Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 9, 2009

JAL 123 tahun 1985

Insiden pesawat Boeing 747 milik Japan Airlines siri 123 pada tahun 1985 yang terhempas di kawasan pergunungan Barat Laut Gunung Fuji mengorbankan 500 penumpang dengan 4 penumpang cedera parah masih hidup akan dijadikan analogi atau kiasan kecapaian umat UMNO.

4 yang masih hidup ialah Pramugari JAL yang bercuti menaiki pesawat berumur 23 tahun, anak gadis yang tersangkut di celah runtuhan pokok berumur 15 tahun, seorang ibu muda berusia 28 tahun dan anak kecil berumur 8 tahun.

Setelah forensik penerbangan dilaksana selama 2 bulan dengan bantuan NTAB, Boeing dan pihak Jepun, didapati punca yang mendorong pesawat terhempas ialah ekor utama pesawat tercabut. Letupan kuat dari dalam pesawat disebabkan udara termampat yang memecah tampalan daripada dalam ekor pesawat. 7 tahun sebelum insiden ini, pesawat 123 telah dibaik pulih bahagian dalaman ekor kerana kerosakan sewaktu pendaratan.

Bahagian tampalan itu MESTI dibaluti rapi sebanyak 3 lapisan. Namun pesawat ini telah disaluti HANYA 1 lapisan dan dipatri. Jangka hayat yang direncana selepas tampalan ialah 10,000 kali penerbangan, sedangkan sewaktu kejadian ini pesawat telah melakukan 12,315 penerbangan. Siapa punya angkara baik pulih?...Jurupulih penerbangan Boeing yang melaksana tugasan. Disebabkan kejadian JAL 123, Presiden JAL waktu itu meletak jawatan dan Pengurus Penyelenggara JAL bunuh diri!

Melihat kepada senario ini…Apakah kiasanNya kepada UMNO?

UMNO diberi wajah sebagai Pesawat yang gagah terbang tinggi selama 63 tahun. Hujung tahun 2009, UMNO akan kembali bersidang!

Jika diamati oleh ahli UMNO, pada akhirnya siapa yang akan menanggung BEBAN karenah anak-anak kecil MAIN API dalam UMNO? Sudah tentulah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden yang Kanan.

Siapa lagi yang tanggung BEBAN? Ya…2 orang Tun, negarawan Melayu Malaysia. Tun Dr.M dan Tun PakLah.

Setakat hari ini, UMNO masih rapuh. Pemuda UMNO tiada persiapan HANRUH dan MENJARO POLEMAS. Pemuda UMNO tidak bersiap siaga dengan kemahiran Menunggang Kuda, Memanah dan Berenang.

Pesawat UMNO hanya punya 1 lapisan yang sedang dipatri semula oleh DSN. Ekor pesawat UMNO masih leweh, beweh dan geweh.

Belajar dan lihatlah DUNIA ini...alam Finland, alam Sweden, alam Jepun, alam Korea. Agenda Pesawat UMNO mesti dilapisi dengan 165. 1 untuk Ehsan, 6 untuk Iman, 5 untuk Islam.

Ambil pengajaran kisah JAL 123. Ambil pengajaran kisah Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5. Ambil pengajaran Perjanjian Baling 1955. Ambil pengajaran Perjanjian 1990 antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya.

Siapapun Ahli Parlimen yang ambil peduli, bawa dan hujah dalam Parlimen! Bukan duduk sembang besar di Café Parlimen Aras Dewan.

2 comments:

  1. Betul tu Tuan Paneh Miang,

    UMNO ramai hanya menjadi hero dalam PAU di PWTC sahaja.

    Andai kata semua hero-hero turun ke Bukit Gantang dan seorang Hero pegang 50 pengundi saya yakin Penyokong Pas dari satu dunia itu akan lari malam.

    kakitangan kerajaan dan swasta yang menyokong Pas sanggup ambil cuti hari Isnin dan Selasa semata-mata untuk memastikan calon mereka menang.

    Yang bisu hanya pegang bendera, yang buta bercakap, yang lumpuh menghulur risalah, yang gagah berhujah , yang misai melentang jadi tukang tebang bendera BN.

    Pas serba lengkap tapi sayang Umno ramai yang datang jadi tangkai cawan saja

    ReplyDelete
  2. Ekao pun jonis Melayu Sudsidi. Siap dongan tie perut bulat tipical UMNO sembab. Ekau tak poei 2-2 Bukit ekau jgn cakap pandai. Ekau tak tgk segala jentera kerajaan turun dari Jabatan Haiwan ke Jabatan Pertanian. Anak ayam itik Lombu diberi org kampung. Orang kg diberi benih langsat, dokong durian, maggis kelapa madu di beri oleh Mardi. Ekau apa yg tahu. Ingatkan org Melayu kg hanya layak subsidi beruk atau gigi palsu ajo. Kudakayu. Tahu tak hati org Melayu terkebil2 mato lihat sekolah Cino simpang diberi 1 juto dan setinggan india diberi 2 juto kek Sungai Tukang, Bukit Selambau. Ekau apo tahu.

    ReplyDelete

Blog Archive