Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, November 30, 2009

Royalti Minyak vs Wang Ehsan vs Doa Tok Guru 'Ambo'

Nik Abdul Aziz berhujah pada 2 Oktober lalu, "Tak apa (membaca doa bala ke atas Najib), Nabi Muhammad pun doa bala kepada orang Mekah kena kemarau sampai tujuh tahun sehingga orang itu makan bangkai dan tikus."

Pada pandangan ese pulak:-

1. Kenapa pula ketika Nabi S.A.W langsung tidak mahu mendoakan kecelakaan ketika dibaling batu sampai penuh darah dalam sepatu Baginda yang mulia, yang kemudiannya dihina, dicerca, dikutuk sepertimana digambarkan oleh ahli Sirah dalam peristiwa Dakwah di Thoif? Walhal ketika itu malaikat telah siap sedia nak menghempuk penduduk Thoif dengan gunung dan bukit, hanya menunggu sahaja arahan Nabi yang mulia. Tapi Nabi yang mulia taknak buat, malahan taknak mendoakan kecelakaan langsung kepada penduduk Thoif?

2. Ese tak nampak langsung apa motif mendoakan kecelakaan kepada orang yang seagama dengan Tok Guru 'Ambo' ni. Kenapa pulak tak doakan org yang meliwat tuh lembut hati untuk bermubahalah kot ye pun nak doa utk orang seagama? Kenapa tak doakan orang yang meliwat itu lembut hatinya untuk mengaku bahawa dia adalah seorang peliwat?

3. Tok Guru 'Ambo' mahu berdoa seperti itu jika kerajaan Pusat tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan. Tapi ese musykil kerana layak ke Kelantan dapat wang royalti? Sebabnya:

i. PAS tidak seharusnya menuntut royali minyak daripada kerajaan persekutuan. Perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada tahun 1975 telah meliputi kawasan tuntutan dibawah bidang kuasa Joint Development Area (JDA) dibawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand. Kerana itu ia dipanggil sebagai wang ihsan. Wang ihsan bermaksud kerajaan persekutan mempertimbangkan posisi Kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak, namun apabila kita bercakap soal undang-undang maritim, kerajaan Kelantan hanya mampu melihat sahaja.

ii. Sebagai contoh, apabila seseorang menjumpai emas di kawasan rumahnya, emas tersebut bukan menjadi milik saudara tersebut, kerana mengikut undang-undang tanah (National Land Code) emas dan lain-lain hasil mineral yang dijumpai dalam negara merupakan milik negeri tersebut (state). Mineral dimaksudkan di sini merupakan mineral yang dijumpai dibawah tanah, namun apabila kita bercakap soal maritim/sempadan laut yang beratus-ratus batu nautika jauhnya, ia jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

iii. Telaga ini baru diterokai sejak 2004. Dan telaga minyak ini terletak lebih 3 nautika dari pesisir Kelantan yang bersempadan dengan kawasan laut Thailand. Oleh itu hasil ini tidak berhak sama sekali diberi kepada kerajaan kelantan kerana syarat royalti minyak adalah dalam lingkungan 3 batu nautika dari pesisir pantai negeri seperti hasil minyak di Sarawak. Disebabkan itulah Sarawak layak menerima royalti minyak.

iv. The 1909 Anglo-Siamese Treaty menyatakan;

"All islands adjacent to the eastern States of Kelantan and Terengganu, south of the parallel of latitude drawn from the point where the Sungei Golok reaches the coast at a place called Kuala Tabar, shall be transferred to Great Britain, and all islands to the north of that parallel shall remain to Siam."

Subsequently, the two governments signed several agreements over their common maritime boundary in the Gulf of Thailand and South China Sea. The 1973 continental shelf boundary agreement between the two governments only covered the Straits of Malacca segment and did not cover the border in the Gulf of Thailand but on 24 October 1979, an agreement and a memorandum of understanding were signed to determine the common maritime boundary of the two countries in the Gulf of Thailand. The first agreement established the territorial sea boundary from the mouth of the Golok River at 6°14′30″N 102°5′36″E / to 6°27′30″N 102°10′0″E / . The MOU established the continental shelf boundary from the northern end-point to 6°50′0″N 102°21′12″E / with one turning point in between.

The boundary beyond the northern end-point is subject to dispute. However, both countries have come to an agreement to put aside the border dispute and allow for the joint exploitation of natural resources of the disputed area. The two countries signed a Memorandum of Understanding for the Establishment of a Joint Authority for the Exploitation of the Resources of the Sea-Bed in a Defined Area of the Continental Shelf of the Two Countries in the Gulf of Thailand on 21 February 1979, followed by an Agreement on the Constitution and Other Matters Relating to the Establishment of the Malaysia-Thailand Joint Authority on 30 May 1990 establishing a joint development area (JDA).

v. Ini bermakna jika Kelantan mahu menuntut royalti minyak dari Kerajaan Malaysia, Kelantan juga harus menulis surat kepada Kerajaan Thailand untuk perkara yang sama oleh kerana kawasan tersebut telah menjadi milik bersama Malaysia-Thailand. Tambahan pula kedua-dua negara masih dalam proses tuntutan terbaru kerana tidak berpuas hati dengan JDA yang telah ditandatangani, hal ini masih lagi dalam proses perundangan. Oleh kerana itu siapalah Kelantan mahu menuntut hak royalti di sini? Kalau dapat wang ehsan pun dah bersyukurlah kerana Malaysia sedang menuntut haknya demi Kelantan menentang Thailand.

vi. Menurut kata Dr.Lo'Lo Ghazali dan YB bakal MB Kelantan Husam Musa, Akta Kemajuan Petroleum tidak menyebut pemberian hak royalti ditentukan oleh 3 batu nautika. Benar tidak ada menyebut tentang perkara itu. Tapi apakah Dr.Lo'Lo pasti tiada kes (judicial precedent) yang telah dibuat mengenai perkara 3 batu nautika ini? Sudah Dr.Lo'Lo atau Husam periksa betul-betul?

vii. Kerajaan Kelantan bergantung kepada perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional. Dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa Kerajaan Kelantan layak mendapat royalti sebanyak 5% setiap 6 bulan daripada hasil penjualan minyak Petronas.

viii. Walaubagaimanapun disebabkan kawasan telaga minyak yang dituntut ini berada dalam Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia–Thailand dan Malaysia–Vietnam, ini tiada kena-mengena dengan Kelantan melainkan Kelantan turut menyertai JDA tersebut. Malang buat Kelantan kerana kawasan yang dituntut diliputi oleh JDA ini. Walaupun Nik Aziz menegaskan bahawa Kelantan hanya menuntut haknya daripada Kerajaan Malaysia, kehadiran JDA ini seharusnya membuka bidang kuasa baru kepada Kerajaan Malaysia sama ada mahu memberikan royalti kepada negeri Kelantan atau tidak kerana JDA ini terletak dibawah bidang kuasa sepenuhnya Thailand dan Malaysia.

ix. Kawasan perairan Kelantan yang kecil dan pendek ini kemudiannya telah diambil alih oleh JDA yang terletak dibawah bidang kuasa Malaysia–Thailand.

x. Dalam erti kata lain, perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan Tengku Razaleigh itu telah berlalu (lapsed) dengan kehadiran JDA ini. Perjanjian tersebut tidak lagi terpakai (applicable) kepada JDA yang termaktub di bawah Malaysia–Thailand Joint Authority Bill 1990.

xi. Seksyen 7 Malaysia–Thailand Joint Authority Bill 1990 menyatakan – The Joint Authority shall pay to each of the Governments royalty in the amount of five per centum of gross production of petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by regulations.

Perkataan 'Governments' dalam perkara itu merujuk kepada tafsiran Akta tersebut yang membawa maksud Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Tiada pula saya lihat 'Government of Kelantan'.

xii. Identiti Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan membawa maksud dua identiti berbeza. Oleh itu Kerajaan Negeri tidak mewakili Kerajaan Persekutuan dan juga sebaliknya. Mungkin sebelum JDA termaktub, Kerajaan Kelantan boleh bergantung kepada perjanjian antara Petronas dan Kelantan. Namun selepas kehadiran JDA, posisi Kelantan harus dikaji semula.

xiii. Adalah tidak adil jika kita kembali menyorot perjanjian asal tersebut kerana selepas perlaksanaan JDA 1990, hasil petroleum telah dibahagi samarata 50-50 antara Malaysia dan Thailand.

xiv. Kerana itulah ia dinamakan wang ehsan. Ehsan bermaksud Kerajaan Persekutuan memberikan wang tersebut atas budi bicara dan bukan kerana hak negeri Kelantan.

-Sumber dipetik dan disunting daripada http://arifomar.blogspot.com. daripada Dr Siddiq Azani - UIAM

4. Jadi, apakah rasionalnya doa seperti itu wahai Tok Guru 'Ambo'? Tolonglah jelas dengan fakta seperti ini dan jangan mudah terpengaruh dengan emosi tua mu.

5. Lelaki yang bijaksana akan membalas kebaikan walaupun diberikan penghinaan.

6. Tok Guru 'Ambo' bersaralah. Itu lebih baik. Jangan terus melalut dan jangan terus jadi barua Bro Anwar Bin Ibrahim.

Congrat Anwar

1. Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Bro Anwar Bin Ibrahim di atas kejayaan tuntutan saman beliau terhadap NSTP.

2. Walaupun tak dapat RM100 juta, dapat RM100k pun jadilah.

3. Lagipun 'siapa yang akan percaya' jika dikhabarkan Bro Anwar Bin Ibrahim memiliki kekayaan bernilai RM3b dan lebih kaya pula daripada Syed Mokhtar Al Bukhary, ya tak?

4. Sebabnya tak terdengar pula Bro Anwar Bin Ibrahim membina masjid, mahupun membiayai beribu umat Islam miskin di dalam dan luar negara sepertimana yang dilakukan Syed Mokhtar saban tahun.

5. Apa yang kerap didengari perihal Anwar hanyalah "liwat", "tangguh tetap tangguh", "Amerika", "Zionis"....."leewat", "tangguh kes mahkamah", "USA", "Israel".

6. Itu sajalah yang kerap diulang kebanyakan rakyat marhain apabila berbual perihal Anwar, selain peranan disebalik tabir beliau dalam memporak perandakan Pas sebagaimana yang pernah dilakukannya semasa masih bersama Umno.

7. Namun kami amat tertarik dengan apa yang dituturkan peguam Anwar dalam sidang akhbar sebaik diumumkan menang dalam tuntutan samannya terhadap NSTP.

8. Peguam Anwar, Sankara Nair menyifatkan keputusan penghakiman sebagai adil. "Datuk Seri Anwar tidak dapat hadir hari ini. Kami sangat gembira dan berpuas hati dengan keputusan hakim. Beliau telah melakukan yang terbaik dengan menilai semua aspek dalam kes ini dan analisa semua isu perundangan dari kedua-dua pihak secara rapi," katanya.

9. Sankara dalam sidang akhbar itu juga menyatakan bahawa Anwar berpuashati dengan keputusan mahkamah yang telah membela kredibilitinya.

10. Kenyataan ini menunjukkan Bro Anwar Bin Ibrahim serta barisan peguamnya amat yakin dengan prosedur mahkamah yang telus dan adil.

11. Namun adakah sebutan 'adil' itu hanya jika keputusan mahkamah memihak kepada mereka dan tidak adil jika sebaliknya?

12. Jika Bro Anwar Bin Ibrahim benar-benar merasakan mahkamah Malaysia bertindak adil serta mampu membela kredibilitinya, mengapa pula perbicaraan kes liwat masih dilengahkan?

13. Bukankah dengan ketelusan dan keadilan mahkamah itu mampu menjadi platform untuk Anwar membersihkan namanya yang sudah sedia buruk di kalangan masyarakat?

14. HARUS DIINGAT bahawa "menangguhkan keadilan bererti menafikan keadilan".

15. Jika takut dengan mahkamah atau BTN, usah bicara tentang keadilan, perjuangan, pengorbanan, ketelusan...apatah lagi kebebasan bersuara.

16. Orang hipokrit aka munafik macam ni pun masih ada yang nak percaya. Ish...ish...ish!

Sunday, November 29, 2009

Rosmah yang GHAIRAH

Kenapa pulak Wanita Pertama dalam negara ni boleh ghairah? Ghairah pada siapa pula? Bukan pada Najib ke? Hehehe...jangan salah sangka. Menurut berita ini, Rosmah cuma ghairah untuk memperjuangkan nasib kanak-kanak serta wanita yang kurang bernasib baik dan secara aktif terbabit dalam membangkitkan isu-isu ini di persidangan antarabangsa.

Baguslah kalau macam tu. Sebelum ni isteri mantan PM asyik sibuk dengan batik saja. Pembangunan modal insan hanya diwar-warkan tanpa tindakan yang sewajarnya. Kalau Rosmah dah berniat nak perkasakan modal insan dan membantu insan yang kurang bernasib baik, sepatutnyalah rakyat menyokong beliau.

Cuma saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan Rosmah dalam sebuah majlis makan malam semasa menemani suaminya dalam lawatan kerja di New York. Dalam majlis itu, ada tetamu yang mengatakan, "Di sebalik kejayaan setiap lelaki ada seorang wanita di belakangnya," yang merujuk kepada pasangan Najib dan Rosmah.

Namun Rosmah membalas ungkapan itu dengan berkata, "Di samping...dan bukannya di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang isteri yang baik."

Di samping memerintah atau di belakang memerintah, kedua-dua persepsi itu harus diperbetulkan. Betul tak DS Najib? Jangan pula dikata nanti pemimpin PAS 'berani' kerana sanggup cerai isteri dengan baiah talak tiga, TETAPI isteri pemimpin Umno pula langsung tak takutkan suami sendiri.

Siapa tak sayang bini oii...!

Friday, November 27, 2009

Berkorban Apa Saja

Warga Paneh Miang mengucapkan


Berkorban apa saja...
Menantu atau Menteri Besar...
Itulah kasih mesera...
Si Husam yang tak sabar.

Thursday, November 26, 2009

Dr. Halimah di Orientalis oleh Komunis Abad 21

Pak Sedaro sedih dan insaf bila membaca dan menyelia sendiri apakah kitab ideologi politik Kaum Muda PAS+PKR+DAP. Pak Sedaro terpaksa ratapi kubur dan nisan Anak Cucu masa depan, kerana alam fikrah Melayu dan Umat Islam Malaysia sudah makin diorientasi oleh Komunis melalui agen-agen Min Yuen moden dan berkereta mewah.

Halimah, Exco Selangor telah berjaya dilacur mindanya oleh Komunis Malaysia, yang kini makin menjadi-jadi. Ahli Parlimen Rakyat Raja yang menguasai kerusi dan punggung di Parlimen, makin BACUL dan TUNGGUL MATI. Kini, dah tak da modal. Maka, BTN pula dihumban dalam kancah dan sampah politik minda korupsi PAS+PKR+DAP+Sekutu+Sekurap+Sepanau mereka.

Pak Sedaro ini hidup tak lamo, tapi ambang baru nak merdeka, Pak Sedaro dah pandai 3M [membaco, menulish, mengiro]. 20 tahun selepas merdeka, isme-isme Yahudi mula menular dalam kancah sosio-politik Malaysia, seawal itu maka BTN mula sebagai sebuah institusi penyelidikan belia di Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Malaysia di Bukit Perdana. Si Limah nie mungkin baru pandai berhingus masa tu. Bilo dah bosar panjang, tak tahu asal-usul dan pendek-panjangnya perjalanan survival BTN ini. Semua ahli Parlimen sejak 1955, mengakui keberkesanan BTN atau Unit Penyelidikan Belia di KKKBS ini, baik Rakyat Raja, Pribumi Sabah dan Sarawak, Orang Asli serta kaum-kaum lain.

Pak Sedaro nampak, polemik yang hendak ditimbulkan oleh Halimah ini menyentuh kepada beberapa aspek survival politik Kerajaan Khalid Ibrahim di Selangor.

1. Teknik gerila untuk mengatakan bahawa Khalid Ibrahim dulu ialah peserta Kursus Bina Negara Perdana yang diadakan oleh BTN, JPM. Bahawa Khalid Ibrahim ialah boneka dan topeng picisan UMNO/BN sebagai kepala negeri.

2. Teknik cuba menghasut rakyat Raja agar tidak mengambil serius tentang AMARAN dan GESAAN TEGAS , DYMM Sultan Selangor tentang Konsep Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

3. Teknik mengalih pandangan semasa kepada berantakan yang menJAHANAMkan institusi politik kemenangan Pakatan PKR+PAS+DAP di Selangor dan kisah dilema Nik Aziz di Kelantan, yang dikelasifikasi sebagai Paling Serius dalam drama politik PAS, hingga Timbalan Mursyidul Am PAS menegur KERAS pimpinan PAS Kelantan dan caragaya Nik Aziz yang sebenarnya petanda bahawa Nik Aziz sudah hampir NANYUK, bukan Nik Aziz seperti tahun 1976.

4. Dr. Halimah ini jika dikaji watak dan sifat lakunya dalam mengecam BTN sebagai Agen Indoktrinasi BN, samalah jua lagaknya seperti Yahudi yang memiliki JW Marriot yang ingin memiliki BTN sebagai lapangan kuasa YAHUDI. Bermakna, Si Limah ini jika diterbalik jiwa, sifat dan akadnya, dia boleh disabitkan sebagai unsur kecil menentang Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Kerana Si Limah otak senteng ini menempelak Perkara 153 secara subversif.

5. Minggu ini sekali lagi isu Chin Peng dijadikan bahan berita. Chin Peng ini ibarat BIAWAK HIDUP dan PEMBAWA KUSTA kepada ummah Malaysia. Chin Peng ini WAJIB dibunuh sejak dulu lagi, tapi Allah berikan dia nyawa yang panjang untuk menerima cacian dan bala yang dilukis dan dicipta oleh Chin Peng, Komunis Bintang 3 dan Komunis Bintang 1.

6. Cik Limah ini telah tumpas secara ilmiah dalam memberi makna kepada sebuah Negara Demokratik Malaysia dengan mensabit BTN sebagai kuda tunggangan Kerajaan, tatkala Chin Peng diperbesar, Limah & Co. sembunyi sebalik tiang usang dan banir pokok yang dimakan anai-anai.

Pembaca budiman sekalian. Pak Sedaro fikir ramai anak muda yang langsung tidak pernah mengetahui apakah yang dimatangkan oleh BTN? Ini kerana belum masuk dah mula mengata yang merapu meraban. Apalagi jika anak muda ini lahir dari rahim PAS dan DAP. Yang lahir dari rahim PKR, mereka tidak akan bersuara kerana 95% kalangan pimpinan tertinggi PKR tahu isi perut BTN, kerana pernah melalui dan berpengalaman.

Dr. Halimah, hentikan PEMBOHONGAN dan DAKYAH SONGSANG saudari. Saudari masih belum masak dalam dunia politik Malaysia sebenarnya. Juga kepada pendukung dan penyokong totok Dr. Halimah atau PAS+PKR+DAP. Pak Sedaro nak posan 7 perkara:

1. Mandi dengan air Mutlak.
2. Bersuci dengan air Multak.
3. Beribadat dengan HAK dan Mutlak.
4. Berfikir dengan ILMU yang Mutlak.
5. Berhujah dengan fikiran yang tajam.
6. Berpolitik secara Mutlak dengan komposisi Majmuk rakyat Malaysia.
7. Naqalkan Rukunegara 1970 secara halus dan penuh ADAB.

Antara Jumud, Emosional, Ketakutan Terlampau & Kebodohan Seorang Doktor

Selangor larang ikuti kursus Biro Tata Negara.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melarang semua pegawai, pekerja dan mahasiswa yang berkaitan dengan kerajaan negeri itu daripada mengikuti kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) berkuatkuasa, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata larangan itu membabitkan semua pegawai kerajaan negeri, pekerja di semua anak syarikat milik kerajaan negeri dan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi milik kerajaan Selangor.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menjalankan beberapa kajian dan pengalaman daripada laporan yang dibuat oleh mereka yang pernah menyertai BTN bahawa kursus itu adalah satu proses doktrinisasi oleh kerajaan Barisan Nasional.

"Rata-rata termasuk anak saya yang mengikuti kursus BTN dibekalkan dengan buku-buku dan risalah yang mengandungi pelbagai perkara menimbulkan kebencian kepada pembangkang," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Halimah menyifatkan kursus BTN hanya menghabiskan wang rakyat.

"Maka adalah lebih baik kerajaan Selangor memberikan kursus yang lebih membina dan memupuk perpaduan sejati di kalangan masyarakat majmuk," katanya. - Bernama


Pado hemat ese, ada beberapa perkara menarik yang boleh diulas.

1. Pembangkang sejak dulu sampai sekarang memang gerun dengan BTN kerana di sinilah gelanggang kesedaran anak-anak muda tentang jatuh bangun bangsanya.

2. Pengalihan dari isu gelora & ketidaktentuan masa depan pentadbiran pembangkang di Selangor di bawah Tan Sri (bakal muflis bukan sahaja dari segi kewangan malah idea pentadbiran) Dato' Abdul Khalid Ibrahim.

3. Pengalihan isu liwat-liwatan.

4. Pengalihan isu Kelantan - Tok Guru 'Ambo' vs menantu vs Husam.

5. Bilo laie nak glamer buat kenyataan yang boleh menarik minat pakar liwat negara.

6. Mana tahan bro. BTN guna fakta manakala pembangkang pula guna emosi termasuk kedangkalan logik fakta dan kedunguan pemikiran.

7. Anak Doktor mangkuk tuh tak tahan nak masuk Umno kot. Sobab tuh omak eh melatah tak nontu arah.

Kesimpulan eh, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut didakwa liwat, jangan sodom orang sesuka hati.

Sunday, November 22, 2009

Jepun lebih "POWER"


US President Barack Obama (L) bows as he shakes hands with Japanese Emperor Akihito (C) and as Empress Michiko (R) looks on upon Obama's arrival at the Imperial Palace in Tokyo on November 14. News photos of President Barack Obama bowing to Japan's emperor have incensed critics here, who said the US leader should stand tall when representing America overseas. - AFP/File/Mandel Ngan.

Saturday, November 21, 2009

Warkah Untuk Ketua Umno Bahagian Seremban

SEREMBAN, 20 Nov (Bernama) -- Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.


Tok Sahak jangan asik tumpu kek jando sajo. Nengok an sekali anak yatim piatu yang ado masalah kek Somban nun. Banyak Tok kono buek untuk menangi semulo hati rakyat. Bukan takat becakap masuk bakul angkek sendiri yor.

Friday, November 20, 2009

Syukran...Alhamdulillah!


Pereka fesyen Palestin, Mirvat Ghandur (kiri), menunjukkan tulisan berbahasa Arab yang dicetak pada pakaian rekaannya. Terjemahan tulisan itu berbunyi:

"Semua orang memiliki negara untuk hidup kecuali kami. Negara kami hanya hidup dalam diri kami."

Pakaian itu diperagakan oleh model Algeria, Sabrina Arab, ketika rancangan Misi: Fesyen di The Lebanese Broadcasting Corporation (LBC) Studio di Adma, utara Beirut.

Itupun masih ada rakyat Malaysia yang tak sedar diri, apatah lagi mahu bersyukur dengan kenikmatan yang dikecapi hari ini.

Thursday, November 19, 2009

Konvensyen Integriti Belia 2009

Konvensyen Integriti Belia 2009 bertemakan "1 Malaysia Belia Berintegriti". Sebuah diskripsi tajuk yang sedap disebut dan dibaca secara ilmiah. Apakah ianya realistik? Atau kosakata atau terminologi retorik? Atau sekadar satu kata "jargon" sebagai mainan pembasah mulut dan air liur oleh kelompok Politikus?

Pak Sedaro sering menuding kelima-lima jari kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Pejabat Perdana Menteri bahawa idealisme Integriti atau dalam bahasa kampungnya ialah Nilai Ikhlas dan Ketelusan dalam Apa jua Kerja Buat. Integriti ini sifatnya sebagai adjektif atau kata sifat/suruhan yang perbuatannya melambang sebuah ilmu penuh Suci Hati dan Jiwa Nurani "Noble-sifatnya secara lahir dan batin". Namun, saban tahun Konvensyen Integriti Belia diadakan. Tahun ini, jika tidak silap tahun kedua, kerapatan seumpamanya diadakan. Apakah implikasinya kepada warga belia teramai di Malaysia mahu pun warga belia di luar Malaysia yang belum pulang?

Melihat kepada tajuk warasah sidang perbengkelan, yang bakal diadakan cukup besar jiwanya. Apakah penyelesaian termungkin yang boleh dimakmurkan oleh warga penggerak Belia Malaysia? Dalam hal ini, Pak Sedaro ingin memberi perspektif "langit terbuka":-

1. KBS mesti benar-benar mengiktiraf pewujudan Pasukan Mentor Belia Malaysia yang boleh diteladani. Maknanya, semua penerima Anugerah Belia Negara sejak diperkenalkan, mesti dihimpun secara Jemaah besar. Inilah "Trainers and Master Trainers Pool" yang boleh merapati kalangan warga Belia.

2. KBS mesti bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia dan Biro Tatanegara untuk memberi kordinasi baru dalam skema latihan kepemimpinan bertahap dan berjiwa besar. Maknanya, beberapa Program Kepimpinan Belia 1 Malaysia Berperingkat mesti diolah cara agar nilai-nilai Integriti dapat disuburkan dengan baik dan terancang.

3. Semua Kawasan Parlimen mesti mendirikan kiosk Integriti di Pusat-pusat Strategik. Kiosk ini boleh memberi makna kepada kewujudan Institut Integriti Negeri di setiap 14 buah Negeri.

4. Subjek Pengurusan Integriti dan Amalan Nilai Murni mesti diangkat sebagai subjek wajib di dalam Program Latihan Khidmat Negara dan Program Jatidiri Khidmat Negara.

5. Kefahaman teras tentang Terma Integriti dan Survival Integriti dalam Masyarakat mesti ditanam di sekolah rendah. Maknanya, semua Sekolah merangkumi peringkat Pra-Sekolah [Tadika], Sekolah rendah, Sekolah Menengah, Matrikulasi/Pra-Universiti, Institusi Kemahiran, Universiti Awam dan Swasta mesti bersedia untuk mengurus Bulan Integriti 1 Malaysia. Semua pihak mesti terlibat 110% tanpa GAGAL. Insyaallah, amalan WAJIB Bulan Integriti 1 Malaysia boleh dijayakan dengan bijaksana dan tepat.

6. Pertandingan di kalangan pertubuhan belia dalam kategori khas yang boleh diwujudkan ialah ABN Pengurusan Berintegriti. Pertandingan Esei Integriti di kalangan belia berasaskan kohort umur. Debat dan Pidato Integriti secara tahunan boleh dianjurkan di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Program CSR 1 Malaysia Belia Berintegriti juga wajar dijayakan secara tahunan dengan penglibatan Syarikat Berkaitan Kerajaan, Syarikat Gergasi, sebagainya.

7. Konvensyen ini hanya berpaksi sebagai sebuah forum ilmiah semata-mata, jika tiada susulan tindakan berupaya daya gerak dan gerak jaya oleh penggerak belia. Yang pastinya ini semua menuntut kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan. Amalan rasuah yang melibatkan Pegawai di KBS sebenarnya banyak mencacatkan reputasi KBS sebagai sebuah organisasi berwatak dan berjiwa besar.

Pak Sedaro fikir banyak episod yang wajar dikaji dan didalami oleh kalangan Pegawai-Pegawai Kanan KBS termasuk Menteri sendiri. Konvensyen Integriti Belia 2009 yang dijadualkan pada 24 November 2009 di Institut Integriti Malaysia, minggu hadapan mestilah FORUM KEMUNGKINAN PENYELESAIAN KEPADA SEBAHAGIAN hambatan stigma dan idealisme warga belia Malaysia. Tak guna cakap menjela panjang, tapi semuanya SAMPAH dan KURAP.

Tuesday, November 17, 2009

Ajar GLC laksana Perkara 152

Kenyataan yang dilontar oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkenaan gesaan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi amat dihargai. Namun sejauh manakan isu-isu pengawasan, pemantauan dan pemastian bahawa Bahasa Melayu merupakan pilihan medium komunikasi dan wadah perantaraan yang berlaku dalam GLC ini.

Jika dikira secara terperinci, syarikat yang dinamakan GLC di Malaysia ada tidak kurang 1000 buah meliputi kepunyaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Nama yang biasa didengari oleh rakyat seperti Petronas, Tabung Haji, Maybank, TNB, TM, Time Berhad, PLUS Bhd, UEM Bhd, BioTech Sdn. Bhd., HDC Sdn. Bhd., BSN, AgroBank, Khazanah Holdings Bhd. dan seterusnya, panjang berjela-jela dalam senarai.

GLC telah begitu lama menghampakan penggubal dan pencetus kemerdekaan tanahair ini. Perkara 152 telah dipinggir oleh GLC sejak 52 tahun yang lalu. Bacalah minit mesyuarat, minit lembaga pengarah, surat rasmi yang dikeluarkan oleh mereka, surat urusan rasmi perniagaan dalam negara [domestik], memo dalaman yang sekian lama mendodoi Bahasa Inggeris sebagai pilihan komunikasi berkesan.

GLC yang dipimpin oleh kalangan bangsawan sama ada secara elektrolat, pilihan berasas pilih kasih, pencalonan berasaskan suka dan senang sebagai kawan, pencalonan berasas merit dan sebagainya, secara kasar 80% kedudukan mereka dicorak oleh drama politik dan kepentingan suku-sakat. Kemudian mereka diberikan gelaran dan darjah kebesaran diraja oleh mana yang berkenan. Maka kedudukan tertinggi takat ada hari ini ialah Tan Sri. Yang mana Tun diberi kedudukan sebagai Penasihat Utama/Mursyidul Am kepada organisasi.

GLC sememangnya lalai dan cuai dalam isu MEMARTABATKAN PERKARA 152. Bahasa Melayu dianggap bahasa kelas bawahan, untuk kalangan rakyat jembel dan marhain. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi yang WAJIB dijulang tinggi, bukan keutamaan dalam drama pentadbiran GLC. GLC terlalu cuai dalam memberi kepentingan sebenar kepada kecintaan Negara Malaysia. Inilah bahana yang sedang dilanda oleh Negara, apabila warga yang diamanah meletak Bahasa Melayu sebagai Lingua-Franca dan Pedagogi Ilmu Perniagaan, tidak memberi HAK yang TEPAT dan ADIL ke atasnya. Inilah bala kepada banyak organisasi GLC, yang makin dirundung malang dan kerugian.

Siapa pula hendak awasi, pantau dan bertegas dalam soal Perkara 152 ini dalam GLC? Pak Sedaro fikir, sudah sampai kepada pangkal jalan agar sebuah Jabatan Integriti diwujudkan di semua 1000 buah GLC yang diselia langsung oleh Pengerusi atau Pengarah Urusan GLC ini. Jabatan Integriti melantik seorang Ketua Pegawai Integriti dan menjadi "watch-dog" kepada perihal Perkara 152 agar diangkat serta diguna pakai.

Apakah KPI dan NKRA dalam penggunaan Bahasa Melayu di GLC diambil perhatian secara serius? Hanya jika dilaksana secara serius dan tekal sahaja maka isu Bahasa Melayu akan merubah iklim perdagangan dan perniagaan, apalagi darjah kehormatan Tanahair ini yang merupakan hak istimewa Rakyat Raja. Setelah 52 tahun merdeka, masih ada generasi baru kelahiran tahun 1970an yang tidak fasih dan mahir bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Masih ada juga Pegawai Tinggi dan Kanan yang tidak tahu membezakan apa erti Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Maknanya mereka ini tidak peka kepada Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini generasi kelahiran 1990an semakin bergentayangan di kota-kota besar. Mereka juga menjadi agen pencemar kepada Bahasa Melayu. Kesian dan sedih Pak Sedaro melihat minda dan kerosakan komunikasi melampau dalam alam sebenar survival bangsa.

Untuk menguasai bahasa adalah melalui latihan komunikasi dan pertuturan yang kerap serta bersifat rutin. Justeru masalahnya ialah, tidak ramai yang pandai berbahasa Melayu yang bukan di peringkat sektor pekerjaan. Di sekolah, khasnya sekolah rendah telah dimulakan kelas Bahasa Melayu dan Inggeris. Sejak tahun 1 hingga tahun 5, lagi, pelajar sekolah tidak perlu disemak secara peperiksaan dalam tahun-tahun tersebut, tetapi secara komunikasi lisan dan ujian ad-hoc tertentu. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar dalam kohort masa yang panjang, diselit dengan kesan animasi dan karikatur yang berkesan, lawatan serta latihan berkumpulan, drama dan teater, program bersifat luaran yang menuntut pengkayaan satu bahasa sahaja dalam satu waktu tertentu. Banyak lagi pendekatan yang lateral yang boleh dikembang dan diperkaya di peringkat sekolah.

Berpindah sahaja ke sekolah Menengah, maka Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diberikan penarafan kepada pelajar. Yang akhirnya pelajar berupaya menulis gurindam, sajak, pantun, seloka, esei, kajian ilmiah dan separa ilmiah dalam bi-lingual. Ini merupakan kejayaan yang hakiki, bukan sibuk mempromosi PPSMI yang dulu dan kini, Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris. Pendekatan tidak lateral dan kreatif, akhirnya menyusahkan para guru. Natijah langsungnya ialah sektoral pekerjaan awam mahu pun swasta mengalami kelesuan linguistik dan Dilema Bahasa baik dalam Bahasa Melayu mahu pun Inggeris.

GLC, Badan Berkanun Kerajaan, Agensi Kerajaan, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Jabatan-Jabatan Negeri dan kementerian-kementerian yang mana himpunan pegawai-pegawai Kanan yang ramai merupakan Aset kepada Perkara 152. Jika mereka ingkar dan punya sifat derhaka kepadanya, maka inilah liabiliti kepada Perlembagaan Persekutuan. Akhirnya, merekalah barah yang merosak elemen Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Musnahlah Rukunegara 1970 serta musnahlah Rakyat Raja, akan memberi makna Musnahlah Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Kekebalan Durbar yang berusia 165 tahun pada tahun ini.

Monday, November 16, 2009

EXCLUSIVE: Juara Raja Lawak Astro Musim ke-4 Sudah Ditentukan...

"Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya?" kata Pok Nik ketika mengajar di Dataran Ilmu Kota Bharu Jumaat lalu dihadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju.

"Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri."

"Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah)," kata Pok Nik lagi. Tetapi malangnya, Pok Nik masih tidak menganggap pembiayaan itu sebagai satu bentuk rasuah, sebaliknya menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantutkan niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini. - Mstar.

Persoalan Orang Ramai:-

1. Jika Pok Nik bukannya MB Kelantan, tetapi sebaliknya hanya ahli biasa Pas, mungkinkah Pok Nik masih akan ditaja ke Mekah?

2. Kenyataan Pok Nik yang selalu ke Mekah jarang dengan belanja sendiri, adakah maknanya selama ini Pok Nik redha menerima rasuah...ops...politik wang...eh silap lagi...hadiah daripada orang berkepentingan dengan kerajaan Kelantan, hanya atas alasan ibadah semata-mata?

3. Tidakkah sebagai seorang Menteri Besar, Pok Nik terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri?

4. Jika Perdana Menteri dan barisan kabinetnya yang ditaja ke Mekah, bagaimana pula reaksi pembangkang?

5. Kepada Pok Nik Ajis...Raja Lawak Astro musim ke-4 sedang buat uji bakat.

6. Tak teringin ke mencuba?

7. Manalah tau kot-kot ada rezeki jadi juara...wang hadiah tu boleh buat belanja pergi sana...

Sunday, November 15, 2009

TO' GURU AMBO BISO...DEMO GEDEBE GAK MASUK AR!

Dalam diam tiba-tiba sahaja si Zaid Ibrahim mencadangkan To' Guru Nik Aziz menjadi Presiden PR. Malah Zaid memberi saranan supaya Hadi dan Anwar berkorban demi untuk kejayaan dan kepentingan PR. Siapa Zaid Ibrahim untuk terlibat dalam menentukan halatuju PR? Mungkinkah orang kaya New Castle ini adalah 'sponsor' utama Nik Aziz?

Namun, melihat kepada 'trend' penyokong PAS dan pembangkang, ada wajarnya juga cadangan Zaid itu. Masakan tidak, penyokong dari seluruh pelusuk negara sanggup turun ke Kelantan semata-mata untuk bertemu dan bersalam dengan To' Guru keramat. Dapat tengok bayang pun jadilah.

Bukti betapa keramatnya Pok Nik Aziz ni, ada sesetengah penyokong-penyokong ta'asub dan sesat beliau tidur berbantalkan/berpelukkan gambarnya. Mungkin fakta inilah yang menjadi asas cadangan Zaid, kerana walau apapun keadaannya, Pok Nik tidak mungkin ditolak penyokongnya. Lagipun, Pok Nik ni asal keturunannya semua geng-geng 'gedebe' Kelantan.

Jadi Anwar, ada bran ke?

Thursday, November 12, 2009

Ingatan untuk Najib

Allahyarham Tun Abdul Razak dalam ucapannya pada 17 Februari 1971 di Seminar Perikatan Pertama, menyatakan;

"Saya ingin berterus-terang di sini bahawa perpaduan negara tidak akan wujud sekiranya kedudukan ekonomi yang tidak seimbang dikalangan rakyat berbagai kaum tidak diatasi dan kemajuan serta kemakmuran negara tidak dinikmati dengan adil dan saksama."

Ikrar Talak Tiga PAS ? Sudah Sesatkah MEREKA!

Pengakuan Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Saya tak pernah menghadiri majlis itu, kerana ia adalah rahsia dalaman parti. Saya tidak tahu apakah ungkapan yang dibaca, tapi suami saya memberitahu mereka perlu mengangkat tangan dan melafazkan baiah itu, katanya.

Pensyarah sebuah universiti swasta di sini itu, berkata sepanjang pengetahuannya, Khalid mengangkat baiah sebanyak lima kali dengan kali pertama ketika bertanding atas tiket Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Krai pada 1986. Bagaimanapun, baiah talak tiga suami saya itu dilakukan buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu. Saya tak tahu sama ada wakil rakyat lain pun buat perkara sama, katanya. Zaitun yang dihubungi Berita Harian, semalam, berkata beliau tidak takut dengan tindakan suaminya melafazkan baiah talak tiga itu kerana percaya Khalid tidak akan mengkhianati parti. Saya tidak takut... dia bukannya nak tukar parti... dia serius dan mengambil berat mengenai hal itu. Sebab itu dia mempertaruhkan sesuatu yang berharga... itu adalah antara dia dan Allah,” katanya ketika ditanya sama ada beliau sedar mengenai kesan baiah itu yang mengakibatkan talak tiga jatuh dengan sendirinya ke atasnya jika Khalid melompat parti.

Kelmarin, Khalid mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan amalan baiah talak tiga dalam Pas, yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu.Ditanya sama ada isteri wakil rakyat Pas lain pernah menghadiri majlis baiah itu, Zaitun berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sesama mereka.Beliau juga berkata, baiah talak tiga diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti kerana ada percubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004 yang ketika itu hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di negeri itu.

Perenggan-perenggan di atas ialah tulisan di dalam BH, tarikh 12 November 2009 yang dipetik tanpa suntingan. Pak Sedaro fikir Partai Islam SeMalaysia atau boleh diiktiraf sinonim dengan Parti Ajaran Sesat telah LAMA memesongkan "world-view" Munakahat Islam. Ilmu Fiqh Parti Ajaran Sesat ini sudah melangkaui batas-batas SOPAN-SANTUN dan ADAB serta TA'DIB yang diangkat oleh Nabi Besar kita, Muhammad bin Abdullah.

Ternyata PAS mewarisi faham Syiah Melampau yang menyama erti perjuangan politik dengan memberi Pajak Gadaian ikatan halal keluarga secara Akad Nikah dengan Konsep Taklik Cerai Talak [tanpa mengiran Talak Satu, Dua atau Tiga]. Apakah dunia Islam PAS dan faham Islami PAS semakin jahanam, hingga ikatan Nikah Kahwin Keluarga dijadikan sandaran Perjuangan Politik. Kenapa tidak masa nak nikah, minta Jurunikah bacakan akad "Aku nikahkan dikau Si Polan bin Si Polan dengan Si Polan binti Si Polan, dengan Mas Kahwinnya RM 123 dan Perlembagaan PAS berwalikan akan daku, tunai dan hutang"...Juga dibacakan kutbah taklik khulu' dengan memasukan perenggan, andai aku bercerai dengan Perlembagaan PAS dan tidak bersetubuh dengan PAS selama 3 bulan kamariah berturut-turut, maka gugur jualah Talak ke atas mu.

Pak Sedaro melihat, Parti Ajaran Sesat semakin menyesatkan umat Islam. Bai'ah dalam politik dierti sepadan dengan lafaz talak tiga. Apa lagi yang hendak disembunyikan oleh PAS? Pengakuan ikhlas isteri Khalid Samad ini merupakan manifestasi keburukan dan pekung di dada, yang sudah dibuka secara halus dengan takdir Allah jua. Sampai bila, wanita Islam sanggup diberikan mimpi enak dalam kelambu kusam dan bersawang? Wanita Islam yang berpegang kepada faham Ahli Sunnah Wal-Jamaah, apakah kalian rela diperlakukan demikian oleh PAS, sehingga membenarkan pendekatan PENYELEWANGAN ikatan munakahat dalam Islam dilacur sedemikian...

Pak Sedaro sudah pesan lama dah, agar NANM bertaubat. Agar AHWg bertaubat. Parti Ajaran Sesat - PAS selamat membaca talkin sendiri.

Wednesday, November 11, 2009

Brother


I was chatting with my friends. They told me about how the 'Brother' did the 'thing' with Saiful without the latter's consent. The sad thing is that 'Brother' did that before he went to perform umrah and did it again after the umrah. That is why Saiful could not stand it anymore and reported it to the rightful authority. I pity Saiful for what happened to him.

Tuesday, November 10, 2009

TU LAH DEH

Kuman seborang laut nampak, kudih kek koting monanah, carik kek kain orang ditinjau-tinjau, rabak kek kain sendiri cubo ditampal ngan guni. Tulah yang bolaku kek sedaro kito parti bulan mengambang tu (Atok totap memanggil sedaro sobab eh satu yo, bahaso eh samo, makan boselo, buntut bocebok walaupun dio orang dah cap Atok dan puak-puak ni ahli nerako). Apo yang Atok nak cakap ni umpamo paku dulang kayu seropeh, cakap orang dio yang lobeh. Rentetan yang bolaku semonjak duo ni, jelas umpamo tongahari dipasang spotlight. Kok bogogar pokok tu adolah yang menggoyang eh. Kok tak boghuk, tontu ado kogho takpun tupai.

1. Dalam diam-diam, totibo Nik Ajis nak adokan EGM. Nak cover line, tukar namo, buek seminar jolah. Apo bezo eh? Totap bokumpol nak bincangkan masalah.

2. Peh tu Haji Adi buek konyataan yang dio akan totap menjadi presiden. "Apo plak kau cakap camtu tu, Ji? "Ko dah ado orang lain nak rampeh jawatan kau tu?"

3. Cam biaso, Najib masih mengamalkan budayo orang Melayu, bilomano M.A.P. Nik Ajis masuk spital, mako dilawat eh (Baco bobotul, bukan eh liwat doh). Tengok dari gayo gambar tu, Nik Ajis menorimo lawatan tu dengan hati yang tobuko dan mendoakan agar Najib panjang umur. Tapi ari tu atok baco dalam Buletin Keadilan, Pok Nik ado cakap yang UMNO mesti mati. Ni yang kompius sikit ni. Sapo deh Najib dan sapo deh UMNO? Apokah botul yang Atok baco ni ataupun erdogan-erdogan upahan ni yang mengelirukan orang tuo ni? Botul jugak apo yang dicakapkan kek Tun Mahathir tu, cecukuplah tuh. Bak kato orang Negori, "enough is enough". Daripado dilago-lagokan kek orang tuh, baik duduk ajo kek rumah. Bawak berehat.

4. Bab bai’ah tu tak payahlah Atok nak komen panjang-panjang. Maso Atok nak nikah dulu, Tok Kadi tu posan, bocorai tu halal tapi sesuatu yang amat di bonci kek ALLAH. Nak sobut pekataan "cerai" tupun dah meromang bulu tongkuk. Ni plak taklik eh corai talak tigo. Sesedaro Pas sekelian, cakap kito tu adalah doa. Apo yang kito mintak tu kok mendapek. Sok kok gilo talak. Den ni kan eh apo-apo doh, den cakap yo. Kau orang bulih nikah lain, tapi harto sepencarian tu...sian kau orang.

Biasolah kan, kau cakap UMNO ni tak adopun satu yang elok eh. Kunun Pas sumo eh elok, Pas sumo eh wangi, Pas sumo eh lawa. Ahli pas dah ado tompek kek syurgo, tapi akhir-akhir ni dah mulo dah panau dan kurap dah naik ko koning, kudih buto dah merayap ko leher, tapi masih dapek ditutup ngan ketayap dan selendang. Tapi bilo pokung dah menanah, tutup tu bulih, tapi bau eh, loyo tokak dibuek eh.

Monday, November 9, 2009

Dari Tingkap Pengadil Bertauliah FAM

Pak Sedaro melihat kisah kemenangan Pasukan Rusa ke atas Kijang dalam TM Piala Malaysia 2009 sebagai sebuah epilog Cinta dan Rakus Cinta Tak Bersempadan. Dari perspektif seorang pengadil bolasepak tauliah Persekutuan Pengadil Bolasepak Malaysia, Pak Sedaro menilai insiden di Bukit Jalil malam Sabtu kelmarin seperti berikut:

1. Mutu permainan kedua-dua pasukan lemah, jika dijemput Pasukan Bawah 17 Tahun Piala Dunia Negara Nigeria, kepastian bahawa Rusa dan Kijang akan tewas, amat Nyata.

2. Kijang terlalu kaget dalam kawalan dan pengawasan bola. Gangguan psikologi penyokong yang kelihatan terlalu provokatif dalam suasana yang tidak tentu haluan mengakibatkan pemain Kijang terlupa.
Italic
3. Rusa harus berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana mungkin longgokan RM sebagai ganjaran merupakan de facto kepada kemenangan. Jika ganjaran dijadikan asas kemenangan, Pak Sedaro jangkakan TM Piala Malaysia 2010 bukan milik Negori lagi.

4. Insiden bakar sepanduk, bakar kerusi, baling botol, baling mercun, baling batu dan sebagainya oleh kumpulan kecil penyokong Kijang, AMAT MEMALUKAN pewaris takhta Negeri Kelantan, juga Dif Kerabat Di Raja Kelantan dan Negeri Sembilan sendiri. Dilihat dalam insiden sebegini, mencerminkan bahawa mereka tiada ADAB dan tidak wujud TA'DIB dalam slogan Gomo Kelate Gomo. Apakah YAB MB Kelantan suka hati dengan kumpulan pencemar MARUAH ini? Wajar sekali denda yang dikenakan kepada Kelab Penyokong Kelantan dan KAFA dihadiah penalti sebanyak RM3-5 juta sebagai gantirugi ke atas perbuatan MELAMPAU dan TIDAK BERTAMADUN.

5. Apakah ini kaedah merayakan kemenangan atau kekalahan dalam arena Sukan? Apakah ini pola pemikiran rakyat yang akhirnya boleh mencetuskan isme-isme pembunuhan sukan seperti di Mexico? Apakah ini model pembangunan Kelab Penyokong yang dijadikan petunjuk kejayaan?

6. Bolasepak merupakan sukan purba yang dimulakan di Yunani. Namun jika dikaji dari perspektif sejarah peperangan Jahiliyah, bolasepak ialah simbolik golekan kepala Saidina Hussin yang syahid dalam perang Salib pertama dan dijadikan bahan sepak terajang oleh musuh-musuh Islam yang disambut dalam sorakan dan gemalai tawa. Namun hari ini Sukan Bolasepak bukanlah manifestasi ke arah rahsia tersirat golekan itu. Bolasepak diterima sebagai satu bentuk permainan berpasukan yang memainkan instrumen sebuah sfera sebagai alat ditendang terajang.

Tidak kira siapa pun peminat fanatik bolasepak di Malaysia, malam Sabtu di Bukit Jalil ialah malam AMAT MEMALUKAN kepada SEJARAH BOLASEPAK MODEN MALAYSIA.

Sunday, November 8, 2009

Bai'ah Talaq: Menelanjangi Pegangan Salah Fahaman Parti Ajaran Sesat

Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, sangat menyedihkan. Apatah lagi adanya persetujuan yang amat berkobar-kobar tanpa penyesalan dalam memperjudikan rumahtangga ahlul Pas serta nasib anak-anak oleh pihak mangkuk hayun dalam Dewan Muslimat Parti Ajaran Sesat ini.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Puan Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai’ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti. "Kami sangat setuju dengan bai’ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti… sama kasihnya", kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.

Lantaran itu, ese berpendapat:

1. Kepala hotak kau lah Nuridah.

2. Bai'ah talaq ini sangat jelas membawa kembali perempuan ke zaman jahiliyyah di mana perempuan dipergunakan, diperdagangkan, diperjudikan malahan digadaikan sesuka hati. (Tapi kalau Bang Anu Bin Ibrahim pastinya tak kisah, asalkan jangan kaum lelaki yang tergugat)

3. Persoalannya mengapa sampai ke tahap itu pemikiran pemimpin Pas yang mencampurkan urusan parti dan perkahwinan? Mengapa wanita dijadikan mangsa keta'suban terlampau mereka?

4. Benar, talak adalah 1 perkara yang halal tetapi amat dibenci Tuhan. Jadi mengapa mesti diletakkan dalam bai'ah mereka? Menjadikan perkara yang dibenci Tuhan sebagai 1 bentuk bai'ah yang pada pendapat kepimpinan Pas adalah dibenarkan, asalkan selari dengan matlamat mereka yang sesat lagi menyesatkan itu?

5. Mufti Perak, Sahibul Samahah Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam, membantah bai'ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya.

6. Meminjam kata-kata YB Zul Kulim, "Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik?"

7. Sudah terang lagi bersuluh dan perkara ini merupakan bukti yang sangat jelas bahawa kepimpinan Pas selama ini telah memperalatkan agama demi kepentingan dan muslihat politik.

8. Bagaimana pula jika pada masa hadapan ahlul Pas pula yang dipaksa membuat bai'ah menjadi murtad seisi keluarga sekiranya mereka ingin bermufaraqah dari Parti Ajaran Sesat itu? Na'uzubillahi min zalik.

9. Sheikh Sayyed Sabiq dalam kitabnya, Fiqh As-Sunnah, "Muslim scholars maintain that the one who divorces his wife three times in one occasion has committed a sin. It is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) became very angry when he was informed that a man had divorced his wife by pronouncing it three times on one occasion."

10. Ini bermakna cerai taklik Pas tersebut jelas tidak sah dan haram sifatnya. Bagaimanakah Pas boleh mengadakan sumpah cerai taklik talak tiga sedangkan talak tiga itu dibenci oleh Rasulullah s.a.w.?

11. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dengan membatalkan bai'ah tersebut. Persoalannya, adakah Pas bersedia membatalkannya sambil mengakui kekhilafan yang telahpun dilakukan?

12. Tapi ese sangat pasti Bang Anu Bin Ibrahim tidak akan mengulas isu ini. Sobab apo? Sobab dalam ati eh cakap, "Yang sompit lagi sodap bang"...ahakz...

Apabila Orang Kelantan Bercakap Loghat N9


1. Semasa menyaksikan kepulan asap mercun yang memenuhi ruang Stadium Bukit Jalil, ditambah pula dengan limpahan botol yang dibaling ke tengah padang sehingga mencederakan petugas dan wartawan, beserta kerusi dan tong sampah yang dibakar; perkara yang terlintas difikiran kami ketika itu ialah "Membangun Bersama Isle" serta slogan "Pembangunan Kerohanian" sepertimana yang sering diwar-warkan kerajaan negeri Kelantan.

2. Walaupun kami tidak sepatutnya bersikap prejudis terhadap penyokong pasukan Kelantan yang mungkin tersalah asuhan keluarga, sebagaimana prejudisnya segelintir pembaca yang gagal menafsir maksud tersirat dalam artikel-artikel kami sebelum ini; namun kami tidak boleh mengelak untuk mempersoalkan "Jenis pembangunan rohani dan Islam yang bagaimanakah cuba diterapkan oleh kerajaan Pas Kelantan kepada rakyatnya?"

3. Tambahan pula, bendera Pas yang dikibarkan oleh penyokong pasukan Kelantan sebelum bermulanya perlawanan akhir Piala Malaysia semalam yang bukannya bendera negeri sebagaimana lazim dilakukan penyokong pasukan lain; secara tidak langsung telah menambahkan lagi kemusykilan di benak kami.

4. Pihak mana yang sebenarnya Asobiyyah?

5. Namun apa yang mencuit hati kami sebaik selesai pertandingan akhir Piala Malaysia semalam, kedengaran sekumpulan penyokong pasukan Kelantan secara berseloroh telah bercakap loghat Negeri Sembilan.

6. Antara ayat yang dituturkan, "Eden puah ati monang" sambil disambut hilai tawa rakan-rakan mereka. Tiba-tiba dah tak mengaku orang Kelantan?

7. Walaupun agak kelakar bunyinya apabila loghat Negeri Sembilan dituturkan dengan slang Kelantan, namun pada kami ia merupakan isyarat kepada agenda perpaduan yang ditolak oleh kepimpinan Pas.

8. Tahniah kepada PBNS kerana telah berjaya menjulang Piala Malaysia edisi ke-84.

9. Janganlah pulak lepas ni kena tunggu lagi 61 tahun untuk menjulang kembali Piala Malaysia.

Breaking News- The Champion

Negeri Sembilan football team has shown their mettle by winning the Malaysia Cup with a 3-1 score against Kelantan. It is a special gift to the newly coronated Yang DiPertuan Besar Tuanku Muhriz. Congrats Negeri Sembilan football team!

Saturday, November 7, 2009

PIALA MALAYSIA: BN vs PAS

JADI KEBANGGAAN... Skuad Negeri Sembilan yang berjaya menjuarai Piala HMS Malaya pada tahun 1948

PADA 1948, Negeri Sembilan telah mengukir sejarah dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia).

Bagaimanapun, generasi muda di Negeri Sembilan tidak berkesempatan mengenali wira-wira mereka yang berjaya menjulang piala berprestij itu.

Mujur, Persatuan India Negeri Sembilan menyimpan khazanah gambar bersejarah skuad Negeri Sembilan ketika itu untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan bola sepak negeri ini.

Naib Presidennya, Satwant Singh berkata, beliau berbangga kerana gambar kenangan pasukan Negeri Sembilan tahun 1948 masih tersimpan baik untuk dijadikan tatapan gene- rasi muda.

"Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada waktu itu, M. Muthucumaru adalah individu yang bertanggungjawab menyimpan gambar tersebut sebagai simpanan persatuan ini.

"Memang sukar untuk mencari semula gambar ini dan detik bersejarah yang dirakam pada tahun 1948 perlu dikongsi bersama khususnya generasi muda kerana mereka tidak mengenali legenda bola sepak terdahulu," kata Satwant.

Beliau berharap gambar tersebut bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia lalu tetapi meniup semangat skuad dan penyokong Negeri Sembilan menjelang pertemuan akhir menen- tang Kelantan esok.

"Saya yakin penantian selama 61 tahun untuk menjulang semula piala berprestij itu dapat direalisasikan sekiranya pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi," jelasnya. - Kosmo


Sejarah bakal berulang apabila Negeri Sembilan hampir pasti menjulang Piala Malaysia edisi ke-84. Kelantan pasti kecewa, sebagaimana PAS kecewa di PRK Bagan Pinang. Rentak kemenangan BN di Bagan Pinang bakal diteruskan oleh skuad bolasepak Negeri Sembilan sebagai hadiah kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. Alang-alang semua perkara pun orang suka politikkan...apalagi...HOBEN JANG HOBEN, KASI HOBEN SAMA KELANTAN!

Thursday, November 5, 2009

News Without Borders-The Sun

Menjenguk tabir akhbar The Sun bertarikh 3 November 2009, Selasa pada halaman 9, ruangan News Without Borders bertajuk "Youth on Race, Religion and King" yang ditulis oleh Zakiah Koya. Coretan ini ditulis semula oleh Zakiah daripada sebuah sesi wacana separa ilmiah yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur oleh sekumpulan belia.

Bacalah ruang tersebut untuk cerita lanjut. Pak Sedaro hendak membetul semula "alignment" fikrah anak muda atau belia yang berhujah dalam gelanggang tajuk Ras, Agama dan Raja. Pembicaranya ialah Fahmi Reza, Shazni Munir Mohd Ithnin, Lee Kai Loon dan Mohd Hariszuan sementara Moderatornya Hishamuddin Rais. Keempat-empat anak muda ini telah jauh terpesong dalam konteks Perkara 160, Perkara 160 (2), Perkara 32, Perkara 3, Perkara 153 dan pengertian kata akar tertentu yang diberi definisi berasaskan buku fikiran generasi X & Y.

Pak Sedaro menyarankan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Bahagian Keselamatan Negara Sektor Politik dan Sektor Masyarakat bekerja lebih tekun dan objektif dalam melihat gelagat dan telatah penganjuran tertentu. Fenomena yang diluah hujah oleh 4 orang belia ini bukan sahaja memesong aspirasi Bagaimana Negara Membina Tamadun dan Sejarahnya, malah menafikan implikasi sejarah dan pembinaan pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Anak hingusan seperti Fahmi mempertikai dan memperlekeh di mana "rakyat" dalam Rukunegara 1970? Sedarkah dia bahawa yang terwarta:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Perkara 1 hinga 5 memerlukan RAKYAT. Rakyat jualah yang menuntut Deskripsi Rukunegara 1970 diwarta dan digazet sebagai Piagam dan Loceng Maut konsep Aman dan Damai dalam Negara Bangsa Malaysia Majmuk ini. Jika tidak kerana 13 Mei 1969, maka Rukunegara belum pasti wujud hari ini. Apakah Rukunegara diasas dan dibuat untuk Monyet, Babi dan Lembu? Atau Untuk Patung, Topeng dan Pusara?

Fahmi ini juga menempelak sejarah bahawa Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama ialah seorang anak Raja, maknanya mereka ini kelompok elitis. Saudara Fahmi dan sahabat yang bersetuju dengan saudara, sedarkah saudara bahawa sumbangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra adalah jauh lebih MULIA daripada proses pemikiran Fahmi yang mendengkel akliah ilmiah dan roh kemerdekaan Tanahair ini.

Shazni pula mempertikai perihal Perkara 160 (2) iaitu Melayu. "Since when did Islam put race as its basis?", adalah muntahan Shazni yang kononnya tiada nas Naqli mendefinisi Islam berasas keturunan. Pendefinisian Melayu itu Islam di Tanah Melayu ini berasaskan salasilah dan urutan sejarah berusia 600 tahun dan rantaian sanad serta nasab kalangan darah keturunan tertentu yang diwarisi lebih 1400 tahun Hijrah lagi.

Budak Lee Kai Loon pula berhujah bahawa rakyat Malaysia mewarisi mentaliti kolonial. Saudara Lee, apakah anda faham secara mantik dan ilmiah peristilahan mentaliti kolonial? Sedarkah anda bahawa keturunan anda yang datang menumpang kasih di bumi Melaka 532 tahun yang lampau, atas dasar apa? Kemudian pada awal 1800 ramai yang berkunjung ke Tanah Melayu dan tidak pulang kembali ke Tanah Besar China, juga atas faktor apa?

Pembaca budiman, 4 orang belia yang berhujah dalam sidang tersebut termasuk Hishamuddin Rais, jika berasaskan Konvensyen Sebenar yang terkandung dalam peruntukan Akta ISA, maka mereka ini HALAL disimpan sebentar untuk diberikan fakta-fakta sebenar. Siapa mereka ini semua? Bagaimana mereka? Di mana mereka sekarang? Mereka ini menyebar faham fasisme dan sosialisme seakan zaman Penjajahan Stalin di Eropah sebelum Perang Dunia Pertama.

Apakah relevannya membicara isu Ras/Bangsa, Agama dan Raja sedangkan ini merupakan Perkara Asas Yang Sifatnya MUKTAMAD dalam Perlembagaan Persekutuan. Sidang Parlimen sejak 1955 hingga hari ini pun tidak langsung mempertikai dan berbicara soal-soal Asas Negara ini. Walhal dalam Parlimen khasnya Dewan Rakyat dan Dewan Negara, boleh dibahas dan dihujah apa sahaja tanpa sekatan undang-undang dan tidak boleh dibawa ke mahkamah. TIDAK LANGSUNG menjadi trend membincangkan soal-soal yang dihujahkan 4 budak muda HINGUSAN ini.

Akhbar ini tersebar secara percuma dan sudah tentu ramai pembacanya. Ada yang sensitif dan ada yang langsung tidak ambil pusing. Kita ambil enteng kerana Negara ini Aman. Jika tercetus insiden serupa 13 Mei 1969 atau yang lebih dahsyat daripada waktu itu pada hari ini...maka barulah agaknya ramai yang akan menyesal, lebih-lebih lagi Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah.

Tiada salahnya mengoptimumkan Perkara 10 dan Perkara 11, tapi pendekatan yang lebih bijaksana mesti difikirkan. Bukan bantai sedap tekak aja. Akhirnya seperti yang dicoretkan oleh Zakiah, kata seorang korum wacana "If I do give up my rights as a Malay, what is the guarantee that my Chinese friend willnot take advantage of me economically and that the Indians will be taken care of?"

Pak Sedaro fikir, jangan nanti "dah terhantuk baru nak terngadah".

Wednesday, November 4, 2009

Bahaya Air Asia


1. Jika anda menggunakan perkhidmatan Air Asia untuk ke mana-mana destinasi, pastikan anda turut membawa bersama tin atau botol minuman; itupun jika anda keberatan menghabiskan wang membeli makanan yang dijual oleh pramugari/a kabin.

2. Sebaik dimaklumkan oleh kapten bahawa flight bersedia untuk mendarat, sila perhatikan tin atau botol minuman yang anda bawa.

3. Apa yang bakal anda saksikan ialah tin atau botol minuman tersebut akan berubah kemek secara perlahan-lahan.

4. Dan sebaik saja mendarat, pasti anda akan merasakan telinga anda berdengung dengan kuat sehingga hampir tidak mendengar suara orang disebelah ketika bercakap.

5. Kenapa boleh jadi begitu?

6. Kami jarang menggunakan perkhidmatan Air Asia kerana lebih selesa dengan MAS, kecuali jika terpaksa akibat kehabisan tiket etc.

7. Tambahan pula, semangat patriotik yang tinggi menyebabkan MAS sering menjadi pilihan kami walaupun harga perkhidmatannya agak mahal.

8. Berbalik kepada kisah Air Asia, jika kami membeli makanan yang dijual di atas flight, sisa dan bekas makanan tersebut pasti akan dikutip semula oleh pramugari/a kabin seusai menjamu selera.

9. Jadi sukarlah untuk kami melihat senario yang berlaku sebagaimana yang diperkatakan dalam perkara 3 di atas.

10. Jika anda ingin membawa makanan sendiri, pastikan ia dilakukan secara sorok-sorok kerana peraturan Air Asia melarang sebarang jenis makanan luar dibawa masuk semasa penerbangan.

11. Namun baru-baru ini, kami telah berjaya menyorokkan setin air minuman dan sebotol air mineral yang separuh berisi.

12. Dan semasa flight tersebut menjunam untuk mendarat, tin dan botol minuman yang berada dalam genggaman kami dilihat kemek secara perlahan-lahan.

13. Perkara seumpama ini akan terjadi jika berlakunya perubahan tekanan udara secara mendadak disebabkan flight yang menjunam turun.

14. Berbanding MAS yang akan berlegar dan berpusing dahulu sebelum mendarat, Air Asia pula memilih cara yang lebih merbahaya.

15. Kerana itu jugalah Air Asia lebih cepat tiba ke sesuatu destinasi berbanding MAS.

16. Bayangkan jika tin dan botol minuman pun boleh kemek disebabkan penurunan mendadak flight Air Asia, bagaimana pula nasib gegendang telinga kita?

17. Maka tidak hairanlah jika pendengaran kita menjadi kurang jelas sebaik mendarat.

18. Mengapa pihak pengurusan Air Asia menetapkan tindakan sedemikian?

19. Adakah semata-mata kerana ingin menjimatkan kos bahan bakar, maka Air Asia sanggup memperjudikan keselamatan pelanggan dan pekerjanya?

20. Ramai sedia maklum antara kaedah Air Asia menjimatkan kos bagi memastikan tiket mereka dijual dengan harga rendah ialah dengan menggunakan pramugari/a untuk membersihkan kabin, selain lokasi terminal mereka yang terletak di landasan perlepasan yang lebih pendek bagi mengurangkan kos bahan bakar.

21. Berdasarkan cara pendaratan flight Air Asia, adakah ia akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan deria dan organ pelanggan serta petugasnya?

22. Sapo nak jawab tu agak eh...

Monday, November 2, 2009

JAIS Pendek Akal?

Pak Sedaro tidak terkejut dengan teknik dan taktik yang diwarisi oleh Jabatan Agama Islam Selangor dalam insiden yang meranap perihal kemaslahatan ummah. Penahanan Dr. MaZa, mantan Mufti Negeri Perlis Indera Kayangan oleh JAIS dengan sokongan PDRM, amat menyedihkan Pak Sedaro kerana 3 sebab:-

1. Menunjukkan kepada umat Malaysia bukan Islam bahawa Jabatan Agama tidak ada bil-hikmah dalam berurusan kemaslahatan sendiri.

2. Menunjukkan bahawa sengaja ditahan demikian rupa kerana kehadiran pemberita ibarat semut yang seolah-olah menggambarkan tujuan penahanan ialah untuk mengaibkan.

3. Spekulasi awam ialah 'Ada Musuh Dalam Selimut' dalam kerja pentadbiran pengurusan Agama Islam yang sememangnya merancang insiden-insiden untuk menjatuhkan maruah orang lain.

Pembaco budiman layarilah laman www.drmaza.com dan blog Majlis Peguam Syarie. Persatuan Peguam Syarie Malaysia dah ghaibkan cerita yang dimuntahi oleh Dr. Asri.

Inilah tanda akhir zaman apabila penguasa seperti Namrud sifat amalannya. Mungkin sejarah penahanan ini akan menjadi titik tolak kepada banyak lagi cerita masa depan. Apakah maklumbalas Pejabat-Pejabat Mufti seluruh Negara? Apa pula maklumbalas Menteri Hal Ehwal Agama? Apa pula maklumbalas Persatuan Ulama' Malaysia dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan? Apakah maklumbalas Penasihat dan Pegawai Agama kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu?

Walaupun insiden 8 jam ini nampak kecil di mata, tapi implikasi kepada Perlembagaan Persekutuan, Institusi Majlis Raja-Raja Melayu dan Perkara 153 amat besar. Apakah sudah berkembang biak Dajjal dalam tamadun pemikiran ummah Islam di Malaysia?

Blog Archive