Sudah Terang Lagi Bersuluh. Sakmongkol AK47 iaitu Ariff Sabri bekas ADUN Pulau Manis, Pekan yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO PEKAN dan Aspan Alias ialah Ahli DAP pada 8 Januari 2012.
Adakah ini dipanggil petualang Melayu?!...ahli UMNO yang bercerai susu dan bersenggama dengan DAP? Apakah mereka orang UMNO? Satu analisis seterusnya...
DAP dalam Doktrin berpaksi Deklarasi Setapak 1967 nampaknya makin TIDAK MALU untuk memukat dan menjerat ahli UMNO yang daif ilmu, miskin wang dan genting sosial untuk terlibat dalam polemik indoktrinasi Komunisme.
Terlalu banyak dalil aqli yang boleh dibahas berkenaan DAP di Malaysia. Namun orang Melayu sudah makin dhoif ilham alami dan amalinya dek kerana pujukan kemiskinan dan kekufuran nikmat-nikmat yang sedang Allah duga kepada sekalian ramai anak Melayu.
Sumber daripada seorang sarjana tersohor, diberitakan bahawa kini sedang menjalar dan bergentayangan GERAKAN AHLI SARJANA DAN VETERAN POLITIK MELAYU YANG KECEWA sedang meresapi kamar Universiti dan ahli kesarjanaan, untuk merobohkan Tamadun Melayu Islam yang sedang dibaja dan disiram oleh UMNO.
Orang UMNO masih tidak bangkit daripada lena yang indah. Ada juga orang UMNO memusuhi para sarjana yang membina pemikiran bangsa melalui falsafah asal UMNO yang dikayai oleh ilmu Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad.
Apalagi lebih ramai orang Melayu dalam DAP, PkR dan Pas yang memusuhi para sarjana yang sama kerana takutkan doktrin Komunis, Freemason dan Syiah yang tidak boleh didewa oleh rakyat Malaysia.
Pak Sedaro kesal dengan sikap kufur nikmat umat Melayu. Pak Sedaro tawaduk dan terus bertawassul mohon Al-Malik memberi petunjuk kepada pemimpin dan orang UMNO serta para sarjana yang masih sayang negara ini seperti yang diwasilahkan oleh Al-Marhum Imam Abdul Hamid Al-Ghazali dalam Pokok Ketatanegaraan Al-Ghazali.
No comments:
Post a Comment