Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, March 4, 2010

Hapuskan karenah...

Walaupun Malaysia telah mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang dalam usaha mengurangkan kemiskinan, masih lagi terdapat lebih 200,000 isirumah dikategorikan sebagai miskin dan lebih daripada 40,000 isirumah dikategorikan sebagai miskin tegar. Kami telah menetapkan tumpuan untuk membasmi miskin tegar pada hujung 2010 dan mengurangkan insiden kemiskinan kepada 2.8% pada tahun 2010 (daripada 3.6% hari ini). Selain itu, kami akan melaksanakan beberapa langkah untuk mempertingkatkan produktiviti isirumah berpendapatan rendah (LIH) yang tidak termasuk dalam kategori miskin atau miskin tegar. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan:

1. Menyeragamkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah
2. Melaksanakan beberapa inisiatif berimpak tinggi dengan segera dan membuat persediaan bagi tindakan jangka panjang
3. Meletakkan penggerak bagi memastikan penyampaian inisiatif

Selanjutnya.

"Kok karenah birokrasi pun payah nak setel, toksah cakap banyak la."

Bagi menjayakan New Economic Policy khususnya memberi manfaat secara langsung kepada golongan kelas rendah dan menengah, langkah berikut perlu dilaksanakan:-

1. Mengurangkan buruh asing sama ada yang sah atau tidak daripada 1.9 juta orang kepada hanya kurang 100,000 orang dalam negara.

2. Menghadkan jumlah visa sosial kepada pelancong asing terutamanya wanita hanya dalam tempoh luput 30 hari bagi mengawal penyalahgunaan visa secara berterusan. Penguatkuasaan Jabatan Imigresen secara menyeluruh dan berterusan penting untuk mengesan pelancong yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan terutamanya warga Indon, Bangladesh, Nepal, China, India etc.

3. Menaikkan kadar bayaran minimum daripada RM1 kepada RM100 untuk warga asing yang menggunakan klinik dan hospital kerajaan. Perbezaan kadar bayaran kepada warga asing berbanding warganegara di semua agensi kesihatan kerajaan adalah menjadi amalan kepada kebanyakan negara di dunia.

4. Kadar harga minyak yang berbeza WAJIB dikenakan kepada pemilik kenderaan yang bukan berdaftar di Malaysia terutamanya kenderaan warga Singapura dan Thailand. Sementelah warga Singapura sering mengabaikan had laju lebuhraya di negara ini dan sering bersikap kurang ajar ketika memandu. Maka warga asing ini WAJIB dikenakan bayaran harga semasa minyak tanpa subsidi dan mereka WAJIB membayar saman lalulintas serta merta sebelum keluar dari negara ini.

5. Hadkan kuota bagi pembelian hartanah oleh warga asing.

6. Meningkatkan pengeluaran makanan terutamanya beras secara besar-besaran dengan mengeksploitasikan sepenuhnya tanah-tanah terbiar. Setiap negeri perlu diwujudkan pengenalan ekonomi sektor pertanian (trademark) melalui satu sumber/jenis pengeluaran makanan.

7. Menambah jumlah nelayan serta menaik taraf teknologi penangkapan ikan laut dalam agar tidak terlalu bergantung kepada import.

8. Wujudkan lebih banyak gedung makanan bagi tujuan stok penyimpanan untuk jangka masa panjang sebelum berlakunya krisis.

9. Menubuhkan 'Kedai Rakyat' bebas cukai yang menjual barang kering dan basah untuk kegunaan harian pengguna kawasan bandar dengan harga yang lebih rendah daripada harga semasa. Bekalan boleh diperolehi daripada penduduk kawasan luar bandar yang memiliki pelbagai produk pertanian dalam kuantiti yang besar tetapi tiada tempat untuk dipasarkan.

10. Tingkatkan kadar minimum yuran kepada warga asing yang belajar di Malaysia sama ada di peringkat sekolah atau IPT.

11. Unit saham kuota bumiputra yang tidak habis dilanggan perlu dibuka pembeliannya kepada agensi atau syarikat bumiputra yang layak sebagai "pemegang amanah" (on behalf as trustee).

12. Tubuhkan satu lagi Khazanah, satu lagi BSN melalui sumbangan semula RM1 setiap seorang Melayu/Bumiputra selaku pemegang saham, dan kali ini objektif penubuhannya ditumpukan khusus untuk membantu peningkatan taraf eknonomi bangsa/usahawan Melayu/Bumiputra.

13. Wajibkan setiap pengurus sumber manusia berketurunan Melayu/Bumiputra dalam sektor swasta mengikuti kursus khas sepertimana yang pernah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak.

14. Turunkan kadar insurans kenderaan terutamanya pemilik kereta dan motosikal berkuasa rendah kerana rata-rata mereka ini adalah golongan kategori miskin bandar dan mewakili populasi yang besar.

15. Kerajaan membayar gaji kakitangan awam sehingga mencecah RM40 billion setahun. Maka, kakitangan awam yang tidak efektif dan sering melambatkan usaha pelaksanaan dasar kerajaan, WAJIB diberhentikan serta digantikan dengan mereka yang lebih cekap dan amanah dalam menguruskan wang rakyat. Kakitangan awam yang menyokong pembangkang adalah liabiliti yang menyebabkan perlaksanaan sesuatu dasar itu tidak dapat mencapai objektif sepertimana yang disasarkan.

16. ........................................Cadangan?

4 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Mak Cik sokong pendapat kamu ini. Sepatutnya kamu ini yang jadi Menteri.

    ReplyDelete
  2. paneh miang ni tak boleh di lantik kejawatan menteri,kalau jadi pecacai sesuai le....nanti klu dia jadi menteri dia akan jadi menteri miang....tahu aje le klu dah tua2 ni miang....tak ke tak elok....keh keh keh...jgn marah ye ...nanti ente kena jual,aku pinjam kata2 p ramlee....tengok hari tu si husin lempoyang marah,hampir2 dia kena jual keh keh keh..

    ReplyDelete
  3. itu namonyo eh Malaysia dah jayo, bersatu kito bersatu, kroni didahului, tombolok diutamonyo eh.

    ReplyDelete
  4. hompuk ni apo yg orang buek dan cadangkan semuonyo tak botul pado pandangan dio. dulu bilo pm ni homtam pembangkang, dio yg sibuk suruh bincang perihal rakyat dan ekonomi. skrg bilo org bincang ekonomi, diolah orang pertamo yg perlekehkan. inilah contoh si kitul yg hanya tau nak menjahanamkan bangso sendiri. cadangan bernas tarak, kutuk je pandai. nilah spesis penyokong yg berjayo dilahirkan pas/pkr/dap. spesis pemusnah negaro. nerakolah diammnyo.

    ReplyDelete

Blog Archive