Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 27, 2011

Ahmad Shabeery Chik Jawab!

Falsafah dan pendekatan program Anugerah Belia Negara yang diasaskan pada 1988 memberi penarafan AAAAA kepada penggerak, aktivis dan pemimpin belia Malaysia. Oleh yang demikian, beberapa segmen kategori penganugerahan diadakan.

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, sejak Ahmad Shabeery diseronok dengan program Ahli MPBN Lantikan Menteri yang dilihat tidak berkesan kepada MBM dan DT MBM, Ahmad Shabeery Chik mengolah kaedah Anugerah Belia Negara 2011.

Difahamkan daripada media massa, Anugerah Perdana Belia Negara (Lelaki) dan (Perempuan) diadakan, dan Pertubuhan Belia. Anugerah Perdana Belia Negara L&P menggondol cepumas RM 20,000, trofi dan sijil. Melihat kepada pendekatan luar biasa ini, apakah yang hendak ditonjolkan oleh Ahmad Shabeery Chik?

Atau ini merupakan "teori konspirasi" membunuh Kementerian Belia dan Sukan secara senyap sunyi? Pak Sedaro ucapkan tahniah kepada pemenang Anugerah Perdana ini kerana kedua-duanya Ahli Totok Gerakan Belia 4B Malaysia. Yang lelaki budak Rembau, bersemando di Johor. Yang perempuan, anak Perlis. Nak dikisahkan baru bonar lagi, mereka ini dalam Gerakan Belia 4B Malaysia, kurang dari 15 tahun. Sobab maso, Pak Sedaro gilo dalam HANRUH BELIA, pada 1996 di MPAT MBM di Kangar, Perlis tak do lagi muko-muko ini di persada kebangsaan.

Namun yang jelas, KBS dilihat cuba berfikir jauh di luar kotak! Namun daripada segi falsafah Anugerah Belia Negara, KBS telah mengorbankan kurang lebih 10 orang Calon Layak dalam 5 Kategori yang lazim di pentaskan!

Apakah Kuasa KP JBSN dianak tirikan? Atau Panel Penilai ABN 2011 terdiri daripada kelompok "dengkel Akta 668", "bukan Transformer BELIA", "ahli prejudis kepada kelompok lain"? Atau apa sebenarnya AGENDA Hari Belia Negara 2011, kali ini?

Belia Pemangkin Transformasi bukan demikian sifir dan congaknya, Ahmad Shabeery oiii.

Hari ini, Melaka dikatakan sebagai Negeri Belia. Negeri Sembilan menggelar diri sebagai Negeri Kerja Belia. Hanya Negeri Sembilan dipercayai memiliki Kitab Rancangan 5 tahun Pembangunan Belia Negeri (RPB 1), dan diberitakan sedang menilai semula serta membentang RPB 2 (2011-2015) dalam jangka terdekat.

Pak Sedaro fikir, Program Transformasi Belia mesti gerakkan oleh MBM secara sistematik dan berfasa. MBM untuk tempoh 5 tahun akan datang, mesti bertindak sebagai "TERAJU DAN PEMANDU" samalah sifatnya seperti teraju.gov.my dan pemandu.gov.my

Himpunan 1 Juta Belia mungkin manifestasi anak muda Abad ke-21 Masehi, tapi bukan untuk anak merdeka 1432H!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive