Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, November 22, 2010

Tudunglah jambul tu Rosmah...

Wahai Kak Rosmah, bini kepada Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia; Pak Sedaro nak posan terus supayo diambil peduli dalam beberapa soal Negara.

1. Bahawa wanita pertama kepada Negara ini, ialah isteri kepada Ketua Utama Negara mengikut Perkara 32, Perlembagaan Persekutuan iaitu Raja Permaisuri Agong.

2. Bahawa sebagai isteri mithali kepada Perdana Menteri, tolonglah pakai tudung atau selungkup kepala masa sambutan Jamuan Iftar Ramadhan, Jamuan Ed-Fitri serta Jamuan Ed-Adha di rumah rasmi Perdana Menteri. Maso buat teleconferencing atau video conferencing, amatlah molek dan tampak mulia andai Kak Rosmah bersedia menutup aurat kepala Kak Rosmah yang tentu nampak lebih anggun berselungkup tanpa jambul tersembul.

3. Bahawa malulah sikit kepada Bumi dan Negara ini, seandainya Kak Rosmah tak dapat berkesan sebagai isteri Perdana Menteri? Bagaimana Kak Rosmah tak dapat berkesan sebagai Penasihat Utama Program Permata Negara? Bagaimana Kak Rosmah terkesan sebagai Pengerusi BAKTI?

Kami rakyat marhaen amat gusar dengan kedudukan aurat isteri Perdana Menteri yang tidak langsung memberi implikasi positif bila mana, di masa-masa khusus, Kak Rosmah ambil enteng soal imej isteri kepada Pemimpin Eksekutif Nombor Satu sebuah negara Islam.

Kami rakyat madani amat resah dengan kedudukan tingkah laku dan keputusan proaktif di luar lingkungan lazim seorang isteri Perdana Menteri. Menjadi penaung kepada acara fesyen IFF yang dijaya oleh Shah Reza, dengan peragaan peragawati yang kononnya berfesyen muslim dengan pakaian yang langsung memalukan dasar Islam, amatlah tidak bersantun keadaan itu.

Kami rakyat minta Kak Rosmah kaji beberapa tindakan terlajak yang dahulu. Antaranya ialah tindakan Kak Rosmah yang pernah melangkaui Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat, Menteri Luar, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pelajaran dan sekian banyak kementerian yang Kak Rosmah kacau dan ganggu hampir setiap waktu, seolah-olah Najib memberi Kak Rosmah kuasa & jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas untuk menyundal kementerian lain.

Ini Kak Rosmah perlu maklum dengan publisiti terlampau Kak Rosmah oleh media arus perdana, berkemungkinan bakal menggelapkan masa depan suami Kak Rosmah, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang lagaknya umpama bulan purnama yang dilitupi awan mendung; dan yang dimaksudkan awan mendung itu adalah Kak Rosmah sendiri. Masalah persepsi yang serius sedang melanda Perdana Menteri Malaysia hari ini disebabkan kelaku Kak Rosmah.

Najib perlu 3 penggal lagi sebagai Perdana Menteri. Najib perlukan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan yang taat setia dan proaktif. Najib tiada masa untuk khayal dan leka dengan buaian dan igauan seperti tsunami 2004 dan berantakan 2008 yang berpunca dari suku sakat Paklah yang bebal.

Najib perlu 24 bulan lagi untuk memantapkan kedudukan kabinet dan UMNO agar parti-parti gabungan dalam BN mengakui siapa itu Bangsa Teras, apa makna Ketuanan Melayu, dan apa erti Ketuanan Islam di bumi Melayu.

Justeru Kak Rosmah...JAGALAH MARTABAT & MARUAH SUAMI ANDA SELAKU PEMIMPIN UTAMA SEBUAH NEGARA ISLAM! Jangan lopeh PRU-13 nanti, Najib pulak jatuh disobabkan Kak Rosmah. Sok kok nyosa...

18 comments:

  1. Den stuju amek bak kato ekau nie.. Osahlah tak roti bahaso eh Rosmah nie..
    -den anak negori

    ReplyDelete
  2. setuju ..... inilah yang diperkatakan oleh ribuan orang peminat najib.
    jangan sampai hayat politik najib menjadi pendek angkara keterlaluan glamor dan campurtangan isterinya... jangan sampai nasi menjadi bubur .... ikutlah nasihat ini

    ReplyDelete
  3. Salams

    Relak la, jambul Datin Rosmah tu perkara kecil saja.Hati n nawaitu Datin Rosmah untuk berbakti kepada rakyat terutama oreng Me LaYu mesti d UTAMAkan.

    wawa

    ReplyDelete
  4. Wawa
    Dalam Sejarah Tamadun Manusia yang diwasilah melalui pengkisahan dalam Al-Quran, perkara-perkara kecil yang dianggap remehlah PUNCA KEHANCURAN SEBUAH EMPAYAR ISLAM TERBILANG. Risiko punah 446 tahun 22 hari, pada 24 Ogos 1511, tiada galang gantinya. Andai musnah Malaysia, maka, berlakulah Perang Salib ke-4 dalam tamadun Negara Moden.

    ReplyDelete
  5. tulah yg dikatakan rahmat tuhan. nampak gayanya sirosmah ni belum nampak rahmat tuhan. sebab bangun tidur sampai masuk tidur penuh dengan kesenangan. pergi mana2 dia didepan najib. bila dia susah nanti, barulah dia tahu bahawa keseluruhan hidup kita ini adalah rahmat dari tuhan. PM sendiri agaknya tak perasan rosmah ni tak tutup jambul. jangan hayat najib sebagai PM ni disingkatkan oleh jambul rosmah...

    ReplyDelete
  6. SAYA SETUJU,CUKUPLAH SETAKAT PHOBIA YANG MENGATAKAN WANITA NEGERI SEMBILAN ADALAH "KETUA DALAM SEMUA HAL MENURUT ADAT PERPATIH"DAN JANGANLAH DI ADATKAN PULA DALAM PEMERINTAHAN NEGARA YANG DIKETUAI OLEH DATO' SERI NAJIB.DEN RASA DATO' SERI CARILAH ORANG MELAKO PULA UNTUK NOMBOR 2..HEE..HE..HE.

    ReplyDelete
  7. Tambah lagi paneh....

    4. Bahawa kak rosmah mengakulah yg memang kakak yg arah 2 UTK letupkan altantuya.

    5. Bahawa memang benar sifool al buntuti ada jumpa kak rosmah dan suami merancang kes sodomy 2 keatas DSAI

    6. Bahawa kak rasmah dan suami serta adik beradik suku sakat semua sudah berbillion mengsonglap duit rakyat.

    ReplyDelete
  8. Itu yg aku heran sangat dgn kebanyakan mak2 datin bini2 menteri org umno ni, benda kecil mcm tu pun diorang tak blh nak kontrol.
    Apa dia ingat cantik sgt ke rambut dia tu aku tengok dah mcm lion king pun ada.
    aura tutup le baru blh kasi contoh sama yg lain, ni sama sebuk konon nak jadi 1st lady, lady bird blh le.

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah. Saya amat suka dgn komen paneh ini. Sememang terlau nampak ISTERI PM melebihi dari PM. Oleh itu haruslah Rosmah berjaga jaga. Tak salah nak berkhidmat dan berbakti kpd bangsa dan tanah air tetapi jgn lak terlalu lebih dari segala hal. Buat media tak yah lah nak terlampau membodek dgn memfokuskan aktiviti ISTERI PM ni. Berpada pada aje lah.

    Kalau nawaitu dia bagus tak payah nak tayang berlebihan. Takut nanti DSN kecundang di tgh jalan kerana terlalu banyak rakyat memperkatakan isu ini.

    Buat anon 12:26

    Hang tu kalau ada bukti pasal isu yg hang tulis itu buat sahaja laporan kat polis atau SPRM. Tak payah nak buat gossip atau fitnah kat org. Kalau hang ada telok aku cabar hang buat laporan kat polis hari ini juga atas isu yg bangkitkan itu. Kalau tak ada tak payahlah nak buat fitnah kat org lain mangkok ayun bin kaldai akak oooiii.

    ReplyDelete
  10. betino dalam umno nih tau ko bab aurat?? kalau setakat bertudung bilo nak ke majlis yo nak buek apo.. keluar ghumah, jemur kain tak payah bertudung ko? ese nampak bertudung la ni mcm berfesyen yo. Kok tak guno jugak bilo puteri umno dan kaum ibu umno terbahak-bahak mengilai maso perhimpunan umno.. sungguh tak bersopan dan sah umno ni tak ado ulama yg nak tarbiahkan ahli-ahli mereka.

    ReplyDelete
  11. kalau kak rosmah pakai tudung dan tak menonjol, hilang separuh masalah dsnajib dalam mengemudi negara... Bantulah dia, kami sayangkan UMNO lebih dari sayangkan PM.

    ReplyDelete
  12. Buat Nenek Rosmah....pedih telinge bile bace org komen2 cam ni psl nenek...tp ape nak buat, nenek mane nak dgr kate org...kalo nenek dgr, mesti 3/4 masalah tok jib akan ilang...x salah jd isteri yg setia, tp ckp la sekadar jd seorang isteri, x perlu la jd seorang menteri lak... kesian kat tok jib...semua org kutuk dia sbb nek mah...moga2 nek mah berubah...amin..

    ReplyDelete
  13. Bro PM

    Aku juga dah pernah tegur di awal-awal DS najib jadi Perdana Menteri pasal ROSMAH yang gila glamer ni....so aku sokong juga tulisan ko kali ni.

    ReplyDelete
  14. Tanah orang melayu diTimur Pulau Pinang tinggal 1% akibat kealpaan melayu yg mempercayai UMNOngok selama 50 tahun. Ini apa yg diakui oleh ADUN Farid Saad. Parti keris ini masih di monopoli oleh puak2 Bangsawan. Inilah yg dilakukan oleh setiap kali penjajah British menjajah yakni mengujudkan 2 kumpulan yg diperintah, 1 yg kaya dan 1 yg miskin. Apabila sesebuah negara diberi perintah sendiri yg kaya memonopoli bidang tertinggi menyebabkan anak bilis saja tertangkap jaws terlepas.

    ReplyDelete
  15. hompuk 1238. rasanya hang mengulang2 isu yg dah pun dijawb oleh aku dlm posting2 dlm blog ni sblm ni. sblm ni pun hang tak mampu jwb smula. skrg nak cari publisiti baru dgn mgguna modal sama di posting berlainan. wake up hompuk. dah habis modal ka? org pun bosan kalo hang ulang crita sama. tipikal pembangkang, tak perlu layan.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  16. Temterpacul, ekau bilo Den kato ekau bingai ekau emo. Ini berito Utusan Meloya tengkorak ekau yg keluar semalam. Den hanya quotes pengakuan Farid Ariffin minggu lalu. Kenapo yo otak ekau tak dapek berfikir secara waras tanpa di bendung rasa taasub dgn parti sekular atau ekau masih memuja bekas org kuat Kubang Pasu. Tapi Den terfikir juga ekau orang Utara jiran Kubang Pasu semestinya Kubang Taik.

    ReplyDelete
  17. habis modal lagi hompuk sampai menyamakan org kubang pasu dgn kubang t***. tak tergamak nak menyebut. kesian hang org kubang pasu. mcamana la depa nak sokong pembangkang kalu hang kutuk depa lagu tu. dah kim salam hisham jenglot dr jemapoh ke manchestee ka hompuk? hang taksub dgn aljub tu boleh pulak. ka dia dah sondol hang. skrg dah tambah 3 org boleh kasi kluar air mani nuar utk letak dlm dubur orang iaitu dia sendiri, ajijah dan hompuk jenglot.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Blog Archive