Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, September 29, 2009

Tahniahlah Isa Samad...

kerana berjaya menjadi pilihan pucuk pimpinan parti sebagai calon BN di N31 Bagan Pinang. Tahniah juga kerana bakal menerajui kembali Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar menggantikan Mohamad Hasan. Berita ini ditulis sebelum pengumuman calon BN di N31 oleh TPM...tunggu dan lihatlah bahawa Negeri Sembilan akan kembali menjadi NEGERI SIFAR PEMBANGKANG.

p/s: Apasal Pakya pulak yang terlobih golak nih? Kuang...kuang...kuang...

11 comments:

  1. tahniah TS Isa...anda memang banyak jaso kek n9 ni...sekarang giliran kami anak-anak mudo semasa TS Isa jadi montori bosar membalas jaso anda...kami akan kojo kuek memastikan kemenangan TS Isa

    Hidup TS Isa

    Pemuda Cawangan Taman Bukit Kepayang, Bahagian Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

    ReplyDelete
  2. Tahniah TS Isa Samad. Macam yang den ado baco dulu la, sapo ntah cakap den dah lupo. Lobih kughang camni la bunyik eh:

    Kalau nak monang, buek cagho nak monang.

    Harap bersatu la pengundi2 semuo.

    ReplyDelete
  3. UMNO dah makin murah, dah jual lelong di pasar malam, dah jadi mainan, dah jadi bahan ketawa..

    Cikgu sekolah pun dah pencen.. Cikgu politik dah tak faham faham nak pencen..

    Majoriti 2 ribu terdahulu bukanlah banyak sangat, sekali Nik Aziz jampi..tiga suku kem undi pos kepada pembangkang..

    UMNO berputih mata lagi kali ini, siapa pula nak disalahkan..

    Nasib engkaulah labuuuuu...

    ReplyDelete
  4. Tahniah la TS Isa...den tak dapek nak kato apo2 lah...cumo polik den pikir...dah tak do ko manusio UMNO yg lobih baik dari Isa kek Bagan pinang yg buleh dipilih?????

    lantak kau lah UMNO...ekau yg buek taik...jgn marah kalu org golak yo tgk perangai UMNO yg tak berubah2 ni...beruk pun malu dongar cerito Isa jd calon....kuang..kuang..kuang..

    Che Det mesti sosak nafas...masuk ICU lah org tuo tu....

    ReplyDelete
  5. Aku memang mengharap umno/bn menang tapi kalau ikut kata mahatir ini rasuah politik..payoh ni... aku pulak tak mahu bersubahat dengan perasuah so macamana ni undi tutup mata jolah harap-harap terpangkah be end...tapi kalau tersalah pangkah pun aku suka

    Din Port Dickson..

    ReplyDelete
  6. Sila imbas kembali:-

    http://anotherbrickinwall.blogspot.com

    1. Thursday, September 17, 2009
    Konspirasi terhadap Isa Samad:
    Disebalik Tabir (Akhir)


    2. Wednesday, September 16, 2009
    Konspirasi terhadap Isa Samad: Pilihanraya 2004


    3. Monday, September 14, 2009
    Konspirasi terhadap Isa Samad: Prequel

    ReplyDelete
  7. Ingin saya mengulas komen2 yang terlalu emosional macam budak2 ingusan.

    UMNO hanya sebuah parti, begitu juga PKR, PAS dan DAP. Yang buat masalah dalam parti ialah berapa kerat pemimpinnya kerana mereka ini manusia yang lemah penuh dengan nafsu amarah. Manusia yang baik adalah mereka yang muhasabah diri, beriman dan telah insaf dan telah bertaubat setelah membuat kesilapan.

    Yang menguatkan mereka ialah kudrat Allah SWT yang kita pinjam dan pengikut dan penyokong mereka.

    Kita sebagai pengundi lihat sendiri dan kaji latar belakang calon serta kebolehan mereka memimpin. Berilmu tidak semestinya pandai, berpengalaman tidak semestinya boleh bekerja, yang baru tidak semestinya cekap, yang lama tidak semestinya tidak bagus.

    Akhir sekali, matlamat parti2 ini(secara santai):-

    PAS nak bawa Melayu dan Islam kemana? Sila lihat bukti yang sedia ada. Ada ke? Ada juga tapi masih bersekongkol dengan Cina dan India yang anti Melayu. Macamana Melayu nak yakin! Adakah mereka langsung tidak rasuah?

    UMNO nak bawa Melayu kemana? Ada bukti tak? Buktinya ada dan kukuh tetapi gejala pemimpin tamak kuasa an rasuah habis semuanya terpalit... Bukan semuanya rasuah ye!

    PKR nak bawa Melayu kemana? Ada bukti tak? Belum nampak lagi. Malah tak tahu pun hatibudi mereka lagi. Adakah mereka ini benar2 bersih dan tidak rasuah?

    Jangan lah jadi budak ingusan mengutuk UMNO, PAS atau PKR secara umum seolah semuanya buat salah belaka. Mereka ini Melayu juga.

    Kalau sesama Melayu tidak dapat lagi bersatu dan berkerjasama setidak2nya demi anak2 dan cucu2 kita, siapa lagi yang nak satukan kita.

    ARH

    ReplyDelete
  8. biar terpangkah bn dari terang2 pangkah parti liwat...khoiitttt tuihhhh...nabi tak ngaku umat oiiii

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Blog Archive