Rosmah masih tak sedar...
1. Sebagai isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjaga maruah serta kedudukan Najib agar tidak berterusan diperkecilkan rakyat atau dilabel dayus.
2. Bahawa beliau hanyalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dan tidak pun memegang sebarang jawatan dalam kerajaan serta tidak mempunyai apa-apa kuasa/hak dari sudut moral mahupun perundangan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan dasar/polisi/peruntukan kewangan/gerak kerja/halatuju kerajaan Malaysia.
3. Bahawa Rosmah dilihat sebagai salah seorang pemimpin wanita hanya kerana kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri. Rosmah bukannya dipilih oleh wakil kepimpinan samada di peringkat pusat, negeri, bahagian mahupun cawangan...apatah lagi di undi kedudukannya oleh rakyat Malaysia.
4. Bahawa Rosmah gagal mengikuti protokol dalam banyak majlis rasmi yang beliau hadiri bersama suaminya, Perdana Menteri Malaysia. Adalah salah dari sudut etika protokol untuk seorang isteri berjalan mendahului suami. Dan sangat mengaibkan apabila situasi ini dirakam serta menjadi paparan umum masyarakat melalui media. Ia sudah pasti 'membunuh' kredibiliti Perdana Menteri di mata rakyat.
5. Bahawa beliau perlu mengeksploitasi kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri untuk menerima penghormatan rakyat dan bukannya mengumpul cercaan terhadap suami sendiri. Maka amat penting bagi Rosmah untuk memastikan rakyat berterusan memberi penghormatan kepada Najib. Akan tetapi, andai Rosmah sememangnya berniat menyaksikan Wan Azizah mengambil tempatnya suatu hari nanti, maka dia bolehlah bertindak sesuka hati dan menidakkan segala pendapat rakyat tentang dirinya.
6. Bahawa rakyat suka kepada Najib dan menghargai segala usaha beliau sebagai Perdana Menteri untuk membawa lebih banyak kemajuan kepada negara; tetapi penonjolan diri Rosmah secara berlebihan terutamanya melalui media massa, telah melahirkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Najib, apatah lagi musuh yang pasti menggunakan kealpaan Rosmah itu sebagai senjata untuk melakukan 'character assassination' terhadap Najib.
7. Bahawa sokongan rakyat terhadap pemimpin di negara ini banyak dipengaruhi faktor persepsi dan emosi. Justeru, sangatlah penting bagi mengekalkan persepsi yang baik di kalangan rakyat bagi memastikan BN kekal memerintah. Namun hakikatnya, rakyat hari ini menjurus kepada persepsi bahawa Najib tidak mampu membuat keputusan sendiri kerana dipengaruhi oleh Rosmah. NKRA yang sinonim dengan "Najib Kerja Rosmah Arah" dijadikan bahan seloka rakyat, hatta pegawai-pegawai kerajaan sendiri.
Sememangnya Rosmah perlu disedarkan, dan Rasulullah S.A.W. pernah berpesan bahawa di dunia ini terdapat empat jenis manusia:
1. Dia tahu bahawa dia tahu, orang ini adalah seorang yang 'alim, maka ikutilah dia,
2. Dia tahu bahawa dia tidak tahu, orang ini adalah seorang yang dangkal, maka ajarkanlah dia,
3. Dia tidak tahu bahawa dia tahu, orang ini seorang yang lalai, maka sedarkanlah dia, dan
4. Dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu, orang ini seorang jahil murakkab, maka jauhilah dia...
Mungkin hanya YDPA & RPA atau TDM & TSH sahaja yang layak menegur serta membuatkan Rosmah mahu mendengar kata. Jangan buek malu orang negori dah la kau Rosmah!

APO WORIH PANEH MIANG KAU DGN ROSMAH
ReplyDeleteKOK KAU JADI PM ,,NTAH NTAH BINI KAU JADI SONDOK,,,TAKMAIN SUDU
LOBIH GODANG
BESOLAH ORG NOGORI -BINI BOS
SAMOLAH KAU ,,,NANTI KAU JADI PM
TAKYAH PM BONAR2
KAU TU ARI JADI "P"EMANGKU "m"AJLIS
BESUNAT YO KAN MAIN HEBAT BINI KAU
DALH TU KOK NOGORI MANO2 BINI SOGUPO YO TAU DEN,,APO NAK DI KATO WARIH,,,,,SOBAYOLA
Mungkin juga dia belum sedar dalam pilihan raya macam-macam boleh jadi.
ReplyDeletetingkat kan usaha untk menegur si rosmah ni untk kebaikkan umno dan BN.
ReplyDeleteLama dah teringin jd wanita no.1 Malaysia tu yg bgerak laju dr suami :P
ReplyDeleteapa la konon si bajau nih...nak jadi bini derhako ko?
ReplyDeleteyang ano paling ateh tu,dok merapu kebenda lak ni...ini lah kalau dah jadi a** kisser, yang buruk pun di kata baik...dah tu nak cari keburukan orang lain...dangkal sangat la tahap kemampuan otak lu...
ado byk betolnyo apo yg warih tulis.
ReplyDeletedari dulu lg rosmah ni mcm x respek ajo kek najib. sapo yg jd pm ni?
kalu najib nak lamo berkuaso, tarbiahkanlah sikit si rosmah ni.
mato rakyat makin sakit lihat gelagat rosmah ni. dah lah tak pandai tutup aurat, peel pun tak berapo elok.
tok dah nampak, peluang pakatan utk ke putrajaya makin corah.
tok raso kesian lak kek najib.
TOK HUSSIN
A very brave and good article..good job neraca keadilan!
ReplyDeleteBajau, Wanita nombor 1 negara Malaysia ialah Permaisuri Agong dan bukannya isteri Perdana Menteri. Ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
ReplyDelete2 ar...
ReplyDeleteape biah ckit rosmah 2... biar rakyat respect ckit. kata negara islam dalam perlembagaan. macam mana pemimpin kita tak jaga islam.. rakyat nk jaga islam.. kembalikan zaman khalifah.. orang bukan islam pun boleh ikut cara islam zaman khalifah. so tidak ada sebab islam ditolak dalam kepimpinan. Jaga yang asas2 ni dlu najib.. insyaalah negara makmur..
dulu Rosmah ada kes dgn Rahim Tambiiiee sebelum Najis, masa tu masih bini org lagi.
ReplyDeleteBini PM..kena ada style.. x kan nak hidup mcm org kampung kut..
ReplyDeletekena bt kajian ler ..melayu yg berkualiti dr zon mana..di belakang takbir ke arah pembangunan negara bkn hnya baca di barisan hadapan shj...gred mengikut ngri supaya persaingan di kalangan bangsa melayu akan menghasilkan yg terbaik merangkumi semua perkara demi memantapkan negara di masa hadapan
ReplyDeleteRosmah mansur...enough making trouble this country...Rosmah mansur harus lah bertaubat
ReplyDelete