Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, November 2, 2011

Belum menang pun dah biaDAP


Jika Pakatan Pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun, termasuk mengambil contoh cara negara China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.

Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

"Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.

Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negara China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011

*********

Kepada kakitangan Kerajaan yang masih berkhidmat, cuba berfikir sejenak, apakah maksud tersirat Tony Pua Kiam Wee ini?! Kakitangan bangsa manakah kelak yang akan menjadi mangsa untuk dibuang dan dibekukan? Jangan fikir jika anda penyokong Pakatan Rakyat, maka anda akan terselamat. Jadikan peristiwa Kampung Buah Pala dan pembersihan penjaja-penjaja Melayu Pulau Pinang sebagai contoh. Jika mereka merasakan pakatan pembangkang dapat membela nasib mereka akan datang, ternyata mereka pasti tersilap. Belum berkuasa pun, DAP begitu berani mengisytiharkan agenda pengecilan saiz kakitangan kerajaan. Ini bermakna ramai yang sedang bekerja dalam sektor kerajaan bakal hilang pekerjaan.

Lihatlah apa yang berlaku di Selangor, mereka mengurangkan jawatan terutamanya dalam GLC negeri dengan menamatkan kontrak pekerja, ataupun memecat mereka, dengan alasan kononnya untuk mengurangkan kos operasi. Dalam masa sama, mereka tambah pula jawatan-jawatan lantikan politik daripada kalangan ahli DAP dengan tangga gaji gred yang lebih tinggi. Satu silap mata mudah untuk menipu rakyat.

Mahukah perkara sebegitu terjadi kepada diri mahupun keluarga anda? Hilang mata percarian dek sikap tamak DAP yang memanipulasi dasar kerajaan, semata-mata untuk meraih undi kaum chauvinis.

Justeru, kepada kakitangan kerajaan, jom pakat tinggalkan Penipu Rakyat yang semakin terserlah menipu anda walaupun belum lagi menang PRU-13. Jangan biarkan DAP seperti kaduk naik junjung. Bangsa Melayu patut sedar sebelum nasib kita menjadi seperti nasib Pak Kaduk, ayamnya menang dipersabongan, susu yang diberi, dibalas pula dengan air garam, hinggakan hanya menang sorak, tetapi kampung tergadai. Adakah ini perubahan dan reformasi yang anda mahu? Tepuk dada tanya iman...

5 comments:

  1. Utk pengetahuan mike, ramai penyokong PR yg tgh berkhidmat ni tertunggu-tunggu kalau ada skim yg membolehkan kami dapat 1/2 gaji pada umur yg ada sekarang utk bersara bagi membolehkan adik-adik/anak-anak dari U atau mana-mana IPTS utk bertugas menggantikan kami. Kami tahu betapa ramai graduan yg masih menganggur. Yg jadi kakitangan kerajaan bertambah kerana UMNO/BN naikkan lagi umur bersara..

    ReplyDelete
  2. baguslah rancangan mcm nie..sekurang2nya dapat merangkum perasuah dan meningkatkan pendapatan negara dgn saiz kakitangan yg kecil dan muncul idea2 baru bg menjana peningkatan pendapatan negara dan kurangkan pembaziran dengan pelbagai inovasi baru

    ReplyDelete
  3. kumpulan generasi baruNovember 3, 2011 at 3:16 AM

    Aku sokong cadangan Tony Pua. Supaya dapatlah kita mengurangkan anak Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan. Pada masa sama sektor swasta yang dikuasai Cina masih menyekat kemasukan bangsa Melayu dalam skala yang besar. Satu cadangan yang bernas.

    ReplyDelete
  4. He he he penyokong PR yang ada dalam gomen tu opsyen la bersara awal kalau x setuju dengan skim baru. Ada 2 bulan lagi menjelang tahun depan.He-he-he betul ke sanggup terima 1/2 gaji? Cuba praktikkan nak tengok. Tiap bulan ambik 1/2 gaji je . Bakinya sedeqah ke atau pulangkan semula kepada gomen.Elok juga tu training nak bersara.Gomen pun x perlu keluar duit kepada pekerja yang x percaya kepada pentadbirannya.

    ReplyDelete
  5. cakap kosong mudah la bangang...ko mau ka nanti hidup merempat macam melayu singapork?

    ReplyDelete

Blog Archive