Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 9, 2009

Melayu mudah diperalatkan

Perkembangan di Perak makin hari membingungkan. Malahan dengan rasa tak tahu malu Nizar akan mengadap sultan Perak untuk melaporkan usul-usul pada sidang bawah pokok yang amat memualkan. Nampaknya Nizar telah diperkudakan oleh puak-puak majoriti bukan Melayu. Amat sakit hati melihat gelagat mereka ketika mengadakan sidang di bawah pokok tersebut. Pada hakikatnya mereka ini masih tidak mahu mengaku kerajaan mereka telah ditumbangkan setelah memerintah 11 bulan. Kekalutan di Perak ini telah menyebabkan rakyat Perak yang menjadi mangsa.

Dengan kebijaksanaan sultan Perak, Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan. Namun ramai yang beranggapan bahawa sultan Perak telah menyebelahi Barisan Nasional. Kita perlu memahami dan menyelami keputusan tersebut yang mana mungkin tindakan tersebut bertujuan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang semakin hari lena diulit bangsa asing. Kita perlu meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa keputusan sultan tersebut adalah demi kebaikan generasi rakyat Perak akan datang.

Aku pelik konon dikhabarkan ramai rakyat Perak yang berkehendakkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Dah sultan kata tak perlu bubar, kita terima sajalah. Walau dikatakan sultan adalah penaung kepada umat Melayu, namun unsur tidak mempedulikan institusi raja ini semakin berleluasa akhir-akhir ini. Adalah amat merbahaya jika propaganda sebegini diserap ke dalam pemikiran anak muda. Keterbukaan sikap penderhakaan ini perlu segera diatasi bagi menjamin institusi raja berkekalan. Malahan undang-undang kekebalan raja mungkin perlu dipertimbangkan untuk diberi sedikit kelonggaran terutama berkaitan perkara yang menyentuh penderhakaan ke atas raja secara membuta tuli seperti yang dilakukan pembangkang kini. Maknanya pihak yang menderhaka kepada raja pada ketika raja menjalankan tugas rasminya, wajar dikenakan hukuman. Apatah lagi mereka yang menentang perlembagaan secara direct juga perlu dikenakan hukuman berat. Sekiranya tindakan hukuman berupaya melindungi institusi raja agar berkekalan di negara ini, maka cadangan seumpama ini perlu dipertimbangkan.

21 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Yang sorang itu macam dah tak betul aje.

    ReplyDelete
  2. hanya PAS dan melayu PKR saja yg mudah diperalatkan oleh DAP.
    majoriti rakyat kini beralih menyokong UMNO. cuma yg merisaukan org melyu ni malas nk p mengundi. sbb tu, wlp pgundi majoriti melyu, tp majoriti keluar mngundi mungkin bukan melayu.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Diatas pengalaman apa yg berlaku kpd Perak hari ini, kerajaan haruslah ambil iktibar.

    Kerajaan terlampau bertolak ansur sebenarnya. Kaum melayu yg menyayangi dn menyokong kerajaan soalah2 semakin berputus asa kenapa kerajaan tdk mengambil tindakan yg sepatutnya kpd mereka2 yg sdh jelas kejahatannya...jika lama pekara ini berlarutan tdk mustahil penyokong kerajaan akan merasa bosan dan malas utk kuar mengudi seterusnya menguntongkan parti pebangkang...

    Salam perjuangan..pakmie.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Nampaknya Pak Nizar ni sudah hilang akal kerana masih anggap dirinya Menteri Besar.Sanggup mohon derhaka lagi.Pak Nizar ni gila kuasa sanggup gadai maruah diri,bangsa,raja.Tak sedar ke Pak nizar awak tu telah diperkudakan oleh oleh DAP......sedar la sikit..YB

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Saya sokong pendapat PakMie - kerajaan terlalu bertolak ansur. Kadang kala orang menganggap tolak ansur ini sebagai satu kelemahan. Lihat dizaman Mahathir, ada sesiapa yg berani nak adakan demonstrasi? Kerajaan harus kembali guna sedikit kekerasan. Kebebasan yang keterlaluan tidak memberi faedah kepada Negara malah negara jadi semakin lemah. Apasalah jika dikatakan pemerintahaan kukubesi asal kehidupan kita individu senang dan terjamin. Kualiti kehidupan lebih penting dari sistem kemsyarakatan yang kita anuti. p.s. terima kasih PM kerana lawar blog saya.

    ReplyDelete
  6. ampun tuanku, lamo tak donga kaba borito. diharapkan engku sehat. ampun tuanku.

    ReplyDelete
  7. Memang tepat melayu mudah di peralat lebih2 lagi parti penjajah Minda melayu. Untuk sedikit kuasa raja di peralatkan sebagai perisai. Aku dh kata Karpal dan parti karat ni memang saling memerlukan. Bila agak BN dh lemah, karpal juga yg dijolok. Karpal ni di bela oleh UMNO sejak merdeka supaya senang pecah perintah sepertimana British cuba pecah perintah melayu jati dgn melayu sekular dan melayu baka dengan cina india. Tak payahlah cuba nak pelaga melayu dengan cina kalau dah Melayu baka sekular ini lah juga yg alibabakan lesen2, permit2dan kontrek2. Pada org kampung pulak dibaginya subsidi ayam,itik dan gigi palsu. Bersatu kita bersatu. lagu lawak Pak pandir.

    ReplyDelete
  8. Rakyat berhimpun untuk hantar memo pada raja tapi ini parti memperalatkan polis tembak gas pemedih mata. ADUN Perak nak pergi bersidang tapi ini parti guna polis kunci pintu. Ayo2 Samy, ini parti sudah nyanyok mcm lu. Bukan nya org nak pi berperang tp memang dasar parti penjajah dia tak mahu dgr suara rakyat. Ini parti masih mahu rakyat guna dia punya bahasa. Bagaimana Melayu nak maju kalau dah bahasa di pinggirkan. Memang dasar penjajah supaya kita masih terus paut pd mereka dan ternyata pun begitu. UMNO pimpin 50 thn malayau tak kemana. Ini lah benih2 penjajah yang berjaya di tanam pada pemimpin parti sekular yang satu ketika anak perempuan berbinti org Perancis.

    ReplyDelete
  9. Aku nak respond pada Anonymous 10 2009 3.24 ni.....Untuk kebaikan anak bangsa pun tak mahu ke..Kalau betul PPSMI tu langgar perlembagaan.Kenapa baru sekarang nak buat perhimpunan.Bagaimana pula dengan guna pelbagai bahasa di papan tanda di P.Pinang tidak dibantah dengan perhimpunan.Sedar la jika Umno tidak memerintah sebelum ni saudara pun entah ke mana...bersyukur dengan nikmat yang ada dan berterima kasih la kepada yg memerintah dahulu yang beri segala kemudahan yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  10. Aku sokong .....ni la perangai pembangkang habis semua disalahkan..polis,raja,kerajaan dan apa sahaja yang boleh untungkan mereka(pembangkang).Apa ni...bila nak maju asyik menyalahkan orang lain.Sebenarnya siapa yang penjajah....rasional la sikit...Kenapa nak memperlekeh pemimpin dahulu untuk kesenangan generasi hari ini.Aku rasa dia ni macam tak ada modal lain la....anggap semua berlaku adalah kerana dasar kerajaan zalim.Cuba la fikir ngan rasional.....Semua yang ditulis macam biasa aku dengar...itu modal lama....cari la helah lain....

    ReplyDelete
  11. aku tak faham la hujah ano atas ni. 50thn kerajaan perintah tak kemana? cuba hujah skit secara fakta. nak gak aku tahu apa yg aku tak tahu dan apa yg kau tahu sesangat yg negara ni tak kemana. ke sbb ano ni tak berpeluang ke mana2 dan kehidupan statik saja maka cuba menyalahkan orang lain. dlm islam apa yg dipanggil golongan sebegini..kang cakap kecik ati pulak. tapi tolong xplain ye ano apa maksud 50thn umno perintah tak kemana tu. hujah fakta skit, walaupun aku tahu pembangkang ni mmg lemah bab fakta.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. Jgn Paneh, baru kena panas cili padi, tak kena lagi buluh Miang. tom tem bak kalau nak fakta yg lebih menarik, sila lah ke Blog2 pembangkang. Untuk Blog Paneh Miang ni ada sikit kureng tahap kupasan nya. Aku maleh nak layan korang amat cetek ilmu politik, patut lah kena kelentong dek Ali Rustam. Ali Rustam pun ngaji tak berapa cerdik. Masuk USM pun umur dah lewat dah. Ini yg kau nak jadi Timbalan. Kalu tom tem bak pi blog pembangkang boleh tgk hujah2 Paneh Miang ibarat langit dgn bumi. UMNO gagal dik oii. 50 thn perintah, DEB dok takuk lama. Bahasa kebangsaan dok takuk lama. Nak nobat Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan pun takut kat Cina. Tgk DAP berani buat kat Penang. Tom tem bak hujah la sikit UMNO parti penjajah yg masih kekal kan ISA sepertimana masih kekal kan Karpal utuk talian Hayat.

    ReplyDelete
  13. Jgn pulak tak Rasional, ini PPSMI di utarakan oleh Mahashit. Pemimpin UMNO melayu kalu bersidang, apa yang dikata kan oleh orang tua tu, semua hangpa angkat tangan dan kaki sokong. Ini org tua didikan penjajah barat, jenis ni jenis pakai kasut dalam rumah, makan sudu garpu dgn candlelight lagi, anak2 berbahasa papa daddy, anak dah kawin di binti Rousseou. Ini lah jenis Toghut yg agongkan kapior. Di sudut mata, melayu keturunan lemah. Baca lah Malay Dilema Asli bukan yang telah disunting terbit baru. Baca dik baca. Korang masih muda. Jgn ditipu lagi oleh Melayu sekular ni.

    ReplyDelete
  14. aku masih tak paham la...siapa tipu siapa.Minda kita jangan la tertutup dengan satu isu saja..Segala kebaikan yg dilakukan oleh pemerintah sekarang hendak dinafikan ke?Siapa sekular..dan siapa yang bukan sekular..Boleh jawab ke?Atau Pas lebih Islamic atau PKR dan DAP bukan sekular...?Fikir-fikirkan lah.....Pas tu hanya tumpang tuah je nak memerintah...ikut jalan pintas...Boleh diharapkan ke...Pas.Pendirian tentang negara islam pun tergagap nak jawab ngan DAP...Jadi mana satu nak harap....Nak harap PKR ......parti carca merba....boleh ke ....?Cuba la baca sikit tentang fakta DAP..Pas N PKR....sekarang sapa kena baca...cakap memang mudah .....w/pun kerajaan dilabel pelbagai pandangan negatif namun rakyat malaysia tak ada pun yang kebulur.Jangan la kita campurtangan tentang hal mereka....tanya pada diri kita apa yang boleh kita sumbang pada negara kita....bukan cuba meruntuhkan tiang negara yang sudah terbina sejak 50 tahun dahulu...syukur pada nikmat....

    ReplyDelete
  15. setakat kata bahasa melayu tak kemana, deb tak kemana, makan candle light dinner, pakai kasut dlm rumah, ali rustam masuk usm lmbt bla bla bla...itu hujah dangkal pembangkang yg lemah. nampak na cetek ilmu. org suruh hujah fakta.

    mmmg blog si paneh ni dgn pembangkang ibarat langit dgn bumi. blog ni berlandaskan fakta dan realiti. blog pembangkang berlandaskan fitnah dan adu domba yg sangat dibenci oleh nabi. cuba la cerita realiti kemajuan malaysia berbanding negara islam lain sehinggakan kita pernah digelar new dragon, negara islam termaju, negara islam yg mementingkan ilmu etc. cerita la berkenaan 27 negara islam yg masih lemah tetapi dibiarkan oleh arab saudi. cerita la kenapa negara2 islam dan negara2 membangun yg sangat memandang tinggi pada malaysia berbanding negara barat. cerita la kenapa hanya turki saja yg beria2 sokong anwar berbanding negara2 islam lain yg tak pedulikan kaki buntut tu. cuba bg fakta jumlah profesional melayu, jumlah melayu yg masuk universiti sejak mula merdeka hingga skrg. tak silap aku blog ni ada cerita dulu.

    patut la ko sokong pembangkang. hujah lemah. suruh bagi fakta terus kiok. buang masa tul hujah dgn ano dan se spesis dgnnya ni. agaknya hidup dia ni tak la sesenang org lain, tu yg tak puas hati je tu. jenis org tak tau bersyukur mcm tu la.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  16. Salam untuk semua...
    melayu umno karat memang mudah di peralatkan...itu adolah kenyataan yg hakiki.di bagi gulo2 sikit dh mulo mengampu bodek.dh dasar parti karat..,abih cemano!keh!keh'keh!keh!

    ReplyDelete
  17. peratikan ano di atas ni. takleh hujah dgn fakta. tipikal pembangkang.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  18. Salam untuk semua...
    Allo tom tombak(mcm permainan bdk2 lak-keh3)
    Sebetulnya saya bkn x boleh bg fakta dan hujah tetapi kemampuan dari segi IT saya amat terhad.saya cuma guna HandPhone untuk melayari internet jadi keupayaan untuk mengajukan hujah dan fakta amat terhad.saya x mampu lg nk mempunyai PC/Laptop...almaklumlah org miskin.namun saya bersyukor ke hadrat ILLAHi walaupn dgn serba kekurangan saya dpt jga mengikuti perkembangan semasa..jadi dapatlah jga saya membezakan antara KEBENARAN dan KEBATILAN.Minda saya terbuka.. Taklah saya sampai kena kelentong d tipu hidup2 oleh pencacai2 parti karat mcm saudara ni.Klu nak fakta2 silalah ke blog2 PR... Lebih lengkap,sahih dan lebih membuka minda klu d bandingkn dgn blog pencacai umno karat ni.
    Salam Perjuangan dari saya anak jati noghori 9.
    Takbir!!!

    ReplyDelete
  19. wahai, ano di atas. kalo kau kata blog ni pencacai karat dan tidak benar, maka kenapa plak kau masuk baca. ini membuktikan bahawa set2 pembangkang ni sgt mengambil berat akan apa yg blog ini paparkan. sbb tu mereka rasa trcabar utk meninggalkan komen dlm byk artikel. maknanya mereka sgt mengambil berat akan kebenaran tulisan2 dlm blog ini dan berusaha pula utk menafikannya. tahniah kpd pemilik blog. terserlah bahawa geng pmbangkang ni sgtlah tercabar dan kagum dgn paneh miang. teruskan. kasi bakar mereka semua.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  20. Salam untuk semua...
    Allo ToMbak KAYU... Kau perasan sendiri pulak,kato tercabar,kagum,sgt mengambil berat...keh!keh!keh!keh!!! Lawak BODOH betul la kau ni...
    Kau sendiri yg dah paneh ko???
    Kah!kah!kah!kah!!!

    ReplyDelete

Blog Archive