KUALA LUMPUR 6 Mei – Pemain badminton negara yang bertanding dalam Piala Thomas dan Uber dijanjikan ganjaran jika berjaya menjuarai kejohanan tersebut, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
"Insya-Allah, kalau menang ada ganjaran untuk pemain. Kita akan bincang dengan Perdana Menteri," katanya selepas menutup Majlis Mengumpul Satu Juta Tandatangan Menyokong Pasukan Badminton Negara di sini hari ini. Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berkata, pemain sepatutnya tidak mempunyai apa-apa halangan lagi untuk bermain dengan baik memandangkan masalah bayaran tertunggak mereka telah diselesaikan dengan dana RM2 juta yang disalurkan kerajaan kepada BAM.
"Saya dimaklumkan kesihatan mereka memuaskan dan saya lihat semangat mereka juga tinggi. Saya harap mereka telah bersedia untuk bertarung dan bermain bersungguh-sungguh," katanya. Kejohanan berprestij itu akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil bermula Ahad hingga 16 Mei ini.
_________________________
Apo ini? Apo yang hendak ditonjolkan oleh Penulis Suratkhabar Malaysia? Apo mesej tersirat dalam kenyataan Rosmah Mansor ini? Apokah betul atau beretika seorang isteri Perdana Menteri memberi kenyataan ini? Atau press-man kito yang suko melobih-lobih, hingga kenyataan seperti ini jika diukur daripada kesan "political sustainable impact" adalah amat rendah dan boleh menjahanam institusi kepemimpinan Perdana Menteri sebenarnya?
Atau dalam banyak bicara Rosmah Mansor, press memang tunggu bilo lah dio nak cakap pasal "Nanti I runding dan bisik dengan suami I, Perdana Menteri Malaysia"?
Dalam satu pertemuan khas Pak Sedaro dengan beberapa insan mantan-mantan politikus tempatan dan Islam luar negara, ternyata wujud kegelisahan meruncing oleh mereka dengan teknik penyamaran politik yang dicerap oleh Rosmah Mansor. Apokah penasihat akhbar atau penasihat peribadi Rosmah Mansor pun tidak BERANI untuk tegur kesilapan-kesilapan Rosmah Mansor sebagai Lady to the Prime Minister? Apokah ini strategi memastikan Najib sebagai PM makin cepat jatuh?
Peranan Rosmah sebagai peminat dan penaung BAM atau sukan badminton amat dipuji. Namun dalam konteks pendedahan tertentu atau kenyataan bukan semudah cakap, macam Negara ini Rosmah yang tadbir dan bukannya Najib? Ingat sikit anak Soromban bahawo jawatan Perdana Menteri adalah simbol institusi Negara ini bukannya batang tubuh orangnya.
Batang tubuh Najib Tun Razak boleh diganti bilo-bilo maso, namun jika JIWA INSTITUSI PERDANA MENTERI makin terancam dan mudah dibolos, maka hilanglah daulah, daulat dan khasaf kepentingan PM yang terpelihara. Bahawa Allah jualah akhirnya yang akan menentukan kerapuhan ini melata atau terkawal. Namun jiko insan keliling yang bertugas, dibayar gaji dan upah untuk membantu tadbir Negara ini juga sanggup "menjadi Burung Belatuk dan Kakak Tua" untuk jaga perut, tekak dan munafiq dalam tugasan hadharah negara, maka tunggulah natijahnya.
Malaysia ialah negara Beraja, maknanya First Lady ialah Raja Permaisuri Agong. Isteri PM hanyalah Lady to The Prime Minister. Kok bersungguh pun nak bori insentif, perkara ini TIDAK WAJAR didedahkan oleh press dengan kaedah komunikasi yang direkod. Satu Malaysia tahu, betapa pemurahnya Kerajaan Malaysia bilo mano-mano pasukan Sukan boleh capai kemenangan tertinggi. Tak payah heboh tabur janji itu dan ini, wahai Kak Rosmah. Tabung Pengurusan Kecemerlangan Sukan Negara Pak Sedaro yakin boleh dijayakan dengan timbunan duit atau harta sebanyak RM100 juta ke RM500 juta, jiko semua Korporat sedar akan tanggungjawab ini, maka semua boleh dapat pelepasan cukai. LHDN boleh adjust.
Sukan Berprestasi Tinggi memerlukan insentif penghargaan yang berbaloi. Boleh la kalau monang Thomas dan Uber Cup, dibori RM 1 juta. Tapi harus diingat, kok bori semato-mato tanpa pandangan lebih jauh, mako MERUDUM juga akhirnya. Banyak kaedah lain, yang lebih berjadual dan jangka panjang sifatnya. Bukan sahaja kepada badminton, malah mana-mana atlit yang mampu MENGGEGAR PESADA SUKAN DUNIA DAN DIANGKAT SEBAGAI WORLD CLASS ATHLETE.
Hai lah Labu, jago lah sikit. Kok nanti menyosa juo.

salam ziarah pagi jumaat..moga anda ceria dan sihat
ReplyDeleteMasalah Rosmah ni satu jer - dia tak tahu bawak diri sebagai isteri PM. Tutur katanya, tingkah lakunya, penampilannya.. bukan boleh jadikan aset tetapi kerapkali jadi liabiliti untuk pembangkang kutuk Najib. Rosmah tak makan nasihat - ITU MASALAH BESAR - she does what she wants irrespective of the consequences to her husband. Perkara macam ni tak pernah timbul masa Tun Siti Hasmah, Tun Puan Suhaila, Toh Puan Rahah dan Toh Puan Roziah jadi isteri PM. Maybe she thinks she is too highly educated to listen to advice.
ReplyDeleteKak Chik
(Ahli Umno yang kecewa dengan tindak-tanduk Rosmah)
My comment in another blog sometimes ago:
ReplyDeleteDS Rsmah is trying and hoping to be the Eva Peron of Malaysia. This won't go because she is not as beautiful and charismatic as Eva; and we are less romantic than the South Americans!
Her obstrusive ways does not befit as PMs wife in the running of the affairs of the country. This is intimidating to certain ministries she may encroach with her projects.
She is further weakening Najib. The talk of the town (there must be some truth in it) is that she's the hand behind the PM. He is already saddled with poor a performance rating of commissions and omissions.
There are so many charitable works she can dabble with to help ease the burden of the rakyat.
The two of them do not really have synergistic effect in terms braininess meaning that two heads is no better than one in fact worse!
ayat power tuh!
ReplyDeletetak do guno najib kek ateh tu. lobih merugikan negaro, bangso dan ugamo. bialah rosmah kojokan dio copek. nak tunggu pru13 lambek laie.
ReplyDeleteada sorang timbalan menteri tu terlepas cakap masa nak namakan calon bn di hulu selangor, "saya dah sms najib dan sms rosmah tak nak ..... jadi calon. ada org lain yg lebih layak."
ReplyDeletepersoalannya, utk apa dia sms rosmah? adakah rosmah yg berkuasa menentukan siapa calon bn? atau maksud tersiratnya, rosmah yg menentukan keputusan najib?
rosmah baguih dalan keterampilan kojo semuo.
ReplyDeleteYang aku jaki kat di pasal dio tak mau bagi can kat
pok najib kawin tambah duo ke tigo. dio terlalu
bosar, ambek lebih dari separoh katil. macam mana
nak berjinak jinak dengan si laki, hari hari
keletihan buek kojo ajo. kalau dah kuat kojo
cari lah pompuan untuk pak najib pakai malam malam.
barylah jadi pompuan 1 malaysia hebat
apa kato kak teh- saya promoter kawin 2.3.empek
moktar cifut
mokhtar cifut
ReplyDeletekamu ni mulut celupar betul. tak boleh ker kalau bagi pendapat yang bernas dan 'STICK TO THE ISSUE'? apa perlu komen pasal tubuh badan orang? apa perlu komen pasal hubungan suami isteri orang?
Salam Paneh,
ReplyDeleteBerTENANGlah Paneh, Rosmah hanya memberi Semangat dan ganjaran itu tentu dia dengar dari mulut suaminya.
Biasalah seorang isteri.
Mak Cik lihat suka pada Rosmah. Dia tidak hipokrit, Dia adalah Dia. Suka atau tak suka dia tetap dia.
Dia ambil berat mengenai Negara dan rakyat terutamanya wanita dan kanak2.
Pasal Pembangkang tu, APA pun tidak akan baik buat mereka. Kalau boleh kuching Najib pun mereka akan kutuk.
Mak Cik juga rasa Rosmahlah manusia yang paling beruntung, bukan sahaja ROZOKI dapat jadi isteri PM tetapi juga Pahala Percuma sebab diumpat dan fitnah ramai orang.
Bersyukurlah Rosmah isteri PM kita.
Kita pun bukan baik sangat dan sumbangan pada Negara pun tak seberapa.
Si Rosmah tu ditimpa perasaan. Dia rasa dia lebih hebat dari PM. Atau memang dia PM? Tapi sekali-sekali memang nampak macam dia pulak PM.
ReplyDeletemelayu angkat, rosmah hanya ambil berat pasal negara, wanita dan kanak2 hanya lepas dia jadi isteri pm. bukannya sejak masa dia jadi isteri ketua pemuda, isteri naib presiden, isteri menteri atau isteri tpm. itu tak menunjukkan hopokrit ka tu?
ReplyDeleteBerTENANG semua,
ReplyDeleteJanganlah jealous dengan Rosmah, dah rezeki Qadak Qadar dia jadi isteri PM, tertulis di Lauh Mahfuz.
Saya bersyukur, Malaysia tanah air saya, DS Najib PM saya dan Rosmah isteri PM saya...
Semoga Allah swt mengampuni dosa dosa dan memberkati Mereka sekeluarga dan juga kita semua.
melayuangkat, tAkder sapa yang jealous dengan rosmah. I dont think ada yang terkial2 nak jadi rosmah atau nak follow rosmah's example. the issue here is kita hanya mahu yang terbaik untuk negara kita, kepimpinan kita, rakyat kita. at the rate rosmah is going, she is not helping at all.
ReplyDeletenasihat saya kepada rosmah: come down from your high perch and exercise a bit of humility. you are the wife of a PM, not the PM.
Kak Cik
Masalah besar kepada kebanyakan masyarakat Melayu suka berprasangka buruk kepada orang lain seperti Penulis Blog ini PANEH MIANG. Cepat melatah dan bersikap dengki, khianat serta dendam tak tentu pasal tetapi lembut hati bila dapat habuan dan keuntungan pada dirinya. Sebab tu mantan PM Dr. M pernah berkata Melayu Mudah Lupa.
ReplyDeleteAku percaya dan yakin ramai Penulis Blog dari generasi baru yang dilahirkan di zaman era 70an ke atas. Tetapi yang hairannya kenapa pemikiran seperti era-era 60an ke bawah dan terkebawah atau memang dilahirkan untuk menjadi seorang hamba Allah s.w.t yang suka buat fitnah, dengki, khianat dan busuk hati terhadap sesama bangsa walaupun dikatakan terdiri dari golongan Islamik? Maaflah jika bahasa yang digunakan ini terlalu kasar sebagai orang Melayu tetapi sedarlah perasaan buruk itu tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada kita.
Aku bukan sebelahkan Rosmah isteri PM tetapi biarlah dia dengan dunia dia. Lagi pun masa dia susah, ada ke dia pernah minta bantuan kita? Atau PANEH MIANG pernah hantar beras ke rumah Rosmah tu?
rasanya anon atas ni 1136am begitu terasa dgn posting ni. kenapalah agaknya ya. hang pun dpt habuan ka? apa hang rasa dgn tuduhan yg sama?
ReplyDeletesempit sungguh corak fikir anon hgga anologinya hanya bantuan beras ke rumah rosmah? hehehe. rasanya posting si pak sedaro ni bukannya bicara politik sempit sepertimana yg anon pikir. ia bukan pasal dengki, khianat, dendam. org ramai bicara ttg masa depan negara dan org yg menerajuinya.
skop yg lebih besar ialah mengenai kelangsungan hidup bn dan umno itu sendiri. bg mereka yg sayangkan bn dan umno, tentu tdk mahu melihat ia hancur disebabkan individu yg lemah akal untuk fikir bahawa politik persepsi seperti yg dilakukan rosmah hari inilah yg bakal menjahanamkan kredibiliti kerajaan memerintah. rakyat dan makin bijak anon. hang pun 2x5 bila buat persepsi buruk pada penulis blog ni. itu tak nama dengki, khianat dan dendam ka?
paneh, teh malam ni?
-tom tem bak-
mengancam gamba yang kau pos tu paneh. naik miang dek eh. tolan aie lio jo lah!
ReplyDeleteAnom May 8, 2010 12:56 PM Gua peduli apa BN atau UMNO jahanam ke tidak? Itu bukan urusan Gua. Rosmah pun bukan saudara-mara Gua sama macam Lu. Nak dengki apa sama Lu! Gua kesian satu hari nanti orang-orang Melayu akan merempat di negara sendiri. Sekarang pun dah nampak. Sepatutnya Lu! gunakan blog untuk menyedarkan kaum Melayu dan bukan mengutuk individu seseorang. Biar umum tapi berkesan. Kesiannya Melayu.
ReplyDeletesebelum aku jumpa rosma secara bersemuka aku memang tak suka rosma..tapi satu ketika dulu bila aku bertugas menjaga meja makan rosma masa majlis konvokesyen UNISEL yang pertama, baru aku tau rosma ni sempoi gak orangnye..
ReplyDeletenak jadi cerita air kosong kat atas meja tu sejuk, so dia mintak air suam, aku pun suruh budak katering angkat air suam, sekali air kosong tu bukan suam tapi panas..
dia dengan selamba tiup air tu minum sikit2 sambil muka berkerut..aku tanya la panas ke, mintak maaf banyak2..dia kata takpe, kejap2 lagi sejuk la air ni..sambil tersenyum..
pastu pulak dia tak jaga sangat protokol, sapa2 nak bergambar ngan dia dipersilakan, nak bersembang2 ke apa..
aku ingat dia ni sombong gila..rupa2nya dakyah pembangkang dan fitnah2 mereka berkenaan rosma yang sombong bongkak tak tepat sama sekali
anon May 10, 2010 3:18 AM. nampak sgt ko ni jenis terasa. ko kata tak peduli, tapi beria2 marah. terus maki hamun cakap lu gua. hahaha. bdk mentah.
ReplyDeleterosmah mmg baik di public mrf. yg kita risau dibelakang public. bgmanalah agaknya...
-tom tem bak-