Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, April 6, 2012

What you give, you'll get back...


Assalammualaikum semua sahabat pembaca yang budiman.

Warga Paneh Miang menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca blog ini yang sudi menghulurkan sebarang bentuk derma ikhlas demi membantu anak-anak yatim khususnya kepada Yayasan Anak Yatim Al-Khair, Negeri Sembilan.

Menurut En. Abd Rahman bin Hj. Musa yang juga Pengerusi Yayasan Anak Yatim Al-Khair, buat ketika ini Yayasan hanya mampu dapat meletakkan anak-anak yatim seramai 18 orang sahaja terdiri daripada 10 orang perempuan dan 8 orang lelaki. Ini kerana rumah yang diwakafkan sementara kepada mereka tidak mampu menampung jumlah yang lebih ramai.


Sejak didaftarkan di bawah nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair ini, pihak mereka bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ihsan orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Walaubagaimanapun, dengan perbelanjaan bulanan yang makin meningkat yang dianggarkan lebih RM4,000 sebulan, ia agak membebankan Yayasan ini.

Rumah yang menjadi tempat kanak-kanak seramai 18 orang bernaung ini juga berada dalam keadaan serba kekurangan sekali gus memerlukan penambahbaikan. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi 012-679 1847 (En. Abd. Rahman) atau menyalurkan terus sumbangan ke Akaun Bank Islam Malaysia atas nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair dengan nombor akaun 05012010046140.



Segala derma ikhlas sahabat sangat dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive