Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, September 14, 2008

Akhirnya Zaid Bersuara...

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas menyifatkan cadangan Zaid itu memang wajar memandangkan Muhyiddin seorang menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri.

''Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufarakah (berpisah daripada imam)," katanya di sini hari ini.

Mohd. Alwi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid supaya Muhyiddin meletakkan jawatan jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah. Menurut Zaid, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

Analisis: Alhamdulillah, akhirnya Zaid bersuara jugak. Masa Bar Council pertikai pasal Islam, dia senyap je. Bila orang pertikaikan perkara2 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Zaid tetap senyap. Sekarang ni orang dok sibuk suruh lepaskan tahanan ISA, Zaid masih lagi diam. Kau ni betul ke belajar undang2 ni Zaid? Kau jawablah bahawa kebebasan di Malaysia ini tidak mutlak. Hak asasi di Malaysia ni tertakluk di bawah Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan mana2 individu mempertikaikan hal2 seperti:

1. Agama Islam
2. Bahasa Melayu
3. Hak Istimewa Melayu
4. Raja-Raja Melayu


Kenapalah kau bengap sangat ni Zaid? Kan ini keja kau untuk menerangkan kepada rakyat supaya mereka faham. Tengok sekarang ni dah ramai pulak pertikai kenapa mereka kena ISA. Peguam Teresa Kok tu pun tak paham2 pasal ni. Kau bagitaulah peguam Teresa Kok tu supaya baca Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara tu menyebut bahawa mereka yang melanggar Perkara 10 (4) akan dikenakan tindakan dibawah Perkara 149 yang antaranya adalah ISA. Peruntukan undang2 dalam Perkara 149 ini adalah sah bagi tujuan pencegahan bagi perkara yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam dalam Persekutuan Malaysia atau mana2 bahagiannya.

Kau cakaplah kepada rakyat wahai Zaid bahawa Raja Petra tu dah memperlekehkan Islam dan Teresa Kok pun cuba menghina Azan dan tulisan Jawi @ bahasa Melayu. Sebab tu la orang ramai tak paham2 Zaid oii.... pasal kau bukan nak beri penjelasan hal2 macam ni, tapi dok sibuk nak jatuhkan Che Det dan sekarang Muhyiddin. Sibuk sangat kau nak kipas punggung Paklah tu apahalnya? Sebagai Menteri Undang2, negara ni perlu kau jaga keharmoniannya tak kiralah siapa pun yang akan jadi pemimpin. Kalau tak nak buat keja, letak je jawatan. Takdelah sesia rakyat nak bayar gaji kau Zaid umpama menanggung biawak hidup.

Buek Mohd Alwi,

Memang la kalo kita rasa Imam tak betul, maka kita kena berpisah dari Imam. Tapi menjadi tanggungjawab makmum juga menegur Imam jika tau Imam tu buat silap. Dan jika kita nak tegur Imam, kita juga kena ada dalam jemaah tu. Tak boleh kita dok luar masjid, pastu tau Imam buat silap, kita sobut Astaghfirullahalazim kuat2 untuk tegur Imam tu. Itu bingai namo eh. Nak perbetulkan pemimpin, kita kenalah ada dalam jemaah...!

Update: 15 September 2008 (8.00 p.m.)

Zaid Ibrahim: Resignation rejected

Zaid -- who was unsuccessful in meeting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi earlier -- tendered his letter of resignation as minister to the Prime Minister’s office before 2pm. However, he was later called to a meeting at Seri Perdana with Abdullah from 3pm to 5pm. At the meeting the Prime Minister rejected his letter and told him to take two weeks’ leave instead. It not known whether Zaid has changed his mind but he has called for a press conference on Tuesday.

10 comments:

  1. ekau loya ka jang.
    Tapo kasik paneh skit

    ReplyDelete
  2. Bahagian tentukan pelan peralihan kuasa PM, TPM
    12/09/2008 12:00pm


    KUALA LUMPUR 12 Sept. – Sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. - Utusan

    ReplyDelete
  3. Muhyiddin sedia hadapi risiko
    12/09/2008 12:00pm


    KUALA LUMPUR 12 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.

    Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.

    Beliau ditemui pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. - Utusan

    note: INI BARU NAMANYA JANTAN!!!!

    ReplyDelete
  4. Yang sepatutnya dah lamo orang2 umno mufarakah dengan pak lah! Dah jauh bonar sosek eh tu..

    ReplyDelete
  5. "kaduk naik junjung"

    nak meminpin negaro, dalam parti sendiri macam hampeh..

    ReplyDelete
  6. ha,ah mmg bersuara akhirnya...tp lomau rrrr...cm pondan tuo...biar jd ayam jantan ngan jd tino

    ReplyDelete
  7. Zaid Ibrahim letak jawatan
    15/09/2008 2:29pm

    KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.

    Seorang pengecut tidak layak menjadi menteri. Suatu kesilapan bila memilih seorang bangsat yang cuba menjadi juara tatkala kekusutan politik negara. Dimana suara Zaid Ibrahim ketika perbincangan IFC? Dimana tanggung jawab seorang menteri?

    Anda seorang lawyer..lawyer buruk!

    Jenis anak ibrahim gak.. ;p

    ReplyDelete
  8. ZAID LETAK JAWATAN...MUAHAHAHAHA! Tak sia2 blog ni hentam dia.

    ReplyDelete
  9. Bro, walaupun Zaid dh submit resignation letter dia tp P'Lah KIV dulu dan mintak dia bercuti utk pikir balik... Belum confirm tu lg bro, masih ada talian hayat atau masa tambahan.

    p/s: Takkan laa P'Lah senang2 nak terima Zaid letak jawatan, penyokong kuat dia tu...

    ReplyDelete
  10. apo nk bg maso g....
    buang yo org yg byk ckap yooo...tp tak tau nk buek kojo.....
    org mcm 2 perosak bangso yooooo....

    ReplyDelete

Blog Archive