Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, March 31, 2010

Najib Kerja Rosmah Arah

Kementerian Kewangan menafikan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran untuk menguruskan sekolah biasa dikurangkan berbanding peruntukan kepada program Permata Negara semasa pembentangan Bajet 2010. Selanjutnya di sini.

1. Ingat lagi posting kami yang bertajuk Rosmah LIABILITI? Posting ini mencatatkan lebih 1500 unique visitors dengan hit melebihi 3,000/day.

2. Setelah 13 hari menunggu, barulah persoalan tersebut diajukan di Parlimen. Namun kami mengharapkan BN MPs yang akan bangun mengajukan soalan. Tetapi seperti yang kami duga, BN MPs banyak yang kecut anunya untuk bertanya. Nasib baiklah Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) membangkitkan persoalan tersebut. Kalau tidak, sampai bila-bila pun persoalan akan hanya tinggal persoalan tanpa penjelasan terperinci kepada rakyat.

3. Masalah kerajaan semenjak zaman Paklah yang paling utama ialah sistem dan kaedah penyampaian. Ketika itu Kementerian Penerangan seolah lena diulit intan. Rentetan itu, apa saja dasar kerajaan yang baik, tidak sampai kepada rakyat. Malahan kakitangan kerajaan sendiri pun ramai yang terpinga-pinga dengan dasar yang diperkenalkan.

4. Najib kelihatan mewarisi attitude pentadbiran Paklah. Walaupun Najib kelihatan berusaha untuk melakukan perubahan, tetapi manusia disekelilingnya terutama menteri-menteri sedia ada, seolah tidak mampu mengikut gagasan perubahan yang cuba dilakukan Najib.

5. Sebab itu ada pegawai di Kementerian Pelajaran yang mengendalikan seminar berkenaan NKRA baru-baru ini, secara sinis mengatakan kepada peserta seminar bahawa NKRA bermaksud "Najib Kerja Rosmah Arah". Namun pegawai tersebut tidak pun diambil sebarang tindakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Please take note Muhyiddin.

6. Rais Yatim punya tugas berat ketika ini. Ramai kakitangan awam tidak selari dengan dasar kerajaan kerana kurang input berkenaan dasar dan wawasan pemimpin negara. Malahan iklan 3D 1Malaysia di kaca tv juga banyak mengundang persepsi salah berkenaan hak sama rata dan hak bumiputera (rujuk iklan anak-anak berebut buah di kawasan taman perumahan).

7. 1MALAYSIA, MEB, NKRA, GLC, APCO, PERMATA NEGARA, GST, MRT JB, MV AUGUSTA etc. adalah sebahagian perkara yang masih menjadi tidak jelas dan sering menjadi persoalan kepada kebanyakan rakyat. Media utama dan media alternatif tidak dieksploitasikan sepenuhnya untuk menyampaikan visi serta misi kerajaan. Siapakah yang mampu mengubah semua ini?

8. Kerajaan perlu mula memikirkan strategi serta kaedah penyampaian berkesan agar lebih 27 juta rakyat Malaysia menerima mesej dan makna yang sama dalam sesuatu perkara yang diperkenalkan kerajaan.

9. Namun, jika menteri yang bertanggungjawab hari ini masih lagi kekal dengan budaya kerja lembab dan lama, maka eloklah dipertimbangkan dalam rombakan kabinet baru Najib agar disingkirkan mereka yang menjadi duri dalam daging ini.

4 comments:

  1. Korus akhir lagu UMNO, "APCO terus mara utk rakyat 1Msia"

    ReplyDelete
  2. Adakah bukti yang nyata bahwa Rosmah yang mengarahkan segalanya? Mustahil orang yang berotak akan menelan segala arahan tanpa berfikir buruk-baiknya sesuatu perkara itu... seolah-olah lembu dicucuk hidung.

    Kita harus bersifat rasional di dalam membentangkan sesuatu isu, dan lebih baik lagi mengemukakan hujah2/bukti nyata sebelum menyuarakan pendapat.

    Semua orang boleh mengutuk, tetapi hanya yang terpelajar sahaja akan mengemukakan hujah yang bernas.

    ReplyDelete
  3. NKRA=NAJIB KERJA ROSMAH ARAH.
    Mmg Yolah tu kot...!?
    Kah! Kah! Kah! Kah!!!
    Pergi JAHANAM lah UmNoNgok...

    ReplyDelete
  4. pelajaran yang kita bolih dapati
    daripada kesilapan mv agusta
    untuk 'make benefit' pee eem najib
    dan ceo ceo glc negara

    --------------------------------

    Cerita MV Agusta
    ----------------

    kompeni motosikal yang top selalu gak menang top 10
    dalam gp 500cc yang den lihat kat tv.

    Sebelum syarikat ini dijual kepada GIVI , den terbaco
    dalam paper star- kompeni ni banyak hutang. Executive
    chairman proton Azlan hashim bertekak lidah dengan
    Madey dan Tengku Maahaleel yang kompeni dah tak bolih jalan
    lagi.

    Kompeni di beli sekitar usd 450 million [jam tu duit
    kita rm 2.4 = 1 usd ] . Yang herannya pasal apa
    kompeni dijual pada kroni GIVI dengan eu 1.0 saje.
    Si chairman tadi Azlan tadi accountant . Kalau tak tahu
    pasal engineering valuation tanyalah pakar seperti
    perunding luar negeri macam apco ke. Di jaman tdm
    pun gomen biasa pakai SAATCHI AND SAATCHI, Koenichi
    Ohmae sebagai perunding. Kalau tak pahe apatak tanya
    pakar engineering consultant untuk penilaian yang adil.

    Dari surat khabar luar internet online- nyt.com
    saya dapat tahu Syarikat motor terbesar US-apanamanya
    Harley dan syarikat besar German BMW beli 'portion'
    kompeni itu dari GIVI berjumlah lebih kurang usd 500juta.


    Pelajaran yang kita bolih belajar dari fiasco mv agusta
    ----------------------------------------------

    Walau pun Azlan hashim, akauntan dia telah membuat
    penilain terlalu rendah atas MV Agusta yang menyebabkan
    gomen hilang oppurtunity untuk dapat usd 500juta dari
    mv agusta.

    2. Kita ada banyak glc yang diketuai olih akauntan
    muda di tnb, axiata , uem, khazanah.

    semasa itu juga gomen ada perunding ethos consulting
    yang mempunyai omar'apco'ong dan keri'apco'jamban
    berkeliaran di tingkat 4 menasihati si mat ngantuk
    pee em ketika itu.

    Adakah mat ngantuk tidak dapat advice yang baik atau
    saja mv agusta di jual kepada givi dengan ada
    backflow undercounter kepada penasihat penasihat
    atau ceo syarikat.

    untuk semua glc kerajaan , adakah ceo yang banyak
    dari mereka terdiri dari akauntan atau graduan oxfart
    dan kambingredge
    bolih membuat strategic decision dengan baik.

    Lihatlah bagaimana gomen singapore mengurus Allianz
    bank dengan menggantikan high flying ceo nya dengan
    cepat bila ada desas desus dalam syarikat.

    notoktok

    ReplyDelete

Blog Archive