Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 29, 2008

Cari Pasal?

Update
30 September 2008

Calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat menganggap bahawa isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dimainkan oleh lawannya, Datuk Chua Jui Meng sebagai isu lapuk. Menganggap perkara DEB sebagai bukan lagi satu isu, beliau berkata, isu yang dibangkitkan oleh Jui Meng itu pernah ditangani oleh kerajaan di peringkat Kabinet dan Parlimen.

Original Posting

Dekat2 nak raya ni sakit pulak hati bila baca 2 berita ni;

1. Chua Jui Meng yang akan bertanding jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti bulan depan, semasa mengumumkan manifestonya hari ini, antara lain menggesa Barisan Nasional(BN) mengekalkan hanya aspek pembasmian kemiskinan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

2. Gerakan is considering the option of leaving Barisan Nasional and joining the Pakatan Rakyat opposition alliance. Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said this was among three options for the party - the other two being to either stay with the ruling coalition, or leave and become independent. “We are not ruling out any possibility at this moment. We have to assess the situation, but we are not closing any doors.

Chua Jui Meng ni memang tak sudah2 nak cari pasal. Kalau ya pun kau nak cari pengaruh di kalangan orang Cina, janganlah guna isu menyentuh hak Melayu. Apa beza kau dengan DAP? Jangan cuba mencabar orang Melayu, kelak binasa diri. Orang Melayu bangsa yang amat menghormati hak orang lain tetapi jika kami didesak berterusan, buruk akibatnya. Dalam hal ni orang Melayu kenal siapa Chua Jui Meng dan bagaimana dia sering bersifat racist. Aku rasa Ong Tee Keat lebih layak sebagai Presiden MCA. Sekurang2nya Ong Tee Keat ni fasih berbahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Gerakan pulak dah la cuma ada 2 kerusi parlimen saja di Gerik dan Simpang Renggam, tapi masih berani nak ugut keluar BN. Orang masih belum lupa sejarah peranan Gerakan dalam memulakan peristiwa 13 Mei dan bagaimana BN membantu parti itu yang hampir musnah. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Memang confirm Lomang Kuala Pilah "The Best!". Buka Puasa semalam Mak Cik pun rasa dan patutlah suami Mak Cik tiap Hari Raya AidilFitri dan Haji akan ajak kami ke Kuala Pilah cari lomang!

    Dan bukan kami sahaja dari luar, sehingga ada yang datang dari Singapura!!
    Harap-harap anak anak muda di Kuala Pilah ini akan belajar 'selok belok' membuat lemang lemang ini supaya ini dapat di teruskan dan dikekalkan kelak, InsyaAllah.

    Tetang Chua Jui Meng yang nak buat 'come back' ke MCA, dia cuba nak raih populariti dan isu DEB atau apa yang dibangkitkan pada pendapat peribadi Mak Cik adalah kerana dia lihat UMNO dalam keadaannya sekarang. Faham-fahamlah.

    Sebab itu kita mesti bersatu, kalau macam ini pun sana sini orang nak ambil kesempatan bayangkan kalau kita asyik bertelagah..Mak Cik fikir Paneh lebih arif tentang ini dari diri ini sendiri.

    Biarkanlah Gerakkan hendak keluar..baguslah tu. Apa kita nak buat? Takkan nak melutut merayu pada mereka..selama ini pun Gerakan tak buat apa pun pada Melayu Penang.

    Mereka mesti dah buat percaturan akan mengira benefits masuk PR tu. After all birds of the same feathers flock together.

    WaAllahuAlam.

    Selamat Hari raya AidilFitri. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalam melayuangkat,

    InsyaAllah kami orang2 muda Kuala Pilah terutama sontoloyo memang belajar selok belok buat lemang ni. Tradisi ini tidak akan terhapus.

    p/s: nasib baik mr samy kata mic loyal. setia ada makna tu.

    ReplyDelete

Blog Archive