Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, May 11, 2011

Kristian Agama Rasmi? Tak mungkinlah...


1. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan mewartakan "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."

2. Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan mewartakan, "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya."

3. Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan pula mewartakan, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam."

4. Untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan di Malaysia, sesebuah parti/pihak itu perlu memiliki majoriti lebih 2/3 kerusi parlimen di Dewan Rakyat. Dengan kata mudahnya, parti/pihak itu wajib ada sekurang-kurangnya 148 daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi parlimen.

5. BN kini memerintah persekutuan dengan majoriti mudah (1/2) iaitu 139 kerusi parlimen, manakala komplot pembangkang memiliki 78 kerusi dan bebas 5 kerusi parlimen. Justeru, mana-mana parti/pihak di Dewan Rakyat hari ini hakikatnya tidak berkuasa untuk menggubal atau meminda Perlembagaan Persekutuan, KECUALI usul mereka turut mendapat sokongan lebih 2/3 daripada Ahli Parlimen pihak lawan masing-masing.

6. Jumlah Ahli Parlimen (AP) Melayu di Dewan Rakyat hari ini seramai 136 orang dengan pecahan UMNO 79, PAS 23, PKR 20 dan PBB 14; sekaligus menjadikan Ahli Parlimen Melayu adalah bangsa majoriti yang menguasai Dewan Rakyat, berbanding bukan Melayu seramai 86 AP.

7. Jadi agak mustahillah jika dikatakan puak Kristian mampu menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi menukar status Islam Agama Persekutuan kepada status Kristian Agama Rasmi, melainkan puak Kristian mendapat sokongan majoriti lebih 2/3 di Dewan Rakyat.

8. Namun harus diingat, Perkara 43 (2) (a) mewartakan "Yang Dipertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu."

9. Ini bermakna, sesiapa sahaja Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, tidak kira apa bangsa dan agamanya sekalipun. Jadi tidak mustahil andai Malaysia suatu ketika nanti bakal mempunyai seorang Perdana Menteri bukan Melayu yang beragama Kristian, Buddha mahupun Hindu kerana ianya tidak bercanggah dengan peruntukan Perkara 8 dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

10. Justeru rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu kini sudah jatuh hukum WAJIB bagi memastikan Ahli Parlimen Melayu kekal sebagai bangsa majoriti menguasai Dewan Rakyat di setiap pilihanraya umum akan datang demi kelangsungan KUASA MELAYU & ISLAM terjamin selamanya di negara tercinta ini.

11. Akan tetapi, pengundi dikalangan bangsa Melayu juga perlu BERHATI-HATI terhadap Ahli Parlimen Melayu Pembangkang terutamanya dikalangan PKR yang kelihatan sanggup menjual maruah bangsa dan agama semata-mata ingin memperoleh penghormatan rakan syaitan mereka iaitu DAP. Maka tidak mustahillah jika dikatakan ada dikalangan Ahli Parlimen PKR mahupun PAS yang mungkin BELOT serta menyokong perjuangan Kristian DAP semata-mata memenuhi kerakusan nafsu untuk menguasai Putrajaya.

12. Ketahuilah bahawa agenda utama Vatican (La Oscura Historia del Vaticano) ialah menjadikan Kristian sebagai AGAMA TUNGGAL DUNIA. Agenda ini telah bermula sejak beratus tahun lalu, yakni sebelum kita semua wujud; dan gerak kerja Vatican masih berterusan sehinggalah misi mereka tercapai. Merujuk fakta ini, Malaysia juga tidak terkecuali menjadi sasaran Vatican.

13. Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah. - Surah Al-Baqarah, 120.

4 comments:

  1. Macam mana pula dgn BN yg ada MIC dn MCA nya? sama juga keadaannya... cuma bezanya, org melayu ISLAM BN tdk mengamalkn ISLAM sepenuhnya... tp org melayu ISLAM dlm PAS berusaha cuba utk mengamalkan ISLAM sepenuhnya dlm diri dn negara....

    ReplyDelete
  2. APO BONDO LAH UMNO PANDIKUTY (GELARAN BARU WAGIHIH, DENGAR CAKAP BLOGGER TERUS JD BERITA UTAMA UTUSAN PASAL NEGARA KRISTIAN...

    JELAS TERBUKTI WAGHIH UTUSAN PENIPU SAMO LAH DGN UMNO PANDIKUTY!!!

    ...UMNO PANDIKUTY...

    ReplyDelete
  3. suka hatilah saudara dan saudari melontarkan apa sahaja tomahan..Tetapi kita perlu fikir semula..ADAKAH KITA IKHLAS DENGAN AGAMA KITA SENDIRI..???dengan melontarkan berbagai tomahan?Adakah kita ini benar-benar bersih?..Dan siapa kah kita ini sehingga boleh menghakimi agama orang lain..Adakah kita telah menggantikan HAKIM YANG ADIL ITU??Lu fikirlah sendiri..

    ReplyDelete
  4. "siapa kah kita ini sehingga boleh menghakimi agama orang lain"? ini kenyataan liberal ke apa anon? sama ada kamu ni bukan islam or else, tp walaupun islam menghormati penganut agama lain, tp islam tetap menganggap agama lain tidak benar di sisi Allah.

    inilah masalahnya kalau terpengaruh dengan ajaran pluralisme tajaan nuar jubur.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Blog Archive