Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, November 24, 2011

Kegiatan Menghasut Pelajar

1. Pada 28 Mei 2011, telah berlangsungnya program yang dinamakan "Kem Menara Gading" di sebuah kawasan berhampiran ladang ternakan kambing, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Progam tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS) yang didaftar di bawah Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan, Seremban.

2. Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh ahli panel dalam program berkenaan menjurus kepada unsur-unsur berjihad bagi menumbangkan kerajaan memerintah dengan alasan perjuangan Islam.

3. Barisan panel memuji beberapa pergerakan revolusi di beberapa negara Arab yang berjaya menumbangkan kerajaan dan pemerintah mereka seperti Tunisia dan Mesir, serta disarankan peserta program untuk bersiap sedia sekiranya revolusi sedemikian turut berlaku di Malaysia.

4. Peserta program yang terdiri dikalangan pelajar ini turut diminta untuk berbai’ah serta berikrar taat setia kepada kumpulan berkenaan. Majlis melafaz ikrar serta bai'ah ini dilakukan di hadapan beberapa orang "ustaz" dan fasilitator dari beberapa IPTA tempatan.

5. Peserta turut didesak untuk merahsiakan aktiviti kumpulan daripada diketahui pihak lain sambil memberi amaran bahawa mereka akan ditimpa musibah sekiranya membocorkan rahsia.


6. Para pelajar yang menyertai program ini juga dilatih menghadapi situasi apabila berhadapan dengan pihak berkuasa seperti polis; dan peserta seterusnya diajar simulasi demonstrasi.

7. Aktiviti atau program seumpama ini dipercayai bermula sejak 2009 yang turut melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan pihak berkuasa memperoleh maklumat bahawa ianya didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang. Pengaruh dan gerakan SPINS ini dipercayai berjaya menyusup ke sekolah-sekolah melalui beberapa individu serta guru di sekolah berkenaan.

8. Program indoktrinasi pelajar yang bermula sejak tadika hinggalah ke peringkat IPT sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama, dan rasanya ramai maklum parti manakah yang menjadi dalang disebaliknya.

9. Minda anak-anak dirosakkan sedari kecil semata-mata untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan memerintah. Inilah 'ciri-ciri Islam' yang diagongkan oleh juak-juak itu selama ini. Anak-anak yang tidak mengerti apa-apa telah ditanam dengan sifat benci dan dendam kesumat terhadap saudara seagama yang tidak sealiran.

10. Ibu bapa disarankan agar sentiasa memantau content program di setiap aktiviti perkhemahan, kem menara gading, kursus motivasi etc. yang melibatkan anak-anak anda terutama di musim cuti persekolahan agar anak-anak ini tidak diindoktrinasi dengan dakyah politik extremist sejak kecil.

11. Semoga kumpulan yang sentiasa 'berusaha' memecah-belahkan kesatuan umat Islam di negara ini diberi hidayah dan taufik oleh Allah swt sebelum mereka sendiri diperhamba dan diperlembukan oleh puak chauvinist.

11 comments:

  1. dulu jawapannya pas. sekarang jawapannya pkr. dap senyum sengih tengok bangsa melayu menjatuhkan sesama sendiri.

    ReplyDelete
  2. aku harap kementerian pelajaran pantau anak-anak ahli pembangkang yang mengambil krusus perguruan sbb mengikut kaji selidik kebanyakan anak org-2 pembangkang ni akan jadi cikgu sbb bila kluar krusus terus jadi guru tak macam krusus lain d ITPA kena temuduga dulu dan senang di pantau... aku harap pihak kementerian kena buat saringan dulu...bagi jer krusus sastra, pertanian,teknologi makan, perhotelan DLL lagi kos yang susah dapat kerja kepada anak2 penyokong pembangkang ni

    ReplyDelete
  3. Nak buek camno.. dah mmg PKR asal usul dari umno juak... camno acuan camtu gak kueh eyhhhh.. bapak borek anak tontu lagi borek.. jange mare...

    ReplyDelete
  4. Dah namanya SPINS.. mmgla dok spin je kerojenye

    ReplyDelete
  5. ni bukan sama dengan the unspinners ke?

    ReplyDelete
  6. anon 12.27 kalau nak tahu pepecahan melayu sbb lama dah takmau turun hingga makan kawan sendiri.

    ReplyDelete
  7. pemuda keris kontot boleh pulak beri ceramah dan buat program di sekolah dan institusi.

    ReplyDelete
  8. pemuda buat terang2an. puak tu buat senyap2. program sehari dua nak disamakan dengan indoktrin bertahun-tahun ke?

    ReplyDelete
  9. mangkuk hayun punya blogger

    ReplyDelete
  10. biaser ler.lg dekat nok pru lagi takut puak keris kontot tu.nok bg ilmu pon dikata ceramah politik.aper la bloger nie.kalu x nak masuk syurga ko g la sorang sorang.jgn dok wat fitnah sana sini.

    ReplyDelete
  11. budak2 negori 9 ni elok ikut program mcm my school rock, idola kocik. bole mngangkang mcm org putih. baru boto2 miang

    ReplyDelete

Blog Archive