Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, September 19, 2008

PERLUKAH....?

Salam ramadhan untuk semua pembaca...kini kita berada dalam sepuluh Ramadhan yang terakhir, semoga kita semua akan lebih sihat untuk lebih beribadat....

Dua hari lepas, saya terdengar komen YB Dato' Seri Syed Hamid Albar yang menyarankan agar Akta Kaum diluluskan untuk memastikan keharmonian kaum dapat dikekalkan di bumi bertuah Malaysia ni...

Persoalannya, adakah akta sebegini perlu untuk diluluskan sekarang...menyedari keadaan sudah pun tegang...adakah undang2 akan meredakan 'racial tension' yang ada?

Bukankah kita sudah pun mempunyai pelbagai peruntukan undang2 yang boleh diguna pakai (apabila perlu) untuk memastikan keharmonian dan keselamatan negara dijaga?

Sekiranya draf Akta tersebut dibawa ke Parlimen, saya tertanya2 apakah bentuk peruntukan yang bakal mereka usulkan...

Pada hemat saya yang kurang pengalaman, tindakan mengusulkan undang2 tersebut hanyalah sia2...Apa yang perlu dilaksanakan ialah program2 yang mendidik rakyat tentang pentingnya kesefahaman dan toleransi demi mengekalkan keharmonian sejagat dan pastinya keselamatan negara...Pentingnya memahami konsep kenegaraan, semangat kebangsaan dan patriotik...Semangat untuk bersatu memajukan negara dalam kepelbagaian dan perbezaan...

5 comments:

  1. ok la tu...skang ni aku tengok cina india dah makin melampau...ader undang2 boleh la kawal tindak-tanduk...sama juga dengan melayu yang setengah2 tu memang agak melampau macam yang bekas adun kat penang baru ni...

    ko ader cadangan yang lebih bernas lagi pada tu ker? setakat nak buat aktiviti kesedaran, aku rasa da banyak la kat tv la, kat kg2...aper kesannya? habuk pun tarak...ko ingat cina india tu nak sanagt dengar orang bebel citer padsal sejarah la kontrak sosial la...tak de makna nya lah...

    ReplyDelete
  2. akta kaum ni macam pelik je.

    ReplyDelete
  3. Salam, mgkin sudh sampai masanya akta ni dwujudkn. Selama ni pendidikan dsb yg diusahakan mcm x bksn je...apa salahnya kita cuba!

    ReplyDelete
  4. Setuju Ustaz Said..100%

    ReplyDelete
  5. Akum,

    program memberi kesedaran ni dah lama dah sejak prinsip Rukun Negara diperkenalkan tahun 1970 lagi.

    Kalau semua warga faham tentang isi dan makna keluhuran perlembagaan,kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan tak de masalah.

    Tak de lah ahli Parlimen Seputeh tu suruh perlahankan azan,tak de le Ketua Menteri tu nak tolak DEB dan Menteri Besar sebuah negeri tu cadangkan Uitm buka pada orang bukan bumi.tapi semua orang ni terpelajar dan semua orang ini adalah pemimpin.Mereka ini macam tak tau Rukun Negara saja buat tak tau.

    Jadi kalau orang yang buat tak tau ni apa nak dibuat. Kalau kat kampung saya ni rotankan aje! Tapi ni bukan cerita kampung saya tapi cerita pasal negara. Orang yan tak faham ni perlu diajar melalui kaedah penalti atau penjara aje. Baru diaorang sedar.

    Kat Malaysia sekarang ni Akta yang releven nak hukum orang cam ni adalah Akta Hasutan 1948 iaitu seksyen 4 (a)- (d) dan Akta Mesin cetak dan penerbitan 1984 iaitu Seksyen 8 (1) dan 8(2)sahaja. Tapi itu untuk kesalahan menghasut atau penerbitan material yang menghasut.

    Tapi macam Bar Council buat seminar Pemelukan Agama Islam tu menghasut ke. Walaupun ia menimbulkan kemarahan tetapi itu tidak menghasut. Itu hanya nak berbincang dan berdialog tentang isu sensitif tanpa niat menghasut,kata mereka.Memang bawah Akta Hasutan atau Akta mesin cetak & penerbitan mereka tak dapat didakwa kerana tak masuk dalam makna menghasut atau menerbitkan material yang menghasut.

    Nak guna ISA? Masa Tun dulu Operasi Lalang 1988 ISA berhasil membenteras pergaduhan antara kaum apabila orang cina mempertikaikan keistimewaan orang Melayu. Tetapi kini adakah boleh guna cara yang sama. Sampai sejauh mana kita nak tafsirkan menyuarakan hak sama rata sebagai "threat to national security"walaupun amat sensitif kpd orang Melayu. Orang Melayu sekarang ni pun bila orang lain mempertikaikan hak mereka,mereka bukan tahu nak naik minyak atau mengamuk sehingga menjadi "threat to national security".Sebaliknya mereka lebih senang menjadi apologetic dan mengalah.Tengoklah biasiswa JPA ,tengoklah TEKUN dah buka 10% untuk orang India.

    Dengan undang-undang yang ada macamana nak ROTANkan orang yang degil atau orang NS cakap BOGIK (atas sikit dari degil) tak faham2 RukunNegara dan tak faham2 Perlembagaan Persekutuan ni. Solution yang dicadangkan Akta Hubungan Kaum. Releven atau tidak senang saja nak tau. Kalau pemimpin tegas Akta ini tak perlu-kerana pegangan yang teguh kpd Perlembagaan dan tidak perlu berkompromi lagi-contohnya Operasi Lalang 1988. Tapi seperti pemimpin yang ada sekarang yang apologetic,mengalah dan Menteri yg mempunyai wisdom like Zaid Ibrahim-kita memang amat perlukan Akta tersebut. Pemimpin takut ambil tindakan tegas melalui notion "Threat to National Security" mereka guballah Akta yang specifykan kesalahan dan biarlah abg-abg Polis kita yang ambil tindakan. Pemimpin kita tak yah lah tunjuk ketegasan cume arahkan saja abg Polis buat siasatan dan pendakwaan. Akhirnya yang dapat nama busuk adalah abg-abg Polis kita dan pemimpin kita arahkan Suruhanjaya Polis ambik tindakan nak bersihkan nama Polis.Pemimpin Melayu kita cume tengok2 dan arah2kan aje.Ole itu mereka tidak lagi dilihat sebagai apoogetik atau mengalah lagi.

    Itulah rasional yang saya lihat sama ada perlu atau tidak Akta Hubungan Kaum tu

    ReplyDelete

Blog Archive