Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 30, 2011

Parlimen BELIA hak BELIA MALAYSIA

Apokoh bangang dan bahalulnya seorang Ahli Parlimen yang dikatakan daripada Sarawak takut dengan isu KOS Parlimen Belia? Difahamkan juga Pemuda Barisan Nasional turut terancam kepada wujudnya Parlimen Belia. Diberitakan bahawa Pemuda PERKASA juga merasa tercabar dengan wujudnya Parlimen Belia.

Sebagai Modal Ilmu kepada 12.5 juta, rakyat Malaysia yang berada dalam kohort umur 15-40 tahun, selaras dengan Seksyen 2, Akta 668 berkenaan Definisi Belia.Makanya, Pak Sedaro nak lah, kongsi pengalaman kerdil dan ilmu perjuangan belia ini, setelah diberikan ruang merantau 60 buah negara dunia dalam dayungan MAUT Belia.

Parlimen Belia merupakan sebuah badan autoriti yang mempunyai bidang perbahasan khusus jika dirujuk kewujudannya seperti di Australia, New Zealand, Canada, Sweden dan Great Britain. Lingkungan perbahasan Parlimen Belia, sebahagiannya merupakan "kertas fikir" kepada Dasar-dasar Pembangunan Orang Muda negara-negara berkenaan, manakala, sebahagian lagi ialah "Pewartaan Dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Parlimen Negara masing-masing".

Apakah jenis-jenis kos yang terlibat? Antara yang bakal wujud ialah Kos 5T "Token hadir Sidang Parlimen, Tips tanggungan ke atas research yang dijalankan oleh mana-mana ahli Parlimen Belia, Ta-paw semua hidangan yang dijamu kepada ahli Parlimen Belia/Pegawai Khas Ahli Parlimen Belia/Tetamu-tetamu tertentu semasa Sidang Parlimen Belia berlangsung, Tanggungan ke atas penginapan kepada Ahli Parlimen Belia/Pegawai Khas Ahli Parlimen Belia, Take-away dana-dana kerja kepada Program dan Projek Terancang Tahunan Ahli Parlimen Belia"

Siapa yang mungkin Ahli Parlimen Belia? Yang wajar ialah EXCO MBM, DT MBM, Ahli Lantikan Menteri MPBN, Presiden MBD seluruh Malaysia. Cukuplah mereka ini, kerana Presiden Majlis Belia Daerah ialah Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah. Maknanya, Sidang Parlimen Belia tidak boleh berlaku di Dewan Parlimen, Jalan Parlimen, Bukit Duta. Parlimen Belia mesti melakukan Sidang mereka di PICC, Putrajaya.

Apakah relevannya Parlimen Belia? 75% urusan pembangunan belia khusus dalam Agenda Gagasan 1 Malaysia boleh menerima terapi ilmu yang berkesan. Urusan mengangkat kembali martabat, seperti kedudukan Program Antarabangsa tertentu misalnya Program Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun, Program Pertukaran Budaya Negara Komenwel, Program Transformasi Belia Asia Pasifik, Program Jambatan Budaya Eropah dan Asia Barat, Program Transformasi 1 Belia 1 Malaysia boleh dibahaskan. Juga kedudukan tertentu pemimpin-pemimpin belia yang kaya bil-hikmah dalam Jawatankuasa-jawatankuasa PBT, Masjid/Rumah Ibadat, Agensi-agensi tertentu, sebagainya.

Secara relatifnya, setiap kali persidangan Parlimen Belia, Kerajaan Malaysia Barisan Nasional mesti menyediakan peruntukan khas sebanyak RM 10 juta setahun untuk diadakan persidangan sebanyak 2 penggal dalam setahun. 6 hari Persidangan Penuh, dengan Ucapan Rasmi daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, atau pun Titah Di Raja daripada DYMM Timbalan Yang Di Pertuan Agong sebagai tanda Parlimen Belia merupakan RESTU DI RAJA penzahirannya.

Pak Sedaro melihat, Parlimen Belia boleh menjadi penggerak utama kepada banyak inisiatif Kerajaan Malaysia yang terbeku dan tersesat jalan. Bacalah hansard Parlimen sejak 1969, maka, terbongkarlah banyak inisiatif yang belum dilaksanakan. Masa dulu mungkin tak relevan, tapi hari ini subjek tersebut amat-amat cocok.

Pak Sedaro berdoa jika adolah pembaca budiman yang hari ini YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Belia dan Sukan, KSU Belia dan Sukan, KP Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, yang membaca hujah-hujah kerdil ini, supaya "segerakanlah" mintalah dipinda dengan tambahan ke atas Akta 668, dengan memasukkan seksyen Parlimen Belia secara khusus. Jika MPBN boleh disilang ganti, maka, jadikan ia REALITI.

1 comment:

  1. parlimen belia nie ...kesinambungan generasi pelapis dr DNA ahli parlimen skrg nie ke..ketegori isu yg di debatkn dlm parlimen belia,selari dgn isu nasional ke...atau ikut peringkat isu umur ahli parlimen belia..kalau belia sampai umur 40..mmg tak sesuai..sbb takut belaku monopoli mgikut kematangan seseoorg...jdi berat sebelah...plg sesuai umo 18-32 dn mengikut ketegori isu yg sesuai mengikut peringkat umur tersebut

    ReplyDelete

Blog Archive