Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, December 30, 2009

Kan dah kantoi..


1. Ketika mula-mula kisah kehilangan enjin F5-E heboh dilaporkan media utama negara serta menjadi perdebatan dikalangan blogger, kami mengambil pendekatan berdiam diri.

2. Ini kerana kami cuba memahami perkara tersirat yang mungkin cuba disembunyikan disebalik 'kekecohan' kehilangan enjin jet tersebut.

3. Namun apabila Che Det menulis mengenai MiG-29 di blog popularnya, maka kami dapat mengagak apa sebenarnya yang sedang berlaku.

4. Kami sedia maklum akan kehilangan enjin F5-E sejak tahun lepas kerana sahabat kami yang merupakan salah seorang pegawai penyiasat kes kehilangan enjin tersebut telah terlepas cakap semasa berborak sambil pekena teh tarik di sebuah restoran di Senawang.

5. Bagaimanapun kisah kehilangan enjin jet itu tidak lagi dibincangkan kerana ia melibatkan keselamatan negara dan sementelah kes tersebut masih dalam siasatan.

6. Kes kecurian sebegini bukanlah sesuatu yang pelik kerana hanya sedikit peranan yang dimainkan pegawai tentera yang korup, ditambah pula dengan dokumen dan pemalsuan tandatangan, enjin jet seperti itu boleh diseludup keluar tanpa pengetahuan sesiapa.

7. Si pencuri pasti tidak bodoh untuk membawa seketul besar enjin F5-E keluar tanpa menceraikan komponennya terlebih dahulu agar ianya lebih mudah diangkut.

8. Lagipun, kebanyakan alat ganti pertahanan kebiasaannya 'dikerjakan' oleh kontraktor luar yang dilantik.

9. Kami pernah menulis mengenai proses tender pembekalan alat ganti TLDM dalam artikel "Kalau nak projek kau jolok la sikit" dan tidak mustahil perkara yang sama turut berlaku dalam pasukan TUDM.

10. Berbalik kepada kisah asal, apabila Che Det mula mempertikaikan hasrat Kementerian Pertahanan melupuskan MiG-29, bermakna agenda sulit korupsi mula terbongkar.

11. Secara peribadi kami tidak pernah percayakan Zahid Hamidi dan sentiasa menganggap Zahid sebagai 'Anwar Boy'.

12. Hakikat persahabatan Zahid dan Anwar bukan lagi rahsia sejak dulu, sehinggakan Zahid sanggup ditahan ISA atas kesetiaannya yang begitu tinggi terhadap Anwar.

13. Kami juga beranggapan kedudukan Zahid sebagai Naib Presiden 1 Umno amatlah berbahaya dan dia sepatutnya tidak diberikan kedudukan setinggi itu.

14. Walaupun Zahid pernah menjadi setiausaha kepada Najib, tapi Najib sepatutnya sedar bahawa Anwarlah yang merancang perletakan Zahid sebagai setiausaha ketika itu bagi memudahkannya memantau segala pergerakan Najib.

15. Semata-mata kerana Anwar pernah menganggap Najib sebagai ancaman ketika Anwar masih sebagai Timbalan Presiden Umno serta Timbalan Perdana Menteri.

16. Access yang dimiliki Zahid hari ini memungkinkan segala maklumat rahsia parti dan kerajaan terlepas ke tangan pembangkang sementelah Anwar sendiri pernah mengakui yang dia masih mempunyai ramai sahabat baik dalam Umno.

17. Siapa lagi sahabat Anwar dalam Umno?

18. Berdasarkan telahan kami, kes kecurian enjin F5-E diperbesarkan adalah untuk cover kisah pelupusan MiG-29 bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan umum.

19. Apabila ramai yang terlepas pandang akan hasrat Kementerian Pertahanan melupuskan MiG-29, maka senanglah keputusan itu diluluskan dan semakin mudahlah perantara (0rang tengah) menjalankan kerja kotor mereka.

20. Seperti kata Che Det, "Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?"

21. Siapakah orang tengah tersebut?

22. Che Det tidak mengulas mengenai kehilangan enjin F5-E sebelum ini, sebaliknya memilih untuk berbicara mengenai MiG-29.

23. Nampaknya ada orang sudah tersalah tafsir keupayaan Che Det mengesan krisis.

24. 2010 pasti merupakan tahun yang mencabar buat Najib.

25. Pesanan kepada Najib, berwaspadalah dengan mereka disekeliling anda.

26. Kerana jerat tidak akan sesekali melupakan pelanduk.

13 comments:

  1. Memandangkan Zahid Hamidi amat jahat kepada kerajaan Malaysia adalah disyorkan beliau turut 'dialtantuyakan'.

    ReplyDelete
  2. aku memang sejak dulu tak percaya dgn zahid ni paneh. wlpn latar belakang sek agama tapi mamat ni ibarat gunting dlm lipatan. siapa boleh lupa dia bawak isu kronisme dan nepotisme masa perhimpunan umno dulu konon nak lingkupkan tdm. sekali tdm kluar list org yg terima tender kerajaan, tgk2 ramai dlm senarai yg dapat projek ialah org nuar. siap ada nama zahid lagi dalam saham dagang petronas. nuar masa tu plak menteri kewangan merangkap tpm. hahaha. bodoh zahid. kau igt tdm tu kecik anak ke ko boleh tipu. org umno perlu pastikan zahid jadi ahli biasa tanpa jawatan. mamat ni sejak dulu mmg setia dengan aljuburi waliwati.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. Ekau Pantet Miang cukup durjana sudah kau tulis rencana hingga ke kehilangan Enjin F5E, tup tup ekau kona poei isu zahid. Kau otak bingai ko takdo otak. Kau tak baco ko tulisan sikutty jolok bab MIG29. Belum dari ini, simamak tu jugak yg suruh siasat zaman pembazirannya dulu. Pada sedikit masa terus dia jolok isu MIG. Bab hilang enjin dia tak kisah, kes kocik ngok. Apa yg tersirat dia cuba nak ugut Mat Monggol isu Submarine beb. Putaq pi putaq mai jerung terlepas kat Msia ni kau tahu tak Bingai. Kau dah berapo kali kena hompuk dek sihompuk tapi ekau tak cerdik2 lagi. Aku tengok bilo ajo Hompuk ulas, copek2 kau guna nick tom tom bak, gedoyak (bunyi macam kontut ajo) dan sojok, kau mencarut habis umpat Bro Anwar dan sekarang Zahid pulak. Baik kau mintak maaf dgn Zahid. Kau tak baco ko Menteri Kangkung sejak 5 PM, Ponunggu Jolubu kato ado 18 kes profile tinggi tak termasuk 25 kes Mat toyol bulum dodah puek!!!

    ReplyDelete
  4. Padan muko ekau tom tem bak...apo lah cito ekau, enjin jet hilang pandai2 plak ekau pusing cerita...dah lah tu cerita kait-mengait org itu, org ini lah...tengok si najib, Che Det dan offer suruh buat Royal Commission nak siasat dio..tapi kato najib, itu tak penting...bayangkan lah kalau pembangkang dpt laporan sebegitu...den raso "berkojar" SPRM gegar rumah pemimpin tuh!!! alah...takat laporan dlm blog pun dah mcm kilat SPRM terus siasat, blm terima laporan lagi....kok yo pun, kes enjin ni, tak do penghabih eh doh...siasat..siasat...siaisat...dlm siasatan....(itu ayat biaso) lps tu senyappppppppppp....buka cerita lain plak...soal Zahid ada perancangan ko, itu tak penting, yg penting adalah kelemahan najib sendiri......najib memang kelihatn kaku sekarang dan tiada berdaya!!!! siap lah...

    ReplyDelete
  5. Salam Paneh,

    Benar pesanan kamu, DS Najib..berwaspadalah. Musuh yang paling bahaya adalah musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  6. rajin lak hisham ni tulih komen kek sini. pasal kes korup dalam tentera ni dah 25 org termasuk jeneral dibuang kojo dan dipakso lotak jawatan. biasolah tentera korup. tapi yg di salahkan menteri gak. org yg tak paham operasi tentera ni mmg suko tuduh memacam. gi masuk blog military of defence kasi blaja skit.
    apohal kau sobut2 namo den ni hompuk? patut la den tesodak maso minam teh tadi. nasib baik den cuti sok. bulih la relek sobab tesodak tadi.
    merepet yo korang anon bungko ni. nak buek suruhanjaya pastu buek apo? bukan ado apo2 pun. suruhanjaya bukan ado kuaso. ko jgn ikut resmi paklah. asik buek suruhanjaya pehtu satu hapah habuk kojo pun tak buek. membazir yo. ko politik pun tak abih blaja. buek suruhanjaya ni tujuan eh nak menutup salah. buek rugi yor. blaja la dr indon dan thailand yg rajin buek suruhanjaya. penyudah eh tak kemano.
    tp den setuju ngan melayuangkat. zahid adalah org yg perlu diberi perhatian. musuh dalam selimut termasuk kj ngan ezam.

    ReplyDelete
  7. Salam bro,
    satu tulisan yg bernas dan mantap. Itulah Tun Dr. Mahathir yg akan selalu membuat kawan dan lawan tk mampu pejamkan mata dan tk mampu tidur lena ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  8. Kenapa nak salahkan Zahid sedangkan enjin itu hilang zaman Najib jadi menteri pertahanan?

    ReplyDelete
  9. SEGALA SUKU SAKAT CUCU CICIT PANEH MIANG YANG RAJIN MENJONGOK BLOK NI TAK KIRO KEK MANO APO KATO KITO "BUEK TABIK MELAYU KLASIK" SEMPENA PADA MALAM NI TOPAT JAM 0001 2010 KITO AKAN MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 - 2009 BIARKAN BERLALU. MULO-MULO GONGGAM JARIJEMARI JADIKAN PONUMBUK, ANGKEK PERLAHAN-PERLAHAN HALAKAN KE HADAPAN PARAS DADA..... ANGKEK TANGAN KANAN PERLAHAN-PERLAHAN HOMPUKKAN TAPAK KANAN TADI DI ATAS GENGGAMAN PENUMBUK TADI... LAIE KUEK LOTUP EH, LAIE HANDA. EDEN UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 PADA KALIAN SEMUO

    ReplyDelete
  10. Kepada e-Patriot SSS,

    Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

    Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

    Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

    Salam Sejahtera,

    “SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
    Admin SSS

    ReplyDelete
  11. bodoh punya umno !!

    ReplyDelete
  12. apa la lu org, time engin tu hilang time najib jadi memteri pertahanan bukanya zahid. kes mig tu pasal maintain mahal pasal hand made bukanya boleh robbed dari aircraft lain. biasanya hanya orang kerajaan sebuah negara yg berurusan dengan org kerajaan lain. mesti pangkatnya tinggi sampai kastam pun boleh lepas. setahu aku tudm di dalam sistem pegangan aset amat canggih. hanya org tertentu saja boleh release keluar. semuanya melalui komputer. setakat level sarjan, password dia tak cukup kuat untuk approved keluar, banyak tahap utk lepas. hairan bin ajaib.

    ReplyDelete

Blog Archive