Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 30, 2011

3 T

Pak Sedaro nampak fenomena Trio begitu hebat, beberapa bulan ini.

Trio Eskay, Rahim, Shuib: sudah membuahkan hasil "lambang seks Anwar Al-Juburi, mengikut kata Mat Sabu yang sibuk melobi Timbalan Presiden PAS"

Pendekatan 3 T "Ta'dib, Ta'lim, Tarbiyyah" diberitakan sebagai AGENDA WARASAH dan TASAWWUR ILMU Biro Tatanegara Malaysia. Nampaknya BTN, JPM sudah makin membuka nur da'i kepada begitu ramai insan Malaysia. Hikmah nyawa dan nilai intelektual yang Allah kurniakan kepada Naquib Ali Al-Attas sedang dicerna nampaknya. Inilah kebesaran Allah, bila memberi peluang kepada YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas, Pemegang Kursi Seumur Hidup Imam Al-Ghazalli, yang diangkat sebagai Tokoh Melayu Terbilang UMNO.

Kepentingan 3 T "Token, Topi, T-shirt" nampaknya bukan lagi resepi utama kepada Belia Malaysia. Jika benarlah, 1 juta makhluk haiwani berfikir telah menjarah Putrajaya dari 27-29 Mei 2011, maka, kurang lebih 5 tahun lagi, terpinggirlah faham-faham sempit "Token, Topi, T-Shirt" kepada belia Malaysia. Namun mungkin, akan hadir pula gelombang baru kepada belia iaitu "Take-away, Tips, Tee-off". Siapkan makanan kerana pengusaha karnival jual makanan MAHAL GILA BABI, berikan upah kecil yang sesuai dengan kerja buat mereka, perkemaskan hasil kerja dulu sebelum meninggalkan kedudukan. Pergilah ke Putrajaya, berapa banyak sampah daa....

Sampah banyak beri peluang kerja kepada kontraktor, tapi kontraktor tidak dibayar ON TIME dan IN TIME oleh pemegang konsesi Alam Flora. Apakah konsep Alam Flora "belasah dulu" kontraktor dengan duit yang diperoleh daripada Perbadanan Putrajaya?

Pendekatan 3 T "Tulus, Telus, Tangkas" apakah boleh dijadikan konsep dan pilihan kerja seorang Ahli Politik?

Pendekatan 3 T "Turun, Tolak, Terajang" menjadi pilihan mauduk seorang ahli politik UMNO atau Barisan Nasional?

T ialah Transformasi, Pak Sedaro fikir eloklah Ahmad Maslan re-engineer Transformational Leader memberi makna 3 elemen teras iaitu Visionary+Action Oriented+Precise (barulah Tsunami Transformasi Tanahair boleh dilaksanakan). Masih 3 T iaitu "Tsunami Transformasi Tanahair"

Untuk UMNO 3 T pilihan kalian ialah TULUS, TELUS, TANGKAS bukan lagi "TEMBERANG, TEMPANG, TUNGGANG-LANGGANG". seterusnya Angkat GAGASAN 1 MALAYSIA sebagai Tsunami Transformasi Tanahair. Insyaallah, Kaum-kaum Lain akan bersetuju dan menyokong Barisan Nasional. PASTI, PAS akan berpayung di bawah UMNO. PASTI, PKR terkubur dan DAP terkujur beku.

Untuk Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Pak Sedaro yakin jika diberikan OBOR dan COKMAR Gagasan 1 Malaysia kepada pencinta Dale Carnegie, ESQ, NLP, dan ILMU PENYULUH ZAMAN Al-Ghazalli, makanya PRU-13 ialah KEMENANGAN kepada sebuah Pokok Tsunami Transformasi Tanahair.

Jadilah Makalah Massa sebagai Supremacy Mind Power.

Allah Hu Akbar.

1 comment:

Blog Archive