Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, December 16, 2009

Rasis

Adakah perjuangan orang Melayu mempertahankan hak-hak Melayu, boleh kita gelar orang itu rasis? Adakah orang Melayu tidak boleh mempertahankan hak mereka di tanah air mereka sendiri? Jikalau ada orang Melayu yang mempertahankan hak mereka sendiri di tanah air mereka, maka adakah mereka ini wajib digelarkan rasis? Kenapa pula orang Melayu nak mempertahankan hak mereka? Patutkah orang Melayu kongsikan semua hak meraka bersama kaum-kaum lain?

Persoalan-persoalan ini semua tidak boleh dijawab, kerana jika saya menjawabnya saya pula akan digelarkan rasis. Jelas, orang Melayu telah mengorbankan hak kewarganegaraan untuk dikongsi dengan semua kaum di Malaysia adalah satu sifat toleransi yang tiada tolok bandingnya.

Perlembagaan Persekutuan jelas termaktub perkara-perkara berkenaan hak Melayu. Janganlah disentuh hak-hak ini. Kerana ini HAK ORANG MELAYU. Sekali lagi saya ulang INI HAK ORANG MELAYU. Janganlah kaum lain buat-buat tidak faham.

Habis tu, kita memang kena rasis? Ya, kita semua kaum dalam Malaysia mesti bersifat rasis. Tapi rasis yang baik. Jika kaum bukan Melayu pertahankan hak mereka, orang Melayu seorang pun tidak boleh mempersoalkannya dan hak orang Melayu pula janganlah ada kaum bukan bumiputera yang persoalkan. Itu sahaja. Mudah bukan?

Hidup harmoni pelbagai kaum dapat dicapai jika semua orang faham akan hak masing-masing. dan di situlah sebenarnya kunci perpaduan.

2 comments:

  1. Kenapo sekarang ekau persoalkan hak2 Melayu??? inilah hipokritnya UMNO...UMNO menjadikan hak2 melayu sbg umpan keramat untuk memancing undi melayu dan menjadikan bangsa lain sbg alat untuk mendapatkan sokongan melayu dgn mengapi2kan sentimen itu, sentimen ini...apo lah nak jadi dgn ekau ni UMNO...tak habih2...

    Sebona eh, hak2 melayu dah lamo lingkup...(cumo skg ni je UMNO baru tersedar kot!!!!)hak 2 melayu dah mulo hancus semenjak zaman penjajah lagi...semua hak melayu dah habis yg meliputi pendidikan, hasil bumi, kewarganegaraan, pendidikan, hak2 tanah, hasil bumi dan sebagainya...maso tu kenapo ekau tak bersuara??? lihat penjajah, mrk bawa masuk org asing (cina/india)ke dlm Tanah Melayu...maso tu ekau kek mano?? membuto ko?? kenapo ekau tak mengamuk kek penjajah dulu??? sobab eh, inilah punco segalo yg berlaku hari ini (ikut tafsiran sempit dan perkauman UMNO lah)
    Perjanjian Kemerdekaan pun seolah2 "memaksa" kita utk memberi kewarganegaraan kpd bansga asing kan???? apo cito ekau???? dan lihat kini akibat eh...hampir semua bandar bosa dan perekonomian dimonopoli olh tauke2 bangsa lain...org melayu cumo jadi "jaga" yo...

    Sobab tu bilo UMNO bangkit kan soal ketuanan melayu ni, nak loya tokak mendengar eh....meluat pun ado, jijik pun ado...sobab eh...inilah umpan membodohkan melayu olh org melayu sendiri...akhirnya yg kenyang, UMNO sendiri!!!!

    ReplyDelete
  2. Anon 1040pm: Saudara ini seorang yang menghampiri KUFUR nikmat. Saudara sudah kecundang dalam ARENA Orientalis dan Komunis. Saudara sudah LUPA asal keturunan saudara. Saudara menempelak HUKUM alam dengan menafikan SEJARAH TAMADUN MELAYU dan SEJARAH TANAH MELAYU. Yang Saudara hina dan herdik itu ialah Nenek Moyang saudara. Tiada UMNO lagi semasa itu. Keturunan Saudara yang menyelamat Tanah Melayu. Banyakkan Solat Taubat dan Tasbih, MOga Allah pelihara Saudara dari Kesesatan.

    ReplyDelete

Blog Archive