Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, December 29, 2009

Please take note Muhyiddin

Inilah antaro sobab mengapo Sejarah perlu menjadi subjek WAJIB LULUS dalam semua peperiksaan utama peringkat sekolah. Cubo tengok contoh jawapan peperiksaan pelajar bernama Thye Dot Dot Dot dari St. Francis Institution, Melaka kat bawah ni. Namo pelajar ni terpakso dipadam separuh, kok tak malu lak budak ni dan keturunan dio. Bulih klik pado gambar untuk bosarkan. Tapi den dah salin dan taip tanpa mengubah walau sehuruf pun jawapan budak Cino ni kok sesapo tak dapek nak baco tulisan dalam gambar tu. Kementerian Pelajaran di bawah Muhyiddin tolong la buek apo yang patut yor.

Sejarah
Bahagian A

Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut, masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan jual riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.

Setelah agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal sistem tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. "In English, they are too shy to do tat stuff in the light. Scared people see ma. Stupid."

Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mengambil UPSR, kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak yang telah pergi ke Universiti Cahaya Langit kerana di sana terdapat cahaya lampu untuk pelajaran mereka.

Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada...


cahaya, "Men felt shy because their body part are different. 1 bolt 1 nat. Really tin la." Adanya elektrik, mereka tengok filem crita pokemon dan digimon.

Akhirnya mereka berjaya membina bulih ampangan yg Sabah itu dengan jentera yg berkuasa tinggi.

Sejarah
Bahagian B

Pada masa kegemilangan China dan Jepun, penduduk mereka mengamalkan kepentingan fahaman Confucius di China dan agama Shinto di Jepun.

Agama Confusius ini memang "confusing" entah bila masa mahu makan dan entah bila mahu bertapa. Let me explain k!? Sebelum adanya ajaran confucius, dunia di China adalah huru hara kerana raja syaitan dunia akan dilahirkan dan memusnahkan dunia. dengan itu, Dewa mengarahkan Senza untuk mendapatkan kitab suci confucius untuk mengalahkan raja syaitan. Tetapi penjelmaannya susah sehingga banyak awek iblis yang cantik menggodanya. Dia terpaksa mencari pengikut untuk membantunya. Iaitu cerehan monyet, babi, kuola dan hantu air. Selepas mendapatkan kitab suci, Raja Syaitan dikalahkan. Dan semua orang memahami ajaran confucius walaupun sangat "confusing" kalau tidak raja syaitan akan muncul semula.

Ajaran Shinto pula datang dari Tom Cruise. Dia ni sorang askar generallah dungu mat pangkatlah H get liau. Dia mahu kill all the stupid Japanese because they samurai all so lazy steal stuff. Tetapi kena tangkap dan diberi fahaman samurai. Selepas dilepaskan dia tak mahu balik pula kerana ada awek cantik ma. Lepas itu dia feng hust chai lo. His people want to kill him pun tak jadi. Ini telah tersebarnya shinto.


Secara kesimpulan, shinto dan confucius dilahirkan kerana awek cantik yang terlalu menggoda.

Di sini saya bersertakan satu pantun.

Berjalan-jalan di tepi muara,
Hendak mencari anak dara,
Kalau nak cari mak dara,
Pi tepi muaralah.

p/s: Den dongar cerito mulai tahun dopan 2010, Skim Baucer Tuisyen [SBT] untuk murid-murid miskin Tahun 4-6 akan dimansuhkan. Bantuan Pakaian Pasukan Seragam Kokurikulum untuk murid-murid daripado keluargo berpendapatan rendah pun dongar eh nak mansuh gak. Mak bapak pun khabar eh kono bayar balik yuran tahunan sekolah untuk setiap murid. Iyo ko Muhyiddin? Kementerian Pelajaran bulih kasi clear ka isu ni?

7 comments:

  1. Alahai...lu pikir lah sendiri.Apa punya caca merba pemikiran budak seko ni.

    ReplyDelete
  2. Tuan;

    Saya rasa budak ni malam2 pegi jual VCD/DVD.

    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  3. Budak ini amat kreatif. Kalau tak masuk industri filem boleh jadi ahli politik, sebab pandai putar belit cerita serta tambah-tambah mana yang patut!

    ReplyDelete
  4. Salam PM, inilah perangai anak-anak yang tidak bercampur, ibubapa mungkin tidak pernah menceritakan kerana asyik dengan cara hidup budaya sendiri...... atau sengaja tidak mahu mengetahwi sejarah di mana dia berpijak.....

    ReplyDelete
  5. Dari esei budak ini pun kito dah tahu dah takat mano dio punyo akal..ini kira ok lah ni bai!!! ado yang lobih teruk dari ini pun ado...namun persoalannya sistem pendidikan kita gagal menjana pelajar pelbg bangsa, pelajar pelbg tahap IQ menguasai pendidikan dgn cara yg mudah...mano silap eh bai!!!

    lagi satu jika benarlah spt yg dikata, semua yg dah dibagi ditarik balik (baucer tuisyen, uniform free..etc) ini membuktikan kerajaan BN makin tercungap2 mengurus ekonomi...adakah patut peruntukan asas yg berapa sen sgt tu pun nak kacau gak...yg berbilion lesap akibat salah urus dan skandal, terus senyap dan selesa duduk bawah lipatan permaidani...ini lah dia 1 Malaysia Rakyat Di Dahulukan....sebenarnya Rakyat Kena Dikorbankan Dahulu...

    ReplyDelete
  6. La, budak budak macam ni lah yang akan membesar jadi Tony Fernandes! Pandai belit macam ni la boleh buat duit... Cerah masa depan, sejuk perut ibunya mengandung...

    ReplyDelete
  7. melayu pandai sokong P.R.December 30, 2009 at 8:02 AM

    kah kah kah nasib kau le melayu bodoh sebab kau sokong umno,hidup kau org melayu akan terus merempat kat bumi kau sendiri,dah melayu ni ramai yg hidup papa kedana,nak mentakedarah pun susah kemudian di bebankan mcm2 cukai dan bayaran....mampus le kau melayu yg sokong umno sial tu....keh keh keh.....

    ReplyDelete

Blog Archive