. jadi pembangkang yang sombong dan bongkak, hati-hati kamu. duit belum tentu dapat menolong kamu wahai pembangkang. paling-paling lari ke luar negara yg dialu-alukan dari jadi parasit di negara ini.

    ReplyDelete
  6. Tuan, jemput datang kesini. Saya sekadar menyediakan 'pelantar' yang memungkinkan mudahnya kita untuk bertemu sesama kita.
    www.mandatrakyat.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Selamat datang semua ke blog kami.
    Tuan Ahmad sudah ada dalam senarai kami.
    Takde wakil pembangkang yg jawab soalan Dr. Asri ke?

    ReplyDelete
  8. Rasa nya soalan2 dr maza tuh leh tanya pada rakyat perak dengan buat pilihanraya semula.Diorang yang berhak jawap soalan2 itu

    ReplyDelete
  9. bukan niat di hati nak perkecilkan dr maza...bukan niat di hati nak bela pakatan rakyat...

    1)ttg lompat anwar...
    pada aku lompat anwar tak dibayar...sedangkan lompat najib memang ada berita yg sangat kuat dan telah pun diadu kepada SPRM...
    pada aku lompat anwar adalah lompat perjuangan...lompat najib lompat duit...

    2)tentang mufti, aku tak nak komen…urusan orang macam mufti hanya dia ngan allah…buruk perbuatannya, akan terjejas laa agamanya…baik perbuatanya, baik laa agamanya…aku pun tak pernah komen pasal orang agama dalam bn dn pr…
    Pada aku tanggungjawab depa amat berat…

    3)kalau orang macam nizar yg tugasnya bermula time ramai lagi orang islam kat perak ni belum bangun tidur dikatakan boneka DAP, yg bangun tidur sama ngan orang bukan islam tak tau laa boneka apa…kerunsingan pihak istana mungkin ada benar…tapi sekarang pihak istana pun dikatakan terlibat dalam konspirasi…aku pun baca dalam blog…selebihnya tunggu laa keputusan mahkamah…byk perkara tak lojik pada lompatan mereka…berita tv dan masa yg begitu hebat mengkritik kerajaan perak pun tidak pernah sekali memaparkan kisah adun2 kat perak ni bertelagah, alih-alih mereka didapati hilang tanpa diketahui oleh keluarga apatah lagi majikan…tiba2 adun ni ambil MC…bila dijumpai rupanya ada kat pekan(pahang)…jadi apa kisahnya?...hanya mereka dah Allah sahaja yg tahu…

    4)aku baru 5 tahun kat perak ni…dok pun kat pekan ipoh jer…
    Dalam 5 tahun ni, aku tengok kat perak(aku hanya bercakap pasal perak) ni takda apa2 yg teruk…Cuma zina sangat berleluasa…aku tak tau sangat keburukan zina…yg aku tau berdosa besar walaupun suka-sama suka…dr maza pasti lebih tau…bab no ekor usah cerita laa…tak payah suruh keeling gi beli…orang melayu sendiri buleh gi beli…
    Disebabkan sepanjang merdeka sehingga tahun 2008 ini laa terjadi kat perak, aku rasa tak salah utk bagi peluang pakatan rakyat utk jaga rakyat…amat dangkal utk kita adili bagi mereka yg beberapa orang menjaga umat 3 juta orang dalam masa 10 bulan…
    Secara peribadi aku yg tak berapa elok ni, aku lebih suka kalau PAS memerintah Malaysia keseluruhannya…masa tu mungkin kita dapat melihat perubahan dasar dan pendekatan…akhlak alquran insyaallah merubah segalanya…sepertimana akhlak yg ada pada dr maza, begitu juga akhlak yg perlu ada pada seluruh umat islam…

    SEKADAR MENJAWAB…AKU TAHU DR MAZA BUKAN NAK KONDEM SESAPA…

    ReplyDelete
  10. buta perut btul ano kat atas nih...tak abis2 bela Brader Anwar Bin Ibrahim?ada apa2 kah antara tuan dgn dia?khadam kopi kah?zina yg dirunsingkan?liwat tak pulak dipertikaikan?taik btul ler ko nih...

    ReplyDelete
  11. heh eeleh..kalu dah umno terkenal dgn rasuah, apa2 pun umno boleh buat..setakat beli org..enteng yo..apa nak pelik..yg lompat tu masuk umno tu..hati kocik..poket bosar..itu yg juak umno nak banggokan? rasuah dah jadi darah kek umno..tu baru satu bab, ni bala..mana? bala? ada org umno tahu mana najib dah sorok bala? tibo2 yo ghaib..polik sampai kesudah..

    ReplyDelete
  12. banyak pulak duit umno nak rasuah org dlm keadaan ekonomi yg tak menentu skrg ni ya. mmg masuk akal tuduhan ni. tapi bukan ke lebih baik duit yg kononnya dirasuahkan 50juta sorang pada adun tu najib gunakan pada benda lain. drpd dia bg adun tu baik najib sedekah kat org ramai. konpem akan ramai suka dia. pembangkang pun takden modal nak tuduh dia. paling tidak pun tabur kat felda. konpem org felda syg bangat sama najib. mmg logik sungguh tuduhan pembangkang ni. sebab sebenar adun tu kluar parti cuba disorokkan. fitnah pula yg suka diperkatakan. suka mkn daging saudara sendiri agaknya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  13. itulah sebab najib nak tukar kementerian bai. ada perjanjian belakang dgn pak lah agaknye.korang semua puak umno x habis2 nak anggap najib baik, umno baik. itu dululah bai..umno duluuuuuu...najib dah jadi bapak setan..pak lah najib punya boneka..puppet..najib dah pegang duit..apa lagi..rasuahlah..oit..umno hari ni dah x da maruah!!

    ReplyDelete
  14. ni mesti org pas ni yg suka menggelar org lain setan. patut la suka memfitnah. nabi ajar mcm tu agaknya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Blog Archive