Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 29, 2010

MCA - Melayu Cina Aspirational

Sejarah 28 Mac 2010, mencatat bahawa Chua Soi Lek diterima kembali oleh perwakilan MCA dengan kelebihan tipis. Apakah catatan ini membuka lembaran baru kepada method atau mauduk fikir MCA dan BN?

MCA diterjemah oleh pemuda profesional mereka sebagai parti yang sudah hilang telunjuk lurus. Mereka kini berada dalam krisis dilema yang wajar diurus oleh Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai, untuk tempoh 11 bulan daripada Pemilihan MCA seterusnya.

Walau apa pun kemelut parti MCA, Pak Sedaro melihat negara sebagai insurans yang dimainkan oleh MCA dan UMNO sebagai adik dengan abang dalam BN. Kelahiran Perikatan ialah konsep dua kumpulan kaum ingin bermanfaat dalam TERAS UTAMA iaitu meniti kekuatan Rakyat Raja atau Melayu yang dinakhoda oleh UMNO. Hari ini BN telah ditafsir sebagai pakatan UMNO+MCA+MIC, yang sebetulnya pentafsiran ini SEMAKIN KABUR DAN DAIF sifatnya. Pada perkiraan politik matang rakyat dan pengundi di Malaysia, Barisan Nasional ialah UMNO sebagai The Big Brother atau Ayahanda, manakala MCA dan MIC sebagai Panglima Kanan dan Panglima Kiri, yang bersatu menakhoda ZAMAN.

Mari kita telaah implikasi kemenangan Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai...

1. Regim gangster dalam MCA mula terhakis secara perlahan-lahan.

2. Regim cartel akan mula bersemarak. Cartel ini terbina secara profesional dan besar-besaran. Mereka terdiri daripada generasi kedua dan ketiga MCA yang dipayungi oleh barisan anak-anak pewaris kepemimpinan bapa-bapa mereka dalam MCA sejak 1943 lagi.

3. Pasaran saham khasnya Papan Pertama dan Kedua Bursa Malaysia akan menokok secara drastik, ditambah dengan penglibatan YAB PM di Hong Kong minggu lepas. Dipercayai ramai pelabur akan memasuki Malaysia pada bulan Mei 2010.

4. Konsep pemuafakatan MCA akan dicanai semula dan besar kemungkinan pemimpin MCA terdahulu yang merajuk dan lari ke PKR akan masuk kembali secara besar-besaran.

5. MCA akan mula memancing pintu UMNO+PAS untuk memastikan suku-sakat keturunan Cina yang sudah 53 tahun bersama menikmati kelebihan ekonomi bagi memperolehi apa yang diidamkan.

6. MCA akan mula menyusun langkah untuk berjumpa Ibrahim Ali, agar dapat melihat kerangka PERKASA dan bagaimana Melayu-Cina melalui MCA boleh memberi kesan baru kepada Rukun kehidupan AMAN dan DAMAI.

7. MCA semakin ligat dalam permainan politik licik yang akan TERUS-TERUSAN berperanan secara senyap untuk memastikan hajat-hajat MCA sejak 1943 termakbul jua. Sekiranya PM dan TPM tidak memiliki kekuatan analisa, khasnya tiada "Board of The Eldest" yang menghimpun veteran-veteran tertentu, baik Melayu, Cina dan India, maka akan terlingkuplah Malaysia menjelang 2030.

8. Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Mr. Nori yang kelihatan mengikut lajnah PKR, perlu lebih fokus menjuarai Rakyat dan mencipta "champion-comradeship" dengan MCA, kerana Malaysia ini masih belum Merdeka dari segi struktur pembahagian kekayaan fizikal mahu pun non-fizikal.

Chua Soi Lek dengan kisah lampau bukanlah masalah sangat kepada Malaysia. Yang memberi masalah kepada negara ialah apabila MCA gagal mendewasa kekayaan ekonomi bersama Rakyat Raja. Orang Cina kaya-raya, orang Melayu papa-kedana!

Hari ini Rakyat Raja perlu bangkit untuk menilai dari dalam jiwa dan akal, bagaimana janji-janji manis oleh Wakil Rakyat masing-masing boleh dimanfaat bersama. Tanpa membataskan kefahaman parti siasah, Rakyat Raja wajib POSITIF untuk membina kamus dan direktori Usahawan Perdana Kelas Antarabangsa.

16 comments:

  1. Waghih, MCA sudah hancur. Gerakkan dah lumek! MIC dah togholek dan UMNO npeh-napeh ikan ajo.

    asyik mengato pembangkang, kito sediri tunggang langgang.

    kita bopikiran tobalek! Mahathir yg jahanam tu dipuji. Lobih satu billion duit petronas digunaknnyo untuk 'bail-out' anak eh Mirzan.

    Kito diam ajo..kuek mandrum mamak tu!

    ReplyDelete
  2. Betuk kata anon 1.30 pagi tu,

    Yang kita sokong Mahathir yang salah guna kuasa tu buat apa ye?

    Lebih satu billion dibelasahnya untuk seorang anaknya.

    Apa, dia ingat ini harta bapak dia ke?

    Selamba aje mengata orang. Pak Lah tak baiklah, Anwar tak eloklah! Yang dia tu elok sangat ke?

    ReplyDelete
  3. Kah! Kah! Kah! Kah!!!
    Pergi JAHANAM lah dgn UmNoNgok...
    UmNoNgok PENGKHIANAT Bangsa...
    MCA Cino PEMBODEK..
    MIC India TAK SODAR Diri..

    ReplyDelete
  4. pencacai kj ni rajin plak masuk sini hentam mahathir.

    lepas ni video apa plak mca?

    ReplyDelete
  5. gedoyok,

    awak tu pecacai siapa? pecacai mahathir yg menjahanamkan UMNO tu?

    Tahu pun tidak siapa Mahathir nak cakap banyak!

    ReplyDelete
  6. Gedoyok,
    Mahathir curi duit rakyat banyak! Untuk Mirzan sahaja petronas kena lebih 1 billion tau.

    Hari ini aku sebut 1 itu dulu. Nanti aku bertahu lagi. satu, satu aku akan bagi.

    Kau nak jadi pecacai Mahathir? Berapa upah kau dapat?

    ReplyDelete
  7. marah plak pencacai kj ni. hehehe. cakap saja tarak guna pencacai oii. kasi bukti satu kali baru best. haramkah dan suara adilcifut boleh ko kasi bukti utk mereka publish kalo ko report kat polis dan sprm mereka tak layan. tak pun bg kat nuar utk dia bentang di parlimen. baru org bulih respek. hehehe.

    ReplyDelete
  8. salam hormat bro

    org melayu kena insaf

    sebusuk2 tun ketika itu bangsa lain masih meraih kekayaan tanpa meminggirkan bangsa melayu dan hak2 ketuanan bangsa melayu

    apa yg anuwar buat selain, bermuka2, reformasi dan mencela negara sendiri di luar sana?

    ReplyDelete
  9. Elok lah tu...Presiden MCM yg baru ni pun apa kurangnya, dia ada VCD lucah lagi...org mcm ni ada moral ke jd pemimpin dan rakan kongsi UMNO...

    UMNO selalu kata pembangkang tiada moral spt Anwar, tapi dia sendiri menerima pelakon video lucah sbg pemimpin.semua org dah tengok VCD dio tu...apa cerita pak sedaro?

    ReplyDelete
  10. UMNO kata Anwar PELIWAT = tolak pemimpin tiada moral spt ini

    TAPI umno terima baik pulak Chua Soi Lek yg menjadi pelakon VIDEO LUCAH dan VCD dia semua org dah tengok dgn baik....

    siapa yg tiada moral...?
    seorang dituduh peliwat tanpa bukti kukuh, dan seorng lagi BERZINA dgn perempuan lain dan ada video lucah lagi.....

    UMNO kena jawab....

    ReplyDelete
  11. anwar meliwat dan ada bukti kukuh dlm kes terdahulu. baca hujah ni:-

    "Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan dari peringkat mahkamah tinggi hinggalah ke peringkat mahkamah persekutuan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya. Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar." - Prof Madya DR Abdul Rani Bin Kamarudin,
    Pensyarah Undang-Undang (Akta Keterangan & Tatacara Jenayah)
    Kulliyah Undang2 Ahmad Ibrahim, IIUM.

    baca pula ini:

    "We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Trivoli Villa did happen." - Dated : 2 September 2004 (DATIN PADUKA RAHMAH HUSSAIN)
    Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia

    apa yg CSL lakukan tdk bertentangan dlm budaya cina kerana mereka ada budaya perempuan simpanan yg direlakan oleh isteri.

    tapi apa yg nuar lakukan bukan saja bertentangan dgn budaya melayu, malah dilaknat oleh islam.

    CSL tu kapiaq, anwar tu islam. besar bezanya dr segi moral dalam islam.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. Setuju cakap tom tem bak di atas

    ReplyDelete
  13. For the record, ini posting Paneh Miang yang ke-1000. More excitement to come.

    ReplyDelete
  14. Tom Tem Bak...

    Wah, pandai boto ekau berhujah dalam bab Nuar dan Presiden Seks Bebas...huh...kalau dah namanya UMNO semua yg dio buek semuanya sah dan betul...

    Ok...dalam penghakiman terhadap kes Nuar dulu, apakah hakim bebas dalam membuat keputusan? apakah tiadanya unsur2 tekanan pd mereka? tambahan pulak raja pemfitnah Nuar iaitu mahathir masih bernyawa, dan mahathir dan Nuar adalah musuh politik yg sangat mendendami Nuar?..kalau ekau sendri jd hakim dlm suasana cam tu, den raso kalau org tak sabit salah, ekau akan kata dia salah jugak....apo kata kalau semua hakim kata Nuar tak salah meliwat?...mano mahathir nak lotak muko? skrg, hakim2 tu kena lah tangung dosa seandainya Nuar tak salah....

    dalam bab Chua Soi Lek pula..alangkah jijiknya pemimpin yg terang2 melakukan seks bebas mcm ni dijulang...dan yg menyokong dia dlm pilihanraya adalah org melayu!!!! tak malu ko?..kita kan dlm negara berbilang bangsa/agama...tak sensitif ke org melayu?...apakah org mcm ni nak dijadikan pemimpin walau dia bukan islam?

    apa kata kalau Chua Soi Lek yg bukan Islam itu pemimpin DAP?...apa kata ekau dan UMNO?....

    ekau tak malu ko? masyallah!....


    lain lah dio kalau org dr negara vietnam ko, myanmar ko, Cina ke..

    hatta president Israel yg terlibat dlm dakwaan salah laku seks kena dakwa...

    samo lah ekau dgn Chua Soi Lek....jahanam...


    tapi bilo Elizabeth Wong yg gambar dio kena rakam rompak, bukan main lg ekau dan UMNO melatah dan bersilat ..itu baru gambar berahi keluar blm lagi VCD lucah mcm Soi Lek....!!! hipokrit lah ekau tom tem bak !!!

    ReplyDelete
  15. hompuk, gambar eli tu diambil oleh bf dia. mcmana bf dia boleh amik gamba? mestilah sbb mereka dh tido bersama. bezanya eli tu takde video je. apo yg penting csl tu kafir zimmi dan bukannya harbi. akur pd pemerintah islam itu lobih utamo.

    ReplyDelete
  16. Gedoyok...

    yo lah tu hompuk...kalau camtu boleh lah pemimpin BN lain, berzina, seks bebas, skandal sebab apa yg penting dia masih sokong melayu/islam...kah..kah..kah...semput betul otak ko...

    umno lain kali jgn cakap isu moral lah...menjijikan


    den nak tanyo ekau lah..kalau pemimpin bukan melayu pembangkang buek cam tu...apo komen ekau plak...


    yo lah..apo yg dibuek olh UMNO/BN semuanya halal dan suci...kah..kah..kah

    ReplyDelete

Blog Archive