Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, September 11, 2009

Disebalik Tabir Mesyuarat Umno Bahagian Teluk Kemang

Salah sorang member kamcing Isa Samad

Teringat kisah pada tahun 2004, selepas Isa Samad memenangi kerusi Parlimen Jempol, tanpa sebarang jawatan, tidak ramai yang mengekori beliau sebagaimana semasa beliau masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Ketika makan malam selepas PRU-11 di Allson Klana Seremban, kelihatan hanya kami dan beberapa sahabat karib Isa Samad sahaja yang hadir. Ketika itu rasanya tiada siapa pun yang begitu pedulikan Isa kecuali sahabat-sahabat baiknya.

Sehinggalah beliau diberi tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan berjaya memenangi salah satu kerusi Naib Presiden Umno, keadaan telah menjadi sebagaimana sebelumnya apabila beliau kembali dikelilingi oleh 'langau-langau' lama dan baru. Selepas dipaksa pencen dari jawatan Menteri Wilayah dan Naib Presiden Umno, secara tiba-tiba 'langau-langau' tersebut kembali menghilangkan diri. Walaupun pelbagai episod malang melanda dirinya, Isa masih dianggap bernasib baik kerana mempunyai kalangan sahabat yang tidak tergolong dalam kategori 'pengambil peluang' dan masih setia bersama dengannya.

Hari ini nama Isa Samad kembali dizikirkan seantero Malaysia sebagai 'jaguh' yang bakal dipertaruhkan BN untuk kerusi N31 Bagan Pinang. Selepas berakhirnya mesyuarat Bahagian Teluk Kemang, Isa Samad dilaporkan berkata dalam sidang media bahawa AJK Bahagian Teluk Kemang telah memberikan pandangan dan gambaran akan calon yang bagaimana yang mereka mahukan untuk PRK N31. Namun, Isa enggan mendedahkan senarai serta jumlah calon yang akan dihantar namanya kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan Presiden Umno.

Namun kami memperolehi maklumat akan perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat Umno Bahagian Telok Kemang, tetapi tidak didedahkan kepada pihak media, iaitu:-

1. Ahli mesyuarat memutuskan untuk memberi mandat kepada Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang, yakni Isa Samad untuk menentukan senarai serta jumlah calon yang akan dihantar ke peringkat pusat.

2. AJK Bahagian juga sebulat suara mencalonkan Isa Samad sebagai calon tunggal BN dalam PRK N31 Bagan Pinang.

3. Walaubagaimanapun, ahli mesyuarat turut memutuskan bahawa segala keputusan adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Isa Samad sendiri untuk membuat pertimbangan.

Semasa ditanya wartawan dalam PC, adakah Isa tidak merasakan bahawa dia akan menjadi beban kepada Umno sekiranya terpilih sebagai calon BN di PRK N31 disebabkan kes yang melibatkan dirinya sebelum ini. Jawab Isa,

"Ada pemimpin pembangkang yang pernah dibicara dan dipenjarakan kerana salahguna kuasa dan rasuah, boleh menang pilihanraya. Lepas tu perbicaraan kes baru asik tangguh-tangguh tapi masih ramai penyokong dan bercita-cita besar pulak nak jadi PM. Tiada siapa pertikai pun. Saya cuma didapati bersalah kerana masalah disiplin parti. Dah jalani hukum. Dah bersih. Orang yang cuba persoalkan saya tu hilang akal ka? Kenapa pemimpin pembangkang boleh...kenapa saya tidak? Hilang akal ka?"

p/s: Heheh...hoben je dorang tu Tan Sri...leban je sesekor pembangkang tu semua. Maju Umno....Maju Melayu!

13 comments:

  1. Salam, bunyi mcm nak ja.... nak Umno cepat tlungkup! Haha

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa Zaid Ibrahim pun digantung keahlian dia dan kemudian boleh jadi Menteri juga!

    Jangan tak ingat Azim Zabidi pun begitu juga dan boleh jadi Bendahari UMNO pun!

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Isa betul2 dah sedia nak bersilat ..

    Masa kempen semua terburai, habis kempen,org lupa balik laa kisah tu.

    Tuk Hasan risau ke kalau Tok Isa ni masuk DUN semula?

    ReplyDelete
  4. DAP dan PKR bukanlah suci
    Guan eng dan anwar menangi
    Dulu dipenjara jadi penghuni
    Terpulanglah kepada pengundi

    Canggih kaum wanita promosi
    Konon bakal calonnya mewangi
    Sapa pun yang najib pilih nanti
    Biarlah wanita terakhir namai

    http://koleksipuisiserling.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Mungkin suatu masa dahulu boleh gunakan alasan tu... tapi situasi sekarang tidak. Kalau UMNO nak terlingkup buat la... yang sokong Isa ni puak2 yang berkepentingan, tapi kita kena ambil kira 14,000 orang pengundi yang lain. Adakah mereka setuju dengan Isa? UMNO ni dah nak terlingkup pun masih x sedar diri... Letih aku jadi penyokong BN.. masih x berubah..

    ReplyDelete
  6. hehehe pandai isa jawap heh..botul la apo kata isa tu pasal bro abi tu...eden copy paste kek dun31.blogspot yo...bagi lobih ramai orang baco jawapan isa ni....

    ReplyDelete
  7. Den raso ISA ni salah perkiraan ni...dia menyatakan pemimpin pembangkang ada salah pun menang juga dlm pilihan raya...betul...
    Tapi, masalah eh...sekarang dunia dah terbalik...pembangkang bersalah, jadi calon dan monang...UMNO plak sudah bersalah, jadi calon, dan terus tersungkur...sebab nya, masalah pemimpin parti pembnagkang yg jd calon walau bersalah lain drpd masalah UMNO...masalah pemimpin pembangkang yg bersalah yg menjadi calon PRK/PRU adalah mereka dikatakan diinaya dan mereka memperjuangkan hak rakyat, tapi mereka dihukum, lantas memberi kredit kpd mereka...
    Tapi UMNO (ISA) bersalah kerana RASUAH (POLITIK WANG = RASUAH) yg mana dia didapati bersalah dan dihukum olh PARTI UMNO bukan undang2 jenayah negara...ada beza bro...!!!apa beza politik wang dgn rasuah, dan kenapa ianya (ISA) tidak disabitkan dgn kesalahan jenayah dan dihukum penjara spt pemimpin pembangkang....jgn silap bro...sebab tu org tetap yakin dgn pembangkang...mereka solid dan telus...dan kesaalahn ISA itu akan memberi ruang utk pembangkang membelasah pemimpin lain (Ali Rustam, KJ, dll..) masalah..ni bro!!dan ianya sudah tentu dipertikaikan peranan SPRM, undang2, dan mahkamah...susah ni bang...

    Tapi kalau UMNO berani dan hendak kan juga si ISA...silakan...bagi den, kalau lah diberi peluang mengundi kek situ (B.P) ISA SAMAD bukan pilihan aku....sori bang..org dah tercemar ni susah lah nak jd bersih semula...tersangat sukar...pandang wajah dio sajo, dah tergambar dia ni PERASUAH...sori la ...akhirnya semua pemimpin UMNO pasti akan kena belasah punya...

    kalau ISA dicalonkan..aku pasti..UMNO akan jadi DEFENSIF dan tak laku dah AGENDA PEMBANGUNAN, AGENDA MELAYU...dan UMNO akan diganyang secukupnya...

    ReplyDelete
  8. aku pulak pandang anwar ingat peliwat dan perasuah. pandang nik najis ingat nyanyuk. pandang hadi ingat bacul. pandang eli ingat seks bebas. pandang khalid dan zaid ibrahim ingat penogok kencing setan. mereka semua di atas bukan dianiaya pun tapi org sokong jugak. pejuang rakyat kunun. sudah la anon bebal. bab pembangkang beria kau defend. nampak na kau ni org yg tidak adil. tak layak jadi saksi ni.

    ReplyDelete
  9. keh keh keh

    Walau sapa pun calon di Bagan Pinang pasti ada pro dan kontranya. kerana selagi ada penyokong dan pembangkang pastinya pro dan kontra akan ditonjolkan. bg penyokong akan dibentang segala mcm pro sesuatu calon dan bagi pembangkang akan dikorek dan dicari kekurangan, kesilapan dan kesalahan. itulah senario politik malaysia. rakyat sudah terkeliru dan dikelirukan ttg fungsi wakil rakyat. wakil rakyat sepatutnya adalah mrk yg membela rakyat, menjaga rakyat, memudahkan rakyat, menyenangkan rakyat, bekerja utk rakyat, menguntungkan rakyat. YB bukan lagi bermaksud Yang Berhormat tetapi bermaksub Yang Berkhidmat (petikan kata2 dlm sebuah filem melayu lama).

    Apa guna menjadi wakil rakyat jika masalah rakyat tidak diselesaikan? (mcm masalah penduduk seksyen 23) apa guna jd wakil rakyat jika ketenteraman rakyat tergugat? (mcm penduduk kg buah pala). Apa guna jd wakil rakyat jika berjanji tp tak dpt nak ditepati? (janji air free, bantuan itu dan ini tp semua mimpi). permatang pasir bukti rakyat terkeliru fungsi wakil rakyat. walaupun dijanji sbg anak emas rakyat tidak hiraukannya yg ptg hati puas melihat UMNO/BN tewas. kemudian bila harga minyak naik baru ingat mintak kerajaan persekutuan turunkan harga.

    Rasa2nya sekaranglah tsunami politik perlu dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN iaitu memberi bantuan secara terpilih. beri bantuan kpd meraka yg memberikan sokongan. kenalpasti siapa yg membangkang. jika kakitangan kerajaan yg membangkang buang dr jawatan kakitangan kerajaan ambil mereka yg berpotensi dan menyokong kerajaan.

    apa kata cuba dulu?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Susah betol cakap dgn org sengal yg tak reti2 bahasa suka guna nick org lain ni. Dah bg amaran banyak kali tp tetap sama beganya. Memang spesis pariah budus. Cakap dengan pig pun lagi bermakna agaknya. Takde keyakinan dan kehormatan diri, itulah spesis penyokong pembangkang. Polak den.

    ReplyDelete
  12. Dah orang kampung nak 'an kek dio, buek apo nak sokat2...? Kang sobab nak jago ego dr cerito buruk pembangkang, kehondak orang kampung plak nak digadaikan... Diorang yg nak mengundi. Buek eh sok diorang merajuk, jentera pilihanrayo pun maleh nak gorak, sapo nak disalah 'an? Yang mengotuk pintu rumah orang semuo org luar negori sembilan, tak malu ko? Belajar laa dr 6 RPK sebolum ni, tanyo orang setompek nak pilih syapo... Tengok PRU12 marin, posmen, piun hatta orang dlm Kamunting pun buleh tanding & monang. Sobab eh? Dah pengundi nak 'an kek dio, biar laa kau lotak tunggul kayu ko, boruk ko... Pokok pangkal eh tanyo pengundi / masyarakat setompek, diorang nak 'an syapo.

    ReplyDelete
  13. apo kato kita kasi can kek Tan Sri Isa Samad (TIS)lawan jadi calon kek bagan pinag.sobab ee den ghaso dio ado lagi aura kek Dun tu.alahh kot TIS monag pun 3 tahun jo dia jadi wakil rakyat.lopeh tu den gahso dia tak jadi calon pada pilihan rayo akan datang.kot payah payah bonar.kasi TIS jadi calon bebas .mano lah tahu kot kito pilih lain org jadi calon kot kalah .padan muko barisan .kasi dia calon bebas kot monag deh kompom TIS masih pengundi mahu an dio.lopeh tu offer dio masuk balik barisan. sekarang nie macam macam boleh jadi dalam politik nie. itu cadangan den lah.manolah tahu kot boleh dipakai.hidup barisan hidup UMNO.

    ReplyDelete

Blog Archive