Aku agak pelik dengan kemenangan BN dalam PRK yang berlangsung di DUN Galas baru-baru ini. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada jentera pilihanraya BN yang telah bertungkus lumus di sepanjang waktu berkempen. Sungguhpun begitu, aku harap perkara ini tidaklah menjadikan BN leka disebabkan kemenangan ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur sebenar tahap sokongan terkini terhadap BN atau memberi perubahan besar kepada kerusi majoriti DUN Kelantan.
Cuti Deepavali baru-baru ini telah menemukan aku dengan rakan-rakan lama, yang ada di antara mereka merupakan penyokong tegar pakatan pembangkang, dan semestinya pekembangan terkini di Galas merupakan topik utama perbincangan kami. Berdasarkan perbualan, jelas yang mereka beranggapan bahawa kemenangan BN di Galas hanyalah satu permainan politik semata-mata. Menurut mereka, Pas hanya memberi muka kepada Ku Li yang merupakan Ketua Jentera pilihanraya BN di Galas. Selain itu, mereka tidak kisah pun kalah hanya satu kerusi kerana ia tidak memberi kesan pun dalam perubahan kuasa DUN Negeri Kelantan.
Bagi penyokong pembangkang, kemenangan BN di Galas hanyalah umpan yang akan digunakan pembangkang untuk meminta pelbagai peruntukan serta kemudahan menjelang PRU-13 yang sudah tentu menjamin manfaat yang lebih besar. Pembangkang juga tampak tidak bersungguh mempertahankan kerusi mereka di Galas. Agaknya mereka merasakan lebih baik menyimpan wang untuk berkempen semasa PRU-13 nanti.
Apa-apapun, bersamalah kita saksikan adakah kemenangan BN di DUN Galas dapat dipertahankan di PRU-13. Diingatkan BN agar jangan terlampau melayan kehendak penyokong pembangkang di DUN Galas dengan memberi pelbagai kemudahan semata-mata kerana gah dengan kemenangan di Galas, sedangkan BN belum tentu memperoleh mandat yang sama dalam PRU-13 kelak. Janganlah apabila tiba waktunya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Lu fikirlah sendiri....

bro, rosmah, ada peruntukan rupanya...! tak pernah aku tau bini YB atau YAB ada peruntukan sendiri. Padanlah kontarktor2 peliharaan isteri YB2 dan YAB2 ni mewah projek hingga tak cukup tangan sedang kontraktor lain makan pasir. hidup rosmah.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekekalahan PAS di Galas memang dah dijangka. Umno/BN dah masuk perangkap. Pemimpin BN dengan megah menggunakan segala jentera kerajaan utk meraih undi..tak rasa malu ke..? kesian....
banyak betul wang dan janji ditabur. yang untung rakyat kelantan. tahniah orang kelantan kerana telah berjaya memperbodohkan BN. silap2 haribulan.... wang royalti minyak akan dapat kembali kat kelantan.
PRU 13 nanti kita tengok kesudahan game ini..
Kemenangan BN adalah mutlak. Majoriti pengundi memilih BN kerana PAS sudah tidak boleh diharap. Bukan mudah meraih undi. Alasan boleh di reka dan cipta, ikut suka dan selera.
ReplyDeleteN9 kalah kepada Kelantan dalam Piala Malaysia bukan kerana tidak kuat, tetapi memberi penghormatan kepada Sultan Kelantan yang baru di tabalkan....