Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, November 26, 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN?

1. Pada 17 November 2010, satu kemalangan berlaku di KM16, Jln Kuala Krai, Kelantan di mana sebuah Satria telah merempuh dari belakang kereta Honda City yang sedang membelok masuk ke kanan.

2. Cawangan trafik terdekat untuk melaporkan kejadian ialah IPD Pengkalan Chepa yang terletak lebih kurang setengah jam perjalanan dari tempat kejadian kerana balai polis Ketereh yang berhampiran tiada kuasa menerima aduan kes-kes trafik. Secara kebetulan kemalangan tersebut berlaku pada hari cuti umum, maka hanya terdapat seorang IO (bukan Islam) bertugas untuk mengambil 'report'. Kerana alasan cuti umum juga, pengadu kemalangan terpaksa menunggu 4 hari untuk mendapatkan salinan 'report' kerana pada hari tersebut tiada pegawai atasan bertugas untuk mengesahkan 'report' yang disediakan oleh IO.

3. Selepas mengambil 'report', IO sepatutnya mengambil gambar keadaan kereta dan melawat tempat kejadian untuk melengkapkan 'report' beliau. Selepas seminggu berlalu, barulah IO tersebut datang ke tempat kejadian, namun tiada saksi yang disoal siasat oleh beliau walaupun terdapat saksi yang melihat kejadian tersebut. Malahan si pengadu terpaksa menelefon IO itu setiap hari untuk mengingatkan beliau ke bengkel bagi mengambil gambar kereta yang terlibat kemalangan bagi tujuan rekod. Tapi malangnya, sehingga ke hari ini, setiap kali si pengadu menelefon sarjan yang bertanggungjawab, beliau dimaklumkan bahawa 'report' hanya dapat disiapkan pada hari Ahad 28 Nov 2010.

4. Disebabkan polis trafik IPD Pengkalan Chepa tersangatlah lembap, maka si pengadu terpaksa menunggu sehingga 13 hari hanya untuk mendapatkan 'report' lengkap sebelum dapat diserahkan kepada syarikat insuran untuk proses seterusnya. Pihak bengkel pula enggan memulakan kerja membaiki kereta tersebut selagi urusan dengan pihak insuran tidak selesai.

5. Situasi sebegini sering berlaku di kebanyakan cawangan trafik yang sudah tentunya amat mengecewakan. Sudahlah kemalangan berlaku disebabkan kecuaian orang lain, urusan untuk mendapatkan kembali kereta jadi tertangguh hanya disebabkan karenah birokrasi dan kelemahan pihak polis trafik dalam menyelesaikan tugas yang begitu mudah.

6. Bila bab nak menyaman dan menyenarai hitamkan kenderaan, boleh pulak laju buat kerja. Sudah menjadi rahsia umum bahawa polis trafik sering dikaitkan dengan rasuah. Janganlah pula karenah birokrasi cawangan trafik menambahkan lagi calar ke atas integriti pasukan polis keseluruhannya.

7. Menteri KDN tolong tetapkan matlamat untuk pasukan polis "karenah birokrasi sifar". Jangan hanya syok beri amaran, amaran tegas, amaran lagi...tak sudah-sudah.

5 comments:

  1. silap besar kalau kat kelantan budget negeri tak cukup

    ReplyDelete
  2. Saya pernah terlibat dalam satu kemalangan. Kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah traler. Rempuhan itu menyebabkan kereta saya terdorong kedepan dan terlanggar sebuah bas. Hasil siasatan Polis Trafik menyatakan ketiga-tiga pihak tak bersalah. Macam mana tu ?

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Saya petik beberapa perenggan artikel tuan sebelum ini (BN boleh tumbang...) bagi mengemaskinikan artikel saya, MAMAT DAN SAMAN BEREKORNYA LAGI...

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Ini bukan birokrasi lagi ini pegawai polis yg malas kerja. Pegawai atasan pun tak perksa dan pantau ini yang menyusahkan rakyat. Cara begini yang boleh menggalakkan rasuah. Ketua- ketua atasan pantaulah jangan nak jaga pangkat je kerja tak buat tapi hanya pandai ngampu je.

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr Paneh,

    Ternyata Polis diKelantan ini amat tidak cekap dan tidak komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.Contohnya,dua balai Polis yg terletak disimpang empat di bandar Ketereh dan Binjai,Kota Bharu yg terletak berhampiran traffik light,tidak pernah mengambil tindakan terhadap mereka yg melanggar undang-undang jalan raya seperti melanggar trafik light dan tidak memakai topi keledar yg saya kerap kali melihat berlaku di kedua-dua trafik light itu.Begitu juga dengan tindakan bermain mercun.Dimusim perayaan baru-baru ini saya ada menalipon balai Polis memberitahu tentang bunyi letupan mercun disekitar balai Polis tersebut dan saya minta supaya tindakan diambil.Tetapi letupan mercun itu terus kedengaran hingga keawal pagi.Kadang-kadang kita merasakan seolah-olah negeri tidak ada undang-undang atau tidak ada pihak penguatkuasa.

    Askar Tua

    ReplyDelete

Blog Archive