Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 13, 2008

Saman Kerajaan Malaysia

Kerajaan memberi kelonggaran terhadap syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kelonggaran yang berkuatkuasa serta-merta itu diberi bagi memastikan pasaran modal di Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif.

Akhir-akhir ni banyak tindakan pemimpin kerajaan yang melanggar perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun mungkin ada klausa dalam perlembagaan mengenai perniagaan dalam isu ekuiti di atas, namun Blog Paneh Miang mendapat maklumat bahawa banyak kementerian yang akan di saman berkenaan pelanggaran undang-undang tubuh perlembagaan yang melibatkan Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153. InsyaAllah jika pihak berkenaan meneruskan hasrat mereka, maka kita akan dapat saksikan proses saman terbesar dalam sejarah terhadap Kerajaan Malaysia.

1 comment:

  1. salam,

    Saman tetap saman! hak perlu dijaga! maruah perlu dilindungi!

    ReplyDelete

Blog Archive