Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 18, 2011

Suruh Rosmah diam sehingga selesai PRU-13 boleh ka Najib?


Rakyat hanya akan memberikan sokongan padu kepada Najib andai dia dapat menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.

Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'SUAMI' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri.

Rakyat dah lama menganggap perempuan itu adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam tak bertudung yang masih belum sedar orang dah lama bercakap pasal NKRA serta menganggap dia sebagai liabiliti kepada BN.

Semua media dan wartawan saban hari dipaksa membuat liputan serta memberi publisiti murahan segala aktiviti yang melibatkan Wanita Negori ini. Jadi Najib, mulai hari ini sehinggalah selesai PRU-13 nanti, kau pastikan wanita kesayangan kau tu jangan banyak songeh, dok ontok-ontok dan jangan asyik perabih duit rakyat sampai kementerian lain terpaksa dipotong bajet hanya semata-mata nak mengilaukan kembali 'Permata dia yang telah lama hilang'.

Terserahlah kepada kau Najib sebagai orang yang memikul tanggungjawab mendidik Rosmah Mansor. Pendokong kerajaan di bawah ni banyak lagi kerja lain nak buat, bukan 24/7 nak pertahankan Rosmah yang tak reti bahasa tu. Jangan nanti rakyat 'terpaksa' buat keputusan untuk mengajar PM dan 'SUAMI' di PRU-13 nanti.

Kalau Paklah boleh jatuh sebab KJ, tak mustahil kau Najib akan jatuh sebab Rosmah!

14 comments:

  1. Aku memang sokong 200% akan artikel ini. Dah lama aku nak suarakan tapi tak kesampaian. Memang di akui sejak dua menjak ini Rosmah perilaku dah MELEBIH bak kata org dulu dulu KADOK NAIK JUNJUNG. Aku pun mengikuti akan perkembangan politik Malaysia ini tetapi yg aku heran kenapa isteri ister PM yang terdahulu tak lah sesebok dan terlonjol lonjol seperti Rosmah ini. Apa sebenarnya c Rosmah ni mahu hah . Nak jadi PM pempoan yg pertama ke kat Malaysia ini.

    Kalau dia nak nak sangat glamour apa salah nya dia ambil tempat Siti Norhaliza, tak lah rakyat nak pertikai. Ni dok tak dok nak jadi glamour. Dah tu dok nak perabis duit rakyat pulak. Kesana sini lagaknya seolah olah dia yg jadi PM Malaysia. Tengok je beberapa minggu lepas Ke Arab,Ke Europe lah kononya atas undangan resmi. Siapa dia yg lagak ada undang resmi dari negara luar lak. Tugas nya yg patut di jalankan adalah sebagai " MENTERI PERTAHANAN " kat Najib je tak lebih dari itu . Tau Rosmah

    Yg si Najib ni apa hal pulak. Dok kata PAS, PKR jadi LEMBU di cucuk hidung oleh DAP tetapi pada hakikat nya Najib pun dah kena cucuk hidung juga lah cuma kelainan adalah di cucuk hidung oleh ROSMAH. Apa yg Rosmah buat Najib diam je. Buat Pak Menteri yg lain tu tegor tegor lah si Najib itu. Rakyat dok perati setiap hari gelagat Rosmah. Jgn lak rakyat dah meluat kat ROSMAH akhirnya BN akan kecundang pada PRU13.

    Satu lagi kata kat Rosmah, BN ataupun UMNO bukannya hak Najib seorg. BN & UMNO adalah hak rakyat yg menyokong parti ini. So sedarlah sikit diri itu. Cuba dia ikut cara mak mertua nya, mana ada dia menyibok sewaktu TAR menjadi PM. Tapi aku pun tak heran lah mungkin ROsmah ni dah dapat jangkitan kuman dari Al Juburi and Famili dlm mewarni PKR kot.

    Buat DSN, sedar lah dari sekarang dan mulakan langkah mu agar dapat menasihati ISTERI mu YANG TERCANTIK dlm MALAYSIA ini untuk duduk diam diam. Sekiranya perkara ini tidak dapat Najib uruskan aku rasa pada PRU13 BN dan UMNO akan di talkinkan oleh Pembangkang.

    ReplyDelete
  2. terlajak perahu boleh diundur
    Terlajak Rosmah Isteri
    Najib Suami akan jatuh dengan Labu dan Labi

    ReplyDelete
  3. Penyakit syok sendiri Rosmah ni susah nak ubah. I think Najib kena be firm in this matter. Tolongggglah!!!! Tak sanggup lagi aku nak tengok gelagat syok sendiri dia.

    Penasihat/Adc dia tolonglahhh tunjuk posting ni bagi dia bagi dia sedarrrrr!!!!!!

    Tolonggggglahhh!!!!

    ReplyDelete
  4. shahbudin@wangsa majuJanuary 18, 2011 at 1:45 PM

    tahniah sbb berani tulis isu yang diperkatakan di mana-mana sejak najib jadi PM. Rakyat dah letih melihat gelagat dan karenah "bini najib" yang terlebih sudu dari kuah ini. dia sedar ke yang jadi PM laki dia bukan dia.
    Baru-baru ni dia buat lawatan rasmi ke arab saudi dan oman pulak. Amboii, betul-betul kaduk naik junjung dah, ada ke peruntukan yg membenarkan dia dia guna bajet kerajaan untuk buat lawatan tu, dia bukan menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. Pegi arab saudi pakai tudung, pegi oman buka tudung pulak.
    Senang je, kalau najib gagal bagi isterinya diam, marilah kita ramai-ramai pakai pakat bagi najib dan rosmah ini terdiam terus dalam PRU 13 nanti.Menyampahlah...

    ReplyDelete
  5. najib tak boleh puaskan rosmah. kalau bonar2 nak main politik borikan jelobu kalau tak rombau bertanding pru13. dio lotakan isa dalam felda, isa kono sokong dongan undian felda.

    ReplyDelete
  6. Adakah Najib akan mendengar luahan ini. Terbukti sebelum ini Najib tak ambil kisah pun luahan2 akar umbi dalam isu bangsanya. Apatah lagi kali ini menyentuh isterinya

    ReplyDelete
  7. Betul kata Paneh pada posting terdahulu, keduo2 suami isteri menjadi liability pd UMNO yg dicintaik.

    ReplyDelete
  8. Betul bro!! Aku sokong!! Tiap2 hari keluar berita tv dan surat kabar!! Mengalahkan menteri. Dapat bajet khas untuk PERMATA menggunakan wang rakyat. Apa ni?? Sekarang ni org tak hentam Najib tapi hentam si Rosmah ni!! Pls laa PM dengar la luahan kami penyokong bawahan ni

    ReplyDelete
  9. Rakyat Malaysia dah pandai mengajar la ni. Pru 12 yang lepas orang nak acah sikit aje, rupa-rupanya 4 negeri dah tersadai, hinggakan pemimpin baru tergagap-gagap sebab tak sangka nak menang besar!

    ReplyDelete
  10. biar lah najib dengan syok sendiri dia.pemimpin bukan saja nampak bersih dan telus tetapi memang bersih. sedarlah rosmah tu merupakan beban politik bagi beliau sama dengan KJ dulu yg jadi beban kepada paklah. kalau dia tak ingat mungkin akan diajar lagi macam paklah pada PRU13 nanti. sama2 kita tengok siapa yang kena...najib telah buat satu transformasi yg baik selepas menerajui negara dan nampak perubahan kearah yg lebih baik tapi telah dilemahkan dengan gelagat rosmah.

    ReplyDelete
  11. tolong jgn sakat akak Rosmah aku tu, ekau orang kok iri ati sgt jgnlah kutuk biso-biso. Mano ado bini PM sebelum nih yang gebu dan glamour mcm dia. Ahli umno sepatutnya bangga dapek wanita pertama mcm itu. Biarlah dio perhabihkan duit rakyat maso Najib masih jadi PM. Kok lingkup umno lopeh nih, apo yang dapek?

    Den ghoram jugak tgk Rusmah ni walaupun dah lobih 56 tahun, masih ngam lagi.. ngikut ceghito budak-budak sepejabat dgn dio dulu.. dio dah curang lamo dahhh.. yolah, orang umno serba boleh.

    ReplyDelete
  12. apa yg berlaku kat presiden Tunisia tu spatutnyer dijadikan sebagai pengajaran.. rakyat dah meluat.. angkara ketamakan first lady membuatkan rakyat bangun membrontak.. last2 cabut lari membawak harta bertimbun.. tinggal ler para pengampu yg kena gasak..

    ReplyDelete
  13. kalau ada yang jadi Marcos, Shah Iran ke, Taksin ke apa ke.. melarikan diri. Mungkinkah ada pemimpin umno akan tercirit-cirit lari gitu nanti? masa itu kita selongkar mahligai dia orang, mungkin berlori-lori kasut, coli dan rambut palsu dikutip dari rumah Mak Cik Ros...

    ReplyDelete
  14. lagi sorang imelda marcos.... cuma yg ni lagi cun laaa

    ReplyDelete

Blog Archive