Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, September 23, 2011

Ismail Sabri Bapak Ayam Uzbekistan

Celah-celah pelbagai isu politik yang dibakar oleh Pas dan DAP sebagai Agenda Politik Persepsi rakyat, isu sensasi yang tidak selesai ialah ayam. Perlukah kita import ayam Uzbekistan? Ini AYAM KEPALA HITAM la lobai.

Pak Sedaro fikir amatlah elok Pak Sedaro ajar Montori-Montori bangang yang masih buto tak tahu "game" cartel-cartel Ayam yang gelangangnya milik Castelo Cina.

Pak Sedaro dah banyak bahaskan, namun penasihat dan pegawai khas ataupun Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Malaysia ialah kalangan manusia yang makan gaji bulanan dan kenyang tembolok sahaja. Belajar daripada sejarah selama 30 tahun dalam industri ini dengan pergi ke ladang jadi pemborong ayam, pembekal ayam kepada Fima Rantei (restoran ini dah tutup, dulu sebelah Muzium Negara), peruncit di pasar basah, hinggalah menerima tawaran pasaran ke Jeddah untuk ayam daging seberat 2.5 kilo seekor sebanyak 2 tan setiap minggu penghantaran.

Siapakah yang kawal harga makanan ini? Perihal anak ayam, mula daripada telur ayam hingga penetasan, makanan ayam (jagung atau dedak atau fillet), bakul ayam, lori ayam, bahan mentah buat kilang ayam, hinggalah ke kilang proses atau sembelihan ayam, semuanya di kuasai secara mutlak oleh CINA.

Kalau terlebih bekalan dalam sebulan, atau dalam bahasa ekonominya berlaku lambakan ayam, maka bekalan di reban dan kandang akan dibakar mati. Kerana itulah harga ayam sentiasa kekal atau melambung tinggi. Bila bulan puasa, hari raya puasa, raya haji atau musim cuti sekolah, HARGA AYAM PASTI tinggi gila babi. Harga babi pun tak sesuka hati mak bapak dia nak NAIK mencanak-canak.

Sudah zaman berzaman dikenalpasti peratus yang makan ayam di Malaysia begitu tinggi, TAPI apa usaha FELDA? TH? KFC Holdings? Pusat Zakat? Khazanah Nasional? UDA?


FAMA tidak boleh kawal harga sebab agensi itu bukan pengeluar. Ayam ialah industri paling untung seandainya dilaksanakan secara tertib, hikmah dan ikhlas. Pak Sedaro sering menempelak isu ini, kerana Menteri atau pun pegawai Menteri bukannya rakyat yang faham maksud kais pagi makan pagi oleh peruncit Melayu penjual ayam. Hari ini di NSK Balakong misalnya, ayam sekilo RM8.20. Di Tesco seluruh Malaysia sekilo ayam ialah RM7.90, Pasar Borong Selayang, Seremban dan Seri Kembangan, sekilo ayam ialah RM8.50. Kedai bukan pasar borong atau peruncit kampung terpaksa jual RM9.00 sekilo.

Jika BN hendak menang pilihanraya, Ismail Sabri kena jadi bijak bistari, kerana hari ini Ismail Sabri sudah di COP BANGANG oleh rakyat. Harga ayam kena kawal sebaiknya dengan harga syiling RM7.00 sekilo. Langkah berterusan ialah membina pasukan peniaga Melayu yang mempunyai rangkaian cartel ayam bermula dari anak ayam hinggalah ke pemborong utama.

Pasaran ayam di Malaysia sudah sampai ke Jeddah. Kalau mahu masuk pasaran Jeddah tentukan berat ayam bersih 2.5 kilogram seekor. 5 tan seminggu tak lari pasaran di sana. Kalau kita eksport 5,000 kilo x RM6.00 = RM300,000 sekali penghantaran. Campur kos hantar, senang-senang RM350,000.00 sekali hayun.

Tentukan wujud penternak Melayu atas tanah seluas 1,000 ekar dengan kapasiti ayam sereban ialah 10,000 ekor setingkat. Reban ayam automatik dan hawa dingin setiap satu 3 tingkat. Siap dengan pusat sembelihan untuk kapasiti 1,000,000 ekor sehari sembelih. Barulah cartel Cina terpaksa tunduk kepada kuasa Melayu dengan harga ayam semasa antara RM4.50 hingga RM5.00 sekilo. Takdo lah rakyat susah dan menyampah dengan BN.

Kau paham tak Ismail Sabri?! Jangan sampai kau di BAHALOLkan Melayu tiap hari!

11 comments:

  1. Masa untuk ladang ternak 1Malaysia, kita hapuskan monopoli ternakan dari mereka seperti yang dilakukan oleh Kedai 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. "Ismail Sabri Bapak Ayam Uzbek"

    1. Kalau kat America ada 'tukang lobby', maka adake 'tukang lobby' tokey ayam2 malaysia yang duk lobby you ha?? jawab jangan tak jawab.

    2. Setuju sangat, break the cartel, cartel ayam, cartel ikan, cartel sayor malah cartel beras sekalipun...

    3. Sementara waktu, impot, tapi apa bodoh sangat impot dari uzbek, ooi...pengeluar ayam (export) terbesar Thailand....halal cert pun ada....jangan bagi kat kroni dah...

    4. Ismail Sabri, ingat, bahan makanan jadi darah daging tau, biar telus dan amanah, nanti berjawab teruk u....

    Sekian, saya yang suka ayam.....ayam kfc, ayam pop, ayam berempah dll.

    ReplyDelete
  3. tu noh omar pon same...jgn menyusahkan penternak2 ayam melayu nak bnesarkan ladang. usahakan cari kawasan tanah kerajaan yg luas...sewakan pd penternak2 melayu!! jgn dok melalak dgn mcm2 dasar kementerian tp habok pon tak dak!!! lu pikir ler sendiri wahai noh omar!!!

    ReplyDelete
  4. Den setuju kato ekau. Kito kono memulokan cartel Melayu pado barang2 keperluan marhaen termasuk la ayam ni. Mungkin buleh diusohokan ladang tornak 1Malaysia jugak. Tapi nak laie elok, NGO bumi ni kono usohokan. Bukan apo, takut kok dah maju bona nanti, dapek kek kaum penyonglap kek Khazanah besok, dijual eh kek tony fernandez.

    ReplyDelete
  5. kalau yang atas pak menteri pun dah peringkat bangang, macam mana lah pulak anak buah kat bawah2 ni lagi lah peringkat Tolol kot...itu pasal lah bab harga ayam ni tak pernahnya selesai dari dulu sampailah sekarang..tu belum lagi masuk yang halal yang sembelih dan diberi makan halal!!.kalau nak harga ayam stabil murah, ternak jer sendiri.. nak makan sembelih sendiri.. senang habis cerita!

    ReplyDelete
  6. yang heran ladang ayam bukan main banyak.. harga ayam x yo turun2.. kampung esei kat moncheh pun ado limo nam bijik.. yang untung tokey ayam orang kampung cumo dapek lalat.. klau time kenduri kendaro jgn cakap lotih berporang dgn lalat..

    ReplyDelete
  7. haaa. macam ni la bagus. artikel tak carca marba. lebih fokus. mula cerita sampai akhir cerita sama je. ke ada tukang edit? tak macam tulisan sebelum2 ni mula cerita lain, tengah cerita lain, punch line dok balun rosmah. apa celup? walaupun tetap ada perkataan pak sedaro, kali ni aku tak jadi tutup laptop. tapi next time belum tau lagi. silap-silap cabut bateri laptop terus.

    ReplyDelete
  8. Yang mudahnya Kerajaan tubuhkan agensi seakan petronas, naik naik minyak pon boleh dicontrol lagi,memang lah jawapanya banyak hal perlu diambil kira tapi kalau tak dikira begini lah seterusnya.. orang kampung pon dah malas nak pelihara ayam macam datuk datuk kita dulu.. tiap tiap rumah pasti ada reban ayam, kandang kambing pon ada... sekarang ni jangan nak kata reban tapak reban pon dah ditumbuhi menarung...

    ReplyDelete
  9. nak kata nak beli syarikat ayam bukan susah sangat.

    DBE = 40 Juta, paling tinggi pun 60 Juta

    FARMBEST = 35 Juta, Paling tinggi pun 55 Juta.

    secara automatik kita mendapat pengeluar produk ayam yang besar....

    ReplyDelete
  10. Jangan benarkan Khinzir menyertai & mengkorupkan Bisnes ayam 1 Malaysia..

    kekalkan ia sebagai amanah Muslim..

    yg munafiqin berpura2 Islam juga tak dibenar & di scan supaya tiada talibarut Khinzir dalam bisnes halal bersifat amanah.

    ReplyDelete
  11. itu pak montori bukan xtahu pasal cartel sapa castelo..kalo bangang xjadi montori la.. tapi kalo jenis buka mulut siap ado orang suapkan ayam dalam mulut, anak sendiri nak bela ayam pun tak disapot ea..tekangkang la anak kebulur nak kepingin makan ayam.. hakktuihh..bosar tempolok sendiri

    ReplyDelete

Blog Archive