Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, March 29, 2012

"I got lembu nak jaga" - Noh Omar

Susulan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC); maka ditujukan lagu ini kepada mereka yang suka bonar 'menyibuk' pasal isu NFC di luar sana. I got lembu nak jagalah...


Hehehe...

Tuesday, March 27, 2012

Melayu makan di gereja...


Mengapa masih wujud aktiviti umat Islam di negara ini dibiarkan di jamu makan di gereja? Adakah ini yang dimaksudkan Hadi negara berkebajikan? Apa kaitan gambar di atas dan gambar dibawah?

Ramai maklum kebanyakan pemimpin Pakatan Haram beragama Kristian. Dengan kewujudan gereja terbesar di Asia di bawah tajaan beberapa pemimpin DAP & PkR yang kini sedang giat pembinaannya di negara ini, sudah tentulah rancangan memurtadkan umat Islam menjadi salah satu agenda pemimpin Pakatan Haram.

Ingatlah...beri undi kepada Pakatan Haram bermaksud anda turut bersubahat dalam agenda memurtadkan umat Islam di Malaysia!!!

Saturday, March 24, 2012

Hidden agenda of Hassan Ali?

PETALING JAYA: Former Selangor executive council member Hasan Ali was not always a supporter of the ulamas but, on the contrary, was one of the pioneer liberals in PAS, said his former aide Abdul Rahman Talib.

In an interview with FMT, Rahman, who also operates a blog under the monicker Tulang Besi, said the slogan “PAS for All” was also Hasan’s brainchild.

“In order to understand what happened since then, we need to trace back PAS’ history,” he added.

For decades, Rahman said, there had been a “cold war” between the conservatives and the reformists in PAS but many kept silent during the tenure of late party president, Fadzil Noor.

“The term ulamas versus the Erdogans was coined by Umno. The issue is between the conservatives and the reformists,” he explained.

(The Erdogans are named after popular Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan who is known for his moderate Islamic politics.)

In 2001, Rahman said Hasan won the top job in PAS Selangor as he was seen as a liberal while the former chief Mohsinsun Tahir was seen as a conservative.

He also revealed another interesting fact about Hasan, saying it was the latter who had mooted the concept of “PAS for All”.

“And the concept was promoted extensively in Selangor using banners and other insignias but received stiff resistance from the conservative faction.

“I know this because I was part of the committee that was promoting this concept. It was going on well until PAS introduced the Islamic state document in 2003,” he said.

‘Ulamas rely too much on rhetoric’

The document, Rahman said, was so badly written that it became instrumental in Barisan Nasional winning its biggest electoral mandate in the history of the nation.

“About 80% of the non-Malay votes went to BN. Umno should have paid PAS for handing the former the electoral victory on a silver platter,” he added in jest.

Among the weaknesses in the document, Rahman said, was that it did not provide details on many issues such as Islamic governance and the status of non-Muslims in a theocratic state.

“When we talk about Islamic state, we must address issues such as how the ministries would function, human rights, women’s rights and so on. Ask the conservatives these questions and you would see them falter one by one,” he added.

The problem with the conservatives, Rahman said, was that they relied too much on rhetoric for the past 20 years.

“During party polls, they would refer to themselves as ulamas to fish for votes. They would say that ulamas must retain control of the party leadership at all times. Truth be told, Islam says a leader must be qualified for the job. And a qualified leader need not necessarily be religious,” he said.

Throwing brickbats at the conservatives, Rahman said the faction had failed to grasp the political realities of Malaysia, which was plural in its racial and religious backgrounds.

“Many of them were educated in the Middle East of the past, where tyrants ruled. The despots there don’t care about their people even when the latter were living on the streets. So the conservatives are not attuned to how a democracy works. In the Middle East then, corruption was the rule of the day but the media there whitewashed it.That’s also the reason why the conservatives in PAS don’t see corruption as a problem,” he added.

On Harun Taib, the PAS ulama council chief who spearheaded the Islamic state document, Rahman claimed that Harun knew nothing about the aspirations of non-Malays.

“He spends most of his time in Manir, Terengganu, with a large Malay population. He doesn’t know the issues plaguing the Chinese and Indian communities,” said Rahman, who hails from Petaling Jaya.

Back to Hasan, Rahman said that the former Selangor PAS chief often criticised the conservatives for accusing the reformists of being secularists.

“Hasan even slammed the conservatives in the 2007 party annual general meeting. Subsequently, he resigned from his vice presidency but retained his Selangor PAS chief post.

“It’s all nonsense. The reformists were not secularists but were merely putting substance into the rhetoric PAS was dishing out for 20 years,” he added.

‘Umno fears the likes of Husam’

Citing the example of current party vice-president Husam Musa, Rahman said that Husam did not dabble in rhetoric and was a man of action.

“That’s why Husam, despite resistance from the conservatives, implemented various pro-people policies in Kelantan in the aftermath of the party’s drubbing in the 2004 general election,” he added.

As for Umno, Rahman said, the party feared PAS leaders such as Husam and PAS central working committee members Dzulkefly Ahmad and Khalid Samad.

“The reformists are on their way to turn PAS into a wholesome Malaysian party. If that happens, Umno will be ruined,” he added.

The sentiments against the conservatives were so strong among PAS delegates that in 2007, they voted Nasharuddin Mat Isa as the deputy president in place of Harun Taib.

“After 2007, the conservatives started losing their influence in the party. That was when PAS started talking to Hindraf and came out with the welfare state plan,” said Rahman.

During that time, Hasan was focused on his work in Selangor and became a leader to be reckoned with.

“Hasan was so strong in Selangor that no PAS members could think of anyone better to lead the Selangor faction,”

Quoted from FMT News, written by G Vinod, March 22, 2012

Well, Dato' Hassan Ali was also the Timbalan Ketua Pengarah Birotatanegara when Brother Anwar Bin Ibrahim was the Deputy Prime Minister. What is Hassan Ali's motive of establishing IMR? Go figure.

Friday, March 23, 2012

Perihal Melayu & Bukan Melayu

1. "...that right (Malay rights and privileges and right of Malay Rulers) does not claim to be new. It already exists long before Merdeka and the purpose of the entrenchment is to protect its encroachment..." - Kes: Dato Menteri Othman bin Baginda vs Dato’ Ombi Syed Alwi Syed Idrus [1981] 1 MLJ 29.

2. Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara.

3. Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi (excavation sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa artifak itu berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

Adakah Melayu itu tamak dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bersifat perkauman?

i- Realitinya, Melayu tidak perkauman kerana tiada satu pun dasar tersurat mahupun tersirat yang membuktikan Melayu yang tidak layak bekerja, mestilah diberikan kerja hanya kerana individu itu berbangsa Melayu.

ii- Melayu tetap berlumba/berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan tawaran kerja kepada orang Melayu masih ditimbang taraf kelayakannya.

iii- Etnik Melayu/Bumiputera di negara ini bukanlah prasyarat untuk wajib mendapat pekerjaan atau menjamin kejayaan hidup.

iv- Melayu mudah untuk bekerjasama dan serta senang pula memberi kepercayaan kepada etnik lain terutama Cina dan India dalam bidang politik, ekonomi & sosial.

v- Sebab itu DEB yang diperkenalkan sejak 1971 hanya menyasarkan 30% daripada 'pengagihan kek ekonomi' untuk bangsa Melayu. Kata mudahnya, Melayu itu tidaklah lokek untuk berkongsi & bersifat terbuka; rentetan itu wujud ramai jutawan di kalangan bukan Melayu yang menerajui ekonomi dan sektor-sektor lain.

Justeru, kepada kaum bukan Pribumi aka bukan Melayu di negara ini, janganlah jadi seperti Belanda minta tanah, diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta minta sedepa!

All Malaysian need to know their values and boundaries. Barulah kita akan hidup aman, harmoni & makmur sentiasa.

Thursday, March 22, 2012

DBKL hilang daya sensitiviti...


"Nikmati daging PEARL Pork tanpa keraguan"???

Sahlah DBKL tak sensitif langsung dengan sentimen umat Islam yang merupakan rakyat majoriti di Malaysia ini...

Wednesday, March 21, 2012

ADUN Paroi Pas buek apo?

Ashadi bin Kadir yang beralamat di No 300, Lorong Jasmin 5/1, Taman Jasmin, Senawang amat memerlukan bantuan kita semua. Rumah yang dibelinya pada tahun 2007 pada harga RM55,000.00 pihak bank BSN telah melelongnya pada harga RM32,000 pada hujung Februari 2012. Dia terpaksa melepaskan rumah yang amat disayanginya kerana tidak mampu membayar tunggakan RM7,000 apabila tempat kerja lamanya mempunyai masalah kewangan.

Kini Ashadi hanya mampu bekerja kilang di Senawang dengan gaji RM 800. Yang membeli rumahnya dalam lelongan tersebut ialah orang Melayu dari Kedah katanya. Dia diberi tempoh sehingga 21 Mac 2012 untuk mengosongkan rumah tersebut. Kini 20 Mac 2012, beliau masih belum dapat rumah baru untuk didiami pada kadar harga yang berpatutan.

Beliau ada memohon rumah PPR Senawang (rumah pangsa milik kerajaan negeri), tapi hanya akan dapat dalam tempoh sebulan dua lagi.

Rumah mertua Ashadi ada di Panchor, tetapi ianya sudah sempit dengan adik beradik sebelah isterinya sudah ramai di sana. Sedangkan Ashadi mempunyai 3 orang anak berusia 3 tahun, seorang di Tabika Perpaduan KEMAS dan seorang di Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Senawang.

Nak tak nak, esok 21 Mac 2012, Ashadi sekeluarga perlu mengosongkan rumah beliau di Taman Jasmin. Kalau tiada tempat untuk meletakkan barangan rumahnya, mungkin terpaksa diletak tepi jalan, atau surau, atau masjid.

Ashadi bukan hendak minta sedekah. Beliau hanya perlukan bantuan untuk mendapatkan rumah sebulan dua, sementara menunggu rumah PPR Senawang.

Kalau ada sesiapa yang boleh bantu sila hubungi Ashadi di talian 017-6055185.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan untuk meringankan beban Ashadi untuk sewa lori pindah rumah, atau bayar deposit rumah sewa boleh dimasukkan ke akaun CIMB atas nama Ashadi bin Kadir, No Akaun 05060136279529.

Cilok dari sini.

*********

p/s: Nak juga tau apa yang akan dilakukan Taufek selaku ADUN Paroi aka Pesuruhjaya Pas Negeri ini berkenaan kes di atas. Adakah Taufek akan buat benda yang sama sejak 4 tahun lalu, iaitu hanya 'pandai' ambil kredit atas segala usaha dan kerja yang sebenarnya dilakukan UMNO selama ini? Pas Pis Pus sampai bilalah nak menipu rakyat...

Tuesday, March 20, 2012

Surat NGO kepada Wakil Rakyat BN NSDK

Berikut adalah petikan email pembaca yang dikirimkan kepada Paneh Miang:-

Salam sahabat. Apa khabar saudara dan keluarga? Didoakan agar sahabat sekeluarga terpelihara dan diberkati Allah SWT sentiasa.

Dalam program-program NGO yang saya kendali dan jalankan tentulah terpandang, tersepak dan terdengar suara-suara dari bawah (rakyat).

Saya agak cemas kerana input yang didapati masih lagi membimbangkan dan bakal mengundang kecelakaan terhadap BN dalam PRU13 ini. Berikut adalah sebahagian input untuk dikongsi ikhlas bersama saudara. Rata-ratanya;

1- Orang-orang Melayu bukan UMNO masih lagi bercakap berkenaan Menteri Besar Negeri Sembilan yang patut diundurkan atas alasan membina kekayaan yang menakjubkan serta perangai yang tidak boleh ditegur.

2- Wakil-wakil rakyat BN NS sedia ada, 70% tidak/kurang digemari atas alasan faktor umur, perangai, tidak berfikiran maju, atau terlalu lama memegang tampuk. Dalam erti kata lain bakal pengundi meluat tetapi tidak ditunjukkan dihadapan YB-YB sedia ada, (namun tidak mustahil akan ditunjukkan melalui) peti undi kali ini.

3- Percakaran dalam UMNO Bahagian NS telah membawa ke jalanan di mana perpecahan dikalangan pemimpin bahagian agak ketara dalam siri-siri diskusi secara ad hoc yang kami jalankan. Ini akan merosakkan perjalanan gerak gempur petugas BN.

4- Nisbah 7 daripada 10 pengundi Melayu secara rambang masih lagi akan memberikan undi kepada BN JIKA muka-muka baru diketengahkan.

Dari pengamatan input yang saya perolehi serta pandangan peribadi saya yang tidak seberapa ini, BN Negeri Sembilan terutamanya UMNO memerlukan suatu "shift/anjakan" yang drastik sebelum PRU13. Jika tidak dilakukan, adalah suatu yang cukup mengerikan bakal berlaku apabila kertas undi diberikan nanti.

Persoalan seterusnya, kebanyakan pengundi berasa malas untuk menegur BN/UMNO. Bak kata seorang sahabat, "Tak payah lah nak dikobarkan pada YB yang ada." (kerana ia) seperti mencurah air ke daun keladi. Masing-masing masih beranggapan bahawa mereka akan menang dalam PRU13 nanti. Perasan sungguh!

Saya menulis pada sahabat Paneh yang saya hormati atas alasan bahawa saudara dapat menilai daripada pandangan NGO. Kita (harap) tidak terlalu lambat untuk membantu BN/UMNO jika ada pasukan seperti sahabat-sahabat tuan yang sentiasa mengasak akan suatu perubahan drastik berdasarkan fakta-fakta yang berkenaan. Kita perlukan semangat baru yang kental dan pasukan YB baru serta muda yang boleh bertindak dengan cepat, pantas dan berwawasan.

Sebagai seorang pengundi baru (terpanggil berpindah) di Jempol, NS dan juga mempunyai darah pertalian yang kukuh dari Seri Menanti; saya tidak sanggup melihat agama Islam, bangsa Melayu terutamanya umat Melayu Negeri Sembilan Negeri Beradat yang saya junjungi diperlekehkan oleh DAP yang durjana serta kuda tunggangan Pas dan PkR.

Semoga Allah SWT memberkati perjuangan saudara dalam mengembalikan kekuatan BN/UMNO NSDK. Sama-sama kita berdoa pada Allah SWT.

Ikhlas dari saya.

TMS

Friday, March 16, 2012

P.....

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh! Pedas-Pedas Pun Pakngah Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong.

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan...Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang...

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa...Pup Pelita Pun Padam.

Wednesday, March 14, 2012

Idea Gila Ali Rustam

Baru-baru ini salah seorang warga Paneh Miang beserta beberapa orang blogger ternama tanahair telah dijemput dan dibawa melawat sekitar negeri Melaka. Program bermula dari jam 7 malam hinggalah ke acara supper bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berakhir hampir jam 3 pagi. Pelbagai maklumat berkenaan negeri Melaka telah kami perolehi yang ingin dikongsikan di blog ini bersama para pembaca sekalian. Jelasnya, Kerajaan Negeri Melaka di bawah teraju Tok Ali telah memfokuskan kepada pembangunan industri pelancongan secara serius hingga memberi pulangan laba besar kepada kerajaan negeri selama ini.


Sebuah negeri kecil dengan hasil bumi yang terhad tidak menjadikan Melaka negeri yang mundur. Keunikan Melaka di bawah Tok Ali (Datuk Seri Ali Rustam) kerana sentiasa menyediakan produk pelancongan dengan idea kreatif yang agak gila-gila.


Melaka mampu membangun kerana industri pelancongannya berupaya menarik kedatangan 8.9 juta pengunjung yang telah menjana RM4.4 billion hanya pada tahun lepas saja dan dijangka akan terus meningkat setiap tahun. Kepelbagaian produk pelancongan berasaskan sejarah, pendidikan, sukan dan kesihatan jelas telah mengubah landskap Melaka secara keseluruhannya. Langkah kerajaan negeri membangunkan pelbagai produk pelancongan di sekitar Banda Hilir hingga ke pantai Klebang memudahkan orang ramai berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh.


Dahulu pakej pelancongan Melaka lebih tertumpu kepada bangunan bersejarah seperti Masjid Kampung Hulu, Stadthuys, A Famosa, Christ Church, St. Paul Church dan Perigi Hang Li Po. Namun kiini ia ditambah dengan produk baru seperti bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Jonker Walk, kenderaan dua alam Duck Tours, Monorel, Zoo Melaka etc.


Wild Life Theater di Pulau Melaka adalah produk terkini yang dibuka pada 25 November tahun lalu untuk mereka yang berminat menyaksikan persembahan unik tiga ekor singa laut yang didatangkan khas dari Chile, selain aksi spesies haiwan lain.


Idea gila terbaru Tok Ali yang merupakan satu pelaburan besar dengan pembelian sebuah kapal selam dari Perancis untuk dijadikan Muzium Kapal Selam pertama di negara ini.

Kepada rakan maya & pelayar blog Paneh Miang, JOM kita melawat negeri Melaka sempena musim cuti sekolah ini kerana terdapat banyak produk-produk pelancongan terbaru dan menarik terdapat di Melaka. Melawat Melaka Bandar Bersejarah hampir sama ertinya anda telah melawat seluruh Malaysia. Jom cuti-cuti 1 Malaysia...


Tak hairanlah DAP+PkR+Pas begitu terliur untuk memerintah bumi Melaka. Pelbagai fitnah telah dan sedang direkayasa Pakatan Pembangkang untuk menjatuhkan BN di negeri itu yang hakikatnya telah begitu banyak jasa ditaburkan demi kesejahteraan & kemakmuran rakyat Melaka selama ini. Tahniah Kerajaan BN Melaka...Tahniah Datuk Seri Ali Rustam. Moga Melaka aman, sentosa, makmur berkekalan.

p/s: Kerajaan Negeri Sembilan bila pulak nak bangunkan produk pelancongan negeri secara serius? Orang MTPN masih lena gamaknya...

Tuesday, March 13, 2012

Bencana Besar Tanah Melayu

Tampak keriangan pasukan Min Chong Yuen Thong melalui pelbagai organisasi parti siasah dan pertubuhan bukan kerajaan serta pertubuhan belia yang berselindung di sebalik tabir Agenda Neo-Liberalis Komunisme.

Malaysiakini secara literal telah mencetus polemik paling "bungkur" kerana berhujah di luar konteks apabila secara sembrono melampias perbahasan bahawa soalan sejarah berkenaan kuasa Melayu semasa penentangan umat Melayu dalam Malayan Union diberikan tafsiran yang salah oleh Malaysiakini.

Anwar Ibrahim sejak dilepaskan oleh "mangkuk dan tempayan Freemason" nampaknya berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau mungkin bakal Perdana Menteri Freemasonary Malaysia pertama. Agenda yang hendak dicanang oleh Parti Kencing Rakyat dan Parti Keluar Ramai-Ramai ialah perjuangan mutlak LBGT, Plural dan Liberal berpaksi kepada Protokol Ke-11 hingga Protokol Ke-24 Zionisme.

DAP melalui Pengerusi Sampai Matinya dan Presiden Sampai Matinya sedang gelak besar dan berguling-guling melihat politiking Melayu berantakan yang berjaya dijarah Komunis ke dalam Parti Ajaran Sesat pimpinan Abdul Hadi Awang. Ternyata, kumpulan Syiah, Wahabi dan Khawarij dalam PAS sudah semakin gelap mati dan hilang punca.

DAP nampaknya sedang menyusun langkah untuk mengadakan Muktamar PAS-DAP-PKR sebagai proses menghalalkan perkara Pilihanraya Dewan Undang Negeri terasing daripada skema lazim pemerintahan Beraja Demokrasi Berperlembagaan. DAP dilihat memakmur jentera pilihanraya dengan Agenda Sulit Deklarasi Setapak 1967, khusus dalam memikat dan membeli "petualang" Melayu untuk dijadikan BARUA dan KELDAI Komunisme DAP yang akhirnya disokong dan diberi undi oleh anak-anak Merdeka Melayu yang alpa SEJARAH Malaysia.

UMNO masih belum selesai urusan housekeeping yang makin kecamuk. UMNO NSDK masih belum siap rumahnya. UMNO NSDK dilihat rapuh dalam skala Urusan Perang Pilihanraya Kritikal. UMNO NSDK masih mencari-cari Sirna dan Ilham. Nampaknya DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan bakal campurtangan jika memanda Bendahara Menteri Besar dilihat kelabu dan kelam dalam Negara dan Negeri Melayu.

Idealisme komunis makin mencanak dan melata. Ideologi Freemason makin membarah dalam pemikiran dan pandangan rakyat jelata. Isme Syiah, Wahabi, Khawarij dan Muktazilah hampir sempurna bertakhta dalam kamar-kamar rakyat.

Bencana besar Tanah Melayu!

Monday, March 12, 2012

Rosmah...Oh Rosmah!


Lawa baju Kak Ros. Berdiri sebaris pulak tu dengan YDPA. Brand TKC ka ni? Hihihi..! Cer tengok sini. Liabiliti NFC hampir nak selesai, liabiliti yang ni bila lagi?

ATOM, TUKAR & MENTERI 3 SUKU

ATOM adalah singkatan Projek Permodenan Bengkel Automotif. Bertujuan untuk memoden dan mentransformasikan sektor industri perkhidmatan penyelenggaraan serta pembaikan automotif yang bertaburan dan tidak tersusun. Nilaian pinjamannya adalah RM100,000 bagi tempoh pinjaman selama 15 tahun dengan kadar faedah 3 peratus.

TUKAR pula adalah singkatan kepada Projek Transformasi Kedai Runcit. Bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif. Nilai pinjamannya adalah RM60,000 bagi tempoh pinjaman selama 15 tahun dengan kadar faedah 3 peratus.

China Doll pula bermaksud kegemaran Bapa Peliwat Tegar Negara yang telah menghasilkan seorang Doktor bergelar Ustaz yang sangat pakar dalam memberikan kaunseling kepada isteri orang di dalam bilik hotel yang selesa pada malam yang dingin. Hahaha...selingan saja.

ATOM & TUKAR telah dijadikan KPI Menteri 3 suku untuk membantu mentransformasikan kedai runcit dan bengkel berwajah 'kampung' kepada lebih moden dan berdaya saing.

ATOM & TUKAR dilaksanakan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pinjaman ATOM & TUKAR itu diberikan bagi mengubahsuai dan menaik taraf premis perniagaan dan pembelian mesin atau peralatan.

Kelulusan untuk pinjaman adalah dari pejabat KPDNKK dan BUKANnya oleh pihak bank. Bank hanya semak CCRIS/CTOS, bagi dana dan ambil komisyen. Ada je CCRIS/CTOS seseorang, maka bank berhak batalkan. Loan RM100 ribu, 15 tahun, 3% interest, pelanggan kena bayar RM250 bagi 6 bulan tempoh tangguhan manakala selepas itu lebih kurang RM710 selama 14 tahun 6 bulan.

Kiraan secara bodohnya, RM710 x 174 bulan=RM123,540 untuk tempoh 14 tahun 6 bulan. So, kalau tambah RM250 x 6 bulan = RM1500. Total = RM125,040.

Manakala pinjaman RM60 ribu, bayaran balik bagi tempoh 14 tahun 6 bulan ialah RM426, tangguhan 6 bulan adalah RM150 sebulan. Jadi kiralah sendiri.

Persoalannya:

a. Siapa konsultan atau pegawai pejabat Menteri KPDNKK yang lantik pembekal/kontraktor buat kerja-kerja pengubahsuaian? Bumiputera atau bukan bumiputera? Kerabat Menteri atau orang perseorangan yang layak?

b. Kos post system (mesin & sistem bacaan bar code untuk barang/inventori) yang dijadikan perkara wajib kosnya hampir RM7500, sedangkan buat sendiri boleh dapat dalam RM5400. Berapa ribu pulak nak mark up tu?

c. Kos pengubahsuaian terlalu tinggi. Alangkah baiknya bagi pelan kepada empunya kedai & biar dia sendiri yang cari kontraktor ikut spesifikasi. Esok lusa dia juga yang membayarnya, bukan daripada poket Menteri KPDNKK.

d. Maksimum RM30,000 untuk belian stok barang jualan tapi hampeh tak menureh. Kebanyakan dah pergi kepada kos pengubahsuaian. Kos ubah suai bagi TUKAR sahaja dah makan RM47,000. Balance beli barang jualan? RM 13,000? Cukupkah wahai Menteri 3 Suku?

e. Kedai akan jadi cantik, rak banyak tersusun indah & rapi, susun atur kemas, tapi apa barang yang nak dijual? Dah la margin keuntungan ciput, barang pulak dapat beli sikit. Come on la Menteri KPDNKK, rasanya beban orang terbela kah? Rasanya orang boleh bayar kah loan ni semula? Kehidupan mereka dengan margin untung yang sikit tu rasanya berbaloikah atau sekadar memenuhi KPImu sahaja wahai Menteri?

f. Berapa peratuskah Melayu yang dah terkena?...kerana majoritinya Melayu yang memohon dan membuat pinjaman untuk memenuhi KPI Menteri 3 Suku; sedangkan Cina dan India telah menarik diri/membatalkan pinjaman khususnya dalam pinjaman TUKAR.

Kalau macam ni la gayanya projek KPI Menteri 3 Suku, saya mencadangkan peniaga-peniaga ini diberi bantuan di bawah Qardhul Hassan (Pinjaman Tanpa Faedah). Sudah tentu para peniaga akan lebih terjamin andai berlaku aktiviti songlap pun.

YAB Dato' Seri Najib, andainya SBPA sanggup Dato' Seri batalkan semata-mata untuk berikan hak sama rata kepada penjawat awam terutama golongan bawahan, jadi kenapa pula untuk program ini terlepas pandang? Apakah perlu dikorbankan rakyat jelata bernama Melayu semata-mata untuk KPI Menteri 3 Suku ini?

Eloknya YAB DS Najib Razak buang saja Menteri 3 Suku ini sepertimana kita membuang Bapa Peliwat Tegar Negara, 'Ustaz Khalwat' & juak-juaknya dalam pilihanraya akan datang.

Friday, March 9, 2012

The Unsung Heroes

Rabu lalu lebih kurang jam 10 malam, Abd Aziz bin Hj Kassim, 76 tahun yang lebih dikenali sebagai Tok Cik telah di sahkan meninggal dunia. Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Abdul Aziz, beliau adalah individu yang menurunkan bendera Union Jack pada malam kemerdekaan 30 Ogos 1957 di Padang Merdeka, Kuala Lumpur. Abd Aziz merupakan anak jati Rembau yang berasal dari Astana Raja dan menetap di Rumah Rakyat Lubok Cina.

Warga Paneh Miang mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga wira tak didendang ini iaitu Allahyarham Abd Aziz dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan dibawah keredhaan Allah SWT hendaknya.

AL-FATIHAH!

*********

Kita seringkali gagal mendokumenkan setiap peristiwa bersejarah terutamanya yang melibatkan anak-anak Negeri Sembilan. YB Dato' Mohd Razi Kail selaku Exco yang menjaga portfolio warisan dan YB Dato' Setiusaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) harus memantau lebih dekat apa yang berlaku di LMNS. Pengarah LMNS jangan hanya bermesyuarat tetapi tiada tindakan yang diambil.

Buat kaki-kaki bodek Pengarah LMNS, silalah berubah kerana sikap kalian menyebabkan LMNS tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Tindakan anda menyebabkan nama baik LMNS terjejas dan sering diperlekehkan orang ramai. Selanjutnya sini.

Thursday, March 8, 2012

Untuk WANITA sahaja...

Lumrahnya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada wanita di belakangnya. Sangat besar erti kehadiran seorang wanita di setiap kejayaan kaum lelaki. Keindahan dan kecantikan seorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.

Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. Oleh kerana istimewanya wanita di mata seorang lelaki, warga Paneh Miang ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia terutamanya ibu kami, wanita yang telah melahirkan kami di dunia ini dan tak lupa juga kepada Isteri yang berjaya mencuri dan bertakhta dalam hati kami ni. Kepada para wanita pembaca Paneh Miang, raikan hari anda dengan senyuman dan penuh kasih sayang.

p/s: Dengarnya ada pakej melancong ke Kazakhstan sempena Hari Wanita Sedunia. Sila hubungi NFCorp untuk maklumat lanjut.

Monday, March 5, 2012

MBN N9 perasan?!


Salah satu komentar dalam posting sebelum ini menyatakan "Kalau nak cari salah, kita akan dapat salah." Hakikatnya, Paneh Miang bukan sengaja nak cari salah, TAPI kami TERJUMPA salah. Dan apabila kita terjumpa salah, perlukah kita diam? Atau mengkritik untuk membetulkan salah supaya ianya tidak berulang, atau supaya ianya tidak dijadikan peluru oleh pembangkang?

Artikel "Tok Mad dah nengok ko bolum video nih... jelas tidak menyentuh secara langsung mengenai MBNNS, apatah lagi si Puan Presiden. Sudah terang lagi bersuluh artikel itu ditujukan kepada Ahli Mesyuarat Belia & Sukan Kerajaan Negeri Sembilan. Tapi entah apa kalutnya, lain yang diusik, lain pula yang meloncat. Sebab itulah agaknya Allah SWT melarang wanita menjadi pemimpin, sebab kaum hawa ini mudah sangat terbuai emosi. Ambil contoh Shahrizat sajalah, dicuit sedikit terus melatah menyinsing lengan.

Tiba-tiba si Puan Presiden nak berdiskusi dengan kami. Konon demi kemajuan dan kepentingan belia Negeri Sembilan? Hehehe...adakah jemputan ini ikhlas? Apakah ianya demi ego seorang presiden; atau kerana ingin mempertahankan 'kemaluan' Exco Belia & Sukan? Dah terantuk, baru nak ajak berdiskusi? Sebelum ini Presiden yang sama telah menyombong dengan sahabat. Lalu disebelah pun tidak ditegur sahabat. Malah dituduh pula sahabat cuba menjatuhkan dirinya yang konon hebat. Adakah itu yang dinamakan sahabat? Jika benar-benar faham apa itu persahabatan, maka tidak akan keluar tuduhan sahabat mahu menjatuhkan sahabat. Maknanya Puan Presiden sendiri keliru akan pengertian sahabat yang diterapkan dalam organisasi sejak puluhan tahun yang lalu.

Tapi bila dah tersepit dan terdesak, barulah nak cari sahabat. Tidak pula sebelum ini diajak sahabat untuk bersama terlibat menyumbang bagi menjayakan program yang ingin dijalankan. Kini barulah nak ajak sahabat berdiskusi, tapi dibiarkan pula anak buah mencaci maki, mencarut, dengan segala macam fitnah terhadap sahabat. Jadi apakah maknanya persahabatan itu?

Namun sebagai sahabat, kami tetap menyokong program anjuran sahabat. Sebab itulah warga Paneh Miang beserta keluarga dan handai taulan, tetap berkunjung ke program-program yang dianjurkan bersempena Karnival Belia Negeri Sembilan. Hadir dengan niat ikhlas untuk bersama meraikan program sahabat. TETAPI lain yang kami harapkan, lain pula yang kami temui. Itulah maknanya TERJUMPA salah, dan bukannya sengaja mencari salah.

"Karnival Belia Negeri Sembilan 2012 antara karnival terbaik yang pernah dianjurkan di Malaysia." Hehehe...iya ke?! Kami tak tau nak respon macamana bila mendengar pujian melangit sebegitu daripada seorang AJK program Karnival Belia NS. Apakah ukuran yang digunakan untuk membuat penilaian sedemikian rupa? Walaupun kami akui terdapat juga beberapa program menarik disepanjang karnival berlangsung seperti Bengkel 3K, Bicara Pelajar/Mahasiswa, mahupun Bengkel Pemadanan Perniagaan (Business Matchmaking Event), tapi tampak hanyalah 'Mat-Mat Poyo' yang kerap kelihatan hadir dalam program-program bercorak sedemikian anjuran pelbagai pihak sebelum ini. Nak dikatakan ramai muka baru...jauh panggang dari api.

Adakah pihak penganjur sentiasa memantau setiap aktiviti yang diadakan? Mengambil contoh Pertandingan Melukis Kanak-Kanak, adakah petugas mengambil tahu rungutan ibubapa yang hadir membawa anak-anak mereka? Ini kerana kami telah terdengar pelbagai rungutan daripada ibubapa mengenai tahap keperihatinan pihak penganjur. Kemarahan ibubapa bertambah apabila anak-anak mereka mula merengek meminta air Coke yang diedarkan secara percuma semasa pertandingan itu. Wajarkah air Coke diberikan dalam aktiviti yang dikhususkan untuk kanak-kanak? Tidak bolehkah minuman bergas itu digantikan dengan milo atau susu, mahupun minuman berkhasiat lain yang lebih sesuai dengan faktor umur kanak-kanak?


Dalam dewan pula disediakan acara temuduga bagi membuka peluang pekerjaan kepada belia yang menganggur. Paneh Miang sempat berada di sana ketika proses mencari kerja berlangsung dan sempat berbual dengan beberapa pengunjung yang berada dalam dewan. Kebanyakannya merungut kerana pameran itu seolah tidak mendapat sokongan pihak syarikat swasta (lihat gambar). Kurang daripada 30 buah syarikat yang mengambil bahagian, kononnya bagi menyediakan peluang pekerjaan. Namun syarikat-syarikat yang mengambil bahagian kelihatan seolah tidak membuat persediaan. Hampir kesemua syarikat di setiap booth tidak bersedia dengan acara temuduga serta menyusahkan pengunjung dengan pelbagai karenah birokrasi. Yang banyak kelihatan ialah syarikat-syarikat insurans yang menawarkan pekerjaan sebagai agen. Jelasnya, program kerjaya yang dianjurkan dalam Karnival Belia NS gagal mendapat sambutan jika hendak dibandingkan dengan program seumpamanya sepertimana yang pernah dianjurkan Pemuda UMNO Malaysia.

Beberapa hari meninjau booth-booth perniagaan belia di sepanjang karnival berlangsung dipadang Majlis Perbandaran Seremban, kelihatan pengunjung tersangatlah kurang. Malah di waktu-waktu tertentu, hampir tiada pengunjung. Kami mencadangkan agar pihak penganjur mendapatkan maklum balas daripada para peniaga yang telah mengambil bahagian dalam program karnival tersebut. Ini kerana kami banyak menerima rungutan daripada para peniaga yang tidak berpuas-hati dengan kerugian yang terpaksa mereka tanggung.

Jika jumlah pengunjung di Karnival Belia Negeri Sembilan ini dijadikan ukuran terhadap tahap sokongan komuniti belia kepada kerajaan BN Negeri Sembilan, maka BN dijangka bakal berdepan masalah bagi mendapatkan undi daripada pengundi muda Negeri Sembilan. Sesuatu perlu dilakukan segera oleh BN bagi menarik sokongan belia & pengundi muda di Negeri Sembilan.

Selagi Abdul Samad Ibrahim kecut sehinggakan 5 kali gagal membentangkan Rancangan Pembangunan Belia Negeri, Negeri Sembilan (RPBNNS 2) dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, maka sampai bila-bilalah entah ke mana hala tuju belia di Negeri Sembilan.

Mungkin kertas kerja RPBNNS 2 tidak mencapai tahap minda dan akal Abdul Samad Ibrahim untuk melakukan pembentangan; atau Abdul Samad Ibrahim sendiri yang miskin intelek untuk mendepani transformasi paradigma belia alaf baru. Jika begitulah halnya, buat apa lagi disimpan Exco Belia & Sukan ini? Ramai lagi orang lain yang lebih bijaksana!

Friday, March 2, 2012

Wise Brand NFC

Jenama NFC menjadi popular secara mistik. Andai berbahas dengan Usahawan Cina, kisah NFC menjadi bahan lelucon mereka.

Pertama, satu kebijaksanaan dengkel apabila memberi nama syarikat sama dengan nama ladang ternak.

Kedua, satu kecelaruan bijaksana apabila 3 orang Ahli Lembaga Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif tidak tahu-menahu perihal pembelian aset-aset tetap sebagai helah/alasan korporat.

Ketiga, satu kedaifan bijaksana bilamana terpaksa menghantar eksekutif baru berkhidmat untuk mendepani khilaf kemelut korporat yang dihidang oleh Salleh anak beranak.

Keempat, satu kecetekan bijaksana tatkala tiada Pengarah Perancangan Korporat Industri Ternakan Lembu dibayar gaji untuk berfikir secara komersil dan strategik tentang operasi dan mengkaya operasi sebelum tempoh haul pada 2015.

Kelima, satu kekufuran bijaksana bilamana hujahan balas bahawa sebuah Aset Tetap (kondominium) berharga RM12j boleh mudah cair dalam 3 bulan. Lain kali kalau banyak sangat duit nak labur sebagai Aset Mudah Tunai, beli la Jongkong Emas 999. Gerenti boleh lunas tunai dalam masa 24 jam.

Sekarang ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pun dah kawat cam tampak lain benar teknik bisnes lembu Gemas ini. Rakyat Gemas dah lama hidu lembu-lembu ini. Amat malang jika 20 orang usahawan ternakan lembu di NS tak dapat hasilan komersil daripada ladang idaman NFC. Nak dapat hasil komersil bagaimana, nak masuk line kena caj modal RM300,000. Mampuih orang kampung Gemas. Pakat meleleh air liur saja.

KP BTN sila jawab...










Ini adalah risalah yang disebarkan oleh BTN dan disunting of Dato Sahlan Nasution, abang kepada Saifuddin Nasution yang bekerja di pejabat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kenapa kontrak percetakan diberikan kepada Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dan tidak tolak kemungkinan mereka adalah kumpulan sama dengan anak syarikat IKD, Institiut Kajian Dasar yang diketuai oleh Khalid Jaafar dan dibiayai Kamaruddin Jaafar?

Bukan itu saja, kalau tindakan ini satu kesilapan bagi edisi pertama kita boleh toleransi. Kenapa masih diberi juga kepada syarikat rakan IKD yang sama pada penerbitan kedua setelah disedari?

Yang ditukar hanya alamat syarikat seolah-olah cuba menutup mata orang ramai. Kalau setakat tukar alamat saja mana cukup? Hubungan dengan IKD tidak lagi terputus.

IKD adalah think tank Anwar Ibrahim. Jadi jangan marah orang anggap ada benda tak kena dengan KP BTN baru dan BTN bawah kepimpinannya. Perkara ini berlaku bawah perhatian dan pentadbirannya.

Selanjutnya di The Unspinners.

Thursday, March 1, 2012

PR sure win one meh!

Kami dalam mood nak mengeur rakan sendiri. Lepas kami tegur BTN, kami nak tegur UMNO pula.

Namanya malas kami nak beritahu tapi pandangan Tan Sri ini perlu dianggap serius oleh pemimpin dan ahli UMNO serta parti komponen BN yang lain.

Tan Sri yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam organisasi kerajaan yang mempunyai kakitangan seramai 100,000 orang telah menyuarakan assessment yang harus diambil berat oleh pemimpin dan ahli UMNO dan parti komponen BN.

Hasil penilaiannya melalui media perdana, beliau berpendapat BN masih mampu memenangi PRU ke-13 tetapi agak sukar untuk mendapat 2/3 majoriti. Ini kerana sokongan masyarakat Cina majoritinya masih tidak memihak kepada BN. Bagaimanapun kaum India kini dilihat telah mula kembali menyokong BN.

Masyarakat umum khususnya kaum Melayu bukannya membenci UMNO tetapi 'meluat' dengan UMNO disebabkan ramai kalangan pemimpin UMNO yang dilihat mengaut kekayaan hasil projek-projek kerajaan tetapi tidak mencurahkan sedikit hasil kekayaan itu untuk membantu masyarakat.

Katanya lagi, kini tidak ramai kalangan pemimpin UMNO yang mampu bertindak seperti Tun Datu Mustapha yang tidak lokek mengagihkan wang ringgit kepada masyarakat Sabah sedikit masa dahulu.

Di kalangan pemimpin UMNO Negeri dan Bahagian juga, mereka hanya memainkan peranan sebagai pemimpin UMNO sahaja tetapi lupa sebenarnya mereka adalah Pengerusi BN di peringkat masing-masing.

Oleh itu mereka gagal untuk mendekati pengundi-pengundi bukan Melayu.

- Taken from The Unspinners.

*********

Well done to the writer. What he said is true. As a conclusion, UMNO and BN MUST win this election. If they lose, THREE outcomes are:

1. Malaysia will be controlled indirectly by the United States of America via Brother Anwar Bin Ibrahim.

2. Jews will control Malaysian economy with the coopera tion of Chinese Chambers of Commerce.

3. Islam will be no more the agama rasmi.

Go figure readers! My 30 penny worth of opinion.

Tok Mad dah nengok ko bolum video nih...

Email Paneh Miang memang sentiaso aktif. Setiap hari ado yo pembaco blog kami yang hantar laporan itulah, inilah, yang kebanyakan eh berkaitan apo yang belaku sekitar Negeri Sembilan. Ado yang hantar artikel, ado email yang puji, ado yang tak pueh hati, ado email yang marah-marah, ado isu paneh, ado isu sojuk boku, dan ado jugak isu yang suam-suam kuku. Laporan tentang apo si polan tu buek, apa si polan ni kojo an, sumo eh ado dalam tangan kami. Bukti begamba ko, bideo ko, surat ko, sms ko, mms ko, tak kirolah si polan tu orang kerajaan atau pihak pembangkang, sumo eh ado. Cumo nak tak nak yo kami paparkan di blog, atau bolun sampai masonyo maklumat sebegitu didodahkan.

Tapi disobabkan ado segelintir geng belio di NS yang pendek akal cubo 'menyerang' Paneh Miang, mako kami pun berhajatlah untuk berkongsi 'kehebatan' sekumpulan belio yang terdapat di negeri ni. Bukan kami nak kutuk doh, tapi lobih kepado puji-pujian. Ini baru sikit yo. Banyak laie yang lain...tunggu maso ajo.

Baru-baru ni telah berlangsungnya Karnival Belia Negeri Sembilan, anjuran...ontah sapo la penganjur eh, tapi ianya dirasmikan oleh DSU Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. DS Shabery Cheek pun datang maso perasmian tu.

Ramai tul yang 'puji' karnival belio tu bejayo. Kehadiran pengunjung begitu 'ramai' hinggokan habih rugi segalo peniago yang sewa booth, sampai tak terbayar duit sewa booth tu. Ramai tul yang 'puji' belakang-belakang. Hehehe...cakap kat kami, apo lah yang kami bulih buek wahai abang & akak peniago ni sumo. Lenkali cakaplah kat Menteri Bosar. Bulih la DSU tolong setelkan apo yang patut.

Pado malam penutup karnival tu, diadokan pulak majlis makan malam. Ontah nak raikan sapo pun tak tau. Tapi MBNS tak datang malam tu, dan hanyo hantar wakil Exco Belia & Sukan Kerajaan NSDK. Siap ado artis Akademi Fantasia, Ani Mayuni etc. Meriah tul suasana makan malam penutup tu, sampaikan ramai belio yang sporting bak kato Ani Mayuni yang turut naik ke pentas berdangdut dongan beliau. Rugi tul Tok Mad Hasan tak tengok pesta joget dangdut lambak tu. Tapi takpo Tok Mat, you won't miss anything sobab dah ado oghang hantar bideo kat kami untuk tatapan Tok Mad. Saksikanlah bideo bawah ni.



Camno Tok Mad? Bagus tak bebudak belio nih. Inilah yang oghang mudo mahukan. Kebebasan di karnival belia sebegini mampu memikat mereka mengundi BN. Tambah pulak bilo exco Tok Mad yang begitu sporting join skali joget lambak nih.




Haaa...kan bagus macam ni. Inilah yang dinamokan pemimpin bejiwo rakyat. Mentadbir bulih, kawin duo bulih, berdangdut lagiilllaaaahhhhh bulih! Pemimpin sebegini la yang oghang mudo suko. Berjiwo mudo dan samo kelaku dengan oghang mudo. Barulah oghang mudo bulih masyuk join sekepalo. Takdolah asik jadi pemimpin yang ego tak betompek dan suko control macho sentiaso. Inilah yang dinamokan "New Politic". Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang belio...berdangdut.

Asal eh meko sumo nih memang buek joget lambak. Tapi bilo teperasan ado oghang yang dah mulo angkat Galaxy Tab untuk rakam aksi dangdut tu, tetibo yo sumo betukar buek tarian Poco-Poco (poco-poco ni dah haram ko bolun? atau dah halal?). Macam tranformers lak memasing. Dari dangdut kepado poco-poco.

Itu yolah yang kami nak kungsi dengan Tok Mad. Takdo apo yang ponting doh. Cumo bebudak mudo dan segelintir budak tuo yang nak enjoy sekali-sekalo. Tak salahkan Tok Mad? Apa barang mahu jaga imej kerajaan negeri...yang ponting semuo eh happy. Pihak penganjur dapek begelek, penaung penganjur pun dapek berdangdut. Memang sesuai la tu.

Pssttt...apasal oghang tuo tu bejoget ateh ponteh macam samo yo caro Bapak Anwar Bin Ibrahim joget? Ado konan ko? Hehehe...

Kepado belia Negori9, jangan lupo jam 2 potang ni...

Pado jam 2 petang hari ini, akan dipaparkan barang bosi untuk Tok Mad saksikan. Kisah dalam kain belia Negeri Sembilan yang cubo disembunyikan daripado pengetahuan DSU Mohamad Hasan. Nak tau apo dio...TUNGGUUU!!! Jangan lupo temujanji kito jam 2 potang ni...

Hehehe...

Salam Takziah

Kota Bahru: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin.

RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka.

Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota Rush yang dinaiki Che Arminudin bersama anaknya menghala ke Pasir Puteh terbabas dan melanggar tiang lampu.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Ford Ranger dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dan seorang penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, yang menghala ke Kota Bharu.

“Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar. Pemandu dan penumpang Ford Ranger berjaya diselamatkan penduduk kampung.

“Mereka dilaporkan cedera parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan,” katanya.

*********

Che Arminudin Abdullah atau dikenali oleh rakan-rakan dengan nama Cheok adalah rakan karib salah seorang warga Paneh Miang. Semasa hayatnya Cheok dikenali sebagai seorang rakan yang baik hati, pandai memujuk dan mempunyai semangat kesetiakawanan yang tinggi. Salam Takziah dari kami warga Paneh Miang. Kepada isteri beliau, Marzuany Syuhaida Mohamad Syukri dan keluarga diharap bersabar dan tabah dalam menempuh dugaan ini. Moga roh arwah suami dan anak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah!

Blog Archive