Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, September 8, 2011

Mari Ikut PAS

Begitu sentimental slogan Mari Ikut PAS! Mari kita kaji darjah pemikiran, hadaman ilmu dan kefahaman senario politik dan politiking dalam kalangan pengikut tegar, penyokong tegar, pendokong tegar dan pengiya tegar PAS+PKR+DAP (lebih sedap gelaran mereka Budak-Budak Bukan Barisan Nasional):

1. 90% daripada mereka ini tidak mampu berhujah secara waras dan warak dalam konteks membuktikan fakta dan pengkisahan sebenar di sebalik fakta yang boleh membuktikan bahawa ikutan mereka itu benar lagi membenarkan.

2. 95% daripada mereka amat takut untuk mengetahui dasar-dasar awal pengasasan parti dokongan masing-masing, sehingga menafikan kedudukan pemimpin tertentu dalam parti yang dipuja dan didewa oleh PAS+PKR+DAP.

3. 90% daripada mereka ialah pengundi yang baru mengundi 2 kali pilihanraya, ada yang langsung tidak pernah mengundi juga yang memang tak pergi langsung ke bilik-bilik membuang undi semasa pilihanraya.

4. 90% daripada mereka ialah warganegara yang keliru tentang identiti Bangsa Teras, sentiasa keliru dengan kepentingan mereka dalam 153, keliru dan terus keliru dalam 121 (1A) dan akhirnya menjerumuskan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh disabitkan mengikut Perkara 149 (1) a,b,c,d,e.

5. 90% daripada mereka ini dikenalpasti daripada kelompok yang punyai ijazah sarjana muda, sarjana dan sijil-sijil politeknik sahaja. Mereka yang memiliki SPM tak ambil peduli pun perihal senario politiking semasa. Mereka ialah kumpulan sorak sahaja. Kumpulan pemilik PhD tidak berminat dalam pujukan syaitan dan iblis politiking kerana pengkajian mereka yang mendalam akhirnya menemukan kepada kebenaran, siapa sebenarnya Kuasa Melayu? Maksud Kongsi Kuasa? Makna 1 Malaysia.

6. 90% daripada mereka ialah orang yang lahir selepas 1960an. Kumpulan ini semasa peristiwa 13 Mei 1969, berusia 9 tahun. Namun 13 Mei 69 berlaku di Bandar dan Kota Besar. Tidak berlaku di Masjid Kuala Kangsar di waktu subuh yang mengorbankan 150 orang jemaah subuh yang ditembak ketika mendirikan solat subuh dalam saf tertib oleh KOMUNIS LAHANAT. Peristiwa 13 hari Komunis kuasai kampung, pekan kecil dan estet yang penuh menyayat hati. Mereka ialah kumpulan yang hari ini, dewasa dalam alam "kuasa elektrik dan air paip", yang dicabul pemikiran politik dan politiking melalui ceramah-ceramah propaganda Syiah, Khawarij, Komunis dan Freemasonary.

7. 90% daripada mereka kononnya patriot Islam. Namun, patriotisme mereka hanyalah berteraskan cerita-cerita pembohongan yang didewakan oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng.

8. 95% daripada mereka ialah kelompok hanya dengar dan suka dengar gossip. Mereka tidak membaca buku-buku dan bahan-bahan sejarah di arkib, di muzium dan perpustakaan tersohor. Mereka tidak bersahabat dengan ilmuan-ilmuan besar Bangsa yang masih bernafas. Mereka tidak bersahabat dengan bekas-bekas Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan yang masih bernafas. Mereka tidak bersahabat dengan ilmuan Islam dan pendakwah Islam yang handal yang masih bernafas. Justeru, mereka memilih untuk berfikir cara SONGSANG, mengikut aliran fikir yang dibikin oleh Freemasonary.

Dalam keributan politiking tanahair, Pak Sedaro melihat selagi Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional lemah, DAP akan pengaruhi PAS dan PKR untuk bercemolot dengannya. PAS tidak boleh menjadi tunggak kerana kewujudan PAS ialah sebagai kuda tunggangan DAP sejak 1955 lagi. PAS hanya bersaudara dengan UMNO sebelum 1974 iaitu semasa Almarhum Dato' Asri mengurus Kerajaan Campuran Islam (PAS & UMNO) di Kelantan.

Apakah pintu rujuk terbuka? UMNO tidak pernah menolak kesantunan PAS untuk kembali sebagai sebuah pakatan Islam yang kuat seperti 11 Mei 1946 sehingga 1951. Ini kerana PAS ialah daripada daging dan darah UMNO juga. Inggeris berperanan memusnahkan perpaduan Islam sejak penubuhan PAS. Gerakan Inggeris ini dijalankan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang berfahaman Freemasonary.

Apakah masih ada jalan pulang? PAS masih ada haluan kepulangannya. PKR nampaknya sudah jauh dirasuk dan dijajah oleh Plural dan Liberal yang ditaja secara terang-terangan oleh Al-Gore dan Zionis. DAP tiada tempat di Bumi Melayu, sebab itulah PAP yang ditawan oleh Lee Kwan Yew sanggup berpisah dari Persekutuan Malaysia hanya di atas kertas timah kotak rokok oleh Tunku Abdul Rahman (dibicarakan sendiri oleh Almarhum Khir Johari). DAP ialah Komunis Moden yang meresapi rakyat secara halus. Inilah Gerakan Bawah Tanah paling berjaya zaman moden.

Namun apakah pilihan rakyat? Hingga waktu ini, rakyat mesti kritikal. Belum nampak pilihan yang tetap dan tepat. Andai UMNO tidak berubah dan memberi jaminan bahawa UMNO boleh memberi kebenaran dan hak kepada rakyat dengan pemimpin yang berwibawa, maka BN akan kecundang dalam PRU-13.

Alasan kekalahan kali ini ialah Rakyat sudah MUAK, PROTES DAN MEMBENCI BARISAN NASIONAL.

11 comments:

  1. UmnoApcoPORNO hidung tak mancung pipi tersondol2 adolah nampak eh!
    Kah!Kah!!Kah!!!!

    ReplyDelete
  2. Satu aja pilihan iaitu orang Melayu bernaung dibawah satu payung parti politik Melayu yang dominan

    siapa yang dominan UMNO

    Lepas itu ramai ramai bersihkan UMNO daripada pemimpin dan ahli yang Korup

    dan bukan itu sahaja

    selepas itu tanggungjawab parti yang dominan dan berkuasa memastikan agar pegawai pegawai dan kakitangan kerajaan yang korup juga disingkirkan ...

    Kalau United Melayu No Otak nak jadi komunis ... lantaklah dia...

    sebab selamanya orang yang tak berotak ini akan terus perasan bagus ... tak boleh dengar dan tak boleh ikut

    ReplyDelete
  3. Allo whiteorange@TOTOK Umno,,,
    UMNo bukan agama,apa yg kau fanatik sangat dgn Umno.Kunun2 nak bersihkan Umno???? Kah!!Kah!!!Kah!!!
    Perjuangan berlandaskan Bangsa ni tk akan kemana2 la bro,,jgn jd bodoh.

    ReplyDelete
  4. perjuangan berlandaskan bangsa dan nasionlisme lah yahudi berjaya kuasai dunia, amerika jadi polis dunia dan arab jadi boneka. pilih la nak jadi mana satu.

    -pak teh

    ReplyDelete
  5. bingai btol la united melayu xde otak..bahasa y die guna pon tau mmg xde otak!!!

    ReplyDelete
  6. saye stuju ngn pakteh!!!

    ReplyDelete
  7. Allo Pak teh@Pak Piteh,,,
    jadi Yahudi LAKNATULLAH tu jadi kebanggaan kau la ye???

    ReplyDelete
  8. Allah kata mana yang baik kita ikut. Yang buruk kita tinggalkan. Perangai buruk Yahudi jangan diikut. Contoh yang baik determination mereka untuk menjadi satu bangsa yang hebat, patut dicontohi kerana Yahudi juga makhluk Allah.

    -pak teh

    ReplyDelete
  9. OO..maksud kau mencontohi determination Yahudi menjadi bangsa hebat dgn membunuh org2 Islam laaa.. baru aku faham!

    ReplyDelete
  10. ceteknya pikiran kau anon. rasanya budak sekolah pun paham apa maksud pakteh tu. bab ekonomi dan teknologi yg dikuasi yahudi la yg patut dijadikan contoh utk kita kaji dan pelajari. bukannya bab bunuh org islam. susah becakap ngan org ngaji 3 suku nih.

    ReplyDelete
  11. kesian pakteh... penguasaan khalifah islam 2/3 dunia tak pulak jadi contoh...contoh nasionalisma yahudi dia amik contoh? ngaji mana pakteh?

    dulu sedara pakteh

    ReplyDelete

Blog Archive