Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, December 30, 2010

Menteri itu ialah...

Di bawah ini adalah dokumen yang dibocorkan Wikileaks baru-baru ini berkenaan spekulasi kes amah warga Indon yang dikhabarkan pernah dirogol seorang Menteri dari Malaysia.
Robengah Report I

Robengah Report II

Robengah Report III


Di bawah ini pula adalah petikan dokumen yang telah dibesarkan.


Persoalannya sekarang, benarkah nama yang samar-samar di sebalik dakwat hitam itu adalah...??? Klik sini untuk paparan lebih jelas.

Bilakah Najib atau Muhyiddin nak respon berkenaan spekulasi ni? Adakah nak tunggu pembangkang memanipulasi isu ini di DUN Tenang kawasan Chua Soi Lek si Raja Porno, atau nak tunggu pembangkang balun BN di PRU-13 nanti?

Perihal ini perlu diselesaikan segera kerana ia sudah menjadi buah mulut masyarakat. Maruah, intergriti dan kredibiliti kabinet Najib sedang menjadi pertaruhan. Jika tiada...katakan tiada. Jika ya...ambil tindakan segera sebelum nama BN menjadi lebih buruk, dan jangan sesekali cuba lindungi manusia sebegini.

Sumber dokumen bigdogdotcom.

Wednesday, December 29, 2010

"Garuda pasti menang..."

Itulah kata-kata seorang sahabat warga Indonesia.

Sey tanya kenapa dia kata begitu...jawabnya, "Secara teknikalnya Indonesia memiliki lebih 195 juta umat Islam berbanding di Malaysia yang hanya ada 17 juta umat Islam. Maka kamu fikirlah sendiri berapa ramai rakyat Islam Indonesia yang berdoa agar Timnas kami menang. Sudah tentu doa kami lebih ramai dan dimakbulkan Tuhan berbanding kamu sedikit saja yang berdoa."

Dalam hati sey...lor, itupun boleh jadi 'modal' ka. Lantas sey kata pada dia, "Tapi Malaysia ada Tok Guru Nik Aziz dan manusia anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. Sudah tentu pasukan Malaysia boleh menang dengan 'berkat' doa mereka berdua. Pasti doa mereka boleh lawan doa 195 juta rakyat Islam kamu."

"Ha..ha..ha...", ketawa pulak minah Indon ni. Kata dia lagi, "Walau Pak Nuar yang berdoa, tidak akan juga makbul. Kalau makbul dah lama dia lepas kes liwat. Nik Ajis doa Pak Najib pecah perut...masih tiada berlaku apa-apa. Boleh pakai ka doa mereka? Ha ha ha..."

Sey jawab, "Ya tak ya juga. Sebab masa Anwar kena tuduh liwat 1998 dulu, berjuta rakyat Indonesia berdoa solat hajat agar bung Nuar terselamat dan dibebaskan...tapi akhirnya dia tetap disabit bersalah lalu dihukum. Nampaknya doa orang Indonesia pun tak makbul juga. Ha ha ha..."

"Grrr...", si minah Indon berlalu dengan muka masam.


Walaubagaimanapun, pertemuan antara Pasukan Malaysia vs Timnas Indonesia dalam Perlawanan Akhir Leg II Piala Suzuki AFF 2010 malam ini adalah pertembungan mempertahankan maruah antara dua negara berjiran. Hanya mereka yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. MALAYSIA BOLEH!

Politik Paria Anwar

Gamaknya Anwar Ibrahim sedang menjalani proses pembusukan dan pembunuhan politik yang dikarang sendiri oleh 3A "Anwar, Azizah dan Azmin", seterusnya membuktikan kepada pengikut babi buta PKR bahawa semua yang berlaku kononnya dek kerana konspirasi politik maut yang dicipta dan ditaja oleh UMNO.

Anwar Ibrahim sudah semakin kuat mencarut, sehingga kewujudan Kelab UMNO Veteran Pegawai Tinggi Kerajaan mengakibatkan dia hilang tumpuan. Presiden Kelab UMNO Veteran yang dikepalai oleh Tan Sri Aseh Che Mat dan Timbalan Presidennya Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob cukup memberi gambaran bahawa UMNO didukung oleh pasukan pemikir yang kuat dan mapan. Mereka mengetahui kedudukan sebenar UMNO sejak berkhidmat dalam pasukan pengurusan pentadbiran awam. Mereka mengetahui senario makan nasi dan makanan junk-food Anwar Ibrahim.

Pernah diberitakan oleh sahabat kepada sahabat, semasa Anwar Ibrahim menjawat Menteri Kewangan, dia bawa masuk satu kontena bahan-bahan dan makalah koleksi haram yang memberi keghairahan kepada keperluan hetroseksual Anwar Ibrahim dan sekutu yang terlibat bersama mereka. Ini orang Kastam Eksais Di Raja yang beritahu. Ehmmm, penuh kaget Pak Sedaro!

Semakin mendekati 2011, Anwar Ibrahim telah mendodoi istilah Politik Paria Matang yang diciptanya sejak 1990 lagi. Hari ini Anwar Ibrahim masih bernafas, andai dia di Indonesia atau di Iran, dia sudah pasti mampus atau dikojolkan.

Stigma politik paria sedang dimomok oleh Saifuddin Nasution Ismail, seorang pemuda UMNO yang murtad parti. Dia amat rapat dengan beberapa kenalan dan teman Pak Sedaro. Hari ini, dia mulai risau dan gelisah dengan trend pengunduran beramai-ramai dan juak-juak kanan serta kiri dalam PRK, kerana kelompok yang undur diri makin sedar "pekung di dada" dan bau telur tembelang yang menanti pecah dek kerana "pelacuran minda dan perasukan syaitan Anwar Ibrahim".


Apakah perlu di maki hamun The Saint Anwar Ibrahim ini? Tidak perlu sama sekali. Anwar Ibrahim perlu ditepuk dan disongsongkan tilam Vono beralaskan John Parie agar dia terus tidur mampus di katil neraka cetakan Freemason yang mana dia sanggup berselimut.

Apakah Anwar perlu diklasifikasi sebagai penderhaka dan pengkhianat? Tidak perlu kerana dia pembela dan penyelamat umat Freemason, Komunis dan Zionis yang semakin menyelimuti mata pandang dan melonggok kepulan kebajikan di kalangan pendukung dan penyokong keparat PKR.

UMNO akan kecudang jika leka, lalai, leweh, beweh dan lengai dalam menganjurkan proses-proses pengkaderan. Institusi Kader UMNO mesti beroperasi dan memuntah tidak kurang RM20 juta, untuk siri-siri latihan "Perang Badar" dan "Perang Khandaq" dalam usaha menang melebihi 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. UMNO tidak boleh terikut dan bersekongkol dengan konsep "Politik Paria", "Barua Politik", "Politik Miskin", "Politik Malim Kundang" dan "Politik Luncai". UMNO hari ini semakin heboh dengan ulasan selari, mengulas atas ulasan demi ulasan, daripada kenyataan kerdil seorang Presiden UMNO.

UMNO kena kembali dalam jiwanya ibarat Singa Lapar dan Harimau Penuh Bernafsu dalam memimpin sebuah Negara Bangsa, seperti yang diilhamkan penubuhan UMNO pada 11 April 1946 di Istana Besar Bukit Serene. Sesungguhnya almarhum Ustaz Ahmad Fuad amat bangga dengan UMNO, kerana beliau pulang tanpa pakaian tajaan PAS. Beliau kembali sebagai pejuang Melayu yang digelar oleh Inggeris sebagai ahli PAS.

Kepada pengikut PAS yang tua, kalian lebih mengerti bagaimana PAS tertubuh dan dipaksa tubuh oleh Inggeris kesan daripada peristiwa 1951. Kepada pengikut dan bekas pemimpin PAS tua, kalian lebih kenal apa makna jabatan siyasah syariah dalam PEKEMBAR seawal 1946 hingga 1951. Kalian juga kenal siapa dalang Freemason di Malaysia kerana pada hari ini, mereka sudah berumur 80 tahun hingga 100 tahun [andai ada yang masih hidup]. Manakala, perajurit lapisan kedua mereka hari ini berumur 50 tahun - 70 tahun. Kenal-kenalkan lah pada kami.

Tuesday, December 28, 2010

Ramai pemimpin UMNO syok sendiri

1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau sinonim dengan nama UMNO telah 'terselamat' dalam kemelut politiknya disebabkan ramai wanita yang menjadi ahlinya.

2. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Wanita UMNO yang jarang diberi penghargaan dan pengiktirafan yang selayaknya.

3. Wanita UMNO adalah tulang belakang yang bekerja keras untuk parti itu selama ini. Tiada dalam minda Wanita UMNO untuk merebut jawatan sebagai Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, apatah lagi memburu jawatan tertinggi parti sebagai Timbalan Presiden mahupun Presiden UMNO. Yang mereka tahu, kerja...kerja...kerja...ikhlas untuk parti.

4. Tidak dapat digambarkan bagaimana hebatnya Wanita UMNO yang selama ini telah bertungkus lumus bekerja untuk parti mereka, selain melaksanakan tanggungjawab hakiki menjaga suami dan membesarkan anak. Malah pernah dikhabarkan, andai Rafidah Aziz itu lelaki, maka dialah yang selayaknya menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Maka bertepatanlah gelaran 'Iron Lady' diberikan kepada Rafidah, yang bukan hanya sekadar omongan kosong.

5. Di saat kaum lelaki dalam UMNO berlumba-lumba melobi merebut jawatan, atau sekurang-kurangnya ingin kekal sebagai calon di PRU-13, Wanita UMNO tanpa sebarang peruntukan, secara senyap telah mula bekerja semenjak 2 tahun lalu. Wanita UMNO telah memulakan kempen mendekati masyarakat, mendekati golongan muda, menganjurkan kursus dan seminar, mengumpul maklumat serta data pemilih, mengadakan siri penerangan, simulasi pilihanraya etc. Sekurang-kurangnya inilah yang dilakukan di Negeri Sembilan di bawah Dato' Norhayati Omar. Malah penubuhan Facebook Anak-Anak Negeri Sembilan yang menjangkau hampir 30 ribu orang peminat juga adalah hasil usaha ahli di kalangan Wanita UMNO.

6. Namun seperti biasa, peranan yang dimainkan oleh Wanita UMNO ini sering diperkecilkan, malah kadangkala tidak diberi perhatian langsung. Kaum lelaki dalam UMNO wajib sedar bahawa kuasa dan kedudukan yang kamu miliki hari ini tidak lain dan tidak bukan sedikit sebanyak adalah disebabkan 'kuasa' yang dimiliki Wanita UMNO sejak dulu. Kekalnya UMNO memerintah Kerajaan Persekutuan hari ini adalah kerana 'cairnya' pengundi dengan sifat keibuan dan keikhlasan Wanita UMNO dalam melaksanakan kerja-kerja parti.

7. Justeru kaum lelaki dalam UMNO perlu mencontohi peranan dan tanggungjawab yang dimainkan Wanita UMNO dalam keikhlasan melaksanakan tugas.

8. Kelmarin Najib telah mengumumkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO di setiap negeri. Kami tidak pasti akan kisah negeri lain, tetapi di Negeri Sembilan, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru dilantik iaitu Shaziman Mansor tampak sangat tidak menyukai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri iaitu Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan. Mampukah gandingan mereka ini menyatukan kembali UMNO Negeri Sembilan yang masih bergolak?

9. Malah Shaziman dilaporkan pernah mendesak agensi-agensi kerajaan seperti MKN, BTN, KEMAS, JASA etc. untuk menyatakan pendirian berhubung sokongan terhadap Menteri Besar. Proksi Shaziman adalah Ketua-Ketua Bahagian yang membenci Mohamad Hasan. Rasanya Najib tahu siapakah proksi tersebut.

10. Shaziman Mansor 'yang sombong' telah digosip bakal pengganti Mohamad Hasan sebagai Menteri Besar, tapi suka kami ingatkan kepada Najib, jika itulah pilihan anda, maka amat malanglah UMNO Negeri Sembilan.

11. Masalah utama pemimpin UMNO hari ini ialah mereka masih merasakan diri masing-masing kuat dan berpengaruh. Mereka mengandaikan mereka pasti akan menang di PRU-13, kerana itulah mereka kelihatan tidak bersungguh mengatasi kekurangan atau cuba merapatkan jurang yang semakin jauh dengan rakyat. Dalam bahasa mudahnya, pemimpin UMNO hari ini ramai yang syok sendiri. Apa yang kebanyakan pemimpin UMNO tidak sedar ialah rakyat sudah semakin jelak dengan kepimpinan 'tua' yang sudah terlalu lama duduk di tampuk kuasa.

12. Nama-nama seperti Shaziman Mansor, Ishak Ismail, Rais Yatim, Hasim Rusdi, Khairy Jamaluddin, Ismail Lasim, Lilah Yasin, Hassan Malek, Isa Samad (sekadar menyebut beberapa nama) adalah pemimpin yang hanya popular dikalangan ahli UMNO, tetapi tidak digemari dikalangan pengundi di Negeri Sembilan. Adakah mereka ini akan dijadikan calon recycle di PRU-13 nanti? Maka tunggu sajalah musibah yang bakal ditanggung UMNO Negeri Sembilan.

13. Kami difahamkan Najib telah memberi kata dua kepada setiap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, "Sama ada kamu lakukan perkara-perkara ini, atau kamu akan digantikan."

14. Tapi percayalah Najib, mungkin hanya kamu saja yang sedar bahawa Barisan Nasional masih dalam bahaya untuk mengekalkan kerusi dan sekaligus kembali menerajui Kerajaan Persekutuan selepas PRU-13. Pemimpin-pemimpin di bawah kamu masih lagi dibuai mimpi indah dan mabuk akan kuasa yang disandang hari ini.

15. Jika BN mahu menang PRU-13, pemimpin-pemimpin has been ini perlu disingkirkan. PERUBAHAN BESAR wajib dilakukan. Pelapis baru perlu dicari, dan calon yang benar-benar bebas serta tampak 'bersih' perlu diberi peluang untuk membuktikan kebolehan walaupun mereka tiada sebarang jawatan dalam parti. Jika UMNO dan semua Parti Komponen lakukan ini, maka pasti rakyat akan kembali memberi mandat yang besar kepada BN, dan Pakatan Pembangkang bakal berkubur buat selamanya.

16. Persoalannya, beranikah Najib merombak besar-besaran calon BN di PRU-13 nanti?

Monday, December 27, 2010

Marhaban ISA

Transformasi FELDA amat relevan. Hari ini, YB Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Mohd Isa Abdul Samad akan memulakan tugas sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Januari 2011. Pengganti kepada Tan Sri Yusof Noor yang paling tepat dalam erti kata "Ribut Tenang" di seluruh lokaliti dan peti undi FELDA di Malaysia. Tidak kiralah sama ada Felda Sahabat di Sabah, mahu pun Felda di Perlis.

Kekuatan generasi pertama FELDA sekitar 600 ribu orang ditokok dengan kelahiran generasi kedua dan ketiga seramai 400 ribu ialah ketumbukan tentera PAS yang wajib diberi erti oleh BN melalui ilmu hakikat Perlembagaan Persekutuan.

Kalah sebab laser? Kah kah kah...

Teror sinar laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim Merah Putih kalah karena kesalahan individu seorang pemain.

Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl usai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010) .

Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari Bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.

Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.

"Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau," ujarnya.

"Ini bukan soal laser, tetapi kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok," tambahnya. - KOMPAS.com



Susilo Bambang Yudhoyono harus jilat ludah sendiri. Adakah SBY ingat perlawanan Kumpulan A ketika Malaysia tewas kepada Indonesia 1-5 dahulu? Siapa yang tuju laser hijau kepada penjaga gol Malaysia ketika itu? Dan pada masa tu pasukan Malaysia sangat profesional serta langsung tak tunjuk protes, apatah lagi nak boikot game macam si Marcus, Timnas Indon yang menghasut mahu hentikan game malam tadi. Nampaknya Indonesia memang hebat. Hebat bab propa...Alasan kalah sebab laser? Kah kah kah...

Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia. Terbukti sang Harimau mampu bunuh Garuda!

Sunday, December 26, 2010

Propa Indon


1. TVRI, TCRI serta sekian banyak media Indonesia, hampir setiap masa meng'update' persiapan Timnas Indonesia menjelang perlawanan akhir (disebut feenal) Leg 1 Piala AFF Suzuki 2010 menentang Pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam esok.

2. Seputar Indonesia Siang, Seputar Indonesia Malam, Warta Indonesia etc. menjadikan perlawanan akhir bolasepak antara 2 negara jiran ini sebagai tajuk utama berita.

3. Media Indonesia sering mewar-warkan latihan serta persediaan Timnas mereka bagi menghadapi Malaysia, temubual bersama pengurus & jurulatih, temubual bersama peminat hinggalah kepada mendapatkan komen golongan artis.

4. Keberangkatan Timnas Indonesia ke Malaysia, bermula dari saat mereka menaiki bas ke airport, hinggalah ketikanya mereka menaiki kapal terbang, turut diadakan liputan secara langsung. Serbuan peminat terhadap pemain-pemain Timnas mereka turut memaksa pihak berkuasa Indonesia menempatkan 2 orang bodyguard bagi mengawal setiap seorang pemain.

5. Turut menjadi paparan ialah adegan peminat & pendukung (penyokong) Timnas Indonesia yang sanggup berkhemah selama 5 hari di hadapan kaunter stadium semata-mata untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir. Malah pendukung Timnas yang berkhemah di hadapan kaunter tiket turut ditaja dengan makanan percuma sepanjang tempoh itu. Dipaparkan juga bagaimana pendukung Timnas Indonesia tanpa segan silu telah berebut dan bertolakan sesama sendiri semata-mata untuk membeli tiket tempat duduk barisan hadapan.

6. Komentar serta persediaan Pasukan Malaysia di Bukit Jalil turut dilaporkan dalam berita-berita utama Indonesia, dan Pasukan Malaysia turut digambarkan 'takut' dengan penyerang Timnas Indonesia, Cristian Gonzales. Visual kekalahan Pasukan Malaysia 1-5 kepada Timnas Indonesia sebelum ini, serta nyanyian lagu "Garuda pasti menang" oleh pendukung Indonesia, turut dijadikan latar laporan Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010.

7. Begitulah hebatnya semangat patriotik yang dimiliki rakyat Indonesia berbanding rakyat di negara kita sendiri.

8. Namun kami lebih tertarik dengan propaganda yang dimainkan media Indonesia semasa membuat liputan mengenai perlawanan akhir ini. Rakyat mereka kelihatan seperti dimomok secara keterlaluan mengenai 'kehebatan' Timnas Indonesia hingga melupakan permasalahan semasa yang melanda mereka. Rakyat Indonesia telah diajak untuk melupakan seketika isu dalaman negara yang disebabkan kelemahan pemimpin dengan mengalihkan perhatian rakyat kepada peri pentingnya Timnas Indonesia memenangi perlawanan akhir bolasepak ini.

9. Teringat kami akan strategi yang sama digunakan pemimpin politik di negara kita terutamanya pihak pembangkang yang sering mengalihkan isu kelemahan kepimpinan mereka dengan 'menyerang' kerajaan persekutuan. Kepimpinan leewat, lemah, korup, kronisme, nepotisme, berat sebelah, rasuah, israel, etc. yang dilakonkan oleh TimPKR, TimDAP serta TimPAS, telah cuba dipendam & disorokkan daripada pengetahuan para penyokong mereka, sehingga digambarkan merekalah yang paling 'bersih' kononnya.

10. Berbeza dengan kerajaan persekutuan yang lebih terbuka dalam membicarakan kelemahan & kesilapan sendiri, pihak pembangkang pula lebih banyak menyokong pemimpin secara membuta tuli walaupun pemimpin mereka terang-terangan melakukan kesalahan.

11. Ehh...dah lari tajuk pulak.

12. Walaupun rakyat Indonesia menyanyikan "Garuda pasti menang", kami mengharapkan Pasukan Bolasepak Malaysia akan bermain bersungguh-sungguh, bukan disebabkan ganjaran yang bakal diterima, tetapi demi maruah negara yang tercinta bernama Malaysia.

13. Jika dalam filem Mamat Khalid ada dialog "Saya orang Indonesia, orang Indonesia memang hebat...", maka Pasukan Bolasepak Malaysia juga perlu tanamkan azam dalam hati, "Kami rakyat Malaysia dan Malaysia sejak dulu lebih hebat berbanding Indonesia!" InsyaAllah, kita akan MENANG!

Saturday, December 25, 2010

Pusara Berair

Clinton Initiative Global atau CIG sebuah NPO yang didalang oleh Bill Clinton berjaya merogol legasi arwah SM Nasimuddin. Anak SM telah diperangkap dalam skema dan drama gerakan Freemasonary sofistikaed. Hari ini, Naza Group Berhad sudah menjadi bahan dagangan aspirasi legasi anak Melayu, yang dirobek zarah rakyat Raja melalui penglibatan dalam CIG.

Anak arwah Tan Sri ini begitu mentah sifatnya, tak mengapalah jika dia berhajat untuk memperisteri Marion, tapi amat dikesali hatta pusara almarhum ayahnya kini mungkin digenang air mata ayahnya.

Langkah bijak menuju matlamat kaya raya dan dikenali ramai, tapi lubuk pilihan ialah lubuk ciptaan penantian makam Freemason. Syabas Clinton, berjaya melapun dan meranap sebuah lagi institusi dan anak rakyat Raja. Moga bapa saudara Pengerusi dan CEO Naza ini, khasnya yang aktif dalam gerakan tabligh itu, ambil iktibar dan pesan supaya Naza tidak di bawah pengaruh alkohol Freemason.

Anwar Ibrahim juga merenangi gelombang Freemason. Bah besar mungkin di pusara arwah Ibrahim. Anwar ialah agen dan judge Freemasonary di bumi Melayu. Dia telah menerima USD 20 billion dalam akaun yang diurus atas pelbagai nama institusi yang menghalalkan wang Zionis dan judges Freemason.

Anwar dan 7 kotak ialah wacana kegemaran Ezam, yang hari ini menulis buku tentang rasuah? Siapa Ezam, dulu Ezam memukul UMNO guna 7 kotak, belakang taruk balik Anwar guna 7 kotak? Apakah Ezam sedang dibaptiskan oleh pemikiran Freemason juga dalam alam moden menerusi penglibatan dia di Dewan Negara?

Gamaknya pusara berair akan banjir tidak lama lagi. Yang TENANG akan gelora. Nik Aziz confirm Syiah sifat isme politikingnya. Abdul Hadi Awang confirm Wahabi. Yang benar dan jelas dalam PAS hanyalah Guru Dr. Haron Din dan Taib Azemuddin [confirm Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Sunni]. Mereka sahajalah watak penting PAS.

Azizan Razak di Kedah, selamat kerana dia confirm Sunni. Ini semua lapisan akademia Fakulti Pengajian Islam, UKM. Nampaknya, Freemasonary sudah melata dan bergentayangan di bumi Melayu.

PAS ialah agen Syiah. PKR ialah agen Freemason. DAP ialah agen Komunis. PSM ialah agen Sosialis dan Fasis.

Sedarlah wahai ummah Malaysia, bahawa UMNO masih terpelihara sifat semulajadinya. Hari ini, dunia Perlembagaan Persekutuan 1957 merupakan aset dan nilai perpaduan dan maruah Bangsa Teras melalui perikatan dan persekutuan rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sabah dan Sarawak dan Kaum-kaum Lain.

Kita tidak mahu pusara air mata, mengenangi bumi dan wilayah Melayu yang diboneka oleh Freemason Missionary.

Friday, December 24, 2010

Kepincangan Talent Najib?

Talent Corporation Berhad dikatakan sebagai sebuah agensi di bawah Khazanah Nasional untuk melonggok tidak kurang 100 ribu graduan luar negara yang tidak sudi untuk pulang ke tanahair kerana fikir soal survival dan upah lumayan di Negara-negara maju.

Nampak misi ini bagus, tapi sedarkah Najib bahawa secara relatifnya Talent Corporation ini menafikan talent-talent yang siap siaga di Malaysia. Berapa banyak modal tahunan Talent yang sanggup bayar upah kepada 100 ribu mereka di luar negara? RM1 billion tak cukup Pak Najib.

Bentangkan ada tidak kurang 200 bidang yang masih diintai oleh Malaysia daripada 100 ribu manusia memiliki MyKad di luar negara. Antara yang kritikal ialah sektor Kesihatan Moden, sektor Teknologi Nano, Teknologi Angkasa, Teknologi Nuklear, Teknologi Atom, Teknologi Kejuruteraan Kejituan, Teknologi Animasi, Pakar Dalam Ilmu Saraf, Jantung, Kajian Makanan Nilai Komersil Tinggi dan sebagainya.

Wilayah Iskandar sedang dipenuhi oleh syarikat Singapura. ECER dan NCER sedang dipenuhi oleh rumput dan lalang retorik Sime Darby dan Petronas. Penciptaan kapasiti modal insan mesti dimulakan daripada semalam.

Pengumuman projek MRT yang dikepalai oleh syarikat prasarana negara, dipantau oleh SPAD, anchor kontraktor perunding ialah MMC-GAMUDA bernilai sekitar RM30 billion. Spin-off atau spill over economy dikarang sebanyak RM 11 billion setahun, apakah ini menjadi realiti?

Siapa yang bakal menikmati faedah? Anak Malaysia di KL sahaja. Kenapa tidak dilanjutkan trek MRT hingga ke Kajang terus ke UKM-Bangi. Mengapa dihenti hingga Balakong? Berapa ramai anak Melayu yang dapat untung daripada projek dan proses projek ini?

Apakah DBKL, MPKj, MPPuchong, dan sebagainya akan bertindak secara adil dan sama rata berasaskan P.153 dan P.5? Apakah kesan limpahan harga besi di pasaran? Harga bekalan bahan mentah di kawasan tersebut dapat dinikmati oleh anak Melayu? Berapa ramai usahawan dan kontraktor Melayu kelas F boleh dinaik taraf hingga Kelas C dalam projek MRT ini?

Siapa kalangan Kontraktor Kelas A boleh terlibat dalam tender terbuka projek MRT ini? Apakah jaminan kerajaan Najib tentang Talent Corporation dan projek MRT kepada anak Melayu? Atau anak Melayu hanya melihat anak Cina dan Keling terus kaya-raya.

Atau Najib dan Muhyiddin buat kerja untuk Melayu, tapi KSN dan KSU dan juak-juak PTD lain menjalankan tugas untuk bukan anak Melayu?

Thursday, December 23, 2010

Ribut Tenang

Pada 24 Disember, SPR akan umum tarikh by election di DUN Tenang. Ribut BN dan PAS akan kembali di Tenang. Siapa rugi? Siapa menang? Apakah isu-isu yang bakal disensasikan?

Nampaknya insan paling gelabah ialah Ahmad Maslan. Apakah semua isu Ahmad Maslan kena selesaikan? Mustahak sangatkah Ketua Penerangan UMNO? Penting sangatkah DUN Tenang ini kepada BN? Apakah yang hendak dibuktikan? Apakah jika menang DUN Tenang, petanda BN punya kekuatan untuk PRU-13? Apakah PAS akan telah calon paling cincai untuk uji kelemahan mereka?

Apakah reformasi BN (UMNO) dalam usaha menelanjang pakatan pembangkang? Apakah reformasi BN (UMNO) dalam menyelesaikan masalah akar umbi khasnya para pengundi di DUN Tenang? Apakah UMNO akan terus dengan modal NKRA dan Transformasi Kepimpinan BN (UMNO) atau dengan modal MBE dan Wilayah Ekonomi Iskandar? Apakah UMNO bersedia menjawab perihal kebejatan dan berantakan politik yang ditempiaskan oleh Rosmah Mansor kepada institusi Perdana Menteri Malaysia?

Apakah PAS akan menyelinap dalam kelambu UMNO untuk memperoleh modal PRU-13 melalui by election ini? Anwar Ibrahim mesti dihalang daripada muka ceramah kerana dia hari ini ialah orang yang dituduh di mahkamah dalam kes "sexual desire dua alam".

Anwar Ibrahim, Azmin Ali, dan kelompok yang dikelas sebagai "pengkhianat" oleh Ummi Hafilda Ali dalam dokumentarinya amat wajar dijadikan bahan tontotan awam sebagai "peneraju Freemasonary di bumi Melayu". DUN Tenang sedang dipam dengan "wang panas" oleh PAS+PKR+DAP. Laluan sukar UMNO untuk melihat siapa sebenarnya "musang berjanggut" dan barua dalam skrip Jentera UMNO dan PAS.

Tuesday, December 21, 2010

Kak Limah sindir Nik Aziz

1. Dah lama rasanya kami tak menulis. Asyik Pak Sedaro Cicit Kamat saja yang berfikir & menulis, letih la dia gamaknya. Lagipun kerja berfikir dan menulis ni bukan tugas mudah. Kalau setakat nak mengutuk dan mencarut macam Hishamuddin Rais, spesis yang lepak kat tangga Terminal One tu pun berlambak boleh kita jumpa. Namun untuk mengubah persepsi dan mengajak masyarakat berfikir, ia memerlukan daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

2. Terkini, kami menonton filem terbaru Mamat Khalid bertajuk "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Kami memang meminati buah tangan Mamat Khalid sejak dulu kerana merasakan beliau bukannya "Orang Seni" sembarangan. Kehebatan karya Mamat Khalid mampu membuatkan kami berfikir walaupun ianya disampaikan secara bersahaja. Malah penonton kadangkala tidak menyedari betapa sinikalnya Mamat, terutama kritikannya yang menjurus kepada persoalan semasa yang banyak dilontarkan menerusi filemnya.

3. Mamat Khalid dikenali sebagai pengarah genre komedi. Di sebalik tawa kelucuan tatkala menonton filem arahannya, hakikatnya Mamat banyak menyelitkan falsafah tersirat yang kadangkala sukar difahami terutamanya spesis penonton yang malas berfikir macam penyokong pembangkang. Walaupun banyak cerita yang dipersembahkan dalam filem arahannya tampak seperti merapu, namun Mamat Khalid sering membuktikan filem-filem beliau bukanlah merapu sembarangan. Filemnya telah diiktiraf ramai pihak kerana mempunyai pemikiran dan falsafah yang tersendiri, terutamanya yang melibatkan semangat Patriotisme dan Kenegaraan.

4. Kritikan sosial dan kesinisan terkini Mamat Khalid dapat dilihat menerusi filem terbarunya, "Hantu Kak Limah Balik Rumah", melalui dialog yang dilontarkan pelakonnya. Antaranya;

"Itulah pentingnya English Education" (perihal PPSMI).

"Panjang ceritanya", "Haa...ce ceghita...ce ceghita" (perihal orang Melayu yang suka lepak bersembang dan bergosip).

"Mana ada hantu. Di Singapura, rakyatnya hanya mementingkan kemajuan dan pembangunan. Mereka tidak percaya hantu. Kalau ada hantu pun di sana, hanya si tua yang cuba mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara kita sendiri" (menyindir Lee Kuan Yew dan mereka yang terlalu mengagongkan pemimpin Singapura itu seperti Nik Aziz).

"Kita bakar saja rumah Kak Limah" (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin pembangkang).

"Kita kena ketengahkan pemimpin muda bagi menggantikan pemimpin tua" (menyindir pemimpin lama hari ini yang masih nak menongkat langit sampai mati).

"Itulah orang kita, pembangunan depan mata pun buat-buat tak nampak" (perihal rakyat yang tak pernah bersyukur dan merasa puas).

"Saya orang Indonesia. Jika tidak penuh ilmu di dada, takkan ku sampai ke kutub utara." (perihal orang Indon yang sentiasa merasakan diri mereka hebat berbanding orang lain, serta menyindir sebahagian masyarakat negara ini yang sering mengagongkan orang luar berbanding rakyat sendiri).

"Ini off day saya" dan "Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya" (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan).

5. Banyak lagi dialog, ekspresi wajah, props, sinematografi, mahupun bahasa tubuh yang mempunyai pelbagai pemikiran serta falsafah yang diadaptasikan Mamat Khalid menerusi filem arahannya. Filem Mamat Khalid umpama langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan filem arahan Hishamuddin Rais. Kami ingin mencadangkan kepada Hishamuddin Rais supaya dapat bikin filem "Jenglot" dengan Hisham sendiri sebagai pelakon utamanya. Hehehe...Confirm filem "Jenglot" tu akan 'box office' macam filem lama Hisham, "Dari Jemapoh ke Manchestee".

6. Kepada pembaca Paneh Miang, kami nak buat promosi percuma..."Tontonlah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di pawagam berhampiran anda." Jika berpeluang, tontonlah juga filem-filem Mamat Khalid yang lain seperti Man Laksa, Rock, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang dan Estet. InsyaAllah, anda akan mendapat sesuatu yang bermanfaat, bagi mereka yang mahu berfikir.

7. Kepada Mamat Khalid, tahniah diucapkan dan teruskanlah berkarya selagi hayat dikandung badan. Peace on Earth!

Monday, December 20, 2010

Korban Simpang Pulai

Pak Sedaro fikir JKR, JKJR, JPJ kena kerja lebih masa dalam kenalpasti kes 28 korban di Simpang Pulai. Sebenarnya sudah banyak laporan kemalangan di Simpang Pulai di IPD Cameron Highlands, tapi tak cekap proses kendalian kes.

Pengalaman Pak Sedaro sendiri melihat ada 9 lokasi tumpahan minyak yang disengajakan, dipercayai di dalangi oleh sindiket "tow-truck" yang nak cari untung atas kecelakaan orang lain. Seorang kapten bersara, unit risikan RRGK yang ditemui sudah mengingatkan Pak Sedaro apabila berkunjung ke Cameron Highlands kerana yang buat kerja biadab ini ialah Keling.

Amat malang sehingga nukilan ini dizahirkan, K.Devamany hanya bising di Parlimen sebab dia pun pernah terbabas di salah satu lokasi yang dirancang laluan maut itu.

Trek Simpang Pulai hanya cantik apabila program Le Tour De Langkawi sahaja. Apa kata 28 orang itu rakyat Malaysia, pengundi berdaftar yang sah?

Sunday, December 19, 2010

Malam Boleh Main

MBM sepatutnya akronim sebagai Majlis Belia Malaysia, namun sudah sepurnama Mohamed Maliki dan Mohd Shukor pegang teraju sebagai Presiden MBM dan Timbalan Presiden MBM, permainan belia nampaknya terbit bila malam. Di sesetengah kawasan Parlimen, kalangan warga emas dan generasi selepas Perang Dunia Kedua mengklasifikasi belia sebagai kelompok Malam Boleh Main!

Banyak benda yang boleh berlaku waktu malam. Jika di Shibuya, Tokyo malam lebih happening daripada siang. Di Vegas juga demikian, begitu juga di London dan Paris. Namun di Sintok, malam khusus untuk polong-polong berlari-lari anak. Di Wang Kelian, Wang Tepus, Alor Janggus, Pokok Senik, Felda Sik Timur, Felda Lui Barat [mungkin hidup], Felda Semanchu, Rantau Abang, Telok Cempedak [mungkin hidup], Kudat, Kg. Gana-Kota Marudu [macam kubur Batu 9, Muar], Pulau Sebatik [dok aktif sebab banyak penyeludupan], Pulau Tiga [tempat beromen], Lawas, Lang Le Lang, Kota Bruit, Samarahan, Kg. Kakir di Banjaran Croker, antara banyak lokasi dalam Malaysia yang Pak Sedaro pernah teroka. Apakah senario ini, mencerminkan perjuangan Majlis Belia Malaysia?

Dikhabarkan saudara Irmohizam, anakandanya yang baru berusia 3 bulan mengalami ketumbuhan kecil di otak dan memerlukan bantuan darah jenis O+, moga Allah selamatkan anakanda saudara dan dilimpahkan rahman dan rahim ke atas saudara seisi keluarga yang sedang menghadapi dugaan Allah seawal gerbang perkahwinan.

Banyak lagi, dalam sandiwara belia, Majlis Belia Malaysia WAJIB berperanan:

1. Mengadakan ziarah dan MBM tour ke semua MBD untuk dibentang dan dihujahkan tentang Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 secara tepat dan betul. Akta 668 ini terbit kerana keperluan dan kelompongan Akta 335 [Akta Pertubuhan 1966], dan diwarta dalam Perkara 10 (1) a, b, c dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Suruh Azlan Lasim sebagai EXCO Pendidikan, berkerja dalam bab ini. Tanya Shukor siapa yang berkebolehan untuk tarbiyah seluruh Malaysia soal ini. Berikan ganjaran yang sewajarnya, minta KBS melalui RoY tanggung . RoY kena tanggung sebab jabatan ini tiada kapasiti dan tidak mengupas Akta 668 bersandarkan keperluan Perlembagaan Persekutuan. Dok verbatim baik suruh Burung Kakak Tua.

2. 15 Mei 2011, khabarnya nak longgok 1 juta warga belia di Putrajaya. Mulalah buat promosi gila babi, mula hari ini, 15 Disember 2010. Di samping dapat 1 juta warga belia memenuhi tanah di Putrajaya, dapatkan juga 1 juta pendaftaran pengundi baru dari kalangan mereka. Ini tugas besar semua MBN dan MBD, MBM kena champion misi ini. Nilai 1 undi penting untuk Negara Malaysia. Sebab itu anda kena faham Akta 668 dan Perlembagaan. Jangan dok heboh sokong BN atau bukan BN, tentukan jadi pengundi berdaftar yang sah di bawah daftaran SPR.

3. Ikut serta jadi balaci kepada Jom Heboh ke, Suarasa TV9 ke, Juara Rakyat ke, Program Imarah PAS ke, Program Kipas PKR di Selangor ke, yang penting MBM kena dibentang kepada awam.

4. MBM nampak tidak bertenaga, kerana kurang peruntukan. Maka, sesi Maliki dan Shukor kena buat gelombang MBM antarabangsa. Setiap bulan ada program lawatan usahawan belia, akademia dan sosial ke Negara-negara dunia Maju dan Membangun. Walaupun kos tinggi sekitar RM 500 ribu, dengan kekuatan delegasi 50 orang. Namun ini, berbaloi. Songsonglah bersama Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN anda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Bawa sekali Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri sorang lagi tu. Misi-misi ini penting sebagai pelengkap dan pemangkin kepada banyak industri. Tak kan seorang AR di USM dan Pensyarah UiTM dok di MBM, tak boleh nak pikior. Bengap sangatla demo.

5. Zaidi sebagai Setiausaha Agong boleh buat misi-misi program pengkayaan belia, dengan UNDP, MIMOS, BioTech, World Leisure Congress - Youth Division, UN di Geneva, Sekretariat ASEM, ASEF, ASEAN, Wisma Putra untuk Negara-negara Balkan, OIC-Youth Department, Raleigh International di UK, CYP di London dan Chandigarh, SSEAYP International Malaysia, CAYC, AYC, WAY, IYEO-Japan, Melatih lebih ramai Penolong Setiausaha Agong agar proses kader berjaya di MBM.

6. Sesi kunjung hormat kepada semua Menteri Persekutuan dan DYMM 9 orang Raja-raja Melayu juga penting dilaksana oleh MBM dengan penglibatan Ahli DT. Apa guna ada DT seperti Jais Abdul Karim-GPMS, Akramsyah Sanusi atau Mustafa Mat Aroff - MAYC, Muamar Gadaffi Jamaludin - 4B Malaysia, ABIM, PKPIM, Pandu Puteri, Pengakap, sebagainya?

7. Buatlah program luar kotak seperti "latihan menembak khas untuk MBM dan sukarelawan MBM", maksud MBM termasuk DT dengan Rejimen Askar Wataniah di Mindef atau Pusat RAW di Ipoh. Maknanya selepas itu setiap batang tubuh, dilatih sebagai seorang perajurit sukarela dalam RAW siri 500. Buat program dengan JPAM dalam konteks "bencana alam" dan rescue mission. Jangan dok bangga pergi kawasan bencana dok beri kotak hadiah dan ubat. Bantu buat rawatan kecil dan misi-misi penyelamatan. Pasukan SMART pun boleh diminta bantuan.

Dalam diam, sebenarnya 80% Exco MBM ialah aktivis belia yang terhad keupayaannya. Mereka tidak sanggup mengharung badai dan gelombang yang lebih mencabar. Akhirnya antara mereka sibuk berebut ABN Tokoh, dan kategori yang dipertandingkan. Ada juga heboh jadi Wakil Rakyat seperti Shamsul Anuar Nasarah, MP Lenggong dalam Parlimen berdengkur. Rekod Presiden MBM ini hebat. Hari ini, Timbalan Menteri Hasan Malek, dulu Anwar Ibrahim-Timbalan Perdana Menteri, dulu-Khir Toyo MB Selangor, Suhaimi Ibrahim-dulu ADUN Benta-kini Setiausaha Politik Shahrizat, Saifuddin Abdullah-Timbalan Menteri, boleh dikatakan steady kebanyakannya.

Namun sampai masanya, Majlis Belia Malaysia menafikan bahawa stigma Malam Boleh Main tidak benar kepada institusi ini. Sedarlah bahawa MBM sebuah organisasi jantung dan nadi Negara.

Saturday, December 18, 2010

Anak EMAS

Apakah makna anak emas kepada seorang rakyat Raja? Dek kerana Perkara 153, maka kita dimuntah dengan produk Sukuk Islam iaitu Bon Jangka Panjang kaedah muamalat dan biaya khusus mengikut aturan kewangan Islam.

Hari ini Public Bank ada public gold account, Maybank ada maybank gold account, Kuwait Finance House juga ada produk Akaun Emas ini. Kita masih kurang rakyat Raja memiliki rangkaian Money Changer Counter. Pak Sedaro kenal sorang buka di Ampang Point, pemiliknya Abdul Rani Achmed Abdullah, budak KL. Dia ada bisnes CMMS dengan nama Cworks Systems Berhad, pakar dalam bab pengurusan fasiliti. Malangnya Kerajaan Malaysia buta dengan kewujudkan syarikat anak Melayu bertapak di UPM-MTDC ini.

Bank Islam patut bikin produk Akaun Emas ini. Atau selepas ini, diwujudkan Akaun Emas dan Akaun Hartanah Komersil Malaysia sebagai sebuah akaun Amanah Hartanah Komersil Malaysia.

Pelaburan Hartanah Berhad yang ditubuh di bawah Yayasan Hartanah Bumiputera Malaysia kini mewujudkan Amanah Hartanah Bumiputera dengan pengurus Dana Amanah nya ialah Maybank. Nampak bagus dengan modal pelaburan permulaan RM500. Akaun kanak-kanak mula dari umur 3 bulan hingga 18 tahun. Akaun dewasa selepas 18 tahun. Pelaburan maksimum RM200,000.

Akan datang Pak Sedaro yakin akan wujud Dana Amanah Hartanah Islam Dunia yang boleh dimulakan oleh Al-Rajhi Bank dan Bank Simpanan Nasional. Juga Dana Amanah Pertanian Malaysia dimulakan oleh Agrobank "guna Rabobank sebagai consultant imej dan re-brand". Rabobank tak hidup di Malaysia, tapi di Indonesia dan Thailand begitu berjaya.

Bank Persatuan kena buka pintu untuk pelaburan dalam Dana Amanah Industri Aeroangkasa Islam kerana berkembang majunya dunia penerokaan angkasa di kalangan negara Islam. Malaysia kena berperanan dalam bidang ini.

Kepada pegawai bank yang selama ini kenyang makan "paw" pelanggan, berwaspadalah. Anda akan dikerah sebilang masa selepas 2012 untuk menjadi pegawai yang dibayar gaji oleh bank secara integriti. Bekerja untuk pastikan pelanggan yang dibiaya boleh bayar dan dapat untung daripada perusahaan. Pelabur dana dapat untung tidak kurang 15% setahun.

Anak EMAS Malaysia untuk Najib dan Muhyiddin ialah seorang rakyat Raja yang boleh tampung kos sara hidup pada kadar RM50,000 setahun pada tahun 2020. Maknanya, menjelang 2011, Najib kena tingkatkan peluang projek kepada RM500 billion hingga 2020. Bagaimana? Tentukan BNM di kalangan pegawai bekerja untuk negara dan hijrah. Bukan Gabenor BNM sahaja yang diberi tokoh maal hijrah 1431H. Yang lain heboh dok pekena "kuih paw" pelabur dana asing dan pelanggan.

Friday, December 17, 2010

Nik Aziz Beri Indikasi Setuju

1. Berpuluh-puluh tahun Nik Aziz dan pengikut taksubnya berjuang dalam politik menggunakan retorik agama untuk memenangi hati rakyat. Kononnya perjuangan mereka demi menegakkan Islam yakni melalui pelaksanaan hukum Hudud.

2. Namun sejak Parti Ajaran Sesat ini berpoligami dengan Parti Kencing Rakyat dan Dumb A** Party, tunjang perjuangan mereka dilihat semakin kendur. Tiada lagi laungan tegas janji bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud. Sedangkan jika mereka benar ikhlas mahu menegakkan hukum Allah, inilah masa dan ketikanya yang paling sesuai untuk menunaikan janji.

3. Kenapa sekarang? Kerana ketua mereka Anwar Ibrahim sedang nazak berhadapan dengan fitnah besar, dituduh melakukan liwat. Tuduhan melakukan liwat tanpa menampilkan saksi sama seperti tuduhan melakukan zina yang mana dalam hukum jenayah Islam ia dikenali sebagai Qazaf. Dan Qazaf ini adalah salah satu daripada tujuh kesalahan Hudud.

4. Namun melihat kepada sikap berdiam diri politikus PAS dalam hal ini, timbul beberapa persoalan. Pertama: Jika benar mereka perjuangkan hukum Hudud, dan jika benar Anwar difitnah melakukan liwat, kenapa tidak pula mereka lantang perjuangkan pelaksanaan hukum Qazaf? Kedua: Andai PAS mengiktiraf Anwar sebagai Ketua Pembangkang, mengapa bersikap acuh tak acuh sahaja dalam mempertahankan ketua mereka?

5. Apakah ini indikasi pemimpin-pemimpin PAS bahawa mereka sebenarnya menggunakan agama sebagai wadah memperalatkan rakyat? Sekaligus menunjukkan bahawa mereka tidak serius pun dalam hal pelaksanaan hukum yang berlandaskan undang-undang Islam. Apakah ini juga indikasi bahawa Nik Aziz dan konco-konconya sedar bahawa dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar bukanlah fitnah? Adakah ini juga bukti bahawa PAS hanya memperalatkan Anwar dan PKR untuk menguatkan benteng pembangkang sekaligus membantu mencapai angan-angan Mat Jenin mereka untuk memerintah negara?

6. Apapun persoalannya, yang jelas, keadaan Anwar ini seumpama senjata makan tuan. Manakala PAS pula membuktikan betapa matlamat menghalalkan cara, sedangkan kaedah ini amat bercanggah dan terkutuk di dalam Islam. Mana mungkin mereka akan mampu mempertahan dan menegakkan Islam di bumi Melayu ini tatkala cara mereka tidak sedikit pun berbeza dengan puak Yahudi dan Nasrani.

Samurai Business

Pengalaman Pak Sedaro berkunjung ke Negara Matahari Terbit amat relevan dalam perbincangan samurai bisnes ini. Kota tua Kyoto, Nagashima, Osaka, Okayama, Ishikawa serta Fukushima ialah wilayah pelajaran samurai yang wajar dikongsi.

Bagaimana ikon korporat dan bisnes role model Jepun menjayakan perusahaan mereka? Amalan bushido dan pemikiran samurai merupakan kandungan utama "Japan Harvard Business School".

Seawal jam 0630 pagi, tidak kurang 30 orang CEO dan MD akan berkumpul untuk memulakan kelas akido dan kendo mereka. Mereka akan diindoktrinasi dengan perilaku seorang Panglima Samurai di zaman Shogun iaitu pemikiran pahlawan di tahun 1400-1884. Antara ilmu yang penting ialah:

1. Ketetapan membuat keputusan [Decision consistency].

2. Kejituan melaksana ukuran kerja [Precision in measurement].

3. Ketepatan masa [Wal-Asr]

4. Disiplin dalam mengurus masa kerja, masa makan, masa mesyuarat, masa sembang dan masa berjalan.

5. Strategi mentadbir gelagat pelanggan pelbagai karenah dan selera.

6. Strategi mengurus kakitangan yang di luar tabie seorang bangsa Jepun.

7. Strategi memastikan konsep "FIFO" dan "your dinner serve in front of your nose" juga "from garden to kitchen" dijadikan latihan dan amalan berterusan.

8. Ilmu 5S yang menjadi kayu ukur "benchmark" ISO hari ini, ialah hasil daripada kupasan samurai business taboo.

9. Teknik menumpas pesaing dan berenang bersama pesaing tanpa di makan hidup-hidup.

10. Strategi kamikaze dalam bisnes yang sengit.

11. Strategi memusatkan kawalan dan mewujudkan elemen YAKUZA dalam pasaran antarabangsa.


Hari ini di Malaysia ada Jusco, Isetan, Sony, Panasonic, Honda, Toyota, Mitsubishi dan sekian banyak perusahaan Jepun. Tidak mustahil akan hadir antaranya CEO bersifat samurai dan meletakkan seorang Yakuza dalam kalangan mereka sebagai pemantau untuk kepentingan Jepun.

Apakah usahawan dan konglomerat Malaysia berfikiran seperti mereka? Adakah usahawan Malaysia memusatkan sifat tanggungjawab kepada negara apabila berpencak di pasaran antarabangsa? Apakah wujud pasukan atau entiti Tuah atau Jebat dalam bisnes kita?

Kami menyarankan agar para sarjana dan ilmuan di negara ini mula melakukan hipotesis untuk mengadakan Budaya Kerja Tuah atau Jebat dalam konsep persyarikatan Malaysia. Budaya Kerja yang hebat dalam ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka, sehinggakan rakyatnya ketika itu tiada yang layak sebagai penerima wang zakat dan baitulmal di bumi Melaka, perlu diterapkan kembali dalam budaya kerja rakyat Malaysia hari ini.

Banyak lagi ilmu samurai bisnes yang boleh kami kongsikan kepada pelayar blog ini. Namun melihat kepada senario sebahagian besar pembaca Paneh Miang yang ortodok politik murahan, maka Pak Sedaro rasa cukuplah memetik bait-bait ilmu bahawa Samurai Bisnes ialah petua yang diamalkan oleh Tan Sri Ali Hashim, mantan Pengerusi dan CEO Perbadanan Johor. Hari ini, budak Melaka bernama Azizan Osman yang digelar pakar tilik tarikh lahir telah menggunakan kitab bisnes Samurai. Tampak begitu galak Azizan buat harta dengan kehadiran ramai pengkagumnya yang bakal mencecah 100,000 orang.

Syed Mohktar Al-Bukhari pula pakai resepi sendiri. Cuma penasihat bisnes dia merupakan seorang warganegara berketurunan Siam iaitu Mr. Lim yang turut mengamalkan budaya bisnes Samurai. Andai dikupas menelusuri rintis sejarah Islam, kaedah Samurai Bisnes ialah pecahan daripada teknik perniagaan yang diamalkan oleh Nabi Besar Muhammad s.a.w. semasa baginda menjadi gembala kambing dan dipikat oleh Siti Khadijah untuk mengepalai kabilah bisnesnya dari Mekah ke bandar-bandar besar.

Begitu besar jasa kekasih Allah ini dalam bidang bisnes. Inilah makna nila yang baik setitik, maka beruntung dan kenyang manusia dek dulang susu yang penuh dzat dan khasiat. Sesapa yang berfikiran global, canailah ilmu samurai bisnes taboo dalam banyak tulisan.

Thursday, December 16, 2010

Menteri Benua Kaliangnga

Akhirnya Presiden MIC diberi takhta sebagai Menteri Penuh setelah sekian lama diketepikan sejak kalah di PRU-13. Beliau bakal menjaga kepentingan Malaysia di India dan negara-negara Benua Afrika, khusus dalam bab pembangunan infrastruktur, secara spesifik pembinaan jalanraya dan lebuhraya, pembangunan jambatan mega, pembangunan LRT, MRT, Monorel, Skyrel, Smart-Tunnel serta sebarang pembangunan yang relevan dengan ilmu Jabatan Kerja Raya.

Tahniah Abang Samy yang selama ini dapat undi di kawasan majoriti Melayu iaitu Sungai Siput. Tahniah Abang Samy kerana dapat buktikan bahawa anda seorang yang amat taat setia kepada Bumi Melayu. Tahniah Abang Samy kerana perkhidmatan anda sebagai Menteri Kerja Raya paling lama dapat melatih S.Palanivel sebagai seorang yang taat dan setia yang akhirnya bakal menjadi Presiden MIC. Palanivel ialah Setiausaha Politik S.Samy Vellu yang paling lama berkhidmat.

Nampaknya Samy Vellu bakal terima PSM tahun 2011 yang membawa gelaran Tan Sri atau juga diberi gelaran Tun pada tahun 2011. Tun S. Samy Vellu, tokoh Kaum India mewakili keturunan Tamil/Ceylonese/Telegu/Nalayalam/Keling dan sebagainya. Tun S.Samy Vellu akan berbisul ketiak bila di India kerana India diwarnai oleh lebih 250 keturunan atau suku kaum yang dinamakan Bangsa India.

Najib sedang membuka ruang kepada pelaburan teknikal dan komersil dari India secara halus nampaknya. Pak Sedaro fikir ada beberapa perkara yang wajar diberi pertimbangan oleh bakal Tun Samy Vellu pada 2011 sebagai Duta Khas bertaraf Menteri Penuh Kerajaan Malaysia iaitu:

1. Tentukan kuota 60% usahawan fasiliti Malaysia ialah di kalangan Melayu dan 40% bolehlah diberi kepada kaum-kaum lain.

2. Tentukan kuota 60% pelaburan didanakan terus ke lokasi di mana calon pilihanraya MIC bertanding, manakala bakinya bolehlah disalurkan ke tempat lain kerana rekod menyatakan semua lokasi calon MIC bertanding ialah di kawasan majoriti 65% orang Melayu. Maka akan ramai Melayu yang peroleh lebih manfaatnya.

3. Tentukan tiada lagi rumah ibadat Hindu dibina sesuka hati di negara ini kerana orang India yang berhajat untuk mengerjakan umrah dan haji hindu dengan mudah boleh ke Ganges dengan kelebihan yang dimiliki Tun Samy sebagai Duta Khas, termasuk kaw-tim dengan Tony Fenandez (Air Asia) untuk mengangkut jemaah hindu ke negara asal bagi menunaikan ibadat mereka.

4. Pastikan Tun Samy Vellu wujudkan Yayasan Rakyat 1 Malaysia dengan modal DANA USD1 billion, kerana anda sudah sedia ada kekayaan yang melimpah ruah di India termasuk jaringan kekayaan anda di luar negara.

Nampaknya, gagasan Samy Vellu akan lebih termakbul kerana Kolej TAFE akan makin gah. Kemungkinan akan dibina pula Universiti Antarabangsa India di Malaysia dengan menghimpunkan semua cendiakawan dan ilmuan India, baik Islam mahu pun bukan Islam di Malaysia. Kedai Mubaraq Tekstil di Kuala Pilah mungkin boleh bantu kerana moyangnya dulu adalah seorang Canselor Universiti Islam di India. Abang Samy ini cerdik orangnya.

Dia sentiasa sokong Tun Mahathir. Apa yang Tun Mahathir fikir, dia akan pastikan terlaksana. Nampaknya misi merealisasi Jambatan Scenic Johor-Singapura merupakan misi pertama Tun Samy. Senyum lebar Gerbang Perdana Sdn Bhd. Yahya Jalil akan kembali kaya.

Sejarah Disember 2010 merupakan catatan penentu kepada Perkara 153 dan tamadun Bangsa Melayu sebagai bangsa teras. Inilah juga petanda PRU-13 semakin di gigi kali.

Wednesday, December 15, 2010

Zoo Parlimen

Pandikar Amin tak senang duduk dipulun oleh monyet-monyet di zoo bukit parlimen. MP Jelutong dan Batu Gajah ialah MP DAP yang terkenal sebagai ungka dan siamang kurap yang sekian lama mengintai peluang untuk mencaca-marbakan Parlimen.

MP Permatang Pauh sudah digantung 6 bulan. Dia guna peluang digantung, untuk rapat umum membentang perisai pertahanan akibat serangan Wikileaks kepada dia. Misi 14 Disember hingga 19 Disember hatta sampai 31 Disember 2010, ialah misi membersihkan najis mughaljah yang dipalit ke muka Anwar oleh CIA dan agennya, rakan kongsi Anwar di The Future Foundation. Maknanya Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat ialah Lim Kit Siang. Nak diharapkan Karpal Singh yang terpeletok atas kerusi roda, sudah hilang wibawa sebab un-fit.

Mungkin ada juga AP Pembangkang yang berhajat nak angkat Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang. Tapi malangnya PAS tak cukup kerusi majoriti kumpulan penyamun Dewan Rakyat.

Namun demikian, pasukan back-benchers yang terkenal sebagai pasukan penyokong kerajaan yang lemah-longlai, disebabkan Kinabatangan dah dapat tilam ompok di rumah bini baru. Bintulu pula tak boleh membising membuta tuli kerana mulutnya telah di gam dengan kisah PKFZ dan jet peribadi yang dah di sita. Yang tinggal boleh diharap ialah Sri Gading, Pak Aziz si kuda tua lelah yang berseorangan memulun. Nak diharapkan Khairy, dia hanya budak suruhan Kalimullah dan geng-geng peti bersurat Abdullah Badawi.

Kerusi mertua kesayangan Khairy yakni Kepala Batas, tak pernah pula hadir di persidangan Parlimen lepas letak jawatan Perdana Menteri. Hanya pandai mentekedarah elaun buta Ahli Parlimen setiap bulan. Ada anak Mohamed Rahmat, si Jazlan pula asik dok pening nak selesaikan isu-isu UDA Holdings Berhad dan hartanah dalam KL...nak pulun 1MDB dan sebagainya. Siapa lagi budak suruhan Kelab Penyokong Kerajaan?

Mereka dari Pribumi Sabah dan Sarawak ambil sikap menikus dan melepak sambil makan upah bulanan buta sahaja di Parlimen. Barisan Kabinet pula, bila menjawab soalan maut dan cepumas, ramai yang kantoi, seolah-olah penulis jawapan pun kaki sabotaj menteri masing-masing. Siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat dalam Parlimen ini?

Pak Sedaro cadang supaya Ahli Parlimen BN, mula siap siaga dengan mewujudkan:

1. Dua orang Pegawai Parlimen khas yang dibayar gaji setinggi RM5,000-RM7,500, khusus untuk buat kajian dan mengenalpasti keperluan jawapan bertulis oleh Menteri. Baca semua hansard sejak 1966 kerana banyak lagi perkara yang Kerajaan Persekutuan janji, tapi masih gagal dilaksanakan.

2. Tentukan pintu Parlimen mula dibuka seawal jam 6 pagi, agar pemegang kad-kad kuasa tertentu boleh memasuki Parlimen untuk buat persiapan rapi. Setiap Kementerian mesti memusatkan Pegawai Bertaraf Jusa C atau B sebagai pegawai kanan untuk kenalpasti segala masalah dan teknik menjawab.

3. Tentukan Ahli Parlimen yang berhajat menjadikan parlimen sebagai pentas Zoo, diberikan kad merah dan digantung selama 1 minggu dan tidak boleh diberikan ruang untuk sebarang sidang media di luar Dewan Parlimen. Mereka semakin biadab bila media beri ruang temuramah.

Marhaban Zoo Bukit Parlimen. Anda ahli Parlimen yang memalukan rakyat Malaysia.

Tuesday, December 14, 2010

Anak Razak Iktiraf PM

Akhirnya anak Tun Abdul Razak Hussein yang kini berada di kerusi eksekutif Perdana Menteri Malaysia ke-6, telah mengiktiraf beberapa inisiatif yang patut diambil tindakan oleh Kerajaan Persekutuan. Nampaknya barisan pekerja setianya di Perdana Putra telah menelaah laman Paneh Miang.

Daripada sumber risikan Pak Sedaro, difahamkan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO telah diberi amaran lampu kuning untuk berubah atau dia akan rebah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Perlis, Kelantan serta Selangor sedang giat dipulun dan memulun tindakan bistari agar hubungan human relation semua Ketua Bahagian UMNO kembali aman dan damai.

Pengerusi BN juga telah memberi amaran (bukan amaran keras macam sepupunya) kepada semua rakan bersekutu dalam BN, agar tiada lagi perihal cucuk-menyucuk isu sabitan Hak Ketuanan dan Kedaulatan Melayu, mengungkit isu berkaitan Perkara 153, termasuk isu Perkara 3, Perkara 10, Perkara 11 dan Perkara 12 yang saling berkait antara satu sama lain, Rakan sekutu dalam BN juga diingatkan agar jangan bermain api perihal Perkara 181 dan Perkara 182, kerana perbalahan istana dan hal dalam kain istana bukannya aset perdebatan awam.


Najib telah menyentak kakitangannya di Putrajaya supaya ambil beberapa input yang dilontar oleh Paneh Miang dalam banyak penulisan. Tempohari Setiausaha Politik Najib, Shahlan Nasution Ismail, Suffian Awang, Dr. Mae, Phantom Politician Alies Nor dan Foad Jelani telah mencari dan menelefon Paneh Miang untuk memperoleh beberapa pandangan grass root dan pedoman meneropong minda rakyat.

Gamaknya, Muhyiddin juga sedang menyorong mood yang sama. Feriz Omar sedang terkial-kial mengintai ruang mendekati Paneh Miang. Dah den kobarkan dulu, tak maun nak cayo. Kok bertunas dah berpucuk. Kok berputik dah berbuah.

Cumo sodihnyo Laman MukaBuku (fanpage) Paneh Miang dah kena hack sampai hilang habih sumo. Sapolah gamaknya yang dengki...

Monday, December 13, 2010

Sejarah Kastam Malaysia 1

Berdasarkan artikel sebelum ni, maka aku merasakan bahawa kita sewajarnya mengenali fungsi Kastam Malaysia dengan lebih dekat. Sejarah penubuhan Kerajaan Beraja membuktikan Raja yang mengetuai kerajaan akan melantik para pegawai Kastam bertugas memungut cukai di jajahan takluk baginda. Sejarah Kerajaan Beraja juga menunjukkan, apabila jatuhnya seorang Raja, maka akan lenyaplah sebuah kerajaan milik Raja tersebut. Andainya seseorang Raja dijatuhkan bertindak melarikan diri dari istana, maka para pengikutnya, termasuk pegawai-pegawai Kastam, akan lari mengikut Raja mereka. Jika Raja yang tidak berkerajaan itu menemui pula sebuah penempatan lain dan berjaya menjadi Raja baru di situ, maka hamba sahayanya, termasuk pegawai-pegawai Kastam akan kembali berkhidmat kepada baginda.

Sesungguhnya, para pegawai Kastam akan berkhidmat kepada kepada seorang Raja atau warisnya sahaja, sehinggakan anggota Kastam ini pernah digelar sebagai budak-budak raja. Atas kesetiaan yang ditunjukkan itu, maka teramat wajarlah pada 29 Oktober 1963, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menganugerahkan Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia dengan gelaran Diraja. Anugerah itu diterima oleh Encik Abdul Rahman Ariffin, Ketua Kastam (Customs Comptroller) pada masa itu.

Di Malaysia, sejarah Kastam dapat dikesan dengan merujuk kepada aktiviti perdagangan yang pernah berlaku pada masa dahulu. Susur galur percukaian, kaedah kawalan dan bentuk kutipan cukai Kastam telah pun terserlah pada zaman Kerajaan Kedah Tua pada abad kesembilan, sehinggalah zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang kerap dijadikan titik mula untuk menyelusuri sejarah sesebuah organisasi awam di Malaysia, termasuklah Jabatan Kastam.

Dalam sistem Kesultanan Melayu Melaka, pentadbiran Sultan yang berkuasa mutlak telah dibantu oleh pembesar-pembesar istana yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Temenggung. Peraturan laut, pelabuhan serta hal-hal berhubung cukai terhadap barang dagangan telah dikuatkuasakan terhadap saudagar-saudagar asing dan peniaga tempatan. Pemungutan cukai dikawal oleh Penghulu Bendahari yang tugasnya adalah; "...the chief of Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officers and looked after the palace building and equipment." - Wilkinson, R.J.W., "The Melaka Sultanate", JMBRAS (vol.xiii-Pt.2, 1935, hlm.31)

Bersambung........

Rosmah Ikon Muslimat PAS

Rosmah Mansor hakikatnya adalah ikon PAS kerana sering dijadikan tajuk berita Haprak Daily. Haprak Daily melaporkan hampir 10 mukasurat tentang kehandalan Rosmah Mansor, iaitu isteri Najib yang disifatkan sebagai 'role model' wanita PAS. Hebat betul Kak Rosmah ini.

Rosmah kena sedar bahawa tindakannya yang di luar kawalan penasihat Perdana Menteri amat merbahaya dan boleh meruntuhkan legasi kepimpinan Putra Perdana. Bila mana Najib sakit kerana chicken pock, Rosmah pula dilihat sibuk bertugas, lagaknya seperti pemangku kepada jawatan Perdana Menteri. Memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, andai Perdana Menteri uzur, maka Timbalan Perdana Menteri perlu menjalankan segala urusan negara, dan Timbalan Perdana Menteri juga perlu melantik beberapa orang menteri kanan untuk membantu urus sekunder berkaitan negara.

Sepatutnya, pemangku kepada Perdana Menteri adalah Timbalan Perdana Menteri dan bukannya isteri atau cinta hati seorang Perdana Menteri. Rosmah Mansor kini sedang dinilai dan dicontohi kerana PAS+DAP+PKR akan menggunakan pendekatan yang sama dalam pengurusan tadbir negara andainya mereka berjaya selepas PRU-13 untuk menduduki Tingkat 5, Blok Tengah, Perdana Putra.

Rosmah telah mempercepatkan proses 100 fail reput untuk Najib. Hakikatnya, Rosmah kini berada di tangga pertama sebagai instrumen kehancuran sebuah institusi Perdana Menteri.


Tetapi yang menghairankan, PAS pula bertindak menulis pelbagai halaman dalam Haprak Daily dengan menggambarkan Rosmah sebagai simbol kehandalan seorang isteri mithali. Apakah sebenarnya strategi yang sedang dimainkan oleh PAS?

Wahai kak Rosmah ku sayang, kak Rosmah masih berpeluang menemui jalan pulang. Maka pulanglah segera ke akarmu. Kembalilah sebelum terlambat, selagi pintu taubat masih terbuka untuk insan yang hebat sepertimu.

'Tahniah PAS' kerana input Rosmah Mansor sebagai IKON Muslimat PAS 2011.

Sunday, December 12, 2010

Gaji Kastam pun patut naik...

Baru-baru ni aku terserempak dengan member sekuliah masa di UiTM dulu. Segak member aku ni yang bertugas sebagai anggota kastam, beruniform siap dengan paku dan crown nya sekali. Mamat ni bertugas di sempadan negara dan tak perlulah aku nyatakan tempat beliau bertugas. Biasalah, bila jumpa kengkawan yang kojo kastam ni, ramai lah yang cuba menghimpit. Ada yang bertanya pasal mercun, rokok, handset dan pelbagai barangan lain yang memang biasa dirampas oleh kastam. Member aku ni senyum sumbing je bila ditanya macam tu sebab menurut beliau, anggota kastam tidak boleh mengedarkan barangan rampasan sesuka hati kerana barangan yang dirampas itu akan dijadikam bahan bukti. Barulah kami tau yang member ni sedang dalam mode standby selama 24 jam.

Ada jugaklah yang mengusik, bila dah bekerja 24 jam ni mesti gaji dan elaun pun besar. Silap-silap lebih tinggi daripada gaji polis dan tentera. Member yang kerja kastam ni tadi dengan muka selamba je menjawab, "Gaji polis dan tentera lebih besar daripada gaji kastam." Aku dan member-member lain yang mendengar pun terperanjat. Bagaimana sebuah jabatan yang telah dianugerahkan Gencana Diraja, agak ketinggalan dari segi struktur gaji berbanding polis dan tentera? Apakah tidak memadai dengan taraf kastam sebagai pemungut hasil kedua tertinggi negara selepas LHDN?

Mungkin ramai tidak nampak jasa-jasa anggota kastam dalam tugas pencegahan penyeludupan yang telah menyelamatkan berbillion hasil negara sehingga ada yang terkorban nyawa. Sedangkan kita tahu bahawa kastam juga bertugas 24 jam di sesetengah pintu masuk negara contohnya di Tambak Johor, Bukit Kayu Hitam dan berbagai tempat lain bagi memastikan perolehan negara bertambah. Mungkin juga disebabkan persepsi ramai terhadap imej kastam yang digambarkan sebagai korup. Biasalah...dalam hidup ni orang hanya menyebut tentang kekurangan sahaja tanpa mempedulikan jasa dan kebaikan yang dilakukan.

Apa-apa pun, aku dan rakan-rakan amat bersimpati di atas nasib member kami itu. Apabila membaca akhbar Berita Harian yang melaporkan Kementerian Pertahanan sedang menimbangkan pelarasan gaji Tentera agar sekurang-kurangnya sama dengan polis, maka aku rasa sudah tiba masanya untuk Kementerian Kewangan melakukan sesuatu bagi menjaga pula kebajikan anggota-anggota Kastam supaya mereka lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas sebagai pemungut hasil negara dan pencegahan penyeludupan. Janganlah hanya kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Dek kerana segelintir anggota kastam yang korup, maka habis segala jasa dan pengorbanan anggota yang amanah dan dedikasi telah dilupakan begitu saja. Lu fikirlah sendiri.....

Calon PRU-13

Spekulasi tentang PRU-13 makin menjadi-jadi. Pak Sedaro suko juga menyibuk menelaah PRU-13 ini untuk memahami siapa sebenarnya calon pilihan rakyat dan pengundi berdaftar.

Pak Sedaro fikir sudah tiba masanya UMNO di semua Bahagian buka hati dan akal budi dalam memilih supaya calon-calon yang bistari dan punya sifat perwakilan kepada rakyat serta sahabat kumpulan pemujuk politik sebelum dinobatkan sebagai calon. Apokah kriteria yang wajar dipertimbang:

1. Seseorang yang berumur antara 30 hingga 50 tahun.

2. Seseorang yang sanggup turun ke gelanggang rakyat di desa, sawah, taman, padang permainan, dusun serta perkampungan terpencil dan terpinggir.

3. Seseorang yang sanggup bangun seawal jam 4 pagi setiap hari untuk bersama rakyat sebelum panggilan azan subuh di surau dan masjid.

4. Seseorang yang sanggup jumpa rakyat seawal jam 7.30 pagi di pejabat ADUN, mahu pun di Wisma Negeri, pusat pentadbiran Negeri.

5. Seseorang yang sanggup mencari Dana Rakyat tidak kurang daripada RM1 juta setahun, bukan daripada hasil perahan projek kecil Kerajaan, tetapi melalui sumbangan pemodal dan sahabat yang cinta akan bangsa dan tanahair. Mereka yang kaya raya di saran menyumbang kepada setiap Wakil Rakyat ini.

6. Seseorang yang sempurna keluarga, tiada konflik, aman damai, ikon pilihan dalam masyarakat serta bergiat aktif dalam kegiatan majudiri masyarakat.

7. Seseorang yang bijak mengurus, serta mempunyai pasukan kerja dan think tank sendiri yang dibiayai oleh para usahawan untuk kepentingan kawasan dan rakyat setempat.

Nampaknya UMNO kena menang kesemua 117 kerusi yang dipertanding olehnya. UMNO tiada pilihan selain mendengar suara rakyat setempat sebelum membuat keputusan memilih calon. Calon yang baghlal atau has been tidak layak menjadi calon UMNO lagi. Calon yang gagap, bengap, pencetus polemik, pencetus hasad dengki bila tidak tercalon, Ketua dan AJK Bahagian UMNO yang bongkak, pengamal adu domba, songsang, berfahaman taslim, mahupun calon UMNO liberal berfahaman freemason, TIDAK LAYAK dipilih sebagai calon PRU-13, mahupun PRU seterusnya.

Kemaskini profil setiap calon yang berpotensi sebagai wakil kepada rakyat. Calon pula perlu kemaskini diri dan personaliti setiap yang tersasar aliran fikiran serta penerimaan rakyat kepada anda.

Kepada wakil rakyat semasa, anda belum pasti menjadi pilihan rakyat di PRU13 nanti. Kerana kebanyakan daripada anda adalah punca songsang tamadun PRU-12. Hari ini terlalu ramai wakil rakyat tidak kira daripada pasukan BN atau Pembangkang yang hidup menipu dan memakan duit rakyat. Malu melihat sebilangan besar keletah wakil rakyat di Malaysia hari ini yang berideologi "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan."

Saturday, December 11, 2010

Tuan sebenar di Malaysia...

Adakah wujud istilah Tuan Kaum-Kaum Lain di Malaysia? Hari ini rantaian nilai harga barang di negara ini ditentukan oleh Kaum-Kaum Lain yang terdiri daripada bukan Melayu. Rantaian nilai kepada produk import dan eksport juga ditentukan oleh kartel Kaum-Kaum Lain.

Rundingan pembiayaan kewangan atau pinjaman komersil di bank komersil, mahupun di bank yang berorientasikan kerajaan juga didalangi oleh usahawan-usahawan kiasu daripada Kaum-Kaum Lain. Meja perundingan harga dan tender, turut ditopeng oleh Kaum-Kaum Lain di sebalik nama seorang pengerusi syarikat atau pengerusi mesyuarat tender berketurunan Melayu. Pengerusi syarikat itu Melayu pun kerana disyaratkan oleh kerajaan di bawah DEB sejak sekian lama.

Hari ini yang melabur besar dalam Bumi Melayu ialah Kaum-Kaum Lain. Mana anak-anak Melayu yang dilahirkan di zaman Tun Mahathir melalui Dasar Persyarikatan dan Penswastaan? Di mana anak-anak Melayu yang diacu oleh Daim Zainuddin? Apakah wujud generasi kedua dan ketiga konglomerat Melayu?

Jika usahawan besar Melayu sanggup pulangkan 5% daripada Aset Tunai mereka ke dalam Tabung Membina Legasi Melayu Niaga di bawah payung Dana Terbuka Perdana Menteri Malaysia [khusus Perkara 153], maka tidak kurang daripada RM10 trillion akan dapat dikumpulkan menjelang tahun 2020. Dan ini tentunya akan merancakkan proses pembangunan sumber manusia dan sosial ekonomi kepada 29.255 juta warganegara Malaysia.

Tuan Kaum-Kaum Lain hari ini semakin rancak mewujudkan Yayasan berasaskan keluarga dan etnik masing-masing. Dipercayai nilai terkumpul Dana Kaum-Kaum Lain sudah mencecah RM100 billion di Malaysia. Dana Terbuka di Negara Asing yang dikumpul oleh mereka kini ialah RM3 trillion. Hari ini siapa pun dalam kelompok Kaum-Kaum Lain, berkemampuan untuk berniaga di mana sahaja projek pembangunan komersil yang baru. Shopping Mall di Genting World Resorts, tidak kelihatan kelibat usahawan makanan dan operator Melayu di sana. Apatah lagi hendak mencari makanan halal di luar premis KFC atau sekufu dengannya.

Tuan Kaum-Kaum Lain menguasai semua projek pembekalan bahan pembinaan bermula dari Gudang di pelabuhan, hinggalah ke pintu jamban dan reban seorang Melayu. Walau apa jua bentuk dana di SMIDEC, atau dana Melayu daripada Kementerian Kewangan, termasuk pegawai PTD di semua Kementerian dan Jabatan yang ditawarkan; tetapi natijahnya masih ramai yang hanya bangga menjawat jawatan kerana dapat makan duit haram yang rancak ditawar oleh Kaum-Kaum Lain dan munafiq Islam berketurunan Melayu. Apakah ia benar? Biarlah yang makan cili terasa pedasnya!

Hari ini Rosmah Mansor juga sedang didodoi dengan lagu-lagu yang membutakan Najib. Ingatlah kisah rumah kecil, tiang seribu. Kisah dan teladan Seorang Tua di Kaki Gunung harus dijadikan pengajaran yang besar kepada Rosmah Mansor agar Negara ini Aman, Damai dan Sejahtera fid dunya, wal Akhirah.

Pak Sedaro amat sedar bahawa Tuan Kaum-Kaum Lain sedang merombosi tembok-tembok Perdana Putra melalui permaisurinya. Moga Allah berikan hidayah dan rahmah kepada Bumi Melayu dan pemimpinnya.

Friday, December 10, 2010

Tuan Melayu

Akhbar berantakan sosial HARAM JADAH a.k.a. Harakah, kembali dengan kupasan-kupasan fahaman Syiah tentang Tuan Melayu. Akhbar arus perdana sedang digasak editorial mereka dengan kupasan-kupasan titah daripada semua Raja Melayu yang memberi amanat dan titah khusus semasa Sambutan Maal Hijrah yang menekan konteks keTuanan Melayu.

Gamaknya, geruh DYMM Sultan Selangor amat benar dan tepat masanya. Di mana Tuan Melayu? Apakah makna keTuanan Melayu?

24 Ogos 1511 ialah tarikh kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Islam Melaka, yang dikenang juga sebagai "Perang Salib Ketiga". Runtuhan Kota Melaka telah dirancang dengan rapi oleh bangsat-bangsat Portugis bermula 1492, selepas kekalahan mereka dalam Perang Salib Kedua.

Pada 1927, Parti Koumintang di China menyebar dakyah Komunis ke Bumi Melayu. Pada 1933, Parti Komunis Malaya ditubuhkan secara rasmi.

KeTuanan Melayu telah banyak dihujahkan dalam blog ini. Apo yang Pak Sedaro lebih minat ialah mengupas Tuan Melayu dalam perspektif berbeza dan di luar konvensional.

Tahun 1995-1997, semasa Anwar Ibrahim Insan Terlaknat diberi tugas sebagai Menteri Kewangan Malaysia, dia telah menolak wawasan Tuan Melayu! Dia sedang menghimpun harta dan bersekongkol dengan regim Zionis yang berpangkalan di White House. Rahsia perbuatan dan gerakan liciknya telah dihidu oleh Tun Mahathir pada Mac 1995. Maka terkumpullah ratusan laporan dan fail-fail yang dikelas sebagai RAHSIA BESAR, SULIT DAN RASMI berwarna MERAH.

Tahun 1998, Che Det memecat Anwar setelah Anwar diberi ingatan dan pesanan untuk undur diri secara terhormat. Anwar mambantah Che Det dengan biadab dan sungguh bedebah sekali. Che Det kena guna khidmat Ibrahim Ali si katak dari Pasir Mas, kerana Ibrahim ini begitu rapat dengan Anwar. Turun-naik Ibrahim Ali dari Seri Perdana ke Bukit Damansara untuk berunding dan menyampai pesan Che Det kepada Anwar. Anwar yang sudah naik nafsu syahwat kerana gilakan kerusi Perdana Menteri, sanggup melawan Che Det. Ternyata Anwar seorang yang LUPA DARATAN, TIDAK BERSYUKUR DAN AMAT KURANG AJAR. Sedarkah Anwar bahawa Che Det yang bawa dia masuk politik UMNO dan kerusi Timbalan Perdana Menteri?

Di mana Tuan Melayu? Anwar Ibrahim telah ranapkan legasi keTuanan Melayu sejak dia memasuki kabinet Malaysia semasa dia Menteri Belia dan Sukan, sebuah kementerian yang mengabiskan duit sahaja waktu itu. Ketika Anwar Menteri Pendidikan, dia belasah betul-betul segala projek dan mula memperkenal model pengajian yang meracuni zarah-zarah fikiran umat Malaysia melalui program-program indoktrinasi halus karya Hitler.

Hari ini Malaysia masih beruntung kerana misi Anwar untuk merobek institusi Raja-Raja Melayu belum sampai ke titik permulaan. Anwar yang berketurunan Keling, baik sebelah bapa dan emaknya, yang langsung tiada darah Melayu, bercita-cita menjadi Perdana Menteri Keling bermuka cerah...ganjil sekali kedudukan ini.

Pak Sedaro fikir, keTuanan Melayu hari ini hanya legasi purba yang dimomok bagi maksud politiking semata-mata. Bangunlah dan Berlarilah wahai Bangsa Melayu untuk kembali di persada dunia.

Tuan Melayu mesti kuasai POLITIK, ILMU, DUIT. Apakah kekuatan 17.538 juta Melayu (66.8%) VS Kaum-kaum Lain 8.717 juta (33.2%) akan ditentukan oleh 33.2% golongan minoriti itu? Apakah makna Tuan Melayu jika 24.5% daripada 33.2% kaum bukan bumiputra itu masih tamak haloba, hanya tahu mentekedarah wang di Bumi Melayu dan kini berhasrat pula untuk derhaka kerana ingin berkuasa di negara ini sepertimana sahabat mereka menguasai Singapura?

Jadi dimanakah sebenarnya konsep perkongsian untung atau perkongsian sosio-ekonomi?

Thursday, December 9, 2010

Nasib 2011

3 Januari 2011, maka ramailah rakyat mengeluh kerana terpaksa berbelanja untuk tujuan persekolahan anak-anak, pengajian anak-anak di Universiti, perbelanjaan bulanan logistik dan makan minum para pekerja di Putrajaya, di bandar-bandar besar dan kecil, petani mengurus belanja di desa dan perkampungan nelayan serta kampung orang asli.

Apakah cukup dengan RM1000 gaji asas seorang pekerja bujang? Apakah cukup RM1000 gaji asas seorang pekerja untuk menanggung seorang isteri? Apakah cukup RM1000 gaji asas seorang pekerja menampung isteri dan seorang anak? Apakah cukup RM1000 gaji asas seorang pekerja menanggung isteri dan 2 orang anak atau lebih?

Gaji RM1000, dibelanja sebulan untuk bayar tiket bas RM 4 x 24 hari kerja = RM96 [100.00]

Belanja makan minum RM5 [sehari sekali] x 30 = RM150.00

Belanja sewa rumah RM400 [ruang bilik] sebulan = RM400.00

Belanja bayar bil telefon, air dan elektrik sebulan = RM200.00

Simpanan khusus sebulan = RM100

Simpanan tabung haji/asb= RM50

Insan seperti ini umpama tiada kehidupan selain terpaksa mencari wang tambahan sebelah malam, atau merompak, menyamun, menipu dan sebagainya. Insan ini tiada belanja beli suratkhabar, atau internet atau sambung belajar kelas malam, kelas ikuti fardhu ain serta kifayah di masjid kerana pergerakan kena naik bas. Dia masih bujang dan tiada tanggungan. Bila masanya dia nak kahwin atau dibawa lari untuk berkahwin?

Seorang berpangkat prebet Dabus dalam ATM hari ini memperoleh gaji bulanan tidak kurang RM1500.00, manakala berpangkat Sarjan sudah RM3,450.00. Apakah seorang berpangkat Konstable cabuk dalam PDRM juga beroleh gaji bulanan yang sama dengan Prebet Dabus?

Seorang yang kerja di kilang sedang diperah keringat oleh "tauke-tauke" yang tahu dia sahaja KAYA dan MEWAH, tetapi kuli masih peroleh ganjaran bulanan yang sama?

Omar Osman, Presiden CUEPACS sedang mencari lubang untuk minta hadiah "Christmas Spending" daripada Menteri Kewangan. Kalau dia berjaya dapat RM1000 tunai untuk setiap anggota pentadbiran awam hingga gred di bawah 41, maka satu kejayaan lagi untuk mereka. Tapi apakah berbaloi nilai RM1000 ini?

Nasib 2011 sedang ditunggu sebagai penantian terseksa oleh ramai rakyat. RON95 kini RM1.90 seliter. Menjelang Sambutan Tahun Baru Cina, akan banyak lagi harga barang makanan dan produk asasi di pasaran Malaysia akan meningkat. Apakah strategi Najib? Dia lupakah pesanan Che Det untuk guna RM50 billion yang ada sebagai "stimulus ekonomi Negara"? Dia lupakah bahawa tanpa aliran tunai dan kecepatan pusingan tunai di pasaran ekonomi Malaysia, maka kedudukan sektor peruncitan dan pemborongan akan kuncup dan tegang?

Kerajaan Malaysia kena fikir sejumlah wang yang sedang terkorban kerana spekulasi dan lambatnya BNM buat keputusan pelaburan oleh pelabur dan pendana asing untuk masuk ke Malaysia. Gabenor BNM Tokoh Maal Hijrah, apakah hijrah BNM untuk pecutan ekonomi dan kedudukan kewangan pelabur Negara ini?

Wednesday, December 8, 2010

Akhirnya...dia cakap Melayu


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010M kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sempena sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat kebangsaan. Tahniah Zeti. Akhirnya dapat dengar Zeti bercakap bahasa Melayu di media elektronik. Sebagai Gabenor Bank sebuah Negara Islam yang menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, diharap Zeti akan lebih kerap menuturkan bahasa tersebut pada masa akan datang. Tambahan pula, Bahasa Melayu adalah bahasa utama dunia Islam hari ini.

Ingatan kepada ahlul-ahlul Parlimen yang pelat bertutur bahasa Melayu atau kerap bertutur dalam bahasa Inggeris semata-mata ingin menutup kelemahan bercakap bahasa Melayu, selagi anda tidak fasih berbahasa kebangsaan, maka selama-lamanyalah anda akan dianggap sebagai PENDATANG!

Selanjutnya di sini.

Saturday, December 4, 2010

Negeri Pimpinan PR Bakal Terima Subsidi

Umum mengetahui bahawa kerajaan telah mengurangkan nilai subsidi untuk beberapa bahan tenaga dan bekalan penting seperti petrol dan gula. Penarikan subsidi ini bermakna rakyat perlu menanggung sendiri keperluan hidup mereka pada harga yang lebih tinggi. Keadaan ini mengundang rasa tidak senang terutama bagi rakyat yang tidak mampu menilai rasional pengurangan subsidi tersebut. Ditambah pula dengan hasutan dari pihak pembangkang yang bermain politik dangkal.

Sungguh ironi apabila pembangkang dari satu sudut begitu rancak menyalahkan kerajaan kerana tidak menyediakan rakyat untuk lebih progresif dan berdaya saing, dan kononnya kerajaan tidak percaya kepada kemampuan sebenar rakyat. Tetapi pada masa yang sama menghasut rakyat untuk terus bergantung kepada subsidi kerajaan, mengharapkan tongkat untuk terus hidup, dan apabila subsidi ditarik, kerajaan telah berlaku zalim dan jahat. Itulah hebatnya 'auta' mereka.

Pembangkang kini sebenarnya makin tersepit kerana tindakan kerajaan mengurangkan subsidi, bermakna meningkatkan beban mereka. Beban yang terpaksa mereka galas untuk membuktikan mereka mampu memberikan yang lebih baik kepada rakyat berbanding kerajaan BN. Oleh kerana pembangkang telah melabelkan kerajaan BN sebagai penyamun, untuk menjadi wira, mereka seharusnyalah menyelamatkan rakyat dengan mengambalikan semula hak yang kononnya telah dirampas.

Apakah hak itu? Dalam kes ini, ianya nilai subsidi yang telah ditarik balik oleh kerajaan BN. Dalam erti kata lain, untuk membuktikan PR adalah wira penyelamat rakyat, melalui kerajaan-kerajaan negeri taklukan mereka, mesti membayar nilai subsidi yang telah dikurangkan oleh kerajaan kepada para peruncit yang menjual gula dan stesen-stesen minyak. Dengan itu, rakyat di negeri-negeri tersebut, tidak perlulah menanggung keperluan hidup pada kadar yang lebih tinggi. Namun sayangnya, mereka hanya memperbodoh rakyat dan hanya tahu menyalak, tanpa memberikan satu penyelesaian alternatif pun. Malah yang mereka buktikan tiada lain sebenarnya untuk hidup, mereka juga sangat bergantung kepada kerajaan BN.

Berbalik kepada isu pengurangan subsidi minyak dan gula, kita harus melihatnya dari perspektif yang lebih besar. Kesannya terhadap mutu kehidupan rakyat yang lebih mapan. Nilai tanggungan rakyat terhadap keperluan hidup mereka secara tidak langsung memaksa mereka untuk menjadi pengguna yang lebih berhemat dan rakyat yang bijak.

Dalam hal gula misalnya, nilai RM 2.10/kg akan memaksa rakyat Malaysia mengurangkan jumlah penggunaan harian/bulanan mereka. Ini pastinya baik dalam membantu usaha murni kerajaan mengurangkan masalah penyakit kencing manis dan obesiti yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Selama ini, kerajaan telah menanggung beban kewangan yang agak besar dalam menangani isu ini melalui perkhidmatan kesihatan, kempen hidup sihat, dsb yang dipandang enteng oleh majoriti rakyat. Rakyat yang bijak sewajarnya mampu melihat kesan domino terhadap pengurangan nilai subsidi gula ini.

Berkaitan subsidi bahan bakar pula, sewajarnya kita melihat kesannya bukan sahaja kepada rakyat, malah perlu melihat kepada efek yang lebih besar iaitu kepada Petronas yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada pembangunan negara dan kesenangan rakyat hari ini. Pengurangan ini bererti Petronas akan dapat menjana pendapatan yang lebih, yang mana akhirnya pendapatan ini disalurkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, penyelidikan dan pembangunan yang lebih mapan.

Sememangnya, dari sudut jangka panjang, pengurangan subsidi ini akan melahirkan rakyat yang lebih berdikari dan berdaya saing. Inisiatif kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru seharusnya memberi peluang untuk rakyat menjadi lebih kompetetif di peringkat nasional malah antarabangsa. Pun begitu, apabila rakyat sudah menerima hakikat ini, pihak kerajaan juga harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan sistem penyampaian dan pelaksanaan dasar/polisi ditransformasikan secara menyeluruh. 'Dont just talk but cant walk the talk!'

Kerajaan pimpinan DS Najib mesti lebih agresif dalam memastikan mutu perkhidmatan awam berada di tahap yang tertinggi, sama efisiennya dengan agensi swasta. Karenah birokrasi jabatan/agensi kerajaan dan penyalahgunaan kuasa eksekutif mesti diberi perhatian serius, dan tindakan sewajarnya diambil secara tegas. Perbelanjaan kewangan negara harus lebih berhemah dan bersifat mapan dan bukannya mementingkan permintaan individu yang tidak layak yang mempunyai agenda peribadi.

DS Najib mesti ingat, rakyat kini sudah celik minda, apatah lagi kerajaan sendiri akui ini bukan lagi zaman 'government knows everything', maka kuasa rakyat jangan dipandang sebelah mata. Pemimpin-pemimpin harus ingat, adanya anda semua kerana adanya rakyat, dan sesungguhnya suara rakyat suara keramat, sebagaimana keramatnya suara mereka menjatuhkan sebuah kolonial bangsat lebih 50 tahun yang lalu.

Friday, December 3, 2010

Najib kena masuk hospital lagi?

1. Bidang perkhidmatan kesihatan dan hospital bukanlah topik yang mendapat perhatian di kalangan bloggers. Perbincangannya tidak sehangat isu politik, hiburan, fesyen atau masakan. Namun sedar atau tidak, aspek kesihatan adalah yang paling penting untuk kita berikan perhatian demi meneruskan kesinambungan hidup di dunia ini. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin rakyat mahupun pemimpin akan dapat berdiri teguh memacu pembangunan, menunaikan tanggungjawab sebagai makhluk pilihan Allah untuk mentadbir bumi.

2. Baru-baru ini, sebaik sahaja DS Najib sembuh dari penyakitnya, beliau terus mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf Unit Rawatan Rapi di HKL. Mungkin itu hikmahnya PM kita jatuh sakit. Akhirnya PM kita sedar betapa teruknya kondisi HKL serta mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital kerajaan kepada rakyat. Apakah kita perlu mengharapkan agar DS Najib diwadkan pula di hospital-hospital kerajaan lain sebelum peruntukan yang sama dapat diberikan?

3. Sewajarnya, jika rakyat didahulukan, mutu perkhidmatan kesihatan perlu dipertingkatkan secara menyeluruh merangkumi bukan sahaja keadaan fizikal hospital-hospital di seluruh negara, malah aspek pengurusan hospital dan tenaga kerja juga perlu diberikan perhatian serius.

4. Sebagaimana yang kita tahu, doktor yang bertugas dalam perkhidmatan awam, adalah golongan pekerja yang paling tinggi 'workload' sedangkan bayaran gaji bulanan mereka tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan khidmat yang mereka berikan. Baru-baru ini, kecelaruan dalam hal perjawatan dan skim gaji doktor menjadi isu hangat apabila pihak JPA dengan sewenang-wenangnya menukar polisi kenaikan pangkat para doktor.

5. Kecelaruan ini dikhabarkan timbul kerana wujudnya 'arahan' daripada 'orang besar' untuk merombak struktur kenaikan pangkat demi memastikan seorang MO baru mendapat gaji yang tinggi. Dikhabarkan MO tersebut adalah saudara terdekat kepada seorang KSU. Akibatnya, MO yang belum sampai 5 tahun perkhidmatan telah berjaya naik dari DU 41 terus ke DU 48, dan DU 44 ke DU 52; sama seperti status seorang pakar padeatrik yang memiliki 'sub-specialist' dalam bidang tersebut. Ini bukan cerita rekaan namun ia berlaku di Hospital Perempuan Sultanah Zainab, Kota Bharu yang merupakan antara hospital paling sibuk dan sempit.

6. Inilah contoh karenah birokrasi yang berleluasa di Malaysia. Jika rakyat mahukan kemudahan, pengiktirafan, keselesaan, infrastruktur kelas pertama dsb dalam sesebuah agensi mahupun institusi, maka perlu tunggu pemimpin sakit macam Najib, perlu tunggu pemimpin turun kawasan, perlu ada Pak Sedaro dikalangan PTD yang berjawatan tinggi, atau bahasa mudahnya KABEL!

7. Struktur PTD perlu dirombak. Pemilihan pegawai PTD yang nerd, "yes bos", budak skema, angkuh etc. adalah cerminan mengapa sesebuah jabatan kerajaan selama ini tampak lemah, daif, kontang idea serta sering menjadi rungutan rakyat, dan yang paling terkesan apabila mereka membuat keputusan-keputusan yang jelas nampak bodoh di mata rakyat.

8. Perlu diingat, negara ini pernah ditadbir oleh bekas PTD yakni Tun Dol. Dan kita sendiri dapat merasakan kesan legasi yang ditinggalkan oleh mantan Pegawai Tadbir Diplomatik itu.

9. Penyudahnya...rakyat juga yang menjadi mangsa.

Thursday, December 2, 2010

Geruh Sultan Selangor

DYMM Sultan Selangor telah bertitah dengan terperinci akan tindakan kumpulan fasis Melayu yang dinakhoda oleh PKR melalui Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail dan sekutunya yang sedang mencurah petrol ke singgahsana Istana Raja-Raja Melayu.

Geruh baginda merupakan petanda bahawa pakatan sumbang PKR+PAS+DAP hanya akan bernafas kurang daripada 44 hari. Pak Sedaro percaya titah baginda Sultan Selangor akan disambut baik oleh DYMM Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Sultan Johor, DYMM Sultan Perak, DYMM Sultan Kedah, DYMM Raja Perlis, DYMM Sultan Kelantan, DYMM Sultan Terengganu, DYMM Sultan Pahang.

Inilah 9 buah kuasa Kerajaan Raja Berperlembagaan yang dipersekutuankan membentuk Malaysia bersama 2 Negeri Selat dan 2 Negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Majlis Raja-raja Melayu akan bersidang sedikit masa lagi. Sejak 2006 hingga 29 November 2010, tidak kurang daripada 100 isu panas yang dimainkan oleh pelbagai pihak, khasnya Kerajaan Bukan Barisan Nasional. Nampaknya MAGERAN mungkin tidak perlu, tapi kuatkuasa ISA yang berpaksi secara mandatori di bawah Kuasa-Kuasa Khas DYMM Raja-Raja Melayu, masih boleh dijayakan.

Ingatlah wahai umat Malaysia bahawa bumi ini merupakan Anugerah Allah, dan DYMM ialah anugerah dan kurniaan ALLAH. Mereka ialah manusia terpilih yang dicipta Allah untuk tujuan-tujuan khusus. Nasab dan Sanad mereka diberikan darjat tertentu. Moga Allah beri hidayah dan petunjuk agar jalan yang lurus dapat diurus oleh DYMM Tuanku Raja-Raja Melayu.

Wednesday, December 1, 2010

Serupa tapi tak sama...



Apakah perbezaan antara gambar atas dan bawah?




Lu fikir la sendiri...

Blog Archive