Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, December 31, 2011

JOM 901

Alangkah baiknya Anwar Ibrahim heret rakyat ke jalanan dan berarak mengandar sepanduk demonstrasi pada 9 Januari 2012 kelak.

Alangkah baiknya Anwar Ibrahim seret pemikiran rakyat ke penjara Freemasonary yang disenangi oleh AlGore dan sekutunya di Singapura pada 9 Januari 2012 kelak.

Alangkah pintarnya Anwar Ibrahim songsangi lebih ramai rakyat Raja, anak-anak kecil, ibu tua dan bapa uzur ke simpang songsang atas nama Plural dan Liberal pada 9 Januari 2012 kelak.

Inilah pengisian Manifesto PRU-13 Anwar Ibrahim melalui kultus PKR+DAP=PAS yang tidak disenangi oleh Hassan Ali dan Nasaruddin Isa.

Inilah pendekatan Buku JingGAY tawaran PKR+DAP+PAS=Pengurus Orientalis Sekularis Zionis, yang menjadi bahan dakwah dan tarbiyah pasukan siasah BUKAN BN.

Jom 901 bakal menjadi Modal Pokok Politik 2012 sebagai kayu ujian kepada Kuasa-Kuasa Polis, Kuasa-kuasa Darurat, Kuasa-Kuasa ketiadaan ISA, Kuasa YB Menteri Dalam Negeri dan Kuasa YAB Perdana Menteri.

Beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor, pasukan Cawangan Khas PDRM mendapati markas Jom 901 sedang menabur pekeliling JIHAD mereka. JIHAD kezaliman yang direkayasa oleh Freemasonary dan Komunis melalui PKR+DAP+PAS.

Tahniah Anwar Ibrahim kerana TERUS-TERUSAN MENJADI BANJINGAN DAN BARONGAN Zionis.

Friday, December 30, 2011

Super Power Hijackers

Dalam diam-diam dan terang-terang, gerakan Kristian melalui Pengerusinya isytihar bahawa Perkara 153 itu membuli komuniti Bukan Melayu. Gamaknya sudah masuk orang ke-35 yang dikategori sebagai Super Power Hijackers terbitan Freemasonary dan Komunis di Bumi Melayu ini. Daripada 35 orang ini, ada 8 orang Melayu, 15 Kaum Cina, 7 Kaum India + Sikh dan 5 Suku Sarawak & Sabah, yang ditaja secara rasmi dan sulit oleh Zionis melalui Kelab Lions dan Rotary berpangkalan di Detroit.

Markas di Singapura dan bangunan agam mereka di Pulau Pinang berfungsi sebagai Sangkar Pengkaderan Marhaen Freemasonary. Gerakan mereka sudah WAJAR diPALANG, oleh Perisikan Malaysia.

Apa lagi yang hendak ditunggu? Dek kerana lambatnya Parlimen Malaysia selesaikan urusan Akta pengganti kepada ISA, maka Perkara 153 dan Perkara 181 akan dikompang secara LATIH-TUBI oleh mereka!

Inilah tugas BTN dalam soal PEMURNIAAN MAQAM 1 Malaysia pada nazam yang betul dan tepat. BTN sebagai institusi Gerakan Idealisme, Ideologi dan Indoktrinasi Rakyat Raja sudah boleh meletak wacana ilmu dan pelaksanaan tegar yang tekal dan telus sepanjang 2012 hingga 2020.

Kali ini, Super Power Hijackers akan akur kepada Kuasa Mutlak Ketuanan Melayu-Ketuanan Islam iaitu Institusi Raja-Raja Melayu, sesuai dengan Cokmar Pemerintahan Kuasa Negara Melayu. Pak Sedaro cadangkan BTN sembah mengadap DYMM SPBA Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah untuk peroleh RESTU DIRAJA perihal ehwal MENAMATKAN REGIM Komunis, Freemasonary, Syiah, Wahabi dan Khawarij khusus kepada rakyat Raja.

Maka, barulah terjawab Kuasa Melayu PRU-13 dan PRU-14.

Thursday, December 29, 2011

1 Kurun

Azizan, MB Kedah ke lopong atau Penasihat MB Kedah yang Bahalol? Atau ini merupakan gerakan orientalis Syiah dan Wahabi yang melata dalam PAS Kedah dan PAS Kebangsaan.

Kesanggupan Kerajaan PAS Kedah meroboh sebuah lapangan solat berbumbung berumur lebih 100 tahun, berdasarkan maklumat Surau berkenaan (Madrasah Salihiah) dibina pada 1905, maka, terbukti BENAR BAHAWA:

1. PAS ialah kerajaan dan berkepimpinan anti-Tamadun Ilmu dan Sejarah Legasi Islam.

2. PAS ialah kerajaan yang sanggup MENIPU rakyat Islam dengan perdaya institusi Raja Melayu, sedangkan Institusi Raja Kedah ialah perlambangan Kerajaan Raja Islam paling tua di Bumi Melayu sejak Istana Bukit Meriam.

3. Lapangan berbumbung untuk tujuan ibadah khusus dan fardhu kifayah di Kedah setakat dikenalpasti paling tua berumur 234 tahun, dan terletak di Kuala Sungai Muda, yang hari ini cuma tinggal kesan batu binaan sahaja. PAS Kedah tak ambil peduli pun soal monumen ini.

4. PAS tidak berwibawa dalam usaha Syiar Islam secara syumul. PAS Kelantan dan Kedah tak ambil peduli pun soal kebersihan tandas Surau dan Masjid. Juga PAS yang wakil rakyatnya menang seperti contoh DUN Paroi. PAS kuasai iaitu Taufek. Bermusafirlah ke Surau Al-Ikhlas, Taman Bourgavilla hampir dengan Nasi Arab Damsyik, tandas serupa reban itik dan ayam, tidak bersih lagi menjijikkan. Di Kedah misalnya, hanya Masjid Zahir dalam Alor Setar sahaja yang tandas BERSIH GRED A, hak lain-lain, biarlah Azizan MB Kedah, jawab.

Semoga PAS sedar bahawa saudara mentadbir sebuah negeri, lambang tamadun bangsa. Bukan urus tadbir sebuah rumah usang dan sedang menyembah bumi. UMNO Kedah, khususnya sahabat qadin, Pak Sedaro, Saudara Mukhriz Mahathir kena ambil port bab ini.

The Money Drop ASTRO bukan program judi ke?



Apa komen Majlis Fatwa Kebangsaan, apa komen JAKIM & apa komen Menteri Agama JPM terhadap program-program sebegini? Adakah program pertaruhan atau mencuba nasib seumpama Money Drop ini halal berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan? Nanti jangan pula salahkan rakyat yang suka berjudi hanya disebabkan kealpaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang dengan selambanya 'membantu' mempromosikan program pertaruhan sebegini. Just wondering...

Wednesday, December 28, 2011

SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH

Program
MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 31hb Disember 2011
Waktu : 12tgh - 5ptg
Tempat : Madrasah Salihiah, Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah

Pengisian Program
1. Solat Zohor dan Solat Hajat Berjemaah
2. Tazkirah khas "kemuliaan berjihad" - Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya
3. Alunan Marhaban dan Selawat Nabi oleh Anak Yatim
4. Kenduri Rakyat
5. Kempen mengumpul tandatangan tanda sokongan terhadap Madrasah Salihiah

Seluruh Muslimin/Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Read more here & here.

Najib & Ahmad Maslan sila pantau KP BTN

Artikel di bawah di cilok sepenuhnya dari sini. Begini kisahnya...

Beberapa bulan selepas dilantik sebagai ketua, salah satu kata-kata yang paling hebat oleh KP agensi persekutuan ini, katanya kalau sapa-sapa tak boleh bersama saya sila keluar, atau dikeluarkan. Inilah ugutan-ugutan yang dibuat oleh KP ini (yang) menyebabkan pegawai-pegawai dan staf yang berstatus kontrak goyang lutut, kecuali mereka yang sewaktu dengannya. Selepas memecat TKP dalam masa 24 jam, dan diganti pula (dengan) TKP (baru) beberapa jam selepas memecat TKP lama, (TKP baru) pula mengulangi ugutan-ugutan itu, katanya, sapa-sapa tak boleh bersama KP baru keluarlah. Ugutan-ugutan ini hanya (t)erhenti selepas mereka barangkali dipanggil oleh pihak tertinggi, ataupun selepas YB Timbalan M(enteri) membua(t) bising di lobi parlimen.

Agensi ini (kini dilihat) gagal menaikkan semangat patriotik dan taat setia kepada kerajaan persekutuan, sebaliknya telah berjaya menyelamatkan imej si peliwat tegar pujaan mereka. Bayangkan, seorang pensyarah di universiti ibu kota (telah) dibayar dalam RM5,000 sebulan dengan harapan dapat memberi idea untuk menaikkan semangat cinta kepada negara, (tetapi) malangnya tahun ini, agensi ini (tiada juga aktiviti) sambutan hari kebangsaan. Tak percaya sila layari Blog KP di sini (yang) sudah berbulan-bulan tak aktif. Lihatlah pula laman web agensi ini di http://www.btn.gov.my/, aktiviti bulan April hingga Disember 2011, hanyalah 3 atau 4 aktiviti sahaj(a) setiap bulan. Selebihnya beraktiviti di Kuala Nerus dan membawa Puteri Terengganu naik flight free ke Kuala Lumpur (atau) bawa orang kampung naik bas-bas free ke kem (di) KLIA sana. Kosnya kira sendirilah.

Ok lah, kita stop di sini dulu. Next kita tunjuk bukti macamana wang agensi ini disalur kepada pihak pembangkang! Sabarrr!! Bagi kami, semua ini untuk menyelamatkan PM Najib daripada menjadi seperti Gadaffi (yang) dihancurkan oleh musang berbulu ayam...Itu aje...

Selanjutnya di http://musangberbuluayam.blogspot.com/.

Nota: Jangan lupa teropong jugak apa yang sedang dibuat dek Setpol Najib tu. Kang kok nyosa...

Tuesday, December 27, 2011

Steps 2 Unity

How do we deliberate this phrases "Steps 2 Unity"? Are we lacking on exploiting noble approaches to secure Unity? Or we are lacking onto the knowledge of appreciating Unity, then we are keep on seeking loops and holes of optimizing the essences of Unity?

Does the product named Unify could be translated or in other mean being claimed as Unity Product "where Internet, Telephone and Television Channel" under ONE UMBRELLA?

Melihat pada kadar semasa, Jejak Perpaduan yang bagaimana yang dirayu oleh Negara ini!

Apakah inisiatif Ahmad Fairuz dulunya EXCO Biro Latihan Pemuda UMNO, melewati Pusat Daerah Mengundi dengan berbasikal oleh para pengayuh amatur, boleh dijadikan kayu ukur teladan dalam proses terjemahan Agenda Jejak Perpaduan?

Di lihat komuniti rakyat Raja amat taat dan setia. Di perhati kaum India akur dengan kesetiaan kepada pemimpin. Di amati kaum Cina masih BEGA DAN BEBAL dalam soal perpaduan dan penerimaan bangsa Melayu sebagai pemimpin, bangsa Melayu dalam skrip Ketuanan Melayu-Ketuanan Islam.

Beberapa PDM bermula dari Negeri Johor hingga Negeri Sembilan, kelihatan kaum Cina melalui MCA dan GERAKAN, tidak sambut obor Steps 2 Unity ini! Apakah ini tanda licik gerakan Chua Jui Ming, sabotaj erdogan MCA yang tidak sebulu dengan Chua Soi Lek? Atau "pembalasan diberi madu di balas tuba" oleh kelompok simpati Ong Ka Ting (kini bertaraf Menteri untuk aktiviti ekonomi Negara China bagi Kerajaan Malaysia)?

Jika makna besar ini dihayati dengan mendalam, maka sampailah masanya, UMNO sebagai Parti Abang Sulung mendominasi kuasa perwakilan rakyat di peringkat DUN dan Parlimen. DUN MCA yang tidak dijuangkan, maka, UMNO ambil tempat. Untuk uji darjah kesetiaan, ketaatan dan penerimaan kepada tanahair ini, UMNO mesti lebih Ultra dan Diktator dalam urusan dan jurus-jurus politiking kebangsaan.

PAS semakin dirungkai lemah dan lisut. DAP semakin kronik dalam kecamuk politik KOMUNIS mereka. PKR terbukti mendatangkan bala kepada pengikut dan barisan pemimpin UMNO yang ditipu oleh Anwar Ibrahim melalui Agenda Freemasonary mereka. Kazam Plural dan Liberal yang dikompang PKR sudah menjadi telur tembelang yang teramat busuk dan membarah.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika tiada ombak di laut, masakan ada getir pelautnya. Jika tiada aur manakan wujud tebingnya.

What makes Unity highly important to Malaysian? What mould the basis of Merdeka in Malaysia? What differs Malaysia against Indonesia, Singapore, Thailand, Laos, Vietnam, Phillipines, Myanmar, Cambodia, Brunei, India, China, Australia, New Zealand, Morocco, Eygpt, Jordan, Syria, Yemen, Iran, Iraq, Palestine, Israel, United Kingdom, United States of America, Venezuela, Chile, Brazil, France, German, Italy, Vatican City, Saudi Arabia and Russia? Anyone out there would like to contribute...

Sunday, December 25, 2011

Dr. Khir Masuk PAS?

Assalamualaikum.

Dr. Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa semasa memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Atas kesalahan itu beliau telah dijatuhi hukuman 1 tahun penjara.

Di pihak beliau, Dr. Khir berpendapat yang beliau di kambing hitamkan atas kesalahan itu. Begitu juga pendapat penyokong penyokong beliau.

Di pihak penyokong kerajaan pula, UMNO khasnya, terdapat pelbagai pendapat sama ada menyokong, menyangkal dan ada yang tidak mahu ambil tahu.

Manakala di pihak penyokong pembangkang pula, ini adalah satu muslihat politik kerajaan, UMNO khasnya. Di mana kes ini dilihat kononnya kerajaan dilihat tegas dalam perlaksanaan undang-undang tanpa mengira sesiapapun, pangkat mahupun darjat.

TETAPI sekiranya Dr Khir keluar UMNO dan memilih untuk menyertai parti pembangkang;

1. Adakah pembangkang akan tetap berpandangan bahawa kes Dr Khir ini sebagai satu muslihat politik?

2. Mungkinka pembangkang akan beralih menyokong Dr. Khir dan mula menuduh mahkamah adalah alat UMNO untuk menyingkirkan mana-mana pemimpin yang tidak disukai?

3. Adakah parti pembangkang akan melantik Dr. Khir sebagai calon Perdana Menteri disebabkan Brader Anwar Bin Ibrahim bakal berhijrah ke BAMBOO RIVER RESORT & SPA pada 9 Januari ini.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat...

Saturday, December 24, 2011

Dato Lembu Metalic

Ibarat bidalan Melayu "Habis Madu Sepah Di Buang", NFC dilihat tidak terlepas daripada binocular SPRM. Tahniah mantan Timbalan Presiden IIM, Haji Mustafar Ali (Dato') iaitu Pengarah Jabatan Siasatan SPRM. Begitu banyak aduan rakyat tentang NFC, gempita dalam Dewan Tun Hussien Onn (tidak disambut dengan insaf dan sedih oleh Shahrizat), tidak berdendang dalam Dewan Pemuda UMNO, juga tidak bersorak dalam Perhimpunan Agung UMNO Kebangsaan.

Persoalannya: UMNO tidak bijaksana dalam urusan pengurusan kemelut politik mereka? Atau NFC hanyalah wayang gambar, yang disamarkan oleh Shahrizat? Siapa wayang siapa? Siapa kena siapa? Satim Diman dalam perjumpaan Penerangan UMNO Bahagian Hulu Langat menjawab NFC dalam kaedah paling tidak bijak. Sewajarnya Satim Diman kobarkan jawapan paling bistari iaitu biarkan SPRM siasat dan kita tunggu keputusan siasatan, jika ada kes dan dibawa ke mahkamah, kita tunggu keputusan penghakiman mahkamah.

Inilah yang diterima padah oleh Khir Toyo. Sudah tak dapat cover-up lagi. Hancus UMNO Selangor. Kini, UMNO Selangor kena bijaksana mencatur permainan nombor, permainan pengurusan persepsi, dan pengurusan calon berwibawa demi masa depan BN di Selangor.

Kisah Lembu Metalic NFC belum selesai. Dengan tindakan ikhlas polis Bukit Aman, syabas PDRM dan SPRM yang sudah begitu amanah dalam urusan penolakan RASUAH, maka disumbat seekor Dato' Lembu di Lokap Tahanan Polis Bukit Aman. Tetapi khabarnya dilepaskan dengan perintah mahkamah beserta jaminan. NFC kini dicacai bersalah lebih awal disebabkan tindakan BAHALOL Dato' itu. Ontah apolah yang nak dicomehkan, andai benar NFC itu bersih sebersih sucinya.

Pelaburan pembelian Aset Tetap sebuah Apartmen Mewah di Malaysia dan Singapura merupakan bahan lelucon karya Salleh yang paling tidak bijak kerana banyak pilihan instrumen pelaburan mudah cair yang wajar dipertimbangkan seperti Pelaburan Emas, Bon Sederhana dan sebagainya.

Semakin lama Najib pendam pendirian berkenaan NFC, maka semakin berkecamuk persepsi serta polemik yang akan menjadi kemarau berantakan dikalangan akar umbi UMNO dan rakyat. Sukalah Pak Sedaro kobarkan, ramai YB UMNO yang masih tidak mahir menguasai dan menakluki ilmu bahas dan merungkai jawapan isu-isu politik, mahupun isu-isu yang dipolitikkan.

Satim Diman, Johan Aziz, Ismail Sani, ramai lagi dalam UMNO Selangor perlu di BRAIN WASH. UMNO Negeri Sembilan juga perlu di BRAIN WASH kerana begitu getik bila tidak mampu berhujah balas dengan BAIK dan BERKESAN.

Friday, December 23, 2011

Asalkan belakang ada wajah Tok Guru...


...cover 'urat' pakai skaf pun kira halal sajalah! Kan ke bagus tutup 'urat' macam mamat maskulin kat bawah ni...


...si genius yang suka berjenaka...tapi ada ke yang sanggup ketawa?!

Wednesday, December 21, 2011

Agaknya ada tak Sekolah yang nak amik Adam Adli ni...


Nak baco lanjut pasal "Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik" (BEBAS) ni boleh tengok sini.

Apo sangatlah kebebasan akademik ni? Den blaja dulu bebas yo nak buek apo. Nak amik banyak subjek ko, nak baco buku ko, nak bersukan ko, nak berpersatuan ko, nak ngurat ko, nak keluar jenjalan ko, nak soal lecturer ko, maleh masuk kelas ko, nak buek assignment last minute ko, nak buek part time kojo ko, bla..bla..bla..bebas je pun. Takdo sapo nak sokat. Satu-satunya kebebasan akademik den yang tesokat ialah bilo den nak amik course architecture tapi mak den tak bagi, dio suh den amik course lain. Tu yolah kebebasan akademik den yang disokat. Selain pado tu bebas yo, takdo masalah pun.

Apo yang nak diBEBASkan sebonar eh? Dalam Islam pun tiada keBEBASan mutlak. Student Power? Belajar kasi habis dulu, kasi score maut punyo, lopeh tu kojo sampai income puloh ribu tiap bulan, baru boleh crito. Graduan Cino pakat golak yolah nengok Mahasiswa Melayu ingin BEBAS di IPT, tapi akhirnya jadi HAMBA Cino bilo masuk alam pekerjaan.

Agak-agak ado tak Pengetuo atau Guru Bosar yang nak amik Adam Adli dari Kepala Batas ni (budak suruhan Paklah or KJ kot?) jadi cikgu sekolah dorang? Mampuih dorang tak nak punyo. Kalo ado yang nak hired dio pun agak eh private school, tak pun PASTI. Pengetua atau GB sekolah awam mesti risau nak amik Adam Adli ni kojo, takut kalo dio tak pueh hati ngan pengurusan sekolah sok, bukan setakat bendero sekolah yo kono turun, silap-silap habih dio hasut semuo pelajar sekolah mogok atau buek demonstrasi pado Pengetua atau GB. Tak ko nayo.

UMNO PJ Utara atau mano-mano individu mahupun NGO, tak payah la buek kempen ugut ka, ludah ka, tumbuk ka, bla..bla..bla kek budak montah cam Adam ni. Buang maso yo. Nasihatkan elok-elok dulu, maklumlah bebudak mudo ni biaso eh akal pendek...ghaso diri hebat, tapi di alam realiti orang tak pandang pun. Kok dio masih bedogil jugak tak mau dongar kato, barulah dihobin sekali. Sayang anak tangan-tangankan.

Tapi kok dah gian bonar nak hobin orang, lobih baik pi hobin Chua Soi Porno, Karpal Tongkang, Lim Kit SiangIkan, Lim GuanoMu, Teresa Cock, Tian Cuak, Ambabiga, Bapak Anwar Bin Ibrahim, Khalid Gereja, Namebabee etc. sobab spesis ni dah banyak kali menghina Islam & Melayu, tapi bolun ado lagi yang berani amik tindakan.

Tu la deh bilo nafsu jadi raja, ilmu terus jadi pencacai.

p/s: Masih tunggu Najib selesaikan polemik NFC, once and for all.

Monday, December 19, 2011

Anwar 'Kencing' Mahasiswa




Ini hanya cubaan terbaru Anwar untuk menipu golongan mahasiswa saja. Anwar tahu pada 1997/98 mahasiswa yang berada di IPT hari ini, ketika itu masih belajar di sekolah rendah, masih syok bermain dengan kengkawan, selalu kena leter dengan mak ayah sebab malas baca buku; dan yang paling penting masa tu mereka tak ambil pot pun senario yang berlaku dalam negara.

Jadi mahasiswa hari ini mudah saja diperdaya, ditipu dengan penyelewengan info oleh Anwar dengan niat menonjolkan dirinya saja yang bagus, baik, alim bla bla bla...dan orang lain semua bungko belaka. Lagipun mahasiswa hari ini bukan kenal pun siapa Anwar sebelum 1998. Dah besar panjang tetiba saja nak sokong Al-Juburi...heh!

Anwar cuba nak potray dirinya hebat di kalangan mahasiswa yang masih mentah dalam percaturan politik. Dia tahu golongan dewasa pada 1998 sukar untuk diperdayakan kini, jadi sasaran mudah ialah golongan mahasiswa hari ini yang masih belum kenal siapa dirinya, yang boleh diperalat untuk berdemo di jalanraya, yang boleh ditunggang bila-bila masa.

Pemilik Ijazah Am Pengajian Melayu yang hanya grad selepas 5 tahun dengan pointer bawah 2, sonang-sonang yor tipu mahasiswa zaman IT masa kini?...Apo barang!!

Sunday, December 18, 2011

Countdown to 9th January 2012

Are the students emulating what is happening in the Middle East? Why is Tian Chua among those who were at PWTC yesterday? All these seems to be a well planned event before the verdict of Brother Anwar Bin Ibrahim's sodomy case. As for the students, do they know what they are doing? If they are not satisfied with the yet to be pass amendments of AUKU, they should hand over the memorandum to the Federal Government in Putrajaya and NOT UMNO's headquarter in KL.

Clearly, these are planned in order to create anarchy. They do know that their popularity is going down and therefore, PKR has to do things in order to gain popularity. As for the decision of the sodomy case, let the judge decides. Furthermore, it is a personal case between Brother Anwar Bin Ibrahim against Saiful and NOT between UMNO and PKR.

Personally, I am sad with the actions of these few undergraduates. What do they get by doing all these unfruitful things. They should concentrate on their study and strive to be the best. Please be rationale guys.

Ironically, the deputy minister was there to accept their memorandum. He even smiled and as if nothing happened. The students lowered the flag of the UMNO's President and that particular deputy minister, being a Supreme Council of UMNO do not show his frustration or anger!

Friday, December 16, 2011

Sketsa Peliwat Negara

Dari dalam penjara Al-Juburi tweet
Di luar penjara Ass Min retweet
PKR, DAP, PAS akan bebaskannya
Walau dari dalam ‘tembok kezaliman penjara’ kata mereka

Kebebasan dan hak asasi jadi modal mereka
Minta sokongan dari negara Amerika
Jadi pak warden kena waspada
Jangan bagi muka kepada si petualang negara

Apa-apa jua bentuk kemudahan perhubungan media
Apa lagi jika banduan jambu dalam penjara
Sisihkan dari Al-Juburi akan kesemuanya
Biar dia sorang-sorang tak boleh jenguk dunia

Itulah hukuman yang setimpal untuknya
Kalau nak hantar kuih pun kena tutup mata & telinga
Takut terpukau ayat dan janji durjana
Jika terlepas bikin aniaya kepada semua

Anak bini bukan dia kira
Yang penting ‘Akulah PM ke-7′ katanya
Biar dia dalam penjara selama-lamanya
Agar Malaysia aman, makmur sejahtera.


Sumber sini.

Thursday, December 15, 2011

Soalan untuk Pengundi Negeri Sembilan

Den nak buek survey untuk pengundi yang berdaftar mengundi di Negeri Sembilan, agak-agak eh daripado senarai namo penyandang ADUN dan AP Barisan Nasional kat bawah ni, sapo yang koghang ghaso layak masuk dalam list "Winnable Candidate" macam Shahidan Kassim di PRU-13:-

N1 Chennah - Siow Chen Pin
N2 Pertang - Razak Mansor
N3 Sungai Lui - Zainal Abidin Ahmad
N4 Klawang - Yunus Rahmat
N5 Serting - Shamsulkahar Mohd Deli
N6 Palong - Aziz Shamsuddin
N7 Jeram Padang - Mogan Velayatham
N9 Lenggeng - Mustapha Salim
N15 Juasseh - Mohamad Razi Kail
N16 Seri Menanti - Abd Samad Ibrahim
N17 Senaling - Ismail Lasim
N18 Pilah - Adnan Abu Hassan
N19 Johol - Roslan Md Yusof (Meninggal)
N20 Labu - Hasim Rusdi
N26 Chembong - Zaifulbahri Idris
N27 Rantau - Mohamad Hasan aka Menteri Besar MBI
N28 Kota - Awaludin Said
N31 Bagan Pinang - Isa Samad
N32 Linggi - Ismail Taib
N34 Gemas - Zainab Nasir
N35 Gemencheh - Mohd Kamil Abd Aziz

P126 Jelebu - Rais Bin Yatim
P127 Jempol - Lilah bin Yasin
P129 Kuala Pilah - Hasan bin Malek
P131 Rembau - Khairy Jamaluddin
P133 Tampin - Shaziman b. Abu Mansor

Kok ghaso namo-namo kat ateh ni tak layak dah masuk senarai PRU-13, apo agak eh alasan supayo doghang sumo ni boleh beghambus dari tampuk kuaso. Sajo yo nak tau pendapat memasing. Timo Kasih!

Wednesday, December 14, 2011

Pasca Kehancuran PAS

Pas kini di ambang kemusnahan fizikal politiking dan politiknya. Ternyata apabila tersingkirnya Hassan Ali, Nasaruddin Isa serta 25 orang lagi Otai Pas, telah melebarkan lagi pengaruh Syiah dan Khawarij Moden yang menjadi Dulang Rezeki Politik Pas masa kini.

Selangor akan terus dihurung oleh Komunis melalui DAP dan Freemasonary melalui PKR. Bapak Anwar Bin Ibrahim sebagai De facto leader PKR sedang mencanai muka-muka yang boleh disumbang-seleweng kepada proses pemusnahan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan di Malaysia pada PRU-13.

DAP sedang berkumpul di Hotel Raffles Station, Singapura untuk beralaqi dengan De Facto Leadernya di Pulau Singa. Mereka sedang kaji bagaimana lagi kaedah berkesan yang boleh memuntahkan darah airmata anak Melayu di Tanah Melayu bernama Malaysia.

Pas sedang sibuk bermuzakarah di PUTIK untuk memutuskan calon-calon Syiah, Wahabi dan Khawarij yang boleh memimpin Pas Jahiliyyah Moden. Pak Sedaro difahamkan oleh risikan Pas di PUTIK, bahawa banyak kejutan akan dilakukan oleh Pas, antaranya meletakkan calon Cina & Kalinga yang bersimpati kepada Pas di kerusi DUN dan Parlimen.

Pas sedang menuntut kerusi sebanyak 97 buah, manakala DAP sedang guat melobi lebih ramai bekas Tentera berfahaman Komunis dan Zionis untuk bersatu dalam DAP. Nampaknya PRU kali ini ialah pertembungan ideologi Komunis, Freemasonary, Syiah dan Khawarij Moden yang bakal berhadapan dengan 1Malaysia. PRU ke-13 bukan lagi sengketa parti UMNO lawan Pas atau PKR atau DAP. PRU-13 ialah perang umpama Perang Mu'tah dan Perang Khandaq yang melibatkan kekuatan ideologi tegar masing-masing.

Andai UMNO dan pemimpinnya masih guringan, maka tidak mustahil mereka bakal ditelanjang dalam keadaan paling memalukan. Pasca JIHAD kini bermula...

Tuesday, December 13, 2011

Transformasi Belia NSDK

Mampukah gelombang Konvensyen Transformasi Belia cetakan Majlis Belia Negeri Sembilan menjadi hub transformasi belia NSDK?

Mampukah peserta yang dilihat mentah dalam amalan kerja, membuatkan belia berfikir "beberapa langkah" lebih jauh dan matang?

Mampukah Rancangan Pembangunan Belia NSDK Ke-2, dicanai dan diperbahas dengan mendalam oleh peserta?

Beberapa faktor yang harus disambut oleh YAB Menteri Besar:

1. Apakah wujud kejujuran kepimpinan YAB Menteri Besar untuk menyediakan Dana Transformasi Belia NSDK sebanyak RM5 juta untuk tahun 2012-2013?

2. Apakah wujud keikhlasan kepemimpinan pengurusan eksekutif Negeri Sembilan untuk membantu penjanaan DANA TAMBAHAN sebanyak RM5 juta untuk tahun 2012-2013?

3. Apakah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Sekretariat Transformasi Belia yang hasil daripada Konvensyen, boleh diwujudkan dan seterusnya memadamkan kuasa Sekretariat Belia YNS yang nyata lemau, lesu dan layu?

4. Apakah YAB Perdana Menteri sanggup berbincang dengan YAB Menteri Besar, untuk memacu program-program belia NSDK hingga mampu melahirkan "TSUNAMI TRANSFORMASI GERGASI", berpaksi Semangat 1Malaysia?

5. Akhirnya, program belia dipulang kembali kepada belia untuk dijayakan...?

Monday, December 12, 2011

Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Al-Haj


Daulat Tuanku! Al-Sultan Kedah dinobat kembali sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kali kedua dalam hidupnya. Inilah sejarah peribadi baginda Tuanku. Allah angkat hak baginda sebagai Pemegang Kuasa Ketuanan Melayu dan Islam Bumi Melayu ini.

Kedah lambang;

1. Istana Bukit Meriam 1256 ialah Kerajaan Beraja Melayu Islam pertama dari Kedah Tua.

2. YDP Kor Rejimen Askar Melayu Di Raja.

3. Negeri Jelapang Padi, pemakmur kepada kesantunan makanan Negara.

4. Lahirnya YAB Perdana Menteri Pertama dan Ke-Empat.

5. Pakaian Istana Negara Bermuscat ialah hasil ilmu istana Kerajaan Beraja Kedah.

Sunday, December 11, 2011

Apalah nasib Tentera Malaysia ni...

Terkesima mendengar luahan hati para perajurit berpangkat PBT hingga Staf Sarjan daripada pelbagai Kor Perkhidmatan bermula yang paling tua, Rejimen Askar Melayu Di Raja hinggalah Kor Agama Angkatan Tentera.

Jika di amati keluhan mereka, ternyata terlalu banyak yang Kerajaan BN belum lunaskan janji terdahulu termasuk pulangan kasih sayang terhadap anggota ATM.

Apalah sangat dengan terkorbannya jurukamera Bernama yang secara automatis layak dianugerahi Pingat Keberanian Seri Paduka, iaitu Pingat Gagah Berani jika dibandingkan dengan pengorbanan anggota ATM. Lagipun ramai sudah anggota ATM yang menjadi korban dan mangsa peluru tidak bertuan dalam misi-misi PBB yang tidak pun diberi penghargaan yang setara.

Pelbagai tindakan tidak berpelajaran penghuni Mes Sarjan seperti di Kor Artileri Di Raja yang diberitakan mengenakan tol-tol sehingga RM20,000 untuk pelbagai hajat kepala Mes yang menyebabkan Sarjan-Sarjan yang baru naik pangkat terpaksa berhutang keliling pinggang. Rasuah mes berleluasa, pemaksaan wang ringgit kepada Mes makin membarah.

Ada juga Pegawai Pemerintah (Commanding Officer Kem) yang berkepala Zionis telah membebankan anggota dengan hutang-piutang. Besar sangatkah gaji seorang Sarjan? Atau besar sangatkah gaji seorang Pegawai Muda yang terpaksa bergolok bergadai untuk puaskan hati Pegawai-Pegawai Kanan dalam Kem?

Penyediaan betina jalang, arak, berjudi, masih menjadi resam jahiliyyah zaman ini di kem-kem tentera telah menjadi rahsia umum sejak sekian lama. Ini bukan aspirasi 1Malaysia tetapi aspirasi 1 Jahiliyyah Moden. Sedarlah bahawa dunia tentera Malaysia sifatnya demi Allah dan Muhammad. Inilah perlambangan pada "crest" Gagah Setia ATM.

Pak Sedaro fikir bukan perajurit bawahan yang bermasalah, tetapi yang menjadi Penyamun dan Penyagak ATM ialah para Pegawai ATM itu sendiri. Pegawai-pegawai ATM ini perlu diberikan Sekolah Ketatanegaraan Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli. Pegawai-pegawai ATM perlu diperdengar dengan wirid dan talkin yang boleh memberi kesan psikologi kepada mereka.

Daripada referendum yang boleh dikutip, 80% pegawai ATM di Kem merupakan pegawai bermasalah dan memberi masalah kepada ATM dan Raja-Raja Melayu. Cuba teropong apa yang dibuat oleh KAGAT.

Apakah Ahmad Zahid Hamidi terlena dengan perangai pegawai ATM ini?

Friday, December 9, 2011

Cacamarba Parlimen Seremban

Analisis 6 bulan sebelum PRU-13, melihat Parlimen Seremban kini sedang diancam tsunami gelojoh UMNO-BN.

Ketua Bahagian UMNO Seremban dilihat tidak bekerja untuk parti lagi. Ishak Ismail dilihat sering bergentayangan di tapak parkir Bukit Aman. Tidak berperanan sebagai Ketua Bahagian UMNO yang meletak dirinya sebagai Najib Favorite Man. Inilah stigma dalam kepala Ishak Ismail. Sukalah Paneh Miang maklumkan bahawa YAB Presiden UMNO sudah tahu tembelang Ishak ini. Ishak tiada tempat lagi sebagai calon wakil rakyat. Ishak akan diarahkan fokus kepada gerak kerja memenangkan Calon UMNO di Parlimen Seremban. Di fahamkan juga kerusi Parlimen Seremban akan diberikan kepad UMNO-BN. Siapa calonnya? Dia ini proksi kuat Najib semasa Najib di Petronas dulu.

ADUN Ampangan menjadi bahan lelucon rakyat. Wan Salwati Abdullah sedang sibuk melolosi halangan politik, belum cukup dengan pemidato UMNO terbaik, Wan Salwati dilihat meneroka rongga-rongga lompong yang dicipta oleh Ishak Ismail. Suka Paneh Miang fahamkan bahawa Wan Salwati bukanlah winnable candidate di Ampangan. Dia perlu berguru dan perbaiki perwatakan yang gila publisiti, barulah selesai imejnya untuk pencalonan DUN Ampangan. Nama yang hit antaranya bekas wakil rakyat, Zakaria Nordin. Juga mungkin orang Ampangan yang bergelumang dengan rakyat sejak kecil di Masjid Jalan Jelebu.

ADUN Sikamat menjadi satu lagi bahan kajian siapa yang layak? Yang pasti anak-anak kariah Masjid Sikamat dan taman perumahan awal di lokaliti Sikamat seperti Temiang Jaya, Ulu Temiang, Rashibah Indah, Bukit Temiang, merupakan calon wibawa menang UMNO.

ADUN Lenggeng ternyata perlu tukar. Nampaknya calon baru akan memberi impak kepada DUN Ampangan, Sikamat, Lenggeng, Temiang (perlu UMNO) dan Parlimen UMNO-BN. Kenapa? Inilah makna besar Transformasi Politik yang ditaja oleh UMNO-BN. UMNO perlu kembali kepada Kuasa Asal agar Negara Aman Damai. UMNO kekal sebagai pembida terbaik kemerdekaan dan kenegaraan. UMNO ialah pemberi ehsan kepada MCA dan MIC.

Persoalannya kini, ada beranikah Najib Razak dan Mohamad Hassan melakukan transformasi besar-besaran?

Thursday, December 8, 2011

PEKIDA 10000

Amat menarik meropong kekuatan ahli atau orang PEKIDA seramai 10,000 yang dikhabar telah berhimpun di Politeknik Shah Alam, Selangor bersama Mursyidul Amnya, YAB Najib Razak.

Sekiranya 10,000 PEKIDA ini digerak secara jujur dan amanah;maka,

1. UMNO-BN pasti menang dalam 117 kerusi yang dipertandingkan.

2. PAS akan tumpas di semua 65 buah kerusi yang dipertandingkan.

3. PKR akan tewas di semua 97 buah kerusi yang dipertandingkan.

Apakah Najib berani membawa kembali muka-muka heavyweight untuk dijadikan Ayam Laga UMNO-BN?

1. Beranikah Najib uji kekuatan UMNO dengan menempatkan semua Setiusaha Politiknya di kawasan parlimen, kecuali Shahlan Nasution Ismail!

2. Beranikah Najib uji senjata UMNO dengan meletak calon seperti Fuad Hassan, Raja Arif Raja Ali, Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, Foad Jelani (Timbalan KSSnya), Othman Desa, Hasbullah Lebai Isa, Alies Nor (kini tauke Putrade), dan ramai lagi yang digazet sebagai Najib's men.

3. Beranikah Najib gugurkan penyandang seperti Abdullah Ahmad, Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz, Hishammuddin Hussin, Azalina Othman, Rais Yatim, Mohd Isa Samad, Mohamad Hassan, Lilah Yassin, Abdul Hamid Jaafar Albar, Bung Mokhtar Raden, Aziz Seri Gading, Idris Haron, Ahmad Husni Hanazdlah, Ahmad Shabeery Chik dan ramai lagi.

4. Beranikah Najib untuk langsung tidak menamakan Shahrizat Jalil, Raja Nong Chik, dan beberapa lagi senator sebagai pemuka calon.

Apakah kebenaran sumpah taat setia perwakilan UMNO?...kerana UMNO tidak berintegriti dalam meneroka dan membaiki imej parti.

Ucapan pemidato menjurus kepada hentaman bodoh kepada pembangkang, akhirnya tidak terjawab sebarang isu-isu polemik UMNO sendiri.

Besar sangatkah kuasa manusia, hingga perwakilan dayus untuk mengatakan BENAR, misalnya:

1. Tegur secara terang dan jelas, bahawa isteri Perdana Menteri dinasihat tidak over shadow kepimpinan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.

2. Tegur bahawa budaya boros dan bershopping berlebih-lebihan ialah kerjaya Iblis, kerana akhirnya rakyat meluat degan sikap isteri-isteri bangsawan dan pembesar negara.

3. Tegur bahawa Shahrizat letak jawatan kerana polemik NFC yang terpancar makin merumitkan kronologi politik UMNO.

4. Tegur dan cadang kepada Khairy Jamaluddin dan Rosnah Shirlin supaya undur diri daripada kerusi penyandang Parlimen.

Andai dilakukan, pasti matlamat PEKIDA 10,000 yang berlonggok di Shah Alam, mencapai sirna.

Tuesday, December 6, 2011

Rais Yatim ingin menongkat langit!

Sementaro teringat ni, den nak rekodkan cakap Rais Yatim;

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, apa yang lebih penting calon boleh menang BN itu boleh berkhidmat kepada masyarakat berbanding faktor usianya yang muda atau muka lama.

"Kalau muda saja pun tetapi tidak diterima masyarakat, bagaimana? Kalau yang lama pun tak diterima masyarakat, bagaimana? Jadi khidmat itu yang penting," katanya. "Sebab ini adalah khidmat dan khidmat terletak pada penilaian masyarakat dan setiap khidmat itu ada tempohnya." - Selanjutnya sini.

*********

Apa yang kita faham dengan kata-kata Rais ni? Adakah Rais nak sampaikan mesej bahawa tak semestinya calon muda itu boleh menang? Atau Rais nak gambarkan bahawa dia yang tua tu masih boleh berkhidmat dan konon dirinya masih diperlukan di Jelebu?

Nampaknya kenyataan Rais bertentangan dengan saranan Dr. Mahathir. Rais masih menaruh harapan rupanya. Nak kami bongkar apa yang berlaku di Jelebu ke...baru Rais rela hati undur diri? Usahlah berangan nak menongkat langit Rais oii...

Monday, December 5, 2011

Siapa nak tolong Najib...

Perhimpunan Agong UMNO ke-62 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai isu yang tak sudah. Selesainya PAU 2011 ini, kami rumuskan seperti berikut;

1. Najib dijangka akan tetap 'menyimpan' Shahrizat dan KJ, kerana orang yang rasa bersalah macam mereka berdua kebiasaannya akan loyal. Orang yang setia sangat penting kepada survival pemimpin sesebuah organisasi, tak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Buktinya, sehingga selesai PAU ke-62, masih tidak kedengaran pendirian Najib berkenaan NFC. Adakah sebab nak jaga hati Paklah? Atau Najib memang tak ada jawapan? Khabarnya isu NFC adalah hebohan kem Najib sendiri bagi menggantikan Shahrizat dan KJ dengan orang Najib. Sama ada Shahrizat dan KJ akan kekal sebagai calon, atau menerima musibah bakal disingkirkan, hanya Najib dan Allah saja yang tahu. Jika kekal, maknanya Najib perlukan sayap yang loyal dengannya kerana Shahrizat dan KJ adalah soldadu terbaik yang boleh diperkudakan. Jika tidak...biarlah masa yang menentukan sama ada tepat atau tidak percaturan kem Najib.

2. Najib cuba menyakinkan Bangsa Melayu bahawa dia tidak akan sesekali mengenepikan agenda Melayu; dan tidak juga menafikan yang dia lebih mengutamakan agenda Cina kebelakangan ini. Walaupun dalam ucapan penggulungan di PAU ke-62, Najib menegaskan UMNO memerlukan sokongan etnik lain (adakah benar begitu?), tetapi ramai maklum maksud etnik lain itu sebenarnya adalah Cina. Maknanya agenda Melayu dan agenda Cina adalah sama penting bagi Najib?!...kerana jika benar begitu, kan lebih baik Najib jadi presiden parti Gerakan, PPP, PKR, DAP, KITA etc. instead of jadi Presiden UMNO. Tak gitu?!

3. Wakil Pahang mencadangkan supaya jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diberikan kepada ahli parti tersebut yang berkelayakan. Antara alasannya kerana ahli UMNO lebih memahami apa yang diperjuangkan oleh parti selain mempunyai semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu.

Walaupun cadangan ini agak kelakar bunyinya jika merujuk kepada prestasi ahli UMNO seperti Nur Jazlan yang mengetuai UDA, bermaksud bukan semua ahli UMNO punya semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu. Nur Jazlan contohnya dilihat lebih bersemangat memantapkan ekonomi Cina dan Singapura, berbanding bangsa Melayu Malaysia sendiri. Itu belum cerita bab MAS, Maybank, Felda, TNB etc.

Namun yang menariknya tentang cadangan wakil Pahang ini (atau mungkin cadangan Najib melalui proksi) iaitu memberi 'jalan keluar' atau penyelesaian kepada penyandang ADUN dan AP yang mungkin digugurkan daripada senarai calon PRU-13. Maka akan wujudlah beberapa tawaran untuk mengisi 'kekosongan jawatan yang dicipta' di beberapa GLC atau GLIC bagi memujuk hati ahli UMNO yang tidak mendapat tempat sebagai calon di PRU-13. Khabarnya beberapa Ketua Bahagian UMNO sudah pun ditawarkan timbal balas sebegini.

4. Mendengar ucapan penggulungan Hisham membuatkan kami terlelap beberapa kali. Seorang Menteri KDN bertaraf Naib Presiden UMNO berucap dengan point basi yang terlalu biasa didengar, dan disampaikan pula dengan nada lemah mendatar. Pondan pun agaknya lebih bertenaga berucap andai diberi peluang. Maknanya Menteri KDN lebih cikai daripada pondan. Bilalah UMNO Sembrong nak campak Hisham ni keluar daripada saf kepimpinan. Ramai yang dah lama meluat. Atau UMNO Sembrong sebenarnya tuli?

5. Bait-bait terakhir penuh semangat dalam ucapan penggulungan Najib agak mengujakan kami. Tetiba kami berkongsi semangat yang sama. Cuma kami tertanya adakah Orang UMNO juga turut memiliki semangat sedemikian apabila pulang ke kawasan masing-masing, atau semangat itu semakin pudar ditelan masa.

Agak menarik untuk difikirkan walaupun sesudah hampir 3 tahun Najib memegang tampuk Presiden UMNO, kelihatan hanya Najib dan Muhyiddin saja yang tampak bersemangat. Ahli UMNO lain, kecuali Wanita UMNO, kelihatan longlai tak bertenaga untuk meneruskan perjuangan memenangi PRU-13 dengan sasaran majoriti lebih 2/3.

Sebenarnya Najib perlu terima hakikat bahawa dia tidak punya kekuatan pengaruh daripada akar umbi terutamanya di peringkat kepimpinan bahagian. Ini realitinya. Najib masih belum membuktikan apa-apa dalam erti kata sebenar-benar kemampuan kepada Orang UMNO mahupun Bangsa Melayu, sama ada ketika dia sebagai Ketua Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden, mahupun Presiden. Disebabkan Najib masih belum benar-benar teruji itulah, maka kebanyakan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi, mahupun menteri kabinet, tidak mampu menyerap semangat dan gaya politik Najib untuk diterjemahkan kepada rakyat. Akhirnya kelihatan Najib terkapai keseorangan tanpa dibantu oleh Orang UMNO dan jemaah menterinya sendiri.

Hari ini jika dikatakan rakyat terutamanya Melayu telah kembali menyokong UMNO, bolehlah kami berikan kredit itu kepada usaha Najib, dan bukannya usaha jemaah menteri, ataupun Orang UMNO, apatah lagi Orang BN. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ditunjukkan Najib disepanjang tempoh pentadbirannya, namun majoriti rakyat melihat kesungguhannya mahu melakukan perubahan, walaupun perubahan atau transformasi yang hendak dilakukan itu belum terbukti berkesan.

Kami berpendapat Najib perlu diberi masa dan ruang untuk meraih pengaruh dan sokongan tidak berbelah bagi akar umbi UMNO. Mungkin mandat baru yang bakal diberikan rakyat kepada BN di PRU-13 akan membuka minda Orang UMNO untuk kembali berjuang bersama Najib. Bagi merealisasikan hasrat itu, Najib sememangnya perlu meletakkan calon di kalangan Orang UMNO yang kritikal tetapi setia kepadanya di PRU-13, selain memenuhi kriteria 'Calon Boleh Menang', atau bagi kami sepatutnya kriteria 'Calon Rakyat'. Barulah mungkin negara ini akan kembali semula ke landasan mencipta kegemilangan berterusan.

Selamat berjuang kami ucapkan kepada Najib dan Orang UMNO. Mengkritik tidak bermakna membenci, menghentam tidak bermakna pembangkang dan jangan sesekali menyokong membawa rebah.

Saturday, December 3, 2011

Kena ingat janji Najib...

Just for the record, tak silap den dongar ucapan penggulungan Najib tadi, dio kato lobih kurang begini,

"Siapa kata kita tak perjuangkan agenda Melayu? Bila saya lancarkan 1Malaysia, saya tak kata saya akan ketepikan agenda Melayu."

Baguslah kalau begitu kata Najib. Harap ORANG UMNO peringatkan Najib semula jika dia terlupa dalam tindakan mahukan ucapannya yang pernah mengguris hati ramai ORANG MELAYU sepertimana yang pernah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Selamat berjuang ORANG UMNO!

Pasca 3 Disember 2011

191 Bahagian UMNO seluruh Negara, beroperasi di 222 Parlimen dan 546 Kawasan Dewan Undangan Negeri. Apakah langkah berkesan dan bil-hikmah yang WAJIB digerak jaya oleh Perwakilan UMNO dan pemimpin UMNO Cawangan termasuk Sayap-sayap:

1. Memulakan Rancangan Bersepadu "Buku 555" di hot spot yang disenarai pendek.

2. Mula memukul tabuh dan gendang 1 Malaysia dan Transformasi Politik serta Transformasi Sosial UMNO.

3. Giat melaksana bai'ah yang dilafaz secara penuh ikhlas atas zuk Agama, Bangsa dan Tanahair di hadapan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO.

4. Rancak mempersiap Bilik Perang dan Bilik Muktamar Gerila di 191 Bahagian UMNO.

5. Rancak memperteguh pakatan rakyat bersama MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya.

6. Mula mencanai dan memberi AMARAN kepada Ketua Bahagian yang korup dan bobrok. Penyandang Jawatan Parlimen dan KADUN yang tidak bekerja demi Negara, Bangsa dan Tanahair.

Kali ini andai BN kalah, maka terkuburlah Sejarah BN dalam kamus perjuangan Merdeka Bumi Melayu.

Friday, December 2, 2011

Apa tafsirannya...

Beranikah UMNO jawab?!

Apakah Jihad UMNO?

1. Sejak 11 Mei 1946, UMO @ UMNO telah melafazkan takbir Jihad Agama, Bangsa dan Negara.

2. Hari Merdeka 1957 merupakan titik tolak kepada pembuktian Jihad Tanahair kepada Bangsa Teras dan Kaum-kaum Lain.

3. Hari Malaysia 1963 merupakan permulaan resepi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Hari ini bagaimana pula JIHAD UMNO?

1. Apakah UMNO boleh mendasari pendekatan jihad Turba dan Menjaro Polemas.

2. Apakah UMNO boleh mencipta keajaiban jika winnable candidate tidak zahir di surau, masjid, kenduri-kendara, kematian, majlis ilmu, warung kopi, pasar dan stesen bas serta teksi.

3. Apakah UMNO boleh mengaut untung politik daripada bersembang hingga jatuh siling PWTC dek kerana gegaran dan aura pidato-pidato MAUT kerana Agama, Bangsa dan Tanahair tanpa sedar bahawa 90% pengundi Melayu masih menanti ufti negara kepada mereka!

4. Wanita ialah Srikandi? Pemuda ialah Hulubalang? Puteri ialah Permata? Srikandi seperti Tun Teja atau Tun Fatimah? Hulubalang seperti Hang Tuah atau Hang Jebat? Permata seperti Tun Kudu atau Dang Anum?

Kayu ukur JIHAD UMNO, kini diukur oleh pengundi dan ummah Melayu daripada kereta mereka yang menjalar dan berkilat-kilat di PWTC kah? Atau pakaian berjenama dan bersutera berkilat emas kah? Atau perhiasan dan aksesori yang bermewah-mewahkah? Atau sumbi teriakan Hidup Melayu, 1 Malaysia sahaja?

Apakah erti sebenar JIHAD UMNO? Beranikah Pemimpin UMNO jawab?!

Thursday, December 1, 2011

NAJIB MOHON SIMPATI

Ucapan Dasar Presiden UMNO pada persidangan kali ke 65, 01 Disember 2011 ialah ucapan kegelisahan, kerisauan dan impian menebal kepada kebutuhan Kuasa Politik Melayu terus diangkat dan diperhebat usaha oleh UMNO.

Menjadi persoalan apakah 191 Ketua Bahagian mengambil iktibar besar kepada perkara yang diluahkan penuh lunak dan merdu ini? Najib bukan menanyi dan berseloka dengan perutusan kata bicara yang tersusun dalam irama Melayu Pekan. Najib sedang mohon simpati rakyat Raja supaya menjadi manusia yang taat setia kepada parti bukan manusia, cinta dan kasih kepada perjuangan UMNO bukan kepada manusia, memberi khidmat tanpa jemu dan berkorban kepada UMNO bukan kepada manusia!

Najib mengimbau episod 1946, 1951, 1955, 1969, 1970, 1981, 1990, 1999, 2004 dan 2008 dalam perbendaharaan yang pelbagai. Najib menyorot makna 1380 tahun lamanya, seorang insan yang mengasihi umat meninggalkan dunia fana. Najib sedang mohon simpati kepada UMNO khususnya 191 Ketua Bahagian termasuk dirinya supaya:

1. Isteri jangan campur tangan urusan pengurusan Negara dan pengurusan Parti.

2. Bersedia untuk tidak dicalon sebagai Calon Pilihanraya Ke-13.

3. Bersedia untuk bekerja seperti tiada lagi sirna di hadapan dan tiada esok bagi mu, andai kalah dalam Peperangan Otak PRU-13 ini.

Namun yang sedihnya di PWTC ialah perwakilan seperti orang sengal dan bengong. Sibuk melayan perasaan dan mengira berapa ramai aku boleh jumpa untuk melobi dan dapat untung. Ada juga manusia namanya Wan Mustapha, orang Kelantan yang hanya pakai tag pemerhati sibuk menghimpit petugas Dewan untuk masuk, cukup tidak malu manusia ini kerana yang dia hebohkan ialah menayangkan kad ahli UMNO, membuktikan bahawa dia lebih lama makan garam atau duit parti. Ini hanyalah manusia tersisih daripada gelombang besar UMNO. Namun umum melihat manusia seperti Wan Mustapha ini begitu dominan dalam UMNO dan pangkuan kepimpinan.

Apakah 191 Ketua Bahagian boleh jawab dan selesai urusan menterjemah Ucapan Dasar Presiden dan menerajang manusia yang berwatak seperti Wan Mustapha ini? Menjadi ahli dan pemimpin UMNO ibarat Rumput Kenaf dan Pokok Belian. Berguna untuk dipergunakan.

Ijat & KJ dah menyusahkan UMNO

1. Dua hari kami berada di luar kawasan, jadi banyak perkara ketinggalan terutama yang melibatkan Perhimpunan Agong UMNO 2011. Tetapi kini kami sudah berada di kawasan acara.

2. Lembu dan RM antara topik hangat dikalangan perwakilan, walaupun tidak terucap semasa perbahasan oleh wakil negeri-negeri. Pembahas dikalangan perwakilan ramai yang play safe. Lebih ramai yang hanya cakap-cakap belakang di luar dewan, di lobi, bilik penginapan, kawasan lepak di sekitar PWTC, restoran etc. Tapi siapalah yang berani bangkitkan isu RM ni? Isu lembu mungkinlah ada perwakilan yang akan sentuh, tapi isu RM??? Kalau berani...cakaplah...nak mampus...

3. Kami turut berkesempatan mendengar sedutan ucapan 'berapi' Shahrizat dan KJ di TV bersama para pelanggan yang memenuhi ruang kedai tempat bersantap. Kami tidak memerhatikan TV langsung, tetapi lebih kepada melihat gelagat pelanggan-pelanggan lain yang menonton semasa siaran ucapan kedua pemimpin sayap UMNO itu.

4. Ada yang mencebik, ada yang ketawa, tersenyum sinis, geleng kepala, dan yang menutup telinga pun ada. Ini adalah reaksi spontan sebahagian rakyat di hadapan mata kami sendiri apabila Shahrizat dan KJ berucap. Ketika Shahrizat berteriak, "Bangun puan-puan...tanya mereka...", yang menyaksikan kesemua Wanita UMNO bangun dengan suasana hingar bingar...spontan terpacul perkataan daripada anak muda yang duduk di sebelah kami, "Beginikah kaum ibu?"

5. Wanita UMNO hari ini sudah jadi geng SARKAS?

6. Pembangkang menyerang Shahrizat dan keluarganya secara peribadi, TAPI mengapa Shahrizat mahu melibatkan UMNO? "Don't take Wanita UMNO for granted", kata Shahrizat. Apa motif Shahrizat? Nak bawak Wanita UMNO karam sekali dengan masalah keluarga dia ke? Adakah MT UMNO bersetuju untuk dibabitkan sekali dalam kemelut peribadi Shahrizat?

7. Shahrizat turut mencabar Wan Azizah meletak jawatan dengan menjadikan kes Anwar sebagai alasan membalas kenyataan Ketua Wanita PKR yang meminta Shahrizat meletak jawatan. Apa punya tur??? Bukankah ia dua isu yang berbeza? Kes Anwar meliwat itu hal peribadi dia, tapi isu suami Shahrizat melibatkan dana negara dan wang rakyat. Bukankah ianya dua perkara berlainan? Lagipun semua orang tahu PKR sememangnya mengamalkan nepotisme dan kronisme korup. Adakah Shahrizat juga cuba nak menyamakan standard UMNO dengan PKR? Jadi apa bezanya UMNO dan PKR? Jika Wan Azizah terima cabaran itu dan meletak jawatan, adakah Shahrizat juga akan ambil tindakan yang sama? Fikir semula...

8. Shahrizat juga terang-terangan menyebut dalam ucapannya, "Suami saya tak bersalah". Bagaimana Shahrizat boleh tahu suaminya tak bersalah? Apa kriteria dan benchmark yang digunakan Shahrizat apabila dengan yakinnya menyatakan suaminya tidak bersalah? Bukankah polis kini sedang menyiasat NFC? Nampaknya hasil siasatan Shahrizat mendahului polis?

9. Bab KJ dan Pemuda UMNO yang turut berhabisan mempertahankan Shahrizat, kami malas nak sentuh. Kalau kami nak bongkar boleh saja akan sebab sebenar mengapa KJ kelihatan bersungguh mempertahankan NFC. Tapi nanti pembangkang dapat C4 pulak untuk bom semula kerajaan. Kalau ada dikalangan pemuda UMNO yang nak terjun gaung sekali dengan KJ, biarkanlah. Lagipun sejak KJ menerajui kepimpinan Pemuda UMNO, kami langsung hilang hormat kepada Pergerakan Pemuda. Bagi kami Pemuda UMNO hari ini tak ubah macam pondan pencen yang diketawakan gay tua.

10. Kepada Wanita UMNO, bangkitlah segera. Jangan disebabkan Shahrizat, imej Wanita UMNO tercalar. Kembalikan maruah Wanita UMNO. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi UMNO tetap kekal. Jika Shahrizat sudah jadi liabiliti, mufarakahlah cepat. Patah tumbuh hilang berganti. Tak luak pun UMNO tanpa Shahrizat.

11. Selama ini rakyat terutama kaum ibu sangat menghormati Wanita UMNO. Jangan sampai penghormatan itu hilang sedikit demi sedikit dek semangatnya Wanita UMNO semata-mata nak mempertahankan lembu.

12. Saksikanlah (kredit to Minaq Jinggo) video 'ucapan berapi' Shahrizat. Apa yang gempak pun ucapan ni entahlah. Nampak sangat Shahrizat defenseless.

Tuesday, November 29, 2011

PAU 2011: Perwakilan UMNO dah lama hilang tolo!

1. Perwakilan UMNO seluruh negara sudah mula berkumpul sejak semalam sempena Perhimpunan Agong UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula hari ini.

2. Setiap tahun, para perwakilan akan ditempatkan di beberapa buah hotel sekitar Kuala Lumpur, dan tak lupa juga dibekalkan pelbagai goodies serta elaun...maaacam biasalah. Ada juga spesis perwakilan yang datang perhimpunan bukan nak bersidang sangat pun, tapi lebih kepada berkehendakan elaun...kerana itu lebih penting gamaknya.

3. Dan setiap tahun juga akan kedengaranlah perwakilan berucap 'menjunjung kasih', membahas ucapan dasar Presiden, Timbalan Presiden, mahupun ucapan Ketua-Ketua sayap parti. Huarghhhh...mengantuk gila dengar. Bombastik dan retorik sungguh.

4. Segala jenis bodekan, pujian, bodek lagi, up sikit, lambung tinggi sikit...ni nak dekat PRU ni...ada harapan jadi calon ni...hah...last sekali...semua ucapan dasar kepimpinan UMNO tersangaaaaatlah baik, tiada yang tidak baik melainkan baik-baik belaka. Podah chit..

5. Apa yang gagal disedari perwakilan; hakikatnya rakyat dan ahli UMNO akar umbi yang sedang dok perati kat bawah ni dah sampai tahap gaban muntah terbelahak mendengar segala tok nenek ucapan pujian melangit para perwakilan pada kepimpinan UMNO.

6. Sampai bila tak nak berubah brader?

7. Zaman Tun Dr Ismail, Saadon Jubir, Tun Ghaffar etc. dulu bukan main takut pemimpin ini setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO. Kerana perwakilan di zaman itu menjadikan perhimpunan UMNO sebagai medan untuk selambanya mengkritik, mencadang, menghentam kepimpinan UMNO yang buat silap. Tun Dr Ismail sampai berpeluh takut di setiap Perhimpunan Agong UMNO dek sikap tegas dan lantangnya perwakilan yang menghadiri perhimpunan. Spesis perwakilan hari ini? Pakat-pakat amik elaun sajalah...

8. Zaman sudah berubah. Rakyat terutamanya generasi muda lebih bersikap terbuka dan ingin melihat ketelusan drastik dalam corak pentadbiran kepimpinan UMNO. Perwakilan UMNO seharusnya LEBIH BERANI MENEGUR SEGALA KEPINCANGAN DAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN PEMIMPIN mereka. Barulah terbuka sikit mata rakyat. Barulah boleh kata yang generasi muda dah menyokong BN; dan bukan sekadar beretorik syok dengan kata-kata sendiri.

9. Tak payahlah dengar cakap-cakap bahalol yang menasihat kononnya perwakilan perlu berhati-hati agar tidak mengguris hati bukan Melayu semasa berucap. Apa...ingat bukan Melayu peduli sangat ka pasal Melayu? Mereka lagi teruk hentam Melayu, bukan setakat dalam perhimpunan parti mereka saja, bahkan segala instrumen media mereka gunakan untuk hasut kaum mereka membenci Melayu. Presiden parti komponen BN pun tersangatlah terbukanya mengkritik Melayu. Lagi kita nak bagi muka ka? Bangang sungguh la si pemberi nasihat yang suruh jaga hati bukan Melayu tu. Hati bangsa sendiri tak nak jaga, sibuk nak jaga hati kaum lain.

10. Kepimpinan UMNO juga harus belajar mengakui kesilapan sendiri. Tidak jatuh darjat seseorang itu jika mengakui kesilapan. Malah orang akan semakin hormat dengan sikap merendah kita itu. Merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.

11. Sebut pasal mengakui kesilapan ni, teringat pulak pada Kak Ijat. Pasti Kak Ijat masih ingat bagaimana bekas bosnya pernah dihentam perwakilan dalam isu AP sebelum ini. Adakah Kak Ijat akan mengalami nasib yang sama dalam isu NFC? Kak Ijat cakap, "Isu ini tak ada kena-mengena dengan saya." Really? Hahaha...rakyat pakat-pakat gelak dalam hati sajalah. Salah jawab...padah akibatnya!

12. Kepada perwakilan UMNO, selamat bersidang di PAU 2011. Harapan kami, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda, jadilah jantan yang bona-bona betolo!

Saturday, November 26, 2011

Kalau dah 'kaki kencing' tu...

Macau Scam

Modus Operandi - Ahli sindiket menyamar sebagai pegawai polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank tempatan dan memperdaya mangsa kononnya akaun bank/akaun kad kredit mereka telah disalahguna oleh orang lain dan menasihatkan mangsa untuk memindahkan wang mereka ke dalam akaun yang diberikan kononnya untuk tindakan Bank Negara. Sindiket dipercayai dari negara Macau/Hong Kong. Sebanyak 247 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM61 juta.

African Scam

Modus Operandi - Mengaburi mangsa dengan menjadi kenalan di laman sosial. Saspek kemudiannya menghantar e-mail memperdaya mangsa kononnya telah menghantar bungkusan berupa barangan berharga tetapi telah ditahan oleh pihak kastam, seterus meminta mangsa menghantar sejumlah wang kononnya bagi mendapatkan pelepasan kastam. Saspek terdiri daripada warganegara asing dari negara Afrika. Sebanyak 774 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM24 juta.

Penipuan Internet/E-Dagang

Modus Operandi - Saspek akan mengiklan/menawarkan barangan murah di laman web seperti lelong.com atau mudah.com. Produk seperti telefon bimbit, komputer, peralatan eletrik etc. yang telah dipesan dan dibayar tidak diperolehi dan saspek akhirnya gagal dikesan. Sebanyak 629 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM13 juta.

Penipuan melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

Modus Operandi - Saspek mengirim sms kepada mangsa dengan menyatakan mangsa telah memenangi cabutan/hadiah bertuah daripada syarikat-syarikat ternama seperti Petronas, Celcom atau daripada pertandingan Akademi Fantasia. Mangsa akan diminta terlebih dahulu membayar sejumlah wang bagi mendapatkan hadiah tersebut dengan cara memasukkan wang ke akaun bank yang diberikan oleh saspek. Sebanyak 215 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM13 juta.

Penipuan Pelaburan

Modus Operandi - Memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan yang tinggi untuk membuat pelaburan dalam pelbagai perniagaan seperti projek pertanian, perikanan, penternakan lembu, perniagaan jualan langsung dan perniagaan jual-beli emas. Pelaburan dalam perniagaan tersebut dijanjikan dengan pulangan lumayan dalam masa singkat. Sebanyak 174 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM5 juta.

Tiket Toto

Modus Operandi - Saspek memperdaya mangsa dengan menunjukkan tiket toto palsu yang dimenangi dan meminta mangsa menuntut wang bagi pihak saspek. Mangsa kemudiannya dirayu dengan pelbagai cara seperti kononnya saspek ada kematian/kemalangan ahli keluarga dan meminta mangsa mendahulukan wang dengan balasan menyerahkan tiket toto palsu tersebut kepada mangsa sebagai ganti. Apabila tiket tersebut hendak dituntut oleh mangsa, pihak toto dapati tiket tersebut adalah palsu dan saspek telah menghilangkan diri. Sebanyak 1,300 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM3 juta.

Barang Lelongan/Harga Murah

Modus Operandi - Saspek mengaku boleh mendapatkan barangan seperti peralatan letrik, laptop dan telefon bimbit dengan harga murah hasil lelongan dari rampasan kastam. kerugian: Sebanyak 178 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM1.2 juta.

Bomoh

Modus Operandi - Saspek mengaku sebagai bomoh perubatan atau bomoh nombor ramalan dan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang tunai atau barangan berharga bagi merealisasikan pemujaan atau membuang sial atau sebagai syarat perubatan. Sebanyak 354 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM0.95 juta.

Gores & Menang

Modus Operandi - Mangsa diberikan tiket/kupon untuk digores dan mereka kononnya telah memenangi hadiah lumayan seperti perlatan kesihatan, peralatan eletrik, kereta etc. Mangsa kemudiannya diminta untuk membayar sejumlah wang jika ingin menuntut hadiah yang dimenangi atau diminta untuk membeli beberapa barangan lain yang ditawarkan sebelum hadiah dapat diberikan. Hanya sebanyak 89 kes saja yang pernah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM0.8 juta.

Cek Pintas

Modus Operandi - Sindiket mencuri cek yang dikirim oleh pelanggan/syarikat melalui pos. Cek tersebut kemudiannya dipinda untuk dibayar kepada nama saspek dengan jumlah cek juga diubah kepada nilai yang lebih tinggi. Pindaan dibuat menggunakan bahan kimia dan sukar dikesan dengan mata kasar. Sebanyak 8 kes telah dilaporkan dengan anggaran kerugian RM0.05 juta.

Sumber: Statistik PDRM bagi kes penipuan/kerugian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011

Friday, November 25, 2011

Jangan lupa baca tau...

Sama ada sedar atau tidak, Ahad ini kita akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Sebelum terlupa, warga Paneh Miang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1433 kepada semua rakan-rakan dan pembaca kami di mana sahaja berada. Tema bagi Sambutan Ma'al Hijrah Tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".

Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana kita terlalu selesa menyambut tahun baru masihi. Apapun, marilah bersama kita ingat-mengingati sesama muslim atas dasar keimanan dan ketaqwaan. Antara amalan utama dalam menyambut tahun baru hijrah ini ialah membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua."


Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

Thursday, November 24, 2011

Kegiatan Menghasut Pelajar

1. Pada 28 Mei 2011, telah berlangsungnya program yang dinamakan "Kem Menara Gading" di sebuah kawasan berhampiran ladang ternakan kambing, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Progam tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS) yang didaftar di bawah Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan, Seremban.

2. Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh ahli panel dalam program berkenaan menjurus kepada unsur-unsur berjihad bagi menumbangkan kerajaan memerintah dengan alasan perjuangan Islam.

3. Barisan panel memuji beberapa pergerakan revolusi di beberapa negara Arab yang berjaya menumbangkan kerajaan dan pemerintah mereka seperti Tunisia dan Mesir, serta disarankan peserta program untuk bersiap sedia sekiranya revolusi sedemikian turut berlaku di Malaysia.

4. Peserta program yang terdiri dikalangan pelajar ini turut diminta untuk berbai’ah serta berikrar taat setia kepada kumpulan berkenaan. Majlis melafaz ikrar serta bai'ah ini dilakukan di hadapan beberapa orang "ustaz" dan fasilitator dari beberapa IPTA tempatan.

5. Peserta turut didesak untuk merahsiakan aktiviti kumpulan daripada diketahui pihak lain sambil memberi amaran bahawa mereka akan ditimpa musibah sekiranya membocorkan rahsia.


6. Para pelajar yang menyertai program ini juga dilatih menghadapi situasi apabila berhadapan dengan pihak berkuasa seperti polis; dan peserta seterusnya diajar simulasi demonstrasi.

7. Aktiviti atau program seumpama ini dipercayai bermula sejak 2009 yang turut melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan pihak berkuasa memperoleh maklumat bahawa ianya didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang. Pengaruh dan gerakan SPINS ini dipercayai berjaya menyusup ke sekolah-sekolah melalui beberapa individu serta guru di sekolah berkenaan.

8. Program indoktrinasi pelajar yang bermula sejak tadika hinggalah ke peringkat IPT sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama, dan rasanya ramai maklum parti manakah yang menjadi dalang disebaliknya.

9. Minda anak-anak dirosakkan sedari kecil semata-mata untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan memerintah. Inilah 'ciri-ciri Islam' yang diagongkan oleh juak-juak itu selama ini. Anak-anak yang tidak mengerti apa-apa telah ditanam dengan sifat benci dan dendam kesumat terhadap saudara seagama yang tidak sealiran.

10. Ibu bapa disarankan agar sentiasa memantau content program di setiap aktiviti perkhemahan, kem menara gading, kursus motivasi etc. yang melibatkan anak-anak anda terutama di musim cuti persekolahan agar anak-anak ini tidak diindoktrinasi dengan dakyah politik extremist sejak kecil.

11. Semoga kumpulan yang sentiasa 'berusaha' memecah-belahkan kesatuan umat Islam di negara ini diberi hidayah dan taufik oleh Allah swt sebelum mereka sendiri diperhamba dan diperlembukan oleh puak chauvinist.

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Hulu Langat

Kawasan Parlimen Hulu Langat ialah satu fenomena MESTI MENANG untuk UMNO-BN. Parlimen Hulu Langat kini dikuasai oleh PAS, Dr. Che Uda Che Rosli, pakar nuklear keluaran UMNO hasil daripada projek Dasar Ekonomi Baru, bekas Profesor di UKM. Inilah ahli ilmu kerana dia seorang sahaja dalam PAS yang berani dan petah berpandangan bahawa Lynas PERLU diteruskan tanpa halangan dan sekatan daripada mana-mana pihak, waima daripada PKR-PAS-DAP (yang ternyata begitu naif ilmu kemanusiaan survival ummat- kerana mengikuti kata-kata Ustaz Azhar Youtube PAS bahawa Matematik dan Sains ialah ilmu Sekular).

DUN Dusun Tua diteraju oleh Ismail, UMNO. Dulu Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hulu Langat, yang agak sinikal dengan kemasukan dan pertolongan orang luar dalam pengurusan saf 4B Hulu Langat. Dia tak belajar daripada Dato' Badrul Hisham yang kini penulis tetap Agenda Daily, dan bermastautin Di Mutiara Bangi sebelah rumah Othman Desa. Ismail dalam istilah "winnable candidate", dia sudah terkeluar daripada skrin calon paling berpotensi menang dan terbaik di Dusun Tua. Kena tukarlah.

DUN Semenyih dipasung oleh Johan Abd Aziz, kini bergelar Dato Johan Abdul Aziz, DMSM, AMS, JP, dulu tauke anak didik Ahmad Kuris. Johan kini, Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat. Seorang yang dilihat berani tapi sebenarnya tiada kekuatan parti. Johan sering ditipu hidup-hidup oleh Jalil, Jalil ini sifatnya Talam Dua Muka. Sanggup menikam Johan dan Markiman Kobiran, tu pasal Markiman Setiausaha Politik YB KDN sering keluar masuk wad kardio. Markiman yang senior Timbalan Ketua Bahagian. Satu fenomena luar biasa di Hulu Langat. Johan pun sebab nak PRU-13, baru ingat rangkaian pemidato dan penceramah politik dia, kalau tidak HARAM tak diapik pun. Inilah ragam politiking ADUN SEMENYIH dan KETUA BAHAGIAN proksi Khairy Jamaluddin. Dia juga sudah terkeluar daripada carter Calon Terbaik dan Berpotensi Boleh Menang. Kena Tukarlah.

DUN Kajang dipayung oleh Freemasonary melalui Cikgu Lee, seorang guru bahasa Inggeris High School Kajang. Lee ini ahli biasa PKR, yang dinobat pula sebagai Ketua Cabang Hulu Langat, sebab menang DUN Kajang berlaga dengan MCA. Hari ini, bangunan dan bilik tadbir DUN Kajang PKR ialah bilik ADUN MCA PRU-11. Apakah Cina Freemasonary PKR berpakat dengan Cina MCA-BN? Ternyata DUN Kajang kali ini, bukan boleh diberi muka kepada MCA. MCA sudah hilang kuasa dan kepercayaan pengundi, kerana di sebalik fenomena PRU-13, mereka sudah berpoligami. Tahniah.

Ketua Perhubungan Negeri Selangor ialah YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib, Timbalan Ketua Perhubungan ialah Noh Omar. Kalian berdua kena pastikan DUN Kajang didukung oleh UMNO-BN, calon UMNO paling sesuai dan kritikal. Pusat Daerah Mengundi dan Peti Undi untuk Melayu ialah 67.8% di DUN Kajang, apakah jadahnya diberi kepada MCA lagi? MCA ternyata di Selangor sebagai Musuh Dalam Selimut.

Rumusan Kajian Kes Hulu Langat ialah Parlimen Hulu Langat perlu muka baru, bukan Markiman Kobiran, atau cara mudah "pujuk Dr. Che Uda sebagai calon BN", DUN Dusun Tua, Semenyih - WAJIB TUKAR ORANG BARU, lebih karisma dan wibawa tinggi, DUN Kajang langsung milik UMNO.

Tuesday, November 22, 2011

myKMS1M: Blogger nak jadi calon?!

ANTARA RESOLUSI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 2011 YANG BERLANGSUNG PADA 20 NOVEMBER LALU DI PWTC ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

1. Menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasikan dengan baik supaya maklumat dan isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan (CADANGAN YANG BAGUS. CUMA PERLU DIPERINCIKAN KAEDAH & TATACARA)

2. Mencadangkan agar sebuah bank informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas seterusnya membolehkan ia disebarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan lapisan demi mempertahankan kebenaran (BAB NI PUN BAGUS. TAPI BILA SEBUT "BANK", TAK KIRALAH BANK INFORMASI KA...BANK TRANSFORMASI KA...BLA..BLA..BLA..YANG MENGURUSKAN BANK TU NANTI MESTI UNTUNG BESAR! HAHAHA...)

3. Menubuhkan satu sekretariat bagi menguruskan bank informasi ini secara efisien dan efektif. (KAN DAH CAKAP...SEKRETARIAT BANK JUGAK YANG UNTUNG. HAHAHA!)

4. Menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi Kerajaan dipertingkatkan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjelaskan transformasi yang sedang dilaksanakan ini di media sosial (BANYAK DAH PROGRAM GOLONGAN MUDA DILAKUKAN KERAJAAN SEBELUM NI, TAPI END RESULT MACAM TU JUGAK. TIADA PERUBAHAN. BANYAK PROGRAM SYOK SENDIRI)

5. Menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh Negara sebagai satu lagi langkah bagi mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan. (TAK PAYAH SIRI JELAJAH LA. MEMBAZIR DUIT JE. TUMPUKAN UNTUK GEMBLENG KEKUATAN PADA PENGGIAT MEDIA SOSIAL SEDIA ADA PUN DAH CUKUP. SETAKAT NAK DEKATKAN DIRI DENGAN PENGGIAT MEDIA SOSIAL, TAPI BILA DAH HABIS JELAJAH TIADA FOLLOW UP APA GUNA? BANYAK DAH TERJADI SEBELUM NI. PENGGIAT MEDIA SOSIAL JUGAK YANG MELOPONG. LAGIPUN PRU DAH DEKAT DAN MASA TIDAK MENYEBELAHI KITA. KALO NAK BUAT JUGAK, IA PERLU DILAKUKAN BERTERUSAN SUPAYA MOMENTUM SEBELUM PRU TIDAK HILANG. BUKAN BUAT SEMATA-MATA NAK BODEK NAJIB JE)

6. Mendesak agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuhnya media ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan secara pro aktif menyebarkan maklumat, memperjelas isu dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan. (HAAA...BAB NI DEN SOKONG. PEMIMPIN BN MALAS NAK GUNA MEDIA BARU. MAKLUMLAH KEBANYAKANNYA ORANG LAMA YANG BUTA IT. KALO GUNA MEDIA BARU PUN, MEREKA HANYA UPDATE STATUS JADUAL KERJA, BUKANNYA NAK 'BERBUAL' ATAU BERKOMUNIKASI SECARA LANGSUNG DENGAN RAKYAT. BERBEZA PENDEKATAN BERBANDING PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG PRO AKTIF)

7. Menyarankan agar Perdana Menteri menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial sebagai salah satu kriteria untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya. (KAH..KAH..KAH! NAMPAK SANGAT BLOGGER KINI DAH ADA AGENDA PERIBADI NAK JADI CALON. KAH..KAH..KAH! MEMANG PERASAN SYOK SENDIRI. KAH..KAH..KAH! NAMPAK 'SANGAT IKHLAS' CADANGAN NI. KAH..KAH..KAH!

8. Berikrar akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan menyebarkan maklumat, memperjelas isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan (NO MONEY NO HELP...RIGHT?)

9. Menyeru agar semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan kepada agenda bersama dan mengetepikan segala perbezaan serta perbalahan peribadi dan kumpulan. (SELALU BERGADUH PUN PASAL DUIT, KAN...KAN...KAN? KETEPIKAN PERBEZAAN? HAHAHA...CAKAP MEMANG MURAH!)

10. Berjanji untuk menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi memastikan hasrat Gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya! (YA..BETUL. JANGAN BERGADUH, JANGAN MEMBURUKKAN SESAMA SENDIRI, JANGAN NAK MEMBODEK 24/7)

APABILA KEIKHLASAN SUDAH HILANG DI HATI, SEGALA PENGORBANAN JADI SIA-SIA...DAN PASTI MENGUNDANG RASA KECEWA. WALLAHUALAM!

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive