Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, November 3, 2010

NAJIB 'KERJAKAN' ROSMAH


Saya sebenarnya kasihan melihat Rosmah terpaksa menggalas tugas yang sangat besar semenjak dua menjak ni. Antaranya ialah:

1. Memastikan kesihatan Najib kembali seperti sedia kala agar dapat kekal jadi PM. Ini penting untuk memastikan RM kekal jadi 1st Lady...maklumlah,dua tahun lagi nak diadakan sidang kemuncak 1st lady lagi....Najib mesti sihat sebab nak kena fikir macam mana nak cari duit peruntukan juta-juta tu.

2. Memikul tanggungjawab menteri-menteri kabinet seperti merasmikan majlis pelancaran itu dan ini. Penat pembantu RM asyik kena buat teks ucapan walaupun isi kandungannya tak seberapa dan impak ucapan RM pun bersifat leweh. Agaknya menteri-menteri yang ada kat Malaysia ni tak tahu berucap, kena pergi kursus pengucapan awam dulu, maklumlah, semuanya RM yang kena turun berucap. Bingai ko apo menteri-menteri yang Najib lantik ni?

3. Nak kena 'entertain' PM Australia sebab abang Najib kena cacar. (Mesti masa muda-muda dulu Najib ni kuat antibodinya sebab tak pernah kena cacar...sekarang ni baru nak kena ye?) Kesian PM Australia, datang jauh-jauh untuk mengeratkan hubungan antarabangsa Malaysia-Australia, Malaysia ni punya bingai hantar bini PM je jumpa dia...tapi bagus juga, mat-mat salleh ni tak payah la kita utamakan sangat protokol-protokol ni, kasi RM je layan...baru kellllasssss.

Jadi pesanan saya kepada DS Najib, janganlah jadi suami yang kejam dan nusyuz, suruh isteri buat itu dan ini, mendera emosi dan mental. Semua PM kita sebelum ini tidak pernah 'mengerjakan' isteri-isteri mereka seteruk ini. Malah mereka menjadikan isteri sebagai ikon kepada golongan wanita. Isteri yang setia di sisi suami dalam saat sedih dan gembira, tidak menjatuhkan maruah dan kejantanan mereka. Hadirnya mereka disegani, tiadanya mereka dirindui. Jika RM dimaki dan dicaci, ini semuanya salah DS Najib sebagai ketua keluarga dan ketua eksekutif kerana dayus tidak tahu menjaga isteri a.k.a. First Lady.

8 comments:

  1. haha....tun hasmah rilek jek...xder nk sibuk2 first lady ker...pelik btul.jgn si rm nih jd penyebab kkalahan bn sudah

    ReplyDelete
  2. Silap tu! Sebenarnya RM suka kerja-kerja tersebut. Maklumlah dapat menonjolkan peribadi. Tumpang populariti. Glamernyer!
    Tapi apakah jadahnya dah jadi dengan Malaysia ni? Kalau PM tak dapat hadir, bukankah ada TPM? Kenapa RM pula yang ganti? Siapa RM? Wakil rakyatpun tidak, menteripun tidak, tiba-tiba ganti PM dalam majlis rasmi? Siapa yang berkuasa sebenarnya. Nampaknya Malaysia dah di 'hijack'oleh RM. Ini gara-gara semua menteri yang ada BODOH.

    ReplyDelete
  3. cacar tak cacar
    siang ko malam
    den kojokan

    umno tak umno
    monang ko tidak
    den ado 1RM

    ReplyDelete
  4. Ini lah transformasi.. Cuma jangan sampai dikata orang PRU 12 BN jatuh kerana menantu, PRU 13 pula kerana is3.

    Sam 2010

    ReplyDelete
  5. dah jadi tanggungjawab bini lah tu. kono tolak anso. sorang tolak sorang anso. hehehe

    Aku Yang Bingai
    Cerai Sebab Takut Bini di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  6. Inilah baru betul NKRA.
    Ingatlah,
    Samson yang gagah boleh tumbang di tangan Delailah. Mungkin Najib tumbang kerana Rosmah.

    ReplyDelete
  7. susah2 abng Jib lantik jer kak Mah jd menteri.. bru ler kelass.. sbb menteri yang ado pun x bleh pakai..

    ReplyDelete
  8. sdr PM blog sdr telah dipautkan ke http://melayurayadaily.blogspot.com jika ada ruang sukacita saya mohon dilinkan diblog sdr . salam selamat berjuang.tq

    ReplyDelete

Blog Archive