Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, November 19, 2010

GAME HAPRAKDAILY

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.
Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kabinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri. - Haprakdaily


Ulasan berita khas oleh Pak Sedaro:

1. Apakah ini gambaran awal 'PAS si pengecut' sedang di ambang durjana dan sengsara? Andai benar maklumat ini, apa akan jadi kepada Malaysia? Apakah Malaysia terus dijual pada mahar yang murah dan rendah?

2. Adakah ini usaha Anwar Ibrahim dan Nik Aziz untuk menghalalkan konspirasi baru mereka, yang mengambil sempena Konspirasi Gelap Kota Bahru? Apakah Nik Aziz semakin selesa dengan papan catur yang memanipulasi institusi Raja Kelantan? Pak Sedaro yakin, Al-Sultan Muhammad V seorang yang bijaksana dalam menerus pemerintahan kesultanan Kelantan, di luar pengaruh "korup dan songsang" Nik Aziz yang semakin tua, nyanyuk dan tidak tentu arah.

3. Makna berita yang dibawa oleh Harakah Daily adalah lelucon untuk mengalpakan rakyat akan pelbagai insiden kemelut politik Kelantan, kemelut songsang perilaku Anwar Ibrahim, polemik kependekan akal Nik Aziz yang mengikut pengakuannya tidak bangga sebagai Melayu, polemik perkahwinan mutaah PAS=DAP=PKR bersandarkan isme kerajaan republik dan ortodok melampau dalam disiplin siasah Syiah, Komunis dan Freemason.

4. Andai benar Khairy dilantik Timbalan Menteri, maka selamat menempah Liang Lahatlah Parti Barisan Nasional. Ahmad Maslan tidak cukup haul sebagai Menteri penuh, sebagai Timbalan Menteri pun masih tidak bijaksana menentukan kedudukan dan kepentingan Agensi dan Badan Berkanun. Azalina adalah bagasi politik UMNO di Penggerang. Isu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan ialah sasaran SPRM. Kalau dihujah satu persatu, maka berbarislah afidavit yang benar dan separuh masak. Rakyat makin pandai dan awas, bukan lagi bangang dan bahalol serta bedebah sebagaimana difikir oleh juak PAS=PKR=DAP.

5. Walaupun Harakah merupakan media saraf PAS yang bangang dan bedebah, kadangkala pendekatan "pusing-memusing" Harakah amat bernilai kepada Kerajaan BN dan kelompok Kerajaan PAS=PKR=DAP. Hari ini terbukti wujud Kerajaan Pakatan yang menerajui kerajaan negeri sosialis dan ortodok liberal, wujud kerajaan negeri syiah dan freemason, wujud kerajaan negeri komunis, freemason dan hardcore sosialis yang "sedang menjalani ujian penilaian oleh pengundi dan rakyat Wilayah Melayu."

3 comments:

  1. 1. Memang dijangka rombakan Kabinet akan dilakukan oleh DS Najib. Samada ianya perlu dilakukan sekarang ini atau ditangguh sekejap lagi, adalah akademik semata-mata. Yang perlu difikir atau sekurang-kurangnya dikhuatiri ialah siapa yang bakal menganggotai barisan baru ini. Sudah pasti seiap rombakan akan memperlihat pengguruan dan perlantikan. Soalnya, siapa ?

    2. Nama-nama yang disentuh dalam rencana ini mungkin boleh dianalisa daripada sudut prestasi masing-masing , positif atau negatif ; yang semuanya tentulah bercorak subjektif semata-mata.

    3. Jika kriteria pembentukan barisan Kabinet baru adalah untuk mempasti kemenangan kepada BN, maka pucuk pimpinan atasan perlu serious dalam proses pemilihan. Sebarang kesilapan akan memberi kesan yang buruk sekali kepada BN. PRU ke 13 boleh jadi penentu hidup matinya BN atau UMNO itu sendiri. DS Najib mesti berani bertindak tanpa rasa gentar - without fear or favour - dalam percaturan baru ini.

    4. Dalam mana-mana pilihanraya, pengundi menjadi penentu. Yang disukai oleh ahli parti TAK SEMESTINYA disayangi oleh pengundi.
    Maka laporan-laporan dari agensi kerajaan, baik dari Penerangan, KEMAS, SB, MIO dan Bahagian-Bahagian perlu diteliti secara berobjektif. Sentimen lain hendaklah diketepikan. Pokoknya, cari calon yang peratus kemenangannya agak tinggi ! Tak semestinya calon-calon dari kalangan Menteri atau Timbalan Menteri atau Setiausaja Agung atau Ahli Parlimen atau Ketua Puteri atau Ketua Wanita atau Ketua Pemuda sekali pun; akan menjamin kemenangan !

    5. Jika sekiranya umum memperakukan bahawa seseorang itu selama ini menjadi liabiliti kepada parti, namanya perlu disingkir awal-awal lagi ; tak kira jawatan apa yang disandangnya waktu ini. Lebih-lebih lagi jika jawatan yang dimenangi itu pun telah dipersoal dari ketelusannya, dari aspek wujudnya korupsi dan politik wang yang sesungguhnya didapati benar tapi 'dimaafkan' oleh Lembaga Disiplin atas alasan-alasan yang tidak boleh diterima-pakai ! Seseorang calon itu bukan sahaja 'mesti bersih tapi perlu kelihatan bersih juga'.
    Maka langkah yang terbaik, carilah calon yang sebenar-benarnya menjadi aset kepada parti. Yang dilihat boleh menjejas prestasi UMNO/BN (liabiliti), gugurkannya !

    6. Ingat, calon yang akan mencapai kemenangan adalah calon yang diterima oleh rakyat (pengundi) bukan sangat dari kalangan pemimpin yang berjawatan tinggi, yang berada di Pusat atau pun di Negeri atau di Bahagian atau pun dari kalangan Ketua-ketua sayap. Yang buruk tetap buruk !!! DS Najib mesti berani bersikap " calling a spade, a spade "

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya sambutan amat hebat terhadap PKR dlm mesyuarat cabang. Ini menunjukan sambutan terhadap parti komponen PR utk memerintah Msia meskipun beberapa publisiti TV3 suku dan Utusan meloya yg amat melucukan dgn berita lawak.

    ReplyDelete
  3. TIADA UNDI UNTUK BN.............sebab tiada BONUS....HE!HE!

    ReplyDelete

Blog Archive