Ramainya Ketua Jabatan populis yang simpati kepada Anwar Ibrahim walaupun belum lagi tersingkir daripada arena pengurusan pentadbiran Negara. Apabila seorang Ketua Jabatan tersebut, pernah berkawan rapat, kenal benar dengan Anwar Ibrahim, maka tindakan fikir mereka ialah "berdiam diri".
Sudah masanya, Call A Spade A Spade menjadi pendekatan "Blue Ocean Strategy" YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib. Rakyat sudah matang mendengar hujah Ketua Penerangan UMNO yang diminta berdagang dalam gelanggang 1 Malaysia. Namun, setiausaha Politik 1 kepada YAB Perdana Menteri, Tuan Shahlan Nasution Ismail masih mengambil pendekatan berdiam diri tanpa berita untuk menyatakan pendiriannya tentang Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang. Abang kepada Saifuddin Nasution ini dilihat sebagai sympathizer Anwar, dan adalah menghairankan dia yang kini SETPOL Perdana Menteri tidak pernah bicara mengkritik Anwar atau pembangkang. Adakah Shahlan Nasution adalah musuh dalam diam, api dalam sekam terhadap kebocoran maklumat tanpa kawalan kepada komplot pembangkang di Pejabat Perdana Menteri Malaysia selama ini?
Fenomena yang hampir serupa kepada Raja Arif Raja Ali yang baru beberapa bulan berpayung di BTN, JPM yang dilihat tidak cocok mengetuai sebuah jabatan yang sangat digeruni oleh pembangkang. BTN kini tampak kelam kabut, dari segi pengurusan yang tidak menepati ISO-nya, logo umpama kepala takuk, & penentangan secara senyap oleh hampir keseluruhan jentera operasi tetap jabatan itu..bla..bla..bla! RARA perlu diminta dengan tegas dan sekerasnya untuk menyatakan pendiriannya terhadap gejolak usaha pluralisme yang dibawa Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang kerana beliau dahulunya dikhabarkan sangat akrab dengan Atuk Peliwat Negara itu. Mungkinkah ada agenda untuk merosakkan BTN dari dalam?
Ada beberapa orang lagi, namun mereka ini tidak qadin benar seperti mereka berdua ini.
Saifuddin Nasution Ismail, Mustafa Kamil Ayub, Kamaruddin Jaafar, Roslan Kassim, Mohd Ezam Mohd Noor, Azmin Ali (guru MRSM Terendak-guru matematik Razali Ibrahim (MP Terendak), Annuar Shaari, dan ramai lagi dulunya protege Anwar. Ada yang kekal dengan Anwar, ramai yang telah keluar diri jiwa dan raga daripada kepompong Anwar.
Bagaimana ANDA?
Makluman
ReplyDeleteKajian Semula Sistem Pendidikan bersama UNESCO
Artikel susulan bloggers:-
The Story of The Satu Sekolah Memo
Perjuangan KEMPEN SSS kini berputik!
Terima Kasih.
nampak gayanya saudara masih berada dibawah tempurung...malah mungkin didalam balang kaca,,,tidak tau mana ayam yang berkokok mana ayam jantan mana ayam pondan..kesian sunguh dengan saudara....sungguh keliru menganalisis .beginikah tahap pejuang maya?
ReplyDeleteAnon 528pm sudah gentarkah? Atau sudah semakin keliru yang mana benar, yang mana salah? Atau sudah terlalu gigil rahsia mahu pecah? Banyak lagi yang kami belum dedahkan anon. Tapi melihatkan komen anda, kami dah tahu kelompok itu sudah mula cemas.
ReplyDeleteaiikk...baru tau ke..atau memang tak tau sebelum ni..memang banyak taik 2 pangkat JUSA dalam pentadbiran persekutuan @ negeri yg terarah kat kat Anwar..banyak maklumat ,rahsia kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bocor sebab taik2 ni..tu belum serpih2 taik lagi...makin banyak jasa diorang kat kerajaan ,camtulah banyak RM diorang belit melalui projek2 kerajaan..tak caya cubo semak aset diorang..ketua SU kementerian,ketua pengarah,pengarah2 dan lain2 jawatan yg punya kuasa membuat keputusan...tapi tak semua ,yg kuat makan suap jer yg buat agaknya...ulang balik (agaknya)...hahaha dunia2..orang politik lagi lah teruk..huhuhu
ReplyDeleteChe din,
ReplyDeleteTang mano yang comeh nyo, puak korang tak do kojo lain, asik nak salahkan orang, semuo orang salah, UMNO jo yang betul. Dan yg aku pasti, puak ko yang cemas, dah tempah tiket kapal terbang dan karung nak isi duit?
nampaknya anony 831pm tak faham isi butir perbincangan terus menyampuk. tak paham tersirat la tuh. bih baek tengok bola.
ReplyDelete