Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 7, 2012

Apa sudah jadi MIC N9?

Menjadikan saya sebagai common enemy terhadap kepentingan pribadi dia untuk mewujudkan pakatan sesama beberapa pemimpin yang turut mengintai peluang untuk menduduki kerusi ADUN Jeram Padang, termasuk beberapa ketua bahagian MIC, Ketua pemuda MIC N.Sembilan Palani, Pengerusi Kelab Bell Belia Tamil Malaysia Murali dan beberapa orang lain termasuk ketua ketua cawangan MIC dan ketua kampung di Jempol.

Brader Mogan hanya menjadikan mereka ini sebagai budak suruhan termasuk membuat laporan polis dan mejadikan seolah olah mereka ini memusuhi saya serta ingin merebut peluang mereka menduduki kerusi ADUN Jeram Padang?

Betapa bodohnya kurang bijak pemikiran Hitler Jeram Padang ini.

Brader Mogan jangan fikir semua orang sama seperti kamu, bekerja untuk duit dan kerusi.

Apa sumbangan brader sebelum menjadi ADUN?

Zero bin Tin Kosong, tak payah nak cerita banyak.

Nak tanya balik apa sumbangan saya?

Jawaban –

Sumbangannya terlalu banyak sehingga brader Mogan sendiri takut kehilangan kerusi ADUN tersebut (walaupun saya tidak pernah berharap kerusi tersebut) serta menjadikan saya sebagi common enemy termasuk membuat laporan polis dan mengugut menggunakan kaki pukul supaya tidak masuk ke kawasan Jeram Padang.

Sumbangan saya adalah ikhlas dan saya mempunyai pendirian tersendiri, dan buat masa sekarang priority saya adalah pendidikan supaya tidak menjadi insan separuh matang a.k.a bodoh kurang bijak macam brader.

Kalau saya pentingkan kedudukan, saya mungkin akan memegang jawatan ketua PUTERA MIC N.Sembilan sehingga sekarang dan menggunakannya untuk mendekatkan diri dengan kerusi ADUN Jeram Padang itu,tapi saya melepaskannya lebih awal melalui peralihan yang lancar.

Saya tak pentingkan kerusi dan jawatan brader.

Memecah-belahkan rakyat supaya selesa duduk dikerusi,salah satu penyebab brader disingkirkan dari kerusi Pengerusi MIC N.Sembilan adalah sebab memecah-belahkan komuniti India melalui politik kasta. Adalah tidak baik jika saya menghuraikannya lebih lanjut disini. Bagi saya kasta hanya dibezakan mengikut sumbangan dan hati yang baik bagi membantu sesama insan secara ikhlas. Kalau mengikut strata tersebut, brader Mogan tak masuk list.

Mengkaitkan sesuatu yang tidak ada hubungan untuk kepentingan sendiri, dan ini mempunyai hubungan yang erat dengan common enemy. Menjadikan saya sebagai common enemy serta memperbodohkan orang disamping dia menggunakan nama saya.

G. Palanivel minta profesional join MIC, S. Murugessan mengatakan MIC akan mendapatkan sokongan professional, kalau macam inilah pemikiran ADUN MIC, professional mana yang nak join MIC?

Kemungkinan besar hanya keluarga sendiri atau crony yang akan bersama MIC dan lainnya akan duduk bersama pembangkang.

Jika Najib Razak membaca artikel ini, mahukah Hitler Jeram Padang dikekalkan?

Kemungkinan besar besok dia akan menyerang UMNO dan menjadikannya common enemy dengan bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat untuk kekal di kerusi ADUN Jeram Padang.

Selanjutnya sini.

Friday, April 6, 2012

What you give, you'll get back...


Assalammualaikum semua sahabat pembaca yang budiman.

Warga Paneh Miang menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca blog ini yang sudi menghulurkan sebarang bentuk derma ikhlas demi membantu anak-anak yatim khususnya kepada Yayasan Anak Yatim Al-Khair, Negeri Sembilan.

Menurut En. Abd Rahman bin Hj. Musa yang juga Pengerusi Yayasan Anak Yatim Al-Khair, buat ketika ini Yayasan hanya mampu dapat meletakkan anak-anak yatim seramai 18 orang sahaja terdiri daripada 10 orang perempuan dan 8 orang lelaki. Ini kerana rumah yang diwakafkan sementara kepada mereka tidak mampu menampung jumlah yang lebih ramai.


Sejak didaftarkan di bawah nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair ini, pihak mereka bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ihsan orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Walaubagaimanapun, dengan perbelanjaan bulanan yang makin meningkat yang dianggarkan lebih RM4,000 sebulan, ia agak membebankan Yayasan ini.

Rumah yang menjadi tempat kanak-kanak seramai 18 orang bernaung ini juga berada dalam keadaan serba kekurangan sekali gus memerlukan penambahbaikan. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi 012-679 1847 (En. Abd. Rahman) atau menyalurkan terus sumbangan ke Akaun Bank Islam Malaysia atas nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair dengan nombor akaun 05012010046140.



Segala derma ikhlas sahabat sangat dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Imej KBS di MATA Dunia

Amat malang diucapkan kepada Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman yang diamanah sebagai YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menanggung integriti Kementerian Belia dan Sukan. Rupanya, kubur Ahmad Shabery Chik bukan dicipta oleh rakyat pengundi tetapi oleh "kebahalolan" para pegawai KBS.

Perkhabaran, dalam satu sidang akhbar yang melibatkan pasukan My Corps, pegawai yang tak cerdik telah menasihatkan YB Menteri, akhirnya Menteri membuat pembetulan ayat, bahawa My Corps sudah tamat. Tahun ini akan dibina Akademi Kesukarelaan. Siapakah yang memberi dorongan tidak wajar kepada proses ini. 30 orang peserta My Corps yang sepatutnya ditampil secara lebih jauh dan KBS bina lagi beberapa pasukan My Corps, supaya dapat memberi limpahan kuasa ilmu kesukarelaan yang lebih mapan dan strategik kepada negara dan dunia. Namun, tinggal kenangan sahaja.

Perkhabaran, dalam sebuah konferen di Tokyo, KBS menghantar Nuraida Idris, penolong pegawai gred 39 bersidang dengan 10 buah wakil Kerajaan Negara ASEAN dan Jepun. Forum mesyuarat menjadi keliru, dengan pelbagai kenyataan dan maklum balas yang dibentang oleh "budak hingusan KBS" ini. Akhirnya, Kerajaan Malaysia dilihat tidak sensitif kepada dunia diplomatik antarabangsa oleh korum konferen ini. Sesungguhnya, Ahmad Shabery Chik sedang dilondehkan oleh barisan pegawai mangkuk hayun dan mengkarung bertanduk di KBS. Tahniah, YB Menteri.

Pak Sedaro fikir sudah masanya, YAB PM dan YAB TPM mencatur bidak-bidak YB Menteri dan calon-calon yang lebih berwibawa dalam dunia penuh cabaran intelektual politiking.

Kedudukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu diteropong sebagai Agen Transformasi Belia Paling Berwibawa dalam rancangan pembangunan sosio budaya dan kepimpinan pelapis. Namun, apakan daya, bila mana pegawai-pegawai KBS terdiri daripada "haiwan berakal" yang tidak bertugas secara hikmah dan hemah, maka, kewajaran INTEGRITI Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah terlacur.

Blog Archive