Sepanyol terkenal sebagai negara yang mempunyai antara senibina yang tercantik di dunia. Keindahan itu dapat dilihat dan dihayati di beberapa bandar yang suatu ketika dahulu pernah dikuasai oleh kerajaan Islam seperti Cordova (Qurtubah), Madrid, Toledo, Malaga dan Granada. Malahan Portugal juga termasuk antara negara Eropah yang terletak dibawah jajahan takluk Islam pada kurun ke-8.
Bandar-bandar bekas jajahan Islam di Sepanyol terletak di wilayah selatan yang lebih dikenali sebagai Andalusia. Kawasan ini meliputi 2/3 muka bumi Sepanyol dan antara kawasan paling banyak dikunjungi pelancong dari seluruh dunia. Statistik menunjukkan bahawa penduduk Islam di Sepanyol kini lebih kurang 30 ribu orang sahaja. Begitu juga bangsa Yahudi yang hanya tinggal 15 ribu orang dan kajian menunjukkan hampir 95 peratus penduduk Sepanyol kini adalah penganut Roman Katolik (Worldbook 2000 Encyclopedia).
Nama Andalusia diberi bersempena nama Andalus, iaitu orang pertama yang tiba di selatan timur semenanjung Sepanyol dan kemudiannya beliau telah memeluk agama Islam. Andalus sampai di bumi Sepanyol 60 tahun lebih awal daripada Khalifah Uthman Ibnu Affan yang tiba pada 648 Masihi (27 Hijrah). Walau bagaimanapun, kedatangan mereka pada masa itu hanyalah bertujuan melakukan penjelajahan bagi mencari bekalan atau barangan baru bagi tujuan perdagangan.
Pulau Gibraltar yang dahulunya dikenali dengan nama Jabal Tariq atau Gunung Tariq adalah kawasan pertama yang dijejaki oleh tentera Islam antara 12 ke 17 ribu orang pada suatu malam bulan Mei 711 Masihi. Selat Gibraltar adalah laluan terpenting kapal dagang berulang-alik antara Laut Atlantik dan Laut Mediterranean. Kini dianggarkan lebih 70 ribu buah kapal menggunakan selat itu pada setiap tahun.
Penaklukan bumi Andalusia oleh bangsa Arab berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik yang memerintah antara 705 hingga 715 Masihi (86-96 Hijrah). Pada masa itu pemerintahan Islam turut meliputi Afrika Utara yang terdiri daripada Maghribi, Algeria, Morocco, Tripoli, Tunisia dan Kota Qairawan sejak tahun 671 Masihi (50 Hijrah). Pada zaman pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik, beliau telah melantik Musa bin Nusair sebagai wakil khalifah di Afrika Utara. Pada ketika itulah bermulanya sejarah penguasaan Islam di Andalusia selama hampir 800 tahun yang turut memberi impak yang besar kepada keadaan umat Islam pada hari ini.

bagus la artikel ni...tak sabo den nak tunggu kemunculan bahagian kedua...
ReplyDeletenape lah Abdullah badawi tak ambil iktibar daripada sejarah ni...kenapa dia bersungguh membiarkan orang2 melayu dan islam di negara ini dimusnahkan oleh barua sperti anwar...dan menghalang wira melayu seperti tun daripada terus mempertahankan hak kita di bumi sendiri...aku hairan...apakah sebenarnya abdullah dan anwar bersekongkol untuk musnahkan bangsa dan agama kita???