Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 29, 2008

Cari Pasal?

Update
30 September 2008

Calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat menganggap bahawa isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dimainkan oleh lawannya, Datuk Chua Jui Meng sebagai isu lapuk. Menganggap perkara DEB sebagai bukan lagi satu isu, beliau berkata, isu yang dibangkitkan oleh Jui Meng itu pernah ditangani oleh kerajaan di peringkat Kabinet dan Parlimen.

Original Posting

Dekat2 nak raya ni sakit pulak hati bila baca 2 berita ni;

1. Chua Jui Meng yang akan bertanding jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti bulan depan, semasa mengumumkan manifestonya hari ini, antara lain menggesa Barisan Nasional(BN) mengekalkan hanya aspek pembasmian kemiskinan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

2. Gerakan is considering the option of leaving Barisan Nasional and joining the Pakatan Rakyat opposition alliance. Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said this was among three options for the party - the other two being to either stay with the ruling coalition, or leave and become independent. “We are not ruling out any possibility at this moment. We have to assess the situation, but we are not closing any doors.

Chua Jui Meng ni memang tak sudah2 nak cari pasal. Kalau ya pun kau nak cari pengaruh di kalangan orang Cina, janganlah guna isu menyentuh hak Melayu. Apa beza kau dengan DAP? Jangan cuba mencabar orang Melayu, kelak binasa diri. Orang Melayu bangsa yang amat menghormati hak orang lain tetapi jika kami didesak berterusan, buruk akibatnya. Dalam hal ni orang Melayu kenal siapa Chua Jui Meng dan bagaimana dia sering bersifat racist. Aku rasa Ong Tee Keat lebih layak sebagai Presiden MCA. Sekurang2nya Ong Tee Keat ni fasih berbahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Gerakan pulak dah la cuma ada 2 kerusi parlimen saja di Gerik dan Simpang Renggam, tapi masih berani nak ugut keluar BN. Orang masih belum lupa sejarah peranan Gerakan dalam memulakan peristiwa 13 Mei dan bagaimana BN membantu parti itu yang hampir musnah. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.

Sunday, September 28, 2008

Sebelum dan Selepas Raya

UPDATE:
29 September 2008

Jamuan Perdana Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah serta menteri-menteri kabinet akan diadakan di PWTC di sini pada hari pertama Aidilfitri. Tempoh pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari adalah untuk tetamu jemputan (KHUSUS UNTUK KETUA BAHAGIAN UMNO DAN BAKAL KETUA BAHAGIAN SAHAJA) manakala waktu kunjungan bagi PERWAKILAN KE MESYUARAT BAHAGIAN ialah dari pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang.


ORIGINAL POSTING:


Ramai yang kata Paklah bermain teka teki. Tapi ramai juga yang pasti bahawa sebelum mesyuarat Bahagian UMNO bermula, Paklah akan buat pengumuman sebagaimana yang telah diputuskan oleh MT UMNO SEBELUM RAYA...

"Dengan ini saya mengumumkan untuk TIDAK mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Saya berharap ahli-ahli UMNO akan menyokong keputusan saya ini dan menerimanya dengan tenang. Saya akan terus memegang jawatan Presiden UMNO sehinggalah pemilihan MT UMNO pada bulan Mac tahun depan. Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua Bahagian agar memberi pencalonan kepada bakal pengganti saya iaitu Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO semasa Persidangan Agong UMNO bulan Mac tahun 2009 nanti. Tiada paksaan untuk saya dan saya berundur dengan rela hati. Saya berharap UMNO akan terus bersatu, bersetia, berkhidmat".

Jika ini ucapannya...maka jawatan Timbalan Presiden UMNO pasti menjadi rebutan antara beberapa nama yang agak popular akhir2 ini. Tapi...

Itu hanya dialog yang mungkin akan diucapkan oleh Paklah sebelum 9 Oktober ini. Namun ucapan itu adalah 'jangkaan' umum semasa bulan puasa. Lagipun masa tu KJ dengan Kamaludin belum balik raya lagi. Bila raya...sudah tentu ada rumah terbuka di Sri Perdana. Ketua2 Bahagian dan bakal2 Ketua Bahagian mesti datang raya. Masa tu mungkin ada sembang-sembang raya...siapa suka siapa...siapa yang akan jadi wakil masa perhimpunan, yang paling penting...siapa akan jadi kawan dan siapa jadi lawan. Mungkin juga ketika itu Paklah sudah dapat mencongak berapa jumlah pencalonan dia boleh dapat...adakah kurang ataupun lebih 58 pencalonan sekurang2nya. Masa itu juga, KJ dgn Kamaludin mesti dah stanby 'duit raya'...mencongak2 berapa nak bagi dalam sampul raya tu...siapa dapat lebih...siapa dapat kurang. Mereka yang sedang belajar mesti berbeza dgn kategori belum masuk sekolah...dewasa mesti berbeza dgn kategori remaja...penyokong mesti beza dengan pembangkang. Bila dah dapat 'gambaran' dan ramalan masa depan...maka pengumuman Paklah sebelum mesyuarat Bahagian UMNO bermula iaitu ucapan SELEPAS RAYA...

"Saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan berharap mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding. Keputusan-keputusan lain akan saya umum kemudian. Terima kasih."

Teka-teki Paklah ini telah menimbulkan banyak persoalan...

1. Mengapa Paklah perlu menanti tempoh kurang dua minggu itu untuk mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO dan tidak mengumumkan terus selepas MT mengadakan mesyuarat khas?

2. Apakah keistimewaan tempoh kurang 2 minggu itu? Adakah akan berlaku sesuatu di luar dugaan dengan pendirian Paklah kelak?

3. Apakah aspek2 yang Paklah hendak pertimbangkan atau menilai kembali kedudukannya sebagai Presiden UMNO dalam tempoh yang singkat iaitu kurang dari 2 minggu?

4. Jika pun Paklah memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya kelak, mengapa perlu Perhimpunan Agong UMNO ditangguhkan sehingga Mac depan?

5. Mengapa tidak pemilihan dan Perhimpunan Agong UMNO dikekalkan sebagaimana dijadualkan sebelum ini?

Ramai yang menganalisis pengumuman selepas mesyuarat MT UMNO Jumaat lalu bahawa Paklah tidak akan bertanding. Tetapi anggapan sedemikian boleh meleset jika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bakal mengambil keputusan yang bertentangan.

Sifat Yahudi Menurut Al-Quran

1. Keras hati, degil dan zalim. (Al-Baqarah : 75, 91, 93, 120, 145, 170; An-Nisa : 160; Al-Maidah : 41)

2. Kebanyakan mereka adalah fasik dan sedikit bilangannya yang beriman kepada Allah. (Ali-Imran : 110; An-Nisa : 55)

3. Musuh yang paling bahaya terhadap orang-orang Islam. (Al-Maidah : 82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mengenali anak mereka sendiri. (Al-An’am : 20)

5. Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran walaupun telah mengetahui, memahami atau dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan. (Al-Baqarah : 75, 91, 101, 140, 145, 211; Ali-Imran : 71, 78; An-Nisa : 46; Al-Maidah : 41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran. (Al-Baqarah : 76, 101, 140, 146; Ali-Imran : 71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi citarasa atau nafsu mereka. (Al-Baqarah : 87, 101, 120, 146; Al-Maidah : 41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran. (Al-Baqarah : 91, 99; Ali-Imran : 70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengatakan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran. (Al-Baqarah : 171)

10. Mencampur-adukkan yang benar dan yang salah; yang hak dan yang batil. (Ali-Imran : 71)

11. Berpura-pura menyebelahi atau menyokong orang-orang Islam tetapi apabila berada di kalangan mereka atau di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya. (Al-Baqarah : 76; Ali-Imran : 72, 119)

12. Hati mereka tertutup terhadap Islam lantaran laknat Allah disebabkan kekufuran mereka. (Al-Baqarah : 88, 120, 145, 146)

13. Kuat berpegang kepada semangat kebangsaan dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa istimewa yang dipilih Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada mereka adalah salah. (Al-Baqarah : 94, 111, 113, 120, 135, 145; Al-Maidah : 18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk manusia jika mereka memerintah. (An-Nisa : 53)

15. Tidak suka, dengki dan iri hati terhadap orang-orang Islam malah mereka lebih suka jika orang-orang Islam kembali kufur. (Al-Baqarah : 90, 105, 109, 120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, inginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan diri serta takutkan mati. (Al-Baqarah : 90, 95, 96, 212)

17. Bercakap bohong, memungkiri janji dan melampaui batas. (Al-Baqarah : 100, 246, 249; Ali-Imran : 183, 184; An-Nisa : 46)

18. Berselindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik. (Al-Baqarah : 204, 246; Ali-Imran : 72; An-Nisa : 46)

19. Mengada-adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta. (Ali-Imran : 24, 94, 183, 184; Al-Maidah : 41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 206, 212, 247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali-Imran : 75, 76; At-Taubah : 34)

22. Rakan yang tidak boleh dipercayai. (Ali-Imran : 118; Al-Maidah : 51)

23. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan. (Al-Maidah : 64)

Saturday, September 27, 2008

Jejak Andalusia - The Great Caliphate of Cordova

Pada kurun ke-10 iaitu pada tahun 912 Masihi (300 Hijrah), telah bermulanya era pemerintahan individu yang bergelar 'An-Nasir' iaitu Yang Membela di bumi Andalusia. Baginda merupakan khalifah pertama yang memerintah Andalusia dari Bani Umaiyah yang turut digelar oleh sarjana barat sebagai “The Great Caliphate of Cordova”. Namanya adalah Abdul Rahman III dan dianggap sebagai raja oleh rakyat Andalusia yang turut menggelarkan baginda dengan nama Abdul Rahman Al-Andalus. Beliau merupakan antara pemerintah Islam yang paling lama di Andalusia iaitu memerintah selama 50 tahun.

Sebelum zaman pemerintahan Abdul Rahman III, Andalusia ditadbir oleh Abdullah bin Muhammad yang mula memerintah pada 888 Masihi (275 Hijrah) dengan memakai gelaran Amir dari kerajaan Bani Umaiyah. Pada zaman Abdullah bin Muhammad ini, umat Islam telah kembali bergolak akibat perebutan kuasa. Setiap kota dan negeri kebanyakannya berpecah dan ditadbir oleh pemerintah masing-masing. Akibat perpecahan itu, orang Kristian Sepanyol dari penempatan yang wujud di kawasan pendalaman dan pergunungan di Andalusia terutamanya Barcelona (pada asalnya adalah kerajaan Kristian yang kecil sahaja) telah mengambil kesempatan untuk memerdekakan diri mereka daripada kekuasaan Islam. Kejayaan besar orang Kristian pada masa itu ialah, mereka berjaya menakluk kembali sebahagian besar daerah Catalonia yang berada dibawah pemerintahan Islam. (Situasi itu kini hampir sama seperti di Malaysia apabila orang Islam berseteru sesama sendiri, akhirnya Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke dalam kekuasaan kaum Cina. Orang Islam hanya jadi pak turut di 3 buah negeri tersebut).

Namun sebaik sahaja Abdul Rahman III memerintah, baginda telah menghapuskan segala pemberontakan dan perselisihan serta menyatukan kembali umat Islam yang berpecah. Kecerdikan dan keberanian baginda bukan saja menimbulkan rasa gerun kepada musuh, malah dihormati dan dikagumi oleh para pemimpin Islam pada masa itu. Baginda memerangi panglima-panglima perang Sepanyol dan raja-raja Eropah yang lain sehingga mereka semua tunduk di bawah kekuasaan Islam. Banyak utusan dan hadiah dihantar kepada Abdul Rahman III oleh raja-raja Eropah bagi tujuan perdamaian dan akur kepada pemerintahan Islam. Atas penghormatan yang diberikan, beliau kemudiannya memperolehi bai’at daripada para pemimpin Islam dengan menabalkannya sebagai Khalifah dengan memakai gelaran Amirul Mukminin yang ternyata bersesuaian dengan kehebatan dan kedaulatannya ketika itu.

Zaman pemerintahan Abdul Rahman III digambarkan sebagai “The Golden Age of Al-Andalus” oleh para sarjana barat kerana kehebatan Abdul Rahman III membina sebuah ketamadunan yang luar biasa di Andalusia. Takut dan gerunnya bangsa Eropah terhadap umat Islam pada masa itu bukan hanya disebabkan kekuatan tentera yang mereka miliki, tetapi juga disebabkan ilmu pengetahuan umat Islam yang sangat hebat. Tiada agama di dunia yang meletakkan ilmu pengetahuan sebagai keutamaan; hanya Islam yang meletakkan ilmu itu ke suatu tahap yang tinggi. Wahyu pertama yang turun juga adalah Iqra’ yakni ‘bacalah’ bagi menunjukkan pentingnya kewajipan menuntut ilmu itu di dalam Islam.

Pada zaman Abdul Rahman III, banyak kelas-kelas pengajian, dewan-dewan kuliah, makmal, kedai buku dan perpustakaan dibina. Pada ketika itu terdapat lebih 70 buah perpustakaan besar di Andalusia dan untuk sebuah perpustakaan saja terdapat lebih 600,000 manuskrip dalam pelbagai disiplin ilmu. Antara ilmu yang dikaji oleh sarjana-sarjana Islam pada ketika itu ialah medicine, astrology, astronomy, pharmacology, psychology, physiology, zoology, biology, botany, mineralogy, optics, chemistry, physics, mathematics, algebra, geometry, trigonometry, mucis, meteorology, geography, mechanics, hydrostatics, navigation dan history. Semua buku dalam pelbagai bidang ini disusun bersebelahan dengan buku-buku agama kerana menganggap Al-Quran itu sendiri adalah sains. Ia bertujuan memudahkan umat Islam mempelajari ilmu-ilmu lain tanpa meminggirkan asas agama mereka sendiri. (Perpustakaan yang terdapat di Malaysia, susun atur buku-buku agama diasingkan daripada buku-buku ilmiah yang lain).

Kehebatan para ilmuan Islam pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III bukan sahaja telah mengundang kehadiran ramai umat Islam dari seluruh pelosok dunia, bahkan kaum Yahudi dan Nasrani juga turut merantau ke bumi Andalusia. Kebanyakan mereka datang dari luar negara seperti Portugal, Perancis, England, Rom, Parsi dan serata Eropah. Mereka merantau jauh semata-mata untuk melutut di kaki sarjana Islam demi menimba ilmu falsafah, sains dan perubatan. Penduduk Eropah ketika itu berada dalam zaman gelap (dark ages) dan penduduknya masih lagi tidak mengenali apa itu kertas sedangkan semua perkara berkaitan pentadbiran, perdagangan dan ilmu yang terdapat di Andalusia telahpun menggunakan kertas. Kebijasanaan sarjana dan ilmuan Islam ketika itu juga menyebabkan Andalusia amat terkenal dengan seni (sajak, puisi, syair, lukisan, lagu, teater dsb), rangkaian perdagangan, ilmu saintifik dan senibina yang indah.

Andalusia turut dikunjungi disebabkan pentadbiran kerajaan Islam yang adil dan saksama serta amat bertoleransi terhadap penganut agama lain sehinggakan ia digambarkan sebagai “negara yang penuh dengan imaginasi yang indah”. Bangsa Yahudi dan Kristian hidup dalam aman dan harmoni di bawah pemerintahan Islam di Andalusia sedangkan negara Eropah lainnya masih tidak kenal erti toleransi. (Bukankah pentadbiran kerajaan Malaysia ketika ini juga membolehkan penganut agama lain hidup dalam keadaan aman dan harmoni? Apa lagi yang dimahukan oleh kaum lain?) Eropah ketika itu sering menindas penganut agama selain agama Kristian, termasuklah bangsa Yahudi dan sering memaksa rakyatnya untuk menganut agama Kristian. (Sehingga kini masyarakat barat tidak faham makna toleransi kerana sering menindas umat Islam).

Cordova sebagai pusat pemerintahan Islam pada masa itu telahpun memiliki 113,000 buah rumah, 700 masjid, 21 buah taman perumahan pinggir bandar, taman-taman bunga, tandas-tandas awam, laluan pejalan kaki, jalan raya yang dibuat daripada jubin dan batuan konkrit serta 300 tempat mandi awam (kolam renang, spa, jakuzi dsb). (Bayangkan taman-taman di Malaysia kini seperti yang terdapat di Seremban, Putrajaya, Shah Alam, JB, Melaka dan sebagainya sudah wujud lama di Andalusia ketika itu).

Segala yang terdapat di Cordova, turut dibina di kota-kota lain di Andalusia seperti Toledo, Sevilla, Velencia, Granada, Malaga, Marcia dan sebagainya. Balkoni rumah mereka dibuat daripada batu marmar yang sesuai digunakan semasa musim panas dan lantainya diperbuat daripada mosaic (bentuk atau corak yang dibuat dengan cantuman kepingan batu) yang bersesuaian untuk kegunaan musim sejuk. Taman-taman di sekeliling rumah mereka pula dihiasi dengan air pancut buatan dan bunga-bunga orkid. Sedangkan bangsa Eropah ketika itu hanya tahu menggunakan jerami untuk menutup kekotoran yang terdapat dilantai rumah mereka yang diperbuat daripada kayu. Begitulah majunya umat Islam di Andalusia berbanding negara Eropah yang lain. Semua ini adalah hasil kebijaksanaan Abdul Rahman III yang amat membudayakan ilmu pengetahuan dan pelaksanaan pentadbiran yang adil dan saksama sebagaimana tuntutan Islam. (Tidakkah keadaan di Andalusia ketika itu sama seperti di Malaysia kini?)

Dalam bahagian seterusnya, saya akan membincangkan mengenai bermulanya bibit-bibit kehancuran kerajaan Islam di Andalusia.

p/s: Abdul Rahman III ni ada macam Che Det ka?

Friday, September 26, 2008

Demi Kuasa

1. Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan MT ditangguh ke Mac 2009

2. Abdullah akan umum keputusan pertahankan jawatan Presiden UMNO sebelum 9 Oktober

3. Najib sifatkan penerusan pemilihan bahagian UMNO adalah keputusan hormati pandangan akar umbi parti


Sebenarnya Najib menentang penangguhan mesyuarat Agong UMNO ini. Menurut sumber Seri Perdana, Pak Lah telah memanggil Najib pada 24 Sept lalu untuk membincangkan isu-isu parti. Dalam pertemuan tersebut, Pak Lah telah mengutarakan cadangan agar Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib. Bagaimanapun Pak Lah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan usul tersebut dan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi telahpun diketahui hari ini.

Paklah ni pun dah macam Anwar suka main tangguh-tangguh. Hang hati2 skit dengan orang penang ni Najib. Ketua kerajaan dgn ketua pembangkang dua2 penang mali. Ghopla jingga hang sat nanti.

TEKA-TEKI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki):

Imam Ghazali: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: "Orang tua" Murid 2: "Guru" Murid 3: "Teman" Murid 4: "Kaum kerabat" Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?" Murid 1: "Negeri Cina" Murid 2: "Bulan" Murid 3: "Matahari" Murid 4: "Bintang-bintang" Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali: "Apa yang paling besar didunia ini?" Murid 1: "Gunung" Murid 2: "Matahari" Murid 3: "Bumi" Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali: "Apa yang paling berat di dunia?" Murid 1: "Baja" Murid 2: "Besi" Murid 3: "Gajah" Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali: "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Murid 1: "Kapas" Murid 2: "Angin" Murid 3: "Debu" Murid 4: "Daun-daun" Imam Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. "

Imam Ghazali: "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?" Murid- Murid dengan serentak menjawab: "Pedang" Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."

SEMOGA TARBIYYAH RAMADHAN MENJADIKAN KITA MANUSIA YANG LEBIH BAIK DALAM MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH.

LAGU NEGARAKU

Terdapat pelbagai teori mengenai asal usul Lagu Kebangsaan Malaysia. Berikut merupakan antara pelbagai versi yang sering diperkatakan;

1. Menurut Tuan Hj. Mustafa Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu), lagu ini pertama kali digunakan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 ketika pertabalan Raja Edward VII di England. Sultan Idris Murshiduladzam Shah (Sultan Perak, 1887-1916) berangkat sebagai wakil raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ke England dalam Istiadat Pertabalan tersebut. Tiba di Pelabuhan Southampton, pegawai protokol pejabat kolonial luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak. Menjadi amalan di England pada masa itu setiap kali Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan Negara berkenaan akan dimainkan.

Tetapi pada masa tersebut Negeri Perak belum mempunyai lagu kebesarannya lagi. Raja Harun Sultan Abdullah (setiausaha sulit Sultan) sedar hakikat tersebut tetapi beliau tidak mahu memalukan tanahairnya, lalu Raja Harun memberitahu pegawai protokol berkenaan bahawa Negeri Perak memang ada lagu kebesarannya sendiri tetapi nota lagu tidak dibawa bersama. Walaupun begitu Raja Harun boleh mainkan lagu itu tanpa nota (nasib baik juga beliau seorang ahli muzik). Lagu yang dimainkan sebenarnya adalah lagu Terang Bulan. Maka berkumandanglah di bumi England pada 1901 dan sekaligus menjadi lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara.

2. Satu lagi cerita mengenai asal lagu Negaraku ialah dari cerita Raja Kamarulzaman, anak Raja Mansur (juruiring Sultan Idris). Beliau menyatakan lagu Terang Bulan mula dijadikan Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1888 apabila Sultan Idris melawat London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria. Setibanya rombongan diraja, wakil Permaisuri Victoria meminta nota Lagu Kebangsaan Negeri Perak daripada Raja Mansur. Untuk mengelakkan aib, Raja Mansur menyatakan nota berkenaan terlupa dibawa. Tetapi Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri sekiranya wakil tersebut boleh menyediakan pakar muzik untuk membuat nota lagu kerana beliau (Raja Mansur) boleh memainkan lagu dengan cara bersiul. Lagu yang disiul itu merupakan lagu yang sangat popular dan digemari penduduk Negeri Perak. Maka secara rasminya Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.

3. Menurut penyelidikan Mubin Sheppard (bekas Pengarah Arkib Negara), terdapat cerita dua beradik (Raja Aminah Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah Almarhum Sultan Abdullah) yang mendengar lagu yang dikenali sebagai Negaraku di Mahe, Kepulauan Seychellas, lokasi ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Raja Abdullah menetap dalam buangan. Menurut mereka, lagu ini amat popular dan dimainkan dalam pasukan pancaragam. Dipercayai melodinya digubah oleh ahli muzik Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857).

4. Raja Kamarulzaman menceritakan lagu ini diperkenalkan oleh bangsawan Indonesia ketika pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh singkat ia menjadi popular di Singapura dan dikenali sebagai Terang Bulan.

Kurang Jantan

KETEREH 25 Sept. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, hari ini mendedahkan beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu. Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda berkata, situasi itu berlaku di beberapa kawasan yang dihadirinya. “Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir. Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya sendiri tidak pernah menyekat mana-mana ahli Pemuda daripada berjumpa dengan pemimpin yang bakal bertanding,” katanya.

p/s: Ekau biar botul2 KJ...tak pernah sekat Pemuda kunun. Den dongar maso lawan Ketua Pemuda Bahagian Rembau ari tu..bukan main laie ko sekat si Azman sampai member tu dapek 7 pencalonan yor. Sah2 la yang ekau monang tanpo bertanding. Skang nak kato orang plak sekat kau. Biar betul bai...Bilo Mukhriz koba'an dio kono sekat dari jumpo ahli, ekau pun nak cakap bondo yang samo ko? Macam nak cover line yor. Osah la ko KJ oii...kojo menogakkan bonang basah yolah!

Jejak Andalusia - Abdul Rahman I & II

Berdasarkan analisis saya, satu kesilapan tentera Islam semasa menakluk Andalusia ialah, mereka tidak menyerang penempatan di kawasan pendalaman dan pergunungan di Andalusia. Mereka berpendapat bahawa kawasan-kawasan tersebut tidak penting memandangkan ia hanya terdiri daripada penempatan kecil penduduk berbanding kota-kota besar yang telah mereka tawan. Kawasan-kawasan yang tidak diserang, terutama di bahagian utara Andalusia telah menyebabkan kerajaan-kerajaan kecil Kristian di situ menjadi semakin kuat dan besar serta turut menimbulkan masalah kepada pemerintah-pemerintah Islam kemudiannya. (Kawasan-kawasan pendalaman dan bukit di Malaysia kini sering ditarah dan digondolkan untuk dijadikan kawasan penempatan terutama oleh pemaju bukan Islam. Adakah ini juga termasuk strategi meramaikan penduduk mereka? Wallahualam).

Amir pertama yang menubuhkan kerajaan sebagai wakil Bani Umaiyah di Andalusia ialah Abdul Rahman Dakhil (Abdul Rahman I) yang turut digelar sebagai ‘Sakhar Quraisy’ yang bermaksud Garuda kaum Quraisy. Semasa zaman pemerintahan beliau yang bermula pada 756 Masihi, beliau sedaya upaya menyatukan umat Islam di Andalusia yang telahpun berpecah belah sebelum itu. Ini disebabkan gabenor-gabenor yang dihantar oleh kerajaan Islam di Afrika ke Andalusia sebelumnya tidak memperolehi sokongan rakyat dan tentera Islam. Andalusia pada masa itu bergolak disebabkan ketamakan kuasa dan harta benda. Para gabenor dan panglima perang sibuk berebut pengaruh sehinggakan keadaan ketika itu hampir menyamai zaman jahiliyah dengan wujudnya perasaan perkauman, bersuku dan berkabilah. (Apa bezanya keadaan di Andalusia ketika itu dengan Malaysia hari ini terutamanya kepada bangsa Melayu?).

Setelah berjaya menghapuskan perbalahan, Abdul Rahman I mula mengatur dan menyusun pentadbiran. (Kalau dalam situasi di Malaysia, saya boleh ibaratkan Abdul Rahman Dakhil ini ibarat Tun Abdul Razak). Beliau mula mengemaskini pentadbiran dan menyusun atur semula masyarakat di bumi Andalusia. Beliau memajukan aktiviti ekonomi dan mula mendirikan bangunan-bangunan bagi tujuan kemudahan penduduk seperti masjid, sekolah, hospital dan sebagainya.

Kebebasan agama dibenarkan kepada penganut Katolik dan Yahudi, malahan gereja yang sedia wujud di Andalusia sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan. Pusat Zakat didirikan dan orang-orang bukan Islam dikehendaki membayar Jizyah terhadap perlindungan yang diberikan kaum Muslimin. Orang bukan Islam dilayan dengan adil dan saksama dan peruntukan diberikan kepada mereka berdasarkan keperluan dan jumlah penduduk mereka. Disebabkan lebih ramai umat Islam di Andalusia pada masa itu, maka keutamaan lebih kepada orang Islam tanpa meminggirkan hak dan kaum bukan Islam. (Sama seperti apa yang kerajaan Malaysia lakukan sekarang. Jadi apa masalahnya?)

Abdul Rahman I telah memperkenalkan keunikan budaya, mempelbagaikan aktiviti perdagangan berasaskan produk pertanian serta wujudnya pelbagai pusat kecantikan (spa, jakuzi, salon dsb). Di bawah pentadbirannya, beliau telah menukar tanah gersang Andalusia kepada industri pertanian yang terkenal. Banyak ladang-ladang dibuka untuk projek pertanian dan antara projek tanaman pada masa itu ialah zaitun, buah delima, orange, lemon, sutera, aubergines, cumin, tebu, badam, coriander (English herbs), padi, kapas, kelapa, inai, woad, madder, kunyit, anggur, buah ara, peaches, apricots dan gandum.

Amir kedua yang turut berjasa di Andalusia ialah Abdul Rahman II yang mengambil alih pentadbiran pada 822 Masihi daripada Amir sebelumnya iaitu Al-Hakam I. Beliau yang turut digelar 'Al-Ausat' (Yang Pertengahan) telah memperkukuhkan apa yang telahpun dimulakan oleh Abdul Rahman I. Abdul Rahman II juga turut menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah akibat perebutan kuasa semasa beliau mengambil alih pentadbiran. Pada zamannya, membudayakan ilmu itu menjadi keutamaan terutama dalam bidang seni bina bangunan (architecure). Beliau turut meluaskan aktiviti perdagangan dengan negara-negara lain terutamanya kawasan di bawah jajahan Islam. Lebih banyak ladang-ladang baru dibuka untuk menghasilkan produk pertanian bagi tujuan pasaran. Pelabuhan-pelabuhan baru dan kapal juga dibina bagi tujuan perdagangan dan ketenteraan.

Pada zaman pentadbiran Abdul Rahman II juga, umat Islam turut membina bangunan-bangunan untuk keselesaan penduduk seperti hospital, kedai, rumah kediaman, jambatan dan sebagainya. Kehebatan Andalusia akan dibincangkan lagi dalam penulisan akan datang semasa zaman emas (the golden age of Al-Andalus) iaitu pada zaman Khalifah Abdul Rahman III yang digelar oleh sarjana barat sebagai “The Great Caliphate of Cordova”.

Thursday, September 25, 2008

SOLAMAT HARI RAYO

SOMPONO BULAN BAIK NI, DAN TAK LAMO LA'IE NAK NYAMBUT HARI RAYO AIDIL FITRI MAKO ATUK DI SINI NAK AMBIK KESOMPATAN BULAN BAIK NI NAK MENGUCAPKAN

SOLAMAT HARI RAYO AIDIL FITRI

KEPADA SEMUO SOHABAT HANDAI YANG JAUH DAN DOKEK, PADO SOHABAT POMAINAN DAN SEGALA YANG KONA DAN YANG TAK KONA KEK ATUK YANG PONAH ATUK KUTUK DULU. KOPADA SOHABAT SEPONULISAN , PANEH, SONTOLOYO, CHE DIN SUMAAT, PODEH, LAMBANG RAJO DAN LAIN -LAIN LAGI, SEGALA CUCU CICIT;

ATUK MINTAK MAAP DARI HUJUNG RAMBUT HINGGOLAH KO HUJUNG CAGU.

Monday, September 22, 2008

Jejak Andalusia - Pemimpin & Kerajaan

Selepas menawan Portugal, Tariq bin Ziyad sebenarnya berniat meluaskan jajahan takluk Islam ke serata benua Eropah. Namun hasrat beliau ini telah dikesan lebih awal oleh Raja England, Raja Perancis dan Raja German. Akibat takut kehilangan kuasa, mereka telah merancang untuk berdamai dengan kerajaan Islam bagi mengelakkan negara mereka dijajah. Raja-raja ini merancang untuk menyogok Khalifah Walid bin Abdul Malik dengan hamba sahaya wanita, emas dan permata (Raja dan pemimpin Islam terutama di Timur Tengah, sehingga kini masih diperalatkan oleh negara-negara Barat). Jadi mereka telah berpakat untuk menghantar hadiah-hadiah tersebut ke Damsyik sebagai persembahan kepada khalifah bagi tujuan perdamaian dengan harapan negara mereka tidak diserang oleh tentera Islam.

Khalifah Walid bin Abdul Malik gembira dengan hadiah-hadiah yang dipersembahkan kepada baginda oleh raja-raja dari tiga buah negara tersebut. Atas alasan Islam menyeru umatnya ke arah perdamaian dan baginda sendiri seorang yang sukakan perdamaian, maka baginda bersetuju membatalkan serangan tentera Islam ke atas benua Eropah. Justeru, Khalifah Walid bin Abdul Malik telah mengeluarkan arahan agar Tariq bin Ziyad pulang ke Damsyik walaupun ketika itu Tariq bin Ziyad sedang mengatur persediaan untuk menyerang Eropah.

Walaupun sedih dengan arahan tersebut, namun sebagai panglima perang yang taat, Tariq bin Ziyad telah mengambil keputusan untuk pulang ke Damsyik dan bermastautin di sana. Semasa di Damsyik, Tariq bin Ziyad turut berkhidmat di bawah pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik (715 hingga 717 Masihi) dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717 hingga 720 Masihi) sehinggalah beliau meninggal dunia pada 720 Masihi (125 Hijrah). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Sejak Andalusia berada dalam jajahan Islam, telah wujud ratusan individu dan kerajaan yang memerintah negara tersebut. Pemerintah pertama di Andalusia ialah Abdul Aziz yang dilantik oleh ayahnya sendiri iaitu Musa bin Nusair (wakil khalifah di Afrika) untuk memegang jawatan sebagai gebenor Andalusia. Namun Abdul Aziz tidaklah disukai dikalangan tentera-tentera Islam sehinggakan beliau akhirnya terbunuh oleh rakyatnya sendiri hanya selepas 2 tahun memerintah (Pengajaran kepada pemimpin Malaysia agar tidak mengangkat saudara mara sendiri sebagai pemimpin).

Pemimpin dan kerajaan Islam yang memerintah Andalusia bermula tahun 711 Masihi sehinggalah 1492 Masihi ialah, Amir-Amir dari kerajaan Bani Umaiyah, Khalifah-Khalifah dari kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Ziriyah di Granada, kerajaan Bani Hamud di Malaga, raja-raja Daniyah, Najibiyah dan Hudiyah di Saracosta, kerajaan Amiriyah di Valencia, kerajaan Bani Abbaad di Sevilla, kerajaan Murabitun, kerajaan Jahuriyah di Cordova, kerajaan Bani Zin-Nun di Toledo, kerajaan Bani Hamud di Pulau Khadraa, kerajaan Muwahidun dan yang terakhir ialah kerajaan Bani Al-Ahmar di Granada.

Walaupun terdapat ratusan pemerintah di Andalusia, saya cuma akan menyentuh berkenaan beberapa pemimpin yang dalam analisis saya memainkan peranan penting dalam proses kegemilangan dan kejatuhan Andalusia. Antara pemimpin Andalusia yang yang akan dibincangkan dalam penulisan akan datang ialah dua orang Amir dari kerajaan Bani Umaiyah iaitu Abdul Rahman I yang digelar Ad-Dakhil iaitu “Yang Masuk” (mula memerintah pada 756 Masihi bersamaan 138 Hijrah) dan Abdul Rahman II yang digelar Al-Ausat iaitu “Yang Pertengahan” (mula memerintah 822 Masihi bersamaan 206 Hijrah). Seorang lagi ialah Khalifah pertama di Andalusia dari kerajaan Bani Umaiyah iaitu Abdul Rahman III yang bergelar An-Nasir iaitu “Yang Membela” (mula memerintah 912 Masihi bersamaan 300 Hijrah).

Seterusnya ialah Al-Mu’tamid bin Abbaad yang merupakan salah seorang raja di Sevilla dari Bani Abbaad (mula memerintah 1088 Masihi bersamaan 461 Hijrah); Yusof bin Tasyfin dari kerajaan Murabitun (mengambil alih pemerintahan pada 1091 Masihi bersamaan 484 Hijrah); Muhammad bin Abdullah Tumrut dan Abdul Mu’min dari kerajaan Muwahidun yang berpusat di Maghribi (Morocco); serta Muhammad XII yang digelar Abu Abdullah yang merupakan pemerintah Islam terakhir di Granada dari Bani Al-Ahmar (mula memerintah 1485 Masihi bersamaan 890 Hijrah).


Pemimpin-pemimpin yang dinyatakan di atas mempunyai peranan yang besar terhadap kegemilangan dan kejatuhan empayar Islam di Andalusia (Sepanyol), di mana kesannya dapat dilihat sehingga ke zaman ini yang akan dibincangkan dalam penulisan akan datang.

Friday, September 19, 2008

PERLUKAH....?

Salam ramadhan untuk semua pembaca...kini kita berada dalam sepuluh Ramadhan yang terakhir, semoga kita semua akan lebih sihat untuk lebih beribadat....

Dua hari lepas, saya terdengar komen YB Dato' Seri Syed Hamid Albar yang menyarankan agar Akta Kaum diluluskan untuk memastikan keharmonian kaum dapat dikekalkan di bumi bertuah Malaysia ni...

Persoalannya, adakah akta sebegini perlu untuk diluluskan sekarang...menyedari keadaan sudah pun tegang...adakah undang2 akan meredakan 'racial tension' yang ada?

Bukankah kita sudah pun mempunyai pelbagai peruntukan undang2 yang boleh diguna pakai (apabila perlu) untuk memastikan keharmonian dan keselamatan negara dijaga?

Sekiranya draf Akta tersebut dibawa ke Parlimen, saya tertanya2 apakah bentuk peruntukan yang bakal mereka usulkan...

Pada hemat saya yang kurang pengalaman, tindakan mengusulkan undang2 tersebut hanyalah sia2...Apa yang perlu dilaksanakan ialah program2 yang mendidik rakyat tentang pentingnya kesefahaman dan toleransi demi mengekalkan keharmonian sejagat dan pastinya keselamatan negara...Pentingnya memahami konsep kenegaraan, semangat kebangsaan dan patriotik...Semangat untuk bersatu memajukan negara dalam kepelbagaian dan perbezaan...

Breaking News - ISA

Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 September lalu dibebaskan pada pukul 1 petang ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan di sini hari ini menegaskan Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara. Teresa ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 pada 12 September lalu. - Utusan.

p/s: Akhirnya Teresa Kok sempat beraya berbanding Raja Petra yang masih tidak diketahui nasibnya, sama ada sempat atau tidak nak sambut raya?

Thursday, September 18, 2008

Anwar and False Promises



Anwar, in his bid to become the next Prime Minister of Malaysia has again urge Pak Lah to step down. From a resource I got to get, he will seek an audience with the King to ensure a 'smooth' transition power. He has so many wild dreams and he is not satisfied until he get what he wants. Please accept the fact that you are not a person who keeps his promises. For months, he has been advocating that by 16th September, the PR would eventually run the Federal government. What his bunch of loyalists did in Taipeh last week was foolish and like a wild goose chase. They try to potray to the rakyat that they are really on the verge of getting numbers of defectors from BN but alas, nothing happen up until today.

On another note, 4 candidates have announced their interest in vying for the Ketua Pemuda post. Good luck to them but I know that Dato' Mukhriz has an advantage over the rest. He is an immaculate personality who is humble and has given the assurance that he will eventually change things in Pemuda. Hope he can do the job well. As for my friend Abdul Halim, I pray to Allah that he will eventually win in his bid to become the Naib Ketua Pemuda of Seremban's division.

Monday, September 15, 2008

BILO KOKOK BODARAI-DORAI

Atuk masih ingat lagi bilo dak Mukhriz tu cadangkan supayo Pak Lah turun, mako bokokoklah tukang kipeh. Kito ambik tindakan kek budak inguih ni. Skang ni dak Din dari Johor tu bocakap mako sekali lagi tukang kipeh lontung-lontang memasang canang, supayo sumo orang tahu bahawo diolah hero dalam UMNO yang mempertahankan presiden.

Wahai orang-orang Melayu, sampai bilo kito boporangai camni. Sesudahlah tu. Kapal nak karam dah tapi kito masih lagi botokak pasal tiang layar nak guno kayu apo. Dinding kapal yang dah posok tu tak ponah kau jongok.

Atuk pocayo masih ramai lagi bijak pandai Melayu kek luar nun yang masih sayangkan Melayu dan Tanah Melayu ni. Bangunlah jang ooi. Jangan pandang yo, sok mato kok putih. Sekali lagi kito botuankan orang lain. Cukuplah 400 tahun dulu. Bangun lah.

p/s: Wahai para sohabat. Konapo akhir-akhir ni membisu seribu bahasa. Nak tunggu Brader Anwar Bin Ibrahim jadi PM ko???????

Sekadar Makluman

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan- kepentingan sah masyarakat kaum lain.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.


Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.

Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Sunday, September 14, 2008

Akhirnya Zaid Bersuara...

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas menyifatkan cadangan Zaid itu memang wajar memandangkan Muhyiddin seorang menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri.

''Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufarakah (berpisah daripada imam)," katanya di sini hari ini.

Mohd. Alwi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zaid supaya Muhyiddin meletakkan jawatan jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah. Menurut Zaid, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

Analisis: Alhamdulillah, akhirnya Zaid bersuara jugak. Masa Bar Council pertikai pasal Islam, dia senyap je. Bila orang pertikaikan perkara2 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Zaid tetap senyap. Sekarang ni orang dok sibuk suruh lepaskan tahanan ISA, Zaid masih lagi diam. Kau ni betul ke belajar undang2 ni Zaid? Kau jawablah bahawa kebebasan di Malaysia ini tidak mutlak. Hak asasi di Malaysia ni tertakluk di bawah Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan mana2 individu mempertikaikan hal2 seperti:

1. Agama Islam
2. Bahasa Melayu
3. Hak Istimewa Melayu
4. Raja-Raja Melayu


Kenapalah kau bengap sangat ni Zaid? Kan ini keja kau untuk menerangkan kepada rakyat supaya mereka faham. Tengok sekarang ni dah ramai pulak pertikai kenapa mereka kena ISA. Peguam Teresa Kok tu pun tak paham2 pasal ni. Kau bagitaulah peguam Teresa Kok tu supaya baca Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara tu menyebut bahawa mereka yang melanggar Perkara 10 (4) akan dikenakan tindakan dibawah Perkara 149 yang antaranya adalah ISA. Peruntukan undang2 dalam Perkara 149 ini adalah sah bagi tujuan pencegahan bagi perkara yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam dalam Persekutuan Malaysia atau mana2 bahagiannya.

Kau cakaplah kepada rakyat wahai Zaid bahawa Raja Petra tu dah memperlekehkan Islam dan Teresa Kok pun cuba menghina Azan dan tulisan Jawi @ bahasa Melayu. Sebab tu la orang ramai tak paham2 Zaid oii.... pasal kau bukan nak beri penjelasan hal2 macam ni, tapi dok sibuk nak jatuhkan Che Det dan sekarang Muhyiddin. Sibuk sangat kau nak kipas punggung Paklah tu apahalnya? Sebagai Menteri Undang2, negara ni perlu kau jaga keharmoniannya tak kiralah siapa pun yang akan jadi pemimpin. Kalau tak nak buat keja, letak je jawatan. Takdelah sesia rakyat nak bayar gaji kau Zaid umpama menanggung biawak hidup.

Buek Mohd Alwi,

Memang la kalo kita rasa Imam tak betul, maka kita kena berpisah dari Imam. Tapi menjadi tanggungjawab makmum juga menegur Imam jika tau Imam tu buat silap. Dan jika kita nak tegur Imam, kita juga kena ada dalam jemaah tu. Tak boleh kita dok luar masjid, pastu tau Imam buat silap, kita sobut Astaghfirullahalazim kuat2 untuk tegur Imam tu. Itu bingai namo eh. Nak perbetulkan pemimpin, kita kenalah ada dalam jemaah...!

Update: 15 September 2008 (8.00 p.m.)

Zaid Ibrahim: Resignation rejected

Zaid -- who was unsuccessful in meeting Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi earlier -- tendered his letter of resignation as minister to the Prime Minister’s office before 2pm. However, he was later called to a meeting at Seri Perdana with Abdullah from 3pm to 5pm. At the meeting the Prime Minister rejected his letter and told him to take two weeks’ leave instead. It not known whether Zaid has changed his mind but he has called for a press conference on Tuesday.

Saturday, September 13, 2008

KENAPA 16 SEPTEMBER

Daripada 365 hari dalam setahun, kenapa 16 september dipilih oleh Brader Anwar Bin Ibrahim?

Hari tu adalah tertubuhnya Malaysia. Jadi sodaro kau tu mungkinlah nak mencatat satu lagi sejarah baru. As they say, he wants to reset a new history for Malaysia. Hoping that sooner or later people will forget the suffering of our ancestor to free this country from the whites and the midgets.

Baru-baru ni DAP pun bokatolah bahawo 30,000 org cino mati membebaskan negara ni daripada penjajah. Umangai!!! Sodap eh nak menambah fakta sejarah kemerdekaan TANAH MELAYU ni. Camano atuk kau ni tak mengirap darah di buek eh. Bilo kito bocakap sikit dikatokan rasis. Bilo Atuk kau ni bosurah sikit, dikobakan perkauman. Cubo dikiro berapo orang cino yang masuk sojar (askar) sojak mulo sojar negaro kito ditubuhkan. Atuk ponah donga dialog "Ini negala lu punya! Lu sindililah jaga". Peh tu sodap-sodap yo dio kobakan 30,000 orang dio mati mempertahankan negaro ni!

Jadi, pado Hishamudin, Atok nak ingatkan. Jangan kito sibuk nak mempokasokan ilmu hisab dan ilmu sains jo kek sekolah. Peh tu tuka plak jadi bahaso inggeris. Tapi kau lupo bahawo rato-rato anak-anak kito ari ni buto sejarah. Tak kona sapo deh nenek moyang eh yang menjadi pojuang negaro ni. Ari tu atuk jumpo anak-anak felda yang mengatokan DEB tu tak adil. Bebudak yang menerimo biasiswa JPA ngatokan DEB ni tak samorato. Tu deh!!!! Anak-anak cucu kito dah kufur nekmat.

JADI, SHAM COCUBOLAH KAU TENGOK-TENGOKKAN SILIBUS KEK SEKOLAH TU. JANGAN ANAK CUCU KITO TU YANG MEMBOSAR TU KUFUR SEJARAH. LOMBU PUNYO SUSU, SAPI YANG DAPEK NAMO. PODEH CIRIT ITIK NORAN TOLUR, ORANG TOTAP KATO TU TOLO MASIN. ORANG TAK SOBUT TOLO ITIK MASIN.

Breaking News

Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang ditahan tengah hari tadi. Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai "hanya penumpang" negara ini, bulan lalu. Sebentar tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan.

Update 13/09/2008

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang tadi.

Jejak Andalusia - Syahid atau Menang

Kedatangan tentera Islam di Andalusia telah berjaya di kesan oleh pihak musuh. Pada 19 Julai 711 bersamaan bulan Ramadhan 116 Hijrah, King Roderick telah menghantar seramai 25 ribu orang angkatan tentera untuk mengalahkan tentera Islam yang hanya seramai 12 ke 17 ribu orang sahaja. Serangan pertama King Roderick ini pada awalnya berjaya mengkucar-kacirkan tentera Islam, namun tentera Islam telah berjaya bersatu kembali dan mampu menahan serangan bertubi-tubi tentera musuh. Peperangan berlarutan dari pagi hingga ke petang. Sebaik tiba waktu malam angkatan tentera masing-masing telah berundur untuk berehat.

Pada malam tersebut, Tariq bin Ziyad telah mengambil keputusan untuk membakar semua 12 buah kapal perang kepunyaan tentera Islam. Tujuannya agar tentera Islam tidak terfikir untuk berundur dan pulang, sebaliknya berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh demi mencapai kemenangan. Selepas habis kesemua kapalnya dibakar, Tariq bin Ziyad telah mengumpulkan semua angkatan tenteranya dan berkata,

“Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini untuk syahid ataupun memperoleh kemenangan”.

Kata-kata Tariq bin Ziyad telah menyemarakkan semangat angkatan tentera Islam untuk terus berjuang menegakkan syiar Islam. Pada masa itu, King Roderick telah menghantar perisiknya di kalangan tentera Islam. Namun kehadiran perisik itu turut disedari oleh Tariq bin Ziyad. Lalu beliau mengarahkan agar tentera Islam membelah mayat musuh yang telah dibunuh dan berpura-pura memakan mayat tersebut. Ini merupakan taktik perang psikologi yang dimainkan oleh Tariq bin Ziyad terhadap tentera musuh. Perihal ini telah disaksikan oleh perisik King Roderick dan dia telah pulang untuk melaporkan kejadian berkenaan kepada rajanya.

Sebaik menerima laporan berkenaan kapal yang dibakar dan perihal tentera Islam memakan mayat musuh, angkatan tentera Gotic mula berasa gentar. Bagi mengelakkan tentera Gotic berterusan takut dan lari dari medan peperangan, King Roderick telah mengarahkan pasukan tenteranya dipasung kaki mereka dengan rantai semasa berperang. Pada hari kedua, King Roderick turut menambah bilangan anggota tenteranya melebihi 100 ribu orang untuk berperang dengan tentera Islam.

Serangan hari kedua tentera Gotic berjaya ditangkis oleh barisan tentera Islam. Namun keadaan tentera Gotic menjadi semakin lemah akibat kekurangan bekalan makanan akibat sabotaj penduduk tempatan yang tidak sukakan King Roderick. Tambahan pula keadaan tentera Gotic yang dirantai kakinya telah menyukarkan mereka untuk bergerak bebas. Kesempatan ini telah diambil oleh angkatan tentera Islam dengan membakar rumput-rumput kering yang terdapat di sekeliling tentera Gotic sehingga menyebabkan ramai tentera Gotic terbunuh dalam kebakaran. Serangan berterusan tentera Islam juga telah berjaya mengkucar-kacirkan tentera musuh sehingga ramai tentera Gotic telah melarikan diri dari medan peperangan. Akhirnya Tariq bin Ziyad telah beroleh peluang untuk membunuh King Roderick yang berjaya dipanahnya sehingga raja yang zalim itu jatuh dah hilang di dalam arus sungai yang deras.

Selepas kekalahan angkatan perang King Roderick, tentera Islam telah meneruskan kemaraannya ke kota-kota besar di Andalusia dan satu persatu telah berjaya di tawan. Kecuali Granada yang terpaksa diperangi kerana saki baki tentera Gotic di situ telah mendapatkan bantuan tentera Rom; kota-kota lain seperti Toledo, Cordoba dan Malaga telah ditawan secara aman kerana mendapat sokongan daripada rakyat tempatan yang mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.

Seterusnya tentera Islam telah mara ke Ecija untuk berperang dengan saki baki tentera Gotic yang turut mendapat sokongan tentera Rom dan Portugal. Namun gabungan tentera Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair yang datang ke Andalusia untuk membantu pada masa itu telah memperoleh kejayaan besar dalam peperangan di Ecija. Seterusnya tentera Islam mara hingga ke Portugal dan turut berjaya menawan negara tersebut. Akhirnya 2/3 daripada keseluruhan Andalusia berserta negara Portugal telah berada dalam jajahan takluk Islam sepenuhnya. Maka bermulalah tarikh keramat kegemilangan Islam di bumi Eropah bermula pada 711M sehinggalah pada tahun 1492 Masihi.

Thursday, September 11, 2008

BONKA BULU ROMO

Bodiri bulu rhomo Atuk bilo Atuk nengok dak Mat Ma'e dari Bukit Bondero tu. "Mat! Ni Atuk tabek kau ngan duo-duo tangan sekali". Tu deh!!! Anak jantan yang masih botolo. Di robus tak ompuk, dijomo tak lokang, dibakar tak hanguih.

"Mat!!! Ni Tok nak habaq sikit kat hang, patah sayap, paghuh ditongkatkan, namun terbang, kuterbang jua. Orang Melayu tak relo boputih mato. Biar putih tulang, biar dikoghek 18 sekalipun kito takkan biarkan orang lain nak pelahankan laungan azan. Takkan kito nak biarkan orang lain padamkan tulisan jawi kito. Takkan nak biarkan tanah nenek moyang kito di rampeh dek orang lain. Jangan nak jadi pejuang yang sonang lenang duduk kek kerusi ompuk jo.

Atuk pocayo ramai lagi Melayu yang bersemangatkan Mat Ma'e ado kek luar nun. Bongkalah sesadaro sokolian. Bukak mato pandanglah Tanah Melayu ni. Kito ni mungkin mati di Tanah Melayu tapi cucu cicit kito sok kok hidup kek Tanah bukan Melayu.

Aku Melayu Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Tiada Tuhan Yang ku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tiada apa yang dapat ku ucapkan melainkan syukur Alhamdulilah kepada-Mu ya Allah, dengan Izin dan kurnia-Mu aku masih lagi dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Assalamualaikum w.b.t

Lahirnya aku ke dunia ini sebagai seorang LELAKI, beragama ISLAM, berbangsa Melayu, di bumi Malaysia semuanya kehendak-Mu, Ya Allah. Tidak Kau jadikan aku untuk sesuatu yang sia-sia ya Allah. Setiap kejadian-Mu ada hikmah di sebaliknya Ya Allah. Kau jua yang Maha Mengetahui segalanya.

Bagiku Islam satu persaudaraan, Islam membentuk perpaduan buktinya sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab kehidupan Arab Jahiliah sangat tidak bertamadun dan berpuak-puak. Sehinggalah lahirnya kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w yang membawa ajaran Islam sehingga terbentuklah satu tamadun Islam yang terhebat.

Pada pemikiranku, Allah tidak menyuruh menghapuskan sesuatu bangsa tetapi menjadikan ISLAM sebagai satu medium untuk menyatukannya. Cuba kita renung dan fahami maksud ayat
13 Surah Al-Hujarat;

Maksudnya,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Dalam ayat ini sesungguhnya Allah menjadikan Manusia ini berbangsa-bangsa. Kenapa? Bagiku hanya satu, supaya kamu saling kenal-mengenal, dapat memahami sesuatu bangsa bukan menindas sesama bangsa.

Aku percaya, tak mungkin Allah menyuruh AKU BERDIAM DIRI JIKA BANGSAKU DIHINA, BANGSAKU DICACI, MARUAH BANGSAKU DIPIJAK-PIJAK. Aku percaya kita mesti melawan. Tetapi melawan yang macam mana? Islam mengajar kita harmoni mengajak kepada pendamaian. Yang ada sekarang hanya satu laptop untuk aku menulis.

Kepada semua yang sebangsa dengan ku, hentikanlah sengketa sesama kita. Terimalah semuanya sebagai satu Qada' dan Qadar. Sesuatu penyakit atau musibah itu adalah satu ujian Allah untuk hambanya yang taat mengingati-Nya. Ingatlah, walau apapun terjadi, kiblat kita hanyalah satu, akidah kita adalah satu.

CUKUPLAH...! KEPADA BANGSA LAIN SELAIN BANGSA MELAYU ISLAM...TOLONGLAH HORMATI KAMI...PRIBUMI TANAH MELAYU...AKU MERAYU KEPADA KAMU SEMUA DENGAN PENUH RASA HORMAT, HENTIKAN MENGHINA BANGSAKU DI TANAH AIRKU INI...!

PEPATAH ORANG MELAYU, AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA. JANGAN SENGAJA DIJOLOK SARANG TEBUAN, JIKALAU TERJOLOK BURUK PADAHNYA.

Wallahualam.

Wednesday, September 10, 2008

Jadi Ka...Tak Jadi?

mSTAR - Anwar: Pakatan timbang ubah tarikh sasaran 16 September (10-09-2008 12:22:10AM): Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) malam tadi. Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

p/s: Awat la hang jadi lagu ni Brader Anwar Bin Ibrahim oii...? Macamana kami semua nak percaya kalu hang asik dok pusing-pusing cerita? Mana satu betui...jadi ka tak? Hang nak pusing kok mana lagi? Ghopla Jingga la hang ni Nuar!

Jejak Andalusia - Tariq bin Ziyad

Musa bin Nusair adalah wakil Khalifah Walid bin Abdul Malik yang memerintah antara tahun 705M hingga 715M (86 – 96 Hijrah) daripada kerajaan Bani Umaiyah. Musa bin Nusair mempunyai seorang hamba suruhan yang dibelanya sejak kecil yang turut menjadi anak muridnya daripada keturunan Barber Afrika. Keturunan Barber terkenal dengan keberanian dan kegagahan mereka. Hamba suruhan Musa bin Nusair itu ialah Tariq bin Ziyad yang dilahirkan pada 670M (75 Hijrah) dan meninggal dunia pada 720M (125 Hijrah).

Tariq bin Ziyad kemudiannya telah dimerdekakan oleh Musa bin Nusair, seterusnya mengangkat taraf Tariq bin Ziyad sehingga menjadi panglima angkatan tentera kerana kebijaksanaan dan kegagahannya. Pada asalnya Tariq bin Ziyad dilantik untuk mengetuai angkatan tentera peninjau seramai 12 ke 17 ribu orang di Andalusia. Namun akibat serangan bertubi-tubi tentera musuh, maka Tariq bin Ziyad terpaksa mengambil keputusan untuk berperang bagi mempertahankan diri.

Semasa dalam perjalanan ke Andalusia bersama angkatan tenteranya yang dibawa dengan 12 buah kapal perang, Tariq bin Ziyad telah terlena dan bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Dalam mimpinya beliau melihat Rasulullah S.A.W. bersama angkatan tentera Muhajirin dan Ansar memasuki kota Andalusia. Maka sebaik sahaja terjaga, beliau tersenyum kerana yakin mimpinya menandakan Allah S.W.T. akan berpihak kepada mereka dalam cubaan menakluk Andalusia. Ini menyebabkan beliau dan angkatan tenteranya lebih bersemangat untuk berjuang menegakkan syiar Islam.

Angkatan perang Tariq bin Ziyad kemudian meneruskan perjalanan dan berlabuh di sebuah bukit yang terletak di kawasan selat Andalusia yang kemudiannya digelar Jabal Tariq yang dinamakan bersempena nama beliau. Bukit itu pada hari ini dikenali sebagai Jibraltar dan Selat Jibraltar yang mengelilinginya telah menjadi laluan kapal yang popular di Sepanyol. Di bukit inilah tempat pertama angkatan perang Islam seramai 12-17 ribu orang dari Afrika utara berkumpul dan berperang dengan angkatan tentera musuh.

Andalusia pada masa itu diperintah oleh seorang raja yang beragama Kristian iaitu King Roderick dari keturunan Gotic yang kejam dan sering menindas rakyatnya. Beliau sering menjadikan wanita-wanita cantik sebagai pemuas nafsunya tidak kira anak atau isteri orang. Di suatu ketika, King Roderick pernah menculik dan merogol anak dara salah seorang Gabenornya sendiri. Rakyat juga dipaksa membayar cukai yang tinggi dan akan diseksa serta dibunuh jika engkar akan perintahnya. Atas alasan inilah kerajaan Islam telah menghantar tenteranya demi membenteras kemungkaran dan menegakkan keadilan di bumi Andalusia.

Saturday, September 6, 2008

Lompek...Jangan Tak Lompek

``Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku’’ – Abdullah

05/09/2008 6:21pm


Wahai Paklah yang dikasihi,

Sey dongar 5-6 orang MPs Sabah dah ready nak lompek parti. Orang2 KeAdilan bersungguh2 na konpom an' yang MPs Terengganu pasti akan melompek...kok tak silap jumlah eh 4 orang. Pahang pun dah sahkan (orang KeAdilan la yang sahkan), ado MPs yang suko lompek. Agak eh sobab tu la ramai MPs terutama dari Sabah dan Sarawak taknak sain akujanji setio dgn BN ari tu. Bukan taknak setio ngan BN sebonaeh, tapi taknak setio dgn Paklah.

Paklah, tak guno kalo buek sekreteriat baru pun dalam UMNO utk merungkai masalah sekarang ni. Masalah utamo eh Paklah tu yor yang tak paham2 laie. Sey punyo cadangan...mcmano Paklah nak pastikan 16 September tak akan berlaku iolah, PAKLAH LOTAK JAWATAN SEKARANG GAK! Konpem Brader Anwar Bin Ibrahim dah takdo modal laie. Masalah eh, brani ko Paklah buek?

Buek orang2 UMNO Bahagian yang bakal calonkan sesapo utk pemilihan MT UMNO terutamo eh jawatan Presiden bln Disember ni, kek sini sey nak tujukan kato2 yang selalu Brader Anwar Bin Ibrahim guno dalam ceramahnya...

"....hanya yang aku mahu ialah melakukan islah (reformasi) dengan segenap daya dan upaya". Ikhtiar menjalani, untung menyudahi, manusia mengikhtiarkan, Allah mentakdirkan.

Brader Anwar Bin Ibrahim ni selalu potik Surah Hud Ayat 88 dalam ucapan2 beliau. Terjemahan ponuh eh kek bawah nih;

"Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali". (Surah Hud, Ayat 88)

Dan buek Brader Anwar Bin Ibrahim, sey pon nak bacokan surah nih;

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah A-li ‘Imraan, Ayat 61)

p/s:"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Wednesday, September 3, 2008

SAMPAI BILO

Ari tu atuk ado senaraikan sedikit pokaro yang menyinggung porasaan orang melayu. peh tu paneh jugo ado senaraikan sikit. bilo ahmad ismail bokato tontang melayu dio orang kato menyinggung porasaan.

ari ni atuk nak botanyo kek anak cucu? apo sobab bilo kito bocakap pasal melayu, si sepet akan bokato ini perkauman. bilo kito bocakap pasal pokaro 153, itu sensitip. akan ado yang to singgung. apo bilo kito bocakap kobajikan anak cucu atok. in rasis.

tapi apo yang malang bagi orang malayu ari ni, bilo atuk baco satkobar tadi, najib dengan mudah mohon maap, kito tak bomaksud, kito tolopeh cakap.

JADI PERSOALANNYO NAJIB, HISHAMUDIN, MAHYUDIN, MIKE TYSON, RAIS, PAK LAH DAN SEGALO YANG KEK ATEH NUN, SAMPAI BILO ORANG MELAYU NAK NGAKU BOSALAH HANYO NAK JAGO HARMONI SODANGKAN SISEPET TU TAK PONAH NAK JAGO HATI KITO. JADILAH JANTAN YANG SOBONAR. KALAU DAH DICABAUTKAN KORHGIH TU JANGAN DI SARUNGKAN SEMULO. GOLAK KEK ORANG. SALAKAN SAHUT MENYAHUT KE HUJUNG BUKIT TAPI EKOR BOCAWAT LUNTUR.

Tuesday, September 2, 2008

Barulah Adil

GEORGE TOWN: Komtar assemblyman Ng We Aik has lodged a police report against Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail, who allegedly called the Chinese pendatang (immigrants) during a ceramah in Permatang Pauh on Aug 25. Ng said Ahmad's statement had hurt the feelings of all Malaysian-Chinese in the country and he should not be let off with just a light slap on the wrist. "The DAP wants Umno leaders to take stern action against him; moreover, the police should also investigate him under Section 4 (1) of the Sedition Act 1948.

PELABUHAN KLANG
: MCA bersependapat dengan parti Gerakan yang mencadangkan supaya ahli politik dalam komponen Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan sekiranya ada mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat berkata tindakan mengikut akta itu wajar dikenakan bagi mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Analisis: Bersungguh2 mereka nak suruh amik tindakan. Wahai Paklah, kalau nak amik tindakan ke atas Ahmad Ismail di atas kebenaran kata2 yang diucapkannya dari segi fakta sejarah...maka kami Melayu boleh benarkan. Tapi ingat, tolong gunakan akta hasutan itu juga untuk ambil tindakan kepada individu2 berikut:-

1- 9 menteri bukan Islam yang hantar memo mempertikaikan perkara 121 (1A) berkaitan Islam dalam perlembagaan.

2- Wee Meng Chee yang hina lagu negaraku, hina Azan, hina wanita bertudung.

3- Teresa Kok yang suruh perlahankan suara azan dan hapuskan tulisan Jawi.

4- Lim Guan Eng yang hapuskan DEB di Pulau Pinang.

5- Majlis peguam yang menghina hak istimewa Melayu, Islam dan bangsa Melayu keseluruhannya.

6- Semua suku sakat Hindraf yang hina Melayu dan Raja-Raja.

Dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan. Nak ambil tindakan biarlah betul2 adil dan saksama mengikut akta hasutan. Betul tak Brader Anwar Bin Ibrahim?

Monday, September 1, 2008

Jejak Andalusia – Ta'aruf

Sepanyol terkenal sebagai negara yang mempunyai antara senibina yang tercantik di dunia. Keindahan itu dapat dilihat dan dihayati di beberapa bandar yang suatu ketika dahulu pernah dikuasai oleh kerajaan Islam seperti Cordova (Qurtubah), Madrid, Toledo, Malaga dan Granada. Malahan Portugal juga termasuk antara negara Eropah yang terletak dibawah jajahan takluk Islam pada kurun ke-8.

Bandar-bandar bekas jajahan Islam di Sepanyol terletak di wilayah selatan yang lebih dikenali sebagai Andalusia. Kawasan ini meliputi 2/3 muka bumi Sepanyol dan antara kawasan paling banyak dikunjungi pelancong dari seluruh dunia. Statistik menunjukkan bahawa penduduk Islam di Sepanyol kini lebih kurang 30 ribu orang sahaja. Begitu juga bangsa Yahudi yang hanya tinggal 15 ribu orang dan kajian menunjukkan hampir 95 peratus penduduk Sepanyol kini adalah penganut Roman Katolik (Worldbook 2000 Encyclopedia).

Nama Andalusia diberi bersempena nama Andalus, iaitu orang pertama yang tiba di selatan timur semenanjung Sepanyol dan kemudiannya beliau telah memeluk agama Islam. Andalus sampai di bumi Sepanyol 60 tahun lebih awal daripada Khalifah Uthman Ibnu Affan yang tiba pada 648 Masihi (27 Hijrah). Walau bagaimanapun, kedatangan mereka pada masa itu hanyalah bertujuan melakukan penjelajahan bagi mencari bekalan atau barangan baru bagi tujuan perdagangan.

Pulau Gibraltar yang dahulunya dikenali dengan nama Jabal Tariq atau Gunung Tariq adalah kawasan pertama yang dijejaki oleh tentera Islam antara 12 ke 17 ribu orang pada suatu malam bulan Mei 711 Masihi. Selat Gibraltar adalah laluan terpenting kapal dagang berulang-alik antara Laut Atlantik dan Laut Mediterranean. Kini dianggarkan lebih 70 ribu buah kapal menggunakan selat itu pada setiap tahun.

Penaklukan bumi Andalusia oleh bangsa Arab berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik yang memerintah antara 705 hingga 715 Masihi (86-96 Hijrah). Pada masa itu pemerintahan Islam turut meliputi Afrika Utara yang terdiri daripada Maghribi, Algeria, Morocco, Tripoli, Tunisia dan Kota Qairawan sejak tahun 671 Masihi (50 Hijrah). Pada zaman pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik, beliau telah melantik Musa bin Nusair sebagai wakil khalifah di Afrika Utara. Pada ketika itulah bermulanya sejarah penguasaan Islam di Andalusia selama hampir 800 tahun yang turut memberi impak yang besar kepada keadaan umat Islam pada hari ini.

Blog Archive