Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, November 16, 2011

EKSKLUSIF: Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri desak Shahrizat

1. Maklumat yang baru diterima, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri di kediaman Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebentar tadi.

2. Pihak NFC juga dilapor akan mengadakan sidang media pada esok, bagi menerangkan pelbagai persoalan dan kemelut yang melanda "Projek Lembu" yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini.

3. Mungkin juga NFC akur untuk mengadakan sidang media disebabkan Muhyiddin dah sound semalam!

4. Kami juga difahamkan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri turut mendesak Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil agar TIDAK MELETAK JAWATAN, dan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri dijangka akan turut mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian di negeri masing-masing esok.

5. Namun perkara yang tak berapa seronok kami dengar, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail tetap akan memberi alasan sama sebagaimana alasan KJ berkenaan keputusan pembelian Kondo One Menerung.



6. Nasihat kami, NFC carilah hujah lain yang lebih solid dan kukuh; juga JANGAN SESEKALI CUBA MEREMEHKAN TAHAP INTELEK RAKYAT!

7. NFC perlu guna ayat yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat dalam sidang media, dan jangan sesekali berniat mengeluarkan kenyataan mengelirukan semata-mata untuk menyelamatkan diri.

8. Kepada Wanita UMNO Malaysia...kami doakan yang terbaik!

8 comments:

  1. Tak apa.Pemimpin pemimpin UMNO rasuh masih lagi diterima menjadi menteri sebab tu banyak menteri menteri UMNO kaki rasuah.Eloklah tu papa kedanalah malaysia mcm ni.Bila negara susah baru ajak rakyat bekerjasama untuk membantu negara.Bila makan rasuah tak ajak pun kongsi sama sama dengan rakyat.Mampuslah rakyat malaysia kalau mcm ni>bodo lah org yang masih mengundi pemimpin mcm ni

    ReplyDelete
  2. Bodoh sunggoh Ketua2 Wanita UMNO Negeri yang cuba menyelamatkan Ketua nya yang penoh dengan kurap dan tahi lembunya. Dah banyak bukti didedahkan dan takde sorang pun pemimpin UMNO baik lelaki atau perempuan pun yang boleh memberi jawabpan yang menyakinkan kepada rakyat. Sebenarnya Ketua2 Wanita UMNO Negeri nak menyelamatkan kedudukan mereka jugak selaku ketua wanita negeri jadi kalau Sharizat kena letak jawatan ....siapa yang ganti Shahrizat nanti akan turunkan muka2 ketua wanita negeri yang ada sekarang dan sememang penyokong kuat Shahrizat yang juga telah dirasuah atau dibeli undi diorang semasa Shahrizat bertanding Ketua Wanita dulu. Jatuh Shahrizat jatuhlah ketua-ketua wanita umno negeri dan juga bahagian yangmana dah kena suap dengan Shahrizat. Pemimpin rasuah apa nak dikatakan dapat kualiti hampeslah!!!!

    ReplyDelete
  3. Suruh Dr. Mohamad Salleh tu citer sekali naper projek Keli kat Teknoloji Park Malaysia tu gagal?Berpa juta projek Keli tu dah hilang?Hehehe..lepas nak buat projek budu pulak kut?

    ReplyDelete
  4. Senangnya dapat pinjaman mudah RM 250j. Saya puas naik turun pejabat dan bank untuk pinjaman perniagaan tetapi gagal. Sebab apa? Sebab isteri saya bukan Menteri.Last2,saya pinjam dari Ah Long untuk perniagaan saya.

    ReplyDelete
  5. Tak yah bidas la KJ ooi, saifuddin ckp benda yg benar. Dia bercakap tentang hak rakyat. Bercakap benar walaupun pahit. Jgn jadi spt pak mentua kamu yg membela sharizat KUNUN [pinjam ayat mahashit], jgn salahkan shahrizat, tanyalah keluarganya atau suaminya. Adakah suami isteri tak bercakap diwaktu malam. Jika benar perlulah syahrizat nasihat suaminya sbb dia tu menteri. Tapi apo nak dibuek zaman mahashit dulu lebih parah bila kertas siasatan dah keluar tentang saham terhadap menantu tapi entah kemana. Skrg member dpt kontrak submerine anak bekas PM kata "kroni didahulukan, tembolok di utamakan".Tersongeh tomjobo gedoyak.

    ReplyDelete
  6. huh lama tak dengar cerita hang hompuk. mana hilang? pi betapa ka? atau dah mula cari rezeki halal daripada buat keja takdak paedah adu domba sana sini? hehe. tapi tang hang sebut pasai kj dan paklah tu aku sokong hang hompuk. kata yang benar walau pahit. call a spade a spade. tapi bab saham tu aku tak nampak bukti. so aku tak nak subahat dengan hang. kalo itu fitnah hang tanggung la sorang.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  7. apa punya dasar tong sampah yang di amalkan olih
    kementrian pertanian dan industri asas tani?

    melayu di kampong -

    cubalah minta bantuan beli lembu se ekor dua dari jabatan pertanian!!

    kemungkinan besar tak kan dapat.


    Ini gomen bolih bagi rm 250 juta dan 5000 ekar kepada satu syarikat
    yang dikuasai suami menteri gomen -sharizat jalil [sj]

    Soalan. Siapakah sj yang bolih dapat rm 250 juta soft loan dan 5000 ekar
    begitu simplistik sekali?

    > jelas sj bukan hanyalah menteri biasa

    > kebel sj sangat besar


    > ada gosip yang sj ada persaudaraan dengan tun m

    soalan. Adakah ini sebabnya sj dapat pinjaman mega dengan mudah

    dan tanah begitu luas ?

    kkk

    ReplyDelete
  8. memang lembUMNO ni suka rompak duit rakyat atas nama pembangunan. elok la pompuan2 lembUMNO tu tak bagi ketua dia tak berhenti. rakyat dah bising di bawah ni. biar habis semua masa PRU13 nanti. insha allah

    ReplyDelete

Blog Archive