Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, January 8, 2012

Breaking News!

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Stadium Kelab Sultan Sulaiman hari ini dibanjiri dengan ratusan penyokong kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mendengar sendiri penjelasan beliau mengenai Kes Liwat II yang berhadapan dengan beliau.

Anwar dijangka akan memberi ucapan beliau pada malam ini dan khabar angin bertiup kencang mendakwa Ketua Umum PKR itu akan mengangkat Sumpah menafikan dakwaan beliau terlibat di dalam Kes Liwat II yang turut membabitkan mangsa Saiful Bukhari.

Sebelum itu, beberapa penyokong beliau telahpun berkumpul di rumahnya menyertai Solat Hajat agar keputusan yang bakal diumumkan di Mahkamah esok memihak kepada beliau.

Quoted from KL Pos.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive