Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, September 28, 2011

Bajet KEBAJIKAN Najib

3 Oktober 2011, Parlimen akan bersidang. Minggu pertama ini seperti lazimnya YAB Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan Negara. Bajet 2012 dikobar sebagai Bajet pilihanraya (skrip Pas+PkR+DAP). Inilah perbendaharaan kata paling murah yang ada dalam minda pemimpin pembangkang.

Apa pun, Pak Sedaro difahamkan bahawa Bajet Kebajikan merupakan mauduk dan resepi utama Belanjawan 2012. Input Bajet Kebajikan antaranya:

1. Skim pencen ilat diberikan kepada semua pesara tentera, polis, anggota pakaian seragam/beruniform dan kakitangan awam tidak beruniform akan dikaji semula. Wang perbendaharaan simpanan di PERKESO akan diberi lebih kepada mereka.

2. Skim pencen ilat kepada pesara swasta yang menerima nasib yang daif dek kerana kecacatan kekal atau tidak kekal juga akan dikaji semula. Yang pasti mereka akan terima pampasan dan faedah lebih daripada simpanan atau pelaburan PERKESO.

3. Simpanan KWSP akan ditokok dividen kepada 10% daripada kedudukan biasa. Ini berdasarkan simpanan KWSP ialah tabung Ke-4 paling besar di dunia.

4. Semua pelabur simpanan yang masih memiliki simpanan pelaburan dalam mana-mana Dana ASN akan menerima bonus simpanan sebanyak 10% daripada nilai simpanan yang ada, dan boleh diwarta pemilikan pada 1 Januari 2012.

5. Semua pelabur dalam Simpanan Tabung Haji akan menerima "Top-Up" daripada Tabung Haji kerana kekayaan sektor pelaburan dalam TH Plantation Berhad dan perniagaan lain. Pelabur dan penyimpan akan menerima LABA Khas sebanyak RM 1000 hingga RM 5000 mengikut jumlah simpanan berkenaan.

6. Semua kampung Melayu seluruh negara yang dianggar sebanyak 16,500 buah akan menerima Wang Ehsan Kerajaan Malaysia sebanyak RM5,000 setiap kampung untuk tujuan pengindahan landskap dan keceriaan kariah kampung.

7. Semua imam Masjid, Surau seluruh Malaysia akan menerima ganjaran sara hidup bulanan ehsan selama 12 bulan sebanyak RM2,000 seorang. Semua jawatankuasa masjid dan surau seluruh Malaysia akan menerima elaun khas ehsan selama 12 bulan sebanyak RM250 seorang, kecuali Bilal dan Siak sebanyak RM500 seorang. Elaun Ehsan ini sebagai tambahan dan insentif menjalan usaha-usaha imarah Masjid dan Jemaah Kariah. Elaun untuk beli petrol motosikal dan motorkar, bukan buat tak tentu ARAH.

8. Semua petugas pilihanraya ke-13 akan menerima elaun khidmat khas yang ditambah sebanyak 20% daripada elaun semasa sejak PRU-1 hingga PRU-12 dulu. Ini akan memberi kesan kepada sumbangan dan pengiktirafan Kerajaan Malaysia kerana petugas berkorban tanpa mengira mereka penyokong parti mana.

9. Semua anak yang lahir pada 2008 hingga 2013 akan menerima bantuan buka akaun di BSN dan PTPTN sebanyak RM20 dan RM100 masing-masing. Sumbangan ini daripada Tabung Ikhlas GLC di bawah Khazanah Nasional. Semua anak Malaysia tanpa mengira kedudukan dan status ekonomi keluarga serta latar belakang politik akan dianugerahkan HADIAH SIMPANAN KHAS NEGARA.

Semua bentuk Kebajikan ini akan menelan belanja sebanyak RM15 billion. Semua rakyat memiliki bahagian tersendiri. Siapa yang beringat dan insaf akan bersyukur. Inilah lambang keamanan, perpaduan dan agenda besar Gagasan 1 Malaysia.

4 comments:

  1. Najib ni bodoh sangat nampaknya!
    Dia ingat kalau dimansuhkan kuota Melayu, kaum Cina akan berpuas hati dan mengundi BN di PRU13 nanti. Minta maaf. Kaum Cina akan tetap mengundi DAP dan Pakatan Rakyat utk boleh memerintah The Republic of Malaysia.
    Sekarang ini, MCA dan Gerakan menjadi batu api utk mendesak Najib memberikan berjuta2 peruntukan kpd SRJKC, konon sbg cara utk mengambil hati kaum Cina supaya akan mengundi BN. Kaum Cina yg cerdik memang tahu kalau menyokong BN dapat apa? Lebih baiklah mereka menyokong DAP dan PR, dapat juga suatu hari nanti berkuasa di negara ini spt yg telah berlaku di Singapore.
    Orang Melayu yg menyokong PAS dan PKR tak sedar mereka sedang ditipu hidup2 oleh Cina Komunis DAP. Anak cucu mereka akan kencing di atas kubor2 datuk dan nenek mereka!
    Melayu mudah lupa ?????????

    ReplyDelete
  2. paneh biang..mlm tadi aku tersilap dengor PM kata kuota bumiputra dihapuskan..kenapa kau tak menjerit seperti puaka..dulu kau tuduh pakatan nak hapuskan kuota tu.. sekarang kau telanjang le..dengan perkasa dan juak umno ngok.

    ReplyDelete
  3. Ini bajet 'hilang akal' namanya. Agak-agaklah.
    Masalah di Malaysia sekarang ni ialah pelaksanaan Dasar Kerajaan. Pendukung dasar ni korup. Dari sekecil-kecil peon sampai ke sebesar-besar menteri semuanya korup. Kesannya di tanggung oleh Kerajaan yang memerintah.
    Dulu semua orang mengelak nak jadi Imam sebab tak de hasil, sekarang berebut.
    Beri RM 5000 nak ceriakan kampung. yang pasti 'tok ompek' lah paling ceria.
    Najib boleh cadang, rancang dan buat macam-macam tapi hasilnya orang tetap marah kan dan salahkan kerajaan.

    ReplyDelete
  4. jgn cepat melatah saudara2 sekalian

    ReplyDelete

Blog Archive