Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 30, 2014

Ancaman Kerajaan NSDK

Perkara paling MENDESAK, BERKEPENTINGAN AWAM DAN AMAT MUSTAHAK kepada sebuah Kerajaan ialah kalangan kumpulan Pengurusan Kanan yang patuh, taat dan setia kepada isme dan mekanisme pengurusan eksekutif sebuah Kerajaan baik peringkat Negeri mahu pun Negara (Persekutuan).

Sejak beberapa bulan, khabarnya setelah beberapa manusia pemimpin nombor satu di beberapa Jabatan Persekutuan yang beroperasi peringkat Negeri, khasnya Negeri Sembilan, difahamkan wujud teknik pemikiran berupa ancaman. Ancaman yang hampir sebagai seorang Agen Freemason. Bunyinya seperti tuduhan palsu, namun, melihat kepada prestasi mereka dalam jurusan perjawatan berkenaan, kelihatan banyak benarnya daripada kepalsuan.

Amalan bertakiyah menjadi ritual kepada mereka. Janji demi janji di depan pemimpin eksekutif negeri, misalnya di NSDK ialah YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, dilihat meyakinkan seorang YAB MB. Sebaliknya, di belakang YAB MB, mereka melakukan gerak kerja subversif.

Misalnya, mempersoalkan kredibiliti penjawat awam lain? Mempertikai penglibatan penjawat awam dengan Institusi dan Agensi Wibawa seperti JASA, Penerangan, MKN, BTN, IIM, sebagainya? Membenci gerak kerja yang disuntik mauduk fikirnya di Pusat Pemikiran Strategik Pendidikan misalnya oleh Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan, yang menjawab langsung kepada YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran.

Jika ini dilontarkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, bagaimana ye...? Pengarah JASA Negeri Sembilan apa pula jadi nya? Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Pengarah MARA NSDK, Pengarah SERANTA NSDK, Pengarah MKN Negeri Sembilan sebagainya...apa komen mereka? Siapa memantau tingkah fikir dan diskripsi gerak kerja senyap mereka?

Wujudkan Pegawai Eksekutif Integriti di bawah YAB Menteri Besar NSDK yang boleh bantu tugasan ini, mungkin.

Apabila semua menjadi kesalahan, kesukaran, kesulitan...apakah wujud proses belajar terus belajar? Pusat penyongsangan paling bahaya dan kritikal Jabatan Pelajaran Negeri di semua Negeri dalam Malaysia. Sebab itulah pemilihan seorang Pengarah Pelajaran mesti meniti tapisan keselamatan yang ketat dan strategik. Apakah Negeri Sembilan bakal mengalami nasib malang seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan?

Laporan PIBG daripada 100 buah sekolah dalam Negeri Sembilan menunjukkan bahawa "ada bau Bangkai Bernyawa" dalam Jabatan Pelajaran...kesian...kesian...

Proses pemutihan mesti dilakukan dalam tempoh 24 jam, supaya "bubur pulut hitam ini tidak menjadi BuBur Kelulut Hitam Berkilat"....Selamat mengecat Jabatan dengan Marine Blue...

Wednesday, April 23, 2014

Masanya PAS bersatu dengan UMNO

Pasukan Komunis DAP TIDAK AKAN BERSETUJU untuk meletak maksud Agama Islam Agama bagi Persekutuan. Hudud perlu persetujuan DAP.

KUALA LUMPUR 21 April - Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu terus berdepan kesukaran ekoran tiada konsensus dalam kalangan sekutu pembangkang berhubung isu tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaannya.

"Pendirian pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah.

"Di bawah pembangkang, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar," katanya dalam kenyataan menerusi laman blog beliau di http://limguaneng.com hari ini.

Beliau menambah, dasar bersama dan manifesto pembangkang tidak memuatkan pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam.

Jelas Guan Eng, ketetapan itu telah dipersetujui oleh kesemua parti pembangkang.

Pada 13 April lalu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Walau bagaimanapun, DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam pembangkang konsisten dengan pendirian menentang pelaksanaan hudud malah baru-baru ini, seramai 38 Ahli Parlimen dari DAP menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkenaan.

Mereka juga akan melobi 46 Ahli Parlimen bukan Islam dari Barisan Nasional (BN) untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berpegang kepada perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan pembangkang pada 2011 yang antara lain menyatakan tidak akan melaksanakan hukum hudud. - Utusan.

*********

Kini masanya PAS mesti bersatu dengan UMNO. Beberapa pemikir besar Islam banyak bersyarah secara ilmiah dan praktikal perihal kemungkinan pelaksanaan Hudud di Malaysia. Malaysia sudah di peringkat berupaya melaksana Hudud dengan kekangan kemampuan fizikal dan metafizik. Kekangan kemampuan ini mesti dijadikan usaha berterusan bersifat "affirmative actions" tanpa resah-gundah-mustahil oleh pasukan mubaligh UMNO dan PAS.

DAP tidak penting dalam urusan Hudud ini, kerana mereka sampai "kiamat" akan menentang habis-habisan perihal pelaksanaan Hudud. UMNO melalui Minit Mesyuarat UMNO tahun 1992 telah menyatakan persetujuan untuk bersedia melaksana dan menjalankan maqasid syariah yang adil, sesuai dengan kedudukan dan suasana majmuk. Lantaran demikian, hukum takzir dan qisas telah berjalan dengan baik, kini satu peringkat untuk membulatkan usaha seperti yang pernah dinaqalkan oleh Sheikh Ahmad AlFhatani di awal tahun 1900. Juga usaha ini diteruskan oleh Al-Alim Sheikh Al-Marbawi, bahawa Negara Melayu (Persekutuan Tanah Melayu) mesti boleh melaksana program khusus tentang hukum mandatori hudud sebagai Alat Pencegahan, Pendidikan dan Pembelajaran Berkesan kepada rakyat Malaysia.

Parlimen Malaysia mesti boleh membuktikan bahawa ikatan Islam sahaja yang boleh memberi kekuatan fizikal dan membatalkan dakyah Komunis-Freemason melalui DAP dan PkR. DAP bercita-cita untuk menghasut semua Ahli Parlimen Bukan Islam supaya tidak bersetuju. Yang pastinya...semua ini tidak mustahil apabila unsur Ancaman digunakan oleh DAP.

DAP sedang mengalami dilema, kematian panglima perangnya, hingga terpaksa membuktikan bahawa manusia yang tidak layak diberikan penghormatan bertaraf kebangsaan, digunakan segala unsur politik pemerintahan kiasu untuk MENGHALALKAN proses pengkembumian, Karpal Singh.

UMNO yang ortodoks dan PERKASA atau mana-mana Agen Transformasi Melayu tidak buat laporan SPRM atas SALAH GUNA KUASA dan KEDUDUKAN anggota pentadbiran eksekutif di Pulau Pinang!? Heran?

Apakah yang melayakkan Karpal Singh seorang kafirun yang terbuka menentang Negara Islam Malaysia, diberikan sedemikian penghormatan? Inikah nilai manusia politik yang berjuang memusuhi Agama Islam Agama bagi Persekutuan? 

Ontah-ontah prosedur rasmi dan resmi turut diingkar oleh Lim Guan Eng...Sewajarnya Pejabat TYT Yang Di Pertua Negeri yang boleh memberi izin untuk penghormatan bertaraf Negeri, mengibarkan bendera separuh tiang, bendera terbalik, bendera tak bertiang  sebagainya...!

Bondo mudah macam ini pun...tak ghoti!!! Atau inilah manifestasi Kerajaan Komunis Sosialis Demokrat sedang BERMAHARAJALELA...di bekas tanah jajahan Kerajaan Kedah.

Wednesday, April 16, 2014

Save water, drink beer?!

1. Seorang sahabat yang menetap di Petaling Jaya mengatakan kini tajuk lagu Chris Young agak popular dikalangan rakyat Selangor, "Save water, drink beer".

2. Bila ditanya apakah maksudnya, sahabat itu mengatakan bahawa hujan turun hampir setiap hari di Selangor, tapi Sungai Langat masih dipenuhi ammonia, manakala paras simpanan air mentah masih rendah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates hingga memaksa SYABAS dan SPAN melanjutkan catuan air di Selangor hingga kini.

3. Jadi apa kena mengena dengan minum beer? Sahabat itu beralasan berdasarkan statistik Majlis Keselamatan Negara, di Selangor kini ada lebih 4,000 premis hiburan yang kebanyakannya menghidangkan arak (berbanding hanya 700 premis hiburan semasa BN mentadbir Selangor). Dikala kerajaan Selangor cuba nak jimatkan air bersih, namun pada masa sama seolah menggalakkan pula rakyatnya minum arak di pusat hiburan yang semakin bercambah setiap bulan!!


4. Hujan turun hampir setiap hari di Selangor, tetapi rakyat Selangor masih tidak dapat merasai nikmat hujan hingga bekalan air terpaksa dicatu. Adakah hujan di Selangor itu hanya untuk manfaat haiwan dan tumbuhan semata tanpa melibatkan manusia yang menjadi rakyat Selangor?

5. Adakah hujan di Selangor itu suatu Rahmat atau Bencana? Mungkinkah air hujan di Selangor hanya menguntungkan makhluk Allah SWT yang lain, namun sebaliknya merugikan manusia di Selangor itu sendiri? Apakah mesej tersirat yang ingin Allah SWT ilhamkan untuk kita fikir, atau dengan lebih tepatnya untuk rakyat Selangor fikir? Jika orang muda di Selangor tak mampu nak fikir, eloklah biarkan si tua saja yang berfikir.

6. "Dan kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan, dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu kami turunkan dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya." - (QS. Al Hijir : 22). "Dialah yang menurunkan air dari langit untuk minum dan menyuburkan tumbuh-tumbuhan untuk makan ternakmu. Ia menumbuhkan untukmu berbagai tanaman, zaitun, kurma, dan anggur, dan berbagai macam-macam buah-buahan. Sesungguhnya dalam kejadian itu terdapat bukti bagi orang yang berfikir." - (QS. An Nahal :10-11).

7. Oh ya..sejak Nik Aziz tak jadi MB, tiada pula masalah banjir besar di Kelantan tahun lepas. Mengapa agaknya? Adakah nasib Kelantan akan kekal sama juga tahun ini? Sesamolah kito pikir!!

Tuesday, April 8, 2014

Agen CIA Belot

Den datang lagi..kali ni dengan ayat standard. Nyampah den nengok orang N9 tak gheti baco bahaso Negori. Hahaha!! Ehem..ehem..kali ni dengan laras bahasa Persuratan.

Saudara2 yang budiman;

Amerika menyedari bahawa Asia Tenggara mempunyai populasi Umat Islam terbesar di dunia dan belum di kompromi sepenuhnya oleh mereka. Oleh itu mereka memantau pergerakan Malaysia dengan risikan yang bersembunyi di sebalik status Pejabat Kedutaan.

Malaysia cuba dikaitkan dengan Hub Pengganas dari laporan CNN. Paparan perbincangan CNN tidak lebih daripada mengundang ketawa Polpulasi Islam di Asean kerana kedangkalan dakwaan Negara yang baru terbit 3 abad ini. Kerana sangkaan mereka bahawa Populasi masyarakat Dunia Islam ini hanya tertumpu di Timur Tengah. Ini semua adalah skrip2 kantoi daripada Press Amerika yang cuba mengkambing hitamkan Malaysia sebagai Hub Pengganas.

Dan kita harus meragui 'keikhlasan' mereka kerana mereka hanya beroperasi dengan aset teknologi terhad dalam SAR atas kehilangan Pesawat MH370.

Sebagai analogi, dengan keupayaan satelit ketenteraan mereka, Amerika sebenarnya mampu mengesan kedudukan Saddam Hussien di bawah tanah, inikan pula kedudukan sebuah pesawat yang besar seperti MH370.

Amerika adalah negara yang paling kuat berahsia walau dengan warganegaranya sendiri. Dalam negara Amerika itu sendiri sarat dengan isu2 seperti Area 51, Roswell, Penampakkan U.F.O, teknologi HAARP, selain daripada keanggotaan orang2 berpengaruh mereka dalam Organisasi Rahsia seperti Illuminati, Freemason, Skul n Bones, Bieldeberg Group dan lain2 isu berbangkit.


Baru2 ini juga bekas Ketua Bahagian Maklumat CIA, Edward Snowden telah mengambil keputusan untuk berpaling tadah dan lari meninggalkan Amerika untuk bersembunyi di negara2 bukan sekutu Amerika dengan mengharapkan suaka politik daripada mana2 Negara Blok Komunis. Edward Snowden adalah induvidu yang pernah mengetuai unit Maklumat Risikan CIA, telah bertindak sedemikian kerana tidak sanggup untuk berkompromi dgn program2 Rahsia Negaranya yang dianggap olehnya boleh mendatangkan mudharat kepada warga Amerika khususnya dan Populasi Dunia amnya.

Beliau mendedahkan dalam temuramah singkatnya di Hong Kong bahawa maklumat yang beliau perolehi sangat menakutkan dan terlalu besar untuk didiamkan daripada pengetahuan Rakyat Amerika dan masyarakat Dunia. Dan beliau terkejut dengan beberapa perancangan Kerajaan Amerika ke atas masyarakat awam dan antarabangsa.

Tindakan2 balas daripada kerajaan Amerika rentetan pendedahan itu adalah dengan merekacipta kisah latar belakang keluarga Edward Snowden yang tidak sempurna, misteri yang meragukan, hingga ada ahli Kongres Amerika telah melabelkan beliau sebagai Pengkhianat Negara.

Bayangkan sejauh itu Amerika boleh bertindak ke atas kakitangan risiknya sendiri yang tidak sanggup berkompromi dengan kerja2 kotor mereka, apatah lagi untuk mengkambing hitamkan Negara kita yg merupakan rakan dagang yang ke-15 penting kepada mereka.

Satu masalah besar masyarakat Dunia adalah umum menyangka bahawa Teknologi Amerika adalah yg tercanggih setakat ini. Ianya dianggap Amerika mempunyai keterbatasan dalam perkara2 tertentu yang berkait dengan cuaca dan dimensi fizik serta biologi.

Padahal mereka menyembunyikan teknologi sebenar mereka dan mendedahkan hanya sedikit sahaja clue2 melaui filem2 mereka. Kita pula menganggapnya mustahil kerana latar belakang filem yang berbentuk Fiksyen atau Adiwira. Tetapi perlu kita fahami bahawa teknologi rahsia itu tersembunyi disebalik aksi atau paparan yang berlebihan itu. Lihat kepada aspek2 yang bersifat sokongan atau backup kepada paparan yang berlebihan itu, disitulah tersembunyinya teknologi sebenar mereka.

Akhir2 ini mereka sering memaparkan teknologi membuka ruang lompat antara dimensi seperti dalam Filem Avanger, Transformer: Dark of The Moon, Looper, The One dan yang paling awal Stargate. Aspek membuka dimensi ini boleh membantu memobalisasi ketenteraan mereka kerana mereka telah menguasai Kuantum Fizik, Nano Tech dan mampu memecahkan uraian Atom; dan kini keluar pula istilah Partikel yang lebih mikro daripada sebelumnya.

Enstein pernah meramalkan bahawa Perang Dunia Ke-3 adalah lebih pelik daripada perang2 sebelumnya. Apabila seorang saintis mengeluarkan kenyataan seperti itu, gambarannya pasti lebih jauh daripada apa yang orang awam mampu fikirkan.


 P/S: Di atas adalah nukilan pembaca blog kami di sini.

Thursday, April 3, 2014

Isyarat Perang

Den nak bagi posan sebab semuo hea den anggap sedagho, tak kigho la mano tunjang politik koghang sobab kok ditakdirkan Allah S.W.T andai ado tangan yang gata tokan punat Nuclear Launcher ke Tanah Melayu ni sok, takkan maun doh bom tu melencong mengelak an daghi terkono ghumah orang UMNO ko, PAS ko, PKR ko doh..

Semuo di balun hea..

Jadi tolong ontok jap..

Kalau koghang semak la sejarah mano2 umat dalam Quran, bolum ado umat sebolom ni yg dapek melopehi tempoh 1500 tahun. Agak2 nk dokek yo dengan tempoh 1500 tahun tu, mako Allah binasokan. Tingga la bebeghapo oghang yo buek boneh untuk generasi baghu.

Jadi kalau ikut perkiraan umat Nabi Terakhir ni, kito dah masuk ke tempoh 1435 Hijrah.

Dah nak dokek bonar kito ni dengan kiamat sebonar hea bhai.

Kalau koghang ghaso lamo lagi, terpulang kek palo otak masing2. Nak teghimo buleh, nak bantah pun buleh, sbb den x ghugi apo2 doh.

Kalau diteliti kepado hadith2 akhir zaman, tando mendokek hea nak teghobit Mahdi, Dajjal, Nabi Isa A.S. dan Ya'juj Ma'juj, adolah akan berlaku Poghang Bosar yg dipanggil Al-Malhamah Al-Kubra sebagai pembuko Gerbang. Poghang ni berskala bosar sebab melibat an selughuh dunio. Hanyo tompek yang tak berpenghuni yo yang tak terkono bahang poghang ni. Poghang ni melibatkan Blok2 Kuaso Bosar Nuclear dan sekutu2 hea. Kito sebagai negagho NAM/Berkecuali totap akan diseghet dalam Poghang Multi Nasional ni.

Jd sekaghang ni ponah tak kito terpikir yang negagho kito akan terjerumus dalam krisis baghu2 ni. Jangan dibaco aspek teknikal hea, tetapi baco apo kosan pado neghagho kito akibat daghi krisis ni dalam 10 tahun akan datang. Imej kito akan beghubah, polisi neghagho lain terhadap kito jugak akan beghubah. Semuo hea takkan samo lagi dah.

Russia dah mulo nak rapat an hubungan dagang dgn kito.

Nampak macam sesuatu yang bosar sodang digoghakkan ke ateh negagho kito ni ke fasa yang baghu.

Amerika jangan cakap la..krisis ni adolah kesempatan terbaik kepado dio untuk meningkatkan mobalisasi ketenteraan dio di Asia Tenggagho ni. Kalau ditengok SAR yang berjalan 2 minggu kebelakangan ni, seolah-olah nampak macam perlumbaan memperagokan kekuatan maritim masing2, baik di pihak China mahupun Amerika..macam petak DAM dibuek hea perairan kito ni. Kojap claim ado imej ke senia, kojap kek senia, sumo tu macam menggoghakkan buah dam yo. Dah pueh dighayau hea laut kito,abaghu la kluar maklumat mengatokan ado petunjuk kek Lautan Hindi. Ekau tak ghaso janggal ko?

Memang sengajo US melengah-lengah an SAR ni konon ado prosedur2 tertontu la.

Yang sebonar hea dorang dah mencapai objektif pergerakan Rahsio doghang. Maklumat data daghi lobih 1 juta pengguno internet yang merekod perjalanan MH370 claim yang pesawat malang kito ni di ekori dek sebuah lagi kapal terbang yg tak dikonali.

Itu spekulasi yang dibangkitkan tetapi ado jugak laporan daghi Kremlin mengatokan Pesawat kito tolah dighampeh oleh pihak US Seal.

Jangan baco boto atau tidak sumo tu, tetapi baco apo objektif semuo leaking2 info ni disebarkan.

Den nampak macam sesuatu yang bosar sodang digorakkan atau memulokan suatu frasa keadaan tidak tentoram di Asia Tenggaro ni.

Ado jugak input daghi orang kasyaf kek bolah2 Rombau mengatokan Malaysia akan jadi padang jaghak padang terkukur kalau tak kono gayo.

Ulama2 bolah Kodah dulu2 pun dah posan, Tanah Melayu ni akan mengalami Poghang Bosar dengan memboghi petando bilo daeghah yang berjauhan dapek di sampai dalam maso yang sekojap dan apobilo oghang mulo buek titi ateh deghek.

Apo pun bersiap sedio lah apo yg patut dongan amalan untuk meningkat an Iman sobab dugaan yang akan mendatang ni lobih hebat. Syria tongah berpoghang, itu petando Nabi Isa A.S. akan turun dan bumi Syria sodang Allah bersihkan daghi orang2 munafik. Sini pulak dilando krisis Kapal Terbang yang melibat an passanger2 dari Negaro2 Kuaso Bosar, macam menunggu api2 poghang dipeghocik an.

Berhati-hatilah Wagih2 semuo..

Den dah lamo beghonti daghi ikuti politik yang tak kunjung habih ni..Den nampak semuo tu nak melengah-lengah an kito daghi menyodaghi yang mobalisasi ketenteraan Kuaso2 Bosar sodang dipertingkatkan. Mako kito di sughuh hea mengisi maso mencokak leher sesamo agamo. Kuaso Bosar pulak macam bagi isyarat yang doghang dah ready nak berpoghang.

Den memang tak sodap hati tengok semuo ni.

P/S: Di atas adalah luahan pembaca blog kami di sini.

Tuesday, April 1, 2014

Makna tangisan Nik Aziz

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pada 29 Mac 2014.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim no. 2588).

Wahai orang-orang Kelantan, maafkanlah Nik Aziz Nik Mat sebab dia hanya minta maaf pada orang Kelantan, walaupun tidak dinyatakan terperinci apakah bentuk kesalahan yang telah diperbuatnya itu.

Buat orang negeri lain, tak perlulah maafkan Nik Aziz. Biarlah Nik Aziz dengan assobiyah kenegeriannya saja. Lagipun Nik Aziz hanya pimpin Kelantan, bukannya pimpin Malaysia.

Justeru marilah kita bersama mengimbas kembali kata-kata 'keramat' Nik Aziz yang tidak perlu diberi kemaafan oleh orang negeri lain, kecuali Kelantan;

*********

Menentang Pas adalah haram mengikut Al-Quran - Nik Aziz Nik Mat, 24 April 1994.

Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana? – Nik Aziz Nik Mat, 26 November 1994.

Paras rupa yang cantik dan kelulusan yang tinggi bagi seseorang perempuan bukan merupakan satu jaminan untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan. Sebaliknya rupa yang kurang menawan mungkin diberi keutamaan dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan tersebut. Kerajaan Negeri ini menetapkan jika ada kakitangan baru yang hendak diambil berkhidmat di mana kelayakan mereka adalah sama tetapi paras rupa berbeza, kita mahukan calon yang kurang cantik diambil berkhidmat.- Nik Aziz Nik Mat di Kg. Bunut Rendang, Pasir Puteh - 8 Ogos 1996.

Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. - Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999.

Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserahlah kepada manusia dimana tempatnya. - Nik Aziz Nik Mat, 28 April 1999.

Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir. - Nik Aziz Nik Mat, Padang Tembak, Pengkalan Chepa 3 Julai 1999.

PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif. – Nik Aziz Nik Mat, 6 November 1999.

Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah. – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 

Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan Pas sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia ( DAP ) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu. - Nik Aziz Nik Mat, 4 Ogos 2001.

Kalau caci ulama memang tak boleh, caci siapa pun tak boleh tambah lagi ulama. Kalau kita nak tegur itu tak apa. Tegur saya, saya (ucapkan) terima kasih kerana apa, boleh jadi tuan-tuan tegur saya, boleh jadi ada benda sungguh saya buat jahat, saya boleh betulkan. Caci memang tak boleh. itu perbuatan tak betul. Usahkan caci ulama, caci orang sembah berhala, kita maki berhala, itu pun tak boleh juga dalam Islam. - Nik Aziz Nik Mat, 24 Februari 2002.

Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

Blog Archive