Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, December 30, 2013

Kedai Kain Kapan 1 Malaysia

1. Dua hari lepas Najib umum akan buka lagi 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) tahun depan. Secara peribadi kami dah melawat kedai kain 1Malaysia di Hulu Langat sejak dilancarkan tahun lepas. Ada jual kain pasang, tudung, kemeja, baju kurung etc. Tak pastilah sama ada kain tu semua barangan tempatan atau import, sebab kebanyakan label tiada 'made in' mana. Kalau kain yang dijual tu diimport...siapa pemegang AP kain? Jeng..jeng..jeng!

2. Pengarah Urusan KKR1M kata, kedai tu semakin mendapat sambutan kerana mereka menjual kain berkualiti pada harga rendah. Sebab tu nak tambah lagi 50 kedai tahun depan. Di Kuala Pilah pun dah ada satu KKR1M yang buka 18 Disember lepas. 

3. Tapi pada kami, jika dinilai dari sudut kualiti dan harga, rasanya kain 'made in' Cambodia dan Vietnam lebih berbaloi dibeli berbanding Kedai Kain 1Malaysia. Serius cakap...

4. Perlu ke diperbanyakkan kedai kain ni? Konon alasan nak tambah cawangan KKR1M sebab makmal NKRA kata kedai ni mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Biar betiikkk?

5. Nature rakyat Malaysia ni suka berjalan. Kalau rakyat (terutama kaum hawa) nak beli kain, mereka akan pergi Nilai 3, akan membeli belah di Sogo, akan ronda-ronda Jalan Tunku Abdul Rahman, akan pusing kedai kain yang berlambak di Tangkak, akan cari alasan nak tinjau Pasar Payang di Terengganu etc.

6. Umum tahu kalau pergi KR1M ke...KKR1M ke...bukan semua yang dijual tu murah. Hanya barang-barang tertentu saja murah. Yang lain sama ada harga sama saja dengan kedai atau pasaraya lain, jika tidak pun lebih mahal sikit, bergantung pada jenis dan kualiti sesuatu produk.

7. Sebenarnya rakyat tak perlukan KR1M, KKR1M ni semua. Apa yang rakyat perlukan, bila mereka keluar rumah bawak RM100, mereka boleh beli stok makanan keluarga untuk seminggu. Mereka boleh pergi mana-mana tempat yang mereka suka untuk membeli-belah, sama ada ke pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasar raya, kedai runcit etc. yang dekat dengan rumah masing-masing tanpa perlu memandu kereta kerana harga minyak dah mahal. Sesambil rakyat keluar tu, jika teragak nak makan, mereka tak perlu bayar sepinggan bihun goreng + potongan kecil ayam + taugeh dengan harga RM5. Bila mereka teragak nak minum nescafe di kedai, mereka tak 'terpaksa' membayar hingga RM1.80 segelas.

8. Semua pun faham kos kehidupan tahun 70an, 80an dan 90an dulu sangat berbeza dengan sekarang. Tahun 70an dulu buat loan bank untuk beli rumah dan tanah pun cuma perlu bayar ansuran bulanan RM20 saja sebulan. Tapi hari ni RM20 sehari pun tak cukup nak bawak belanja pergi kerja.

9. Rakyat sangat memahami bahawa kos sara hidup sememangnya akan meningkat sesuai dengan peredaran masa dan zaman. Cuma rakyat tak berapa nak faham, kenapa kos sara hidup NAIK MENDADAK. Dalam masa SERENTAK (saja besarkan huruf sebab kenkadang yang bagi komen tak faham-faham) semua subsidi dan bantuan nak ditarik.

10. Rakyat tak kisah pun jika subsidi di tarik, tapi perlahan-lahan, bukan SEKALIGUS. Maksudnya rakyat boleh terima kenaikan harga barang tapi bukan dengan cara sedut subsidi sekaligus sebab ia akan menyebabkan kebanyakan harga barang naik mendadak.

11. Apalah salahnya kerajaan Najib tarik bantuan berdikit-dikit, contoh 6 bulan pertama tarik 5 sen, atau 20%. 6 bulan seterusnya tarik lagi 5 sen atau lagi 20% etc. Jadi peniaga sukar nak amik kesempatan dan rakyat sempat buat adjustment kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan dalam masa 2 bulan segala subsidi nak ditarik dan harga barang dinaikkan sekaligus. Itu nak bunuh rakyat namanya.

12. Paling merunsingkan rakyat apabila pendapatan isi rumah sedia ada, tak seiring dengan kenaikan harga barangan dan keperluan. Harga barang naik...gaji tak naik-naik...terutama di sektor swasta. Beberapa hari lagi nak bukak sekolah dah. Bayangkan betapa peningnya kebanyakan ibu bapa sekarang ni...

13. Najib perlu kurangkan produk SYOK SENDIRI 1Malaysia-nya. Sebelum PRU-13 bolehlah guna strategi promosi 1Malaysia. Tapi bila dah terbukti lepas PRU, BN masih gagal dapat 2/3 majoriti dengan undi popular yang rendah berbanding pembangkang, hingga kerusi majoriti mudah pun dah jadi sikit, lebih baik Najib pertimbangkan semula kempen produk 1Malaysia-nya yang ternyata GAGAL serta tidak mendapat tempat di hati rakyat majoriti. 

14. Najib perlu berhenti jadi Perdana Menteri yang syok sendiri dan hanya dengar cakap PEMANDU MABUK. Che Det siap bagi nasihat percuma untuk kesejahteraan rakyat tanpa minta Najib bayar RM7.2 billion pun. Nak ikut atau tak saja.

15. Ia sama ada Najib tambah 50 Kedai Kain 1Malaysia untuk kurangkan beban rakyat, ATAU kedai kain tu sebenarnya persiapan Najib untuk kapankan terus Barisan Nasional. Mana satu pilihan?

Friday, December 27, 2013

Norainee ganti Rosmah

Menjengah tabir 2014, kelihatan Kerajaan Najib semakin dilanda wabak Ahli Yang Berhormat yang tidak bijaksana dalam urusan pentadbiran eksekutif.

Semua keputusan ekonomi tidak memberi kelebihan langsung kepada rakyat khasnya pengundi totok BN. Semua keputusan sosio-ekonomi BERJAYA membunuh kredibiliti Mohd Najib bin Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Berilah jutaan alasan setinggi Gunung Everest sekali pun, rakyat sudah jelak dan meluat dengan "retorik politiking" oleh stupid political animal. Baik yang menjadi Menteri (anggota pentadbiran) mahu pun yang duduk memanas punggung di Parlimen. Mutu perbahasan dan hujah tentang kesenangan rakyat tidak dijadikan Mood dan Tempo Parlimen selepas PRU-13.

BN menang dengan Abang Longnya UMNO ada 88 kerusi. Tapi Kerajaan nampaknya seperti ditunggang oleh isteri-isteri.


Puan Sri Norainee Abdul Rahman sudah masanya ganti Rosmah yang banyak bonar tergali dan tercipta markah-markah populis yang meruntun sedu tangis anak Melayu serta periuk nasi sebuah ekonomi keluarga Melayu yang berpendapatan bawah RM10,000. Lagi dahsyat keluarga Melayu berpendapatan di bawah RM2,000 ibarat sudah jatuh ditimpa tangga konkrit.

Najib kena ambil peranannya kembali sebagai Suami Mithali, Suami yang memartabat Agenda Suami, peranan sebagai Presiden UMNO yang berjiwa Abdul Razak Hussein, peranan sebagai Perdana Menteri yang mencintai Agama, Bangsanya dan Tanahairnya lebih melampau daripada diri sendiri dan Rosmah; peranan sebagai anak yang kasih kepada ibunya dan arwah mertuanya, peranan bapa yang rindui kasih sayang anak-anak keturunan Mohd Najib Abdul Razak Hussein.

Sebelum semuanya TERLAMBAT dan KIAMAT.

Thursday, December 26, 2013

MAHATHIR sekolahkan Najib

Sey cubo terjemah artikel terbaru TDM. Posting asal boleh klik sini.

KOS KERAJAAN

1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara dan mengekalkan undang-undang serta pentadbiran.

2. Dana kebanyakannya diperoleh melalui cukai daripada aktiviti rakyat yang punya pendapatan atau keuntungan, termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti pengangkutan, pembetungan, air dan tenaga, pelabuhan dan lapangan terbang, proses-proses kelulusan dan lain-lain

3. Walaupun banyak negara di mana rakyatnya mengelak dari membayar cukai, rakyat Malaysia secara amnya membayar cukai mereka serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan kerajaan. Tetapi disebabkan kos kerajaan meningkat dari masa ke semasa, maka cukai dan tarif jug perlu dinaikkan. Dan kebiasaannya rakyat enggan membayar lebih banyak cukai atau caj-caj lain. Perlu diakui bahawa kadar cukai yang tinggi pasti akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup dan pada masa sama, upah dan gaji kakitangan kerajaan juga perlu dinaikkan, dan akhirnya akan berlaku kenaikan kos yang tinggi daripada perolehan kerajaan.

4. Tetapi pembayar cukai tidak akan tiba-tiba ada wang yang banyak untuk membayar cukai atau caj baru. Akhir-akhir ini, individu serta ahli perniagaan di Malaysia perlukan lebih banyak wang disebabkan berlakunya peningkatan kos secara mendadak akibat daripada dasar yang diperkenal kerajaan. Pertama sekali mengenai kenaikan gaji minimum hingga RM900. Peningkatan ini tidak boleh dihadkan kepada orang-orang yang berpendapatan kurang daripada RM900 semata. Individu yang sudah berpendapatan RM900 ke atas juga perlu dibayar gaji lebih tinggi. Secara tak langsung kos operasi  pengeluaran barangan dan perkhidmatan juga pasti akan meningkat; sekaligus memberi impak besar kepada kos sara hidup rakyat keseluruhannya.

5. Terbaru kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi produk petroleum dan caj elektrik juga akan dinaikkan. Bagi penduduk Kuala Lumpur, beberapa kadar baru yang diperkenalkan akan menyebabkan berlaku kenaikan mendadak kos sara hidup sebanyak 2000%.

6. Pada tahun 2015 GST (barangan dan cukai perkhidmatan) akan menggantikan cukai jualan. Amat jelas kerajaan ingin mendapat untung berlebihan daripada cukai jualan, namun ia juga akan menyebabkan berlakunya penambahan kos barangan dan perkhidmatan.

7. Kita faham bahawa kerajaan memerlukan wang yang banyak untuk disesuaikan dengan keadaan semasa ekonomi. Tetapi perlukah kerajaan membuat kenaikan terlalu besar pada cukai serta tarif; dan kesemuanya pula dinaikkan pada masa serentak? 

8. Dalam perniagaan terdapat satu perkara yang dikenali sebagai "pengurangan kos". Apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos. Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

9. Apabila berlakunya penurunan kos dalam sesebuah perniagaan, apa yang perlu dilakukan adalah meneliti segala-galanya agar ia tidak memberi kesan kepada kos keseluruhan operasi perniagaan. Perlu dikaji kecekapan proses, kos bahan, pengurangan pembaziran dan kecekapan jumlah pengeluaran. Kebiasaannya beberapa kos akan dapat dikurangkan.

10. Sepertimana perniagaan, perkara sama juga boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah.

11. Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Sebagai contoh kontrak yang telah diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga terbaik – walaupun tidak semestinya yang terendah. Setiap tahun Ketua Audit Negara akan melapor mengenai pembaziran disebabkan prosedur-prosedur yang tidak wajar serta kecuaian. Biasanya setiap tahun juga, kerajaan tidak banyak berubah atau mengambil apa-apa tindakan daripada kritikan Ketua Audit Negara. Walhal kerajaan boleh menjimatkan banyak wang jika kritikan Ketua Audit Negara diambil secara serius. Perubahan prosedur juga boleh mengurangkan kos.

12. Jika kerajaan berminat dalam mengurangkan kos tadbir urus, ia boleh berbuat demikian dan mungkin impaknya akan lebih ketara. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan ke LED yang akan menyebabkan penjimatan lebih 50%. Pengurangan penjanaan elektrik juga mampu mengurangkan subsidi bahan bakar untuk tenaga. Tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi, tetapi dengan adanya simpanan pasti kos boleh dikurangkan.

13. Kesan daripada kenaikan cukai juga perlu dikaji dengan teliti. Adakah benar bahawa peratusan cukai yang ditetapkan tidak boleh dipinda? Harus diingat bahawa kenaikan cukai pasti akan menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, pengurangan dalam keuntungan dan pengurangan cukai korporat serta keuntungan kerajaan. Sedikit masa dulu kerajaan telah kehilangan cukai ke atas barang-barang yang dibawa masuk oleh pelancong ke Singapura semata-mata kerana sukar untuk ditentukan sama ada jam tangan yang mahal, pen dan barangan kemas yang itu dibeli di Singapura atau ia memang milik peribadi pelancong apabila dia pergi ke negara tersebut. Justeru kerajaan ketika itu memutuskan untuk menghapuskan cukai pada barangan mewah. Rentetan itu kedai-kedai bebas cukai bercambah di Malaysia dan kerajaan mengumpul lebihan melalui cukai korporat daripada kedai-kedai tersebut berbanding yang pernah kerajaan kumpulkan melalui duti import.

14. Dalam contoh lain, kerajaan telah mengurangkan cukai korporat secara beransur-ansur daripada 45% dari keuntungan kepada hanya 26%. Dengan itu lebih banyak aktiviti perniagaan dapat dilakukan dan kutipan hasil cukai korporat juga telah meningkat dengan banyaknya. Kes lain adalah bebas cukai sebagai insentif untuk pelaburan yang menyebabkan pelaburan meningkat. Secara tidak langsung kerajaan boleh mengutip cukai pendapatan daripada eksekutif. Nasi lemak yang dimakan oleh pekerja juga akan meningkatkan perniagaan pemborong beras dan kerajaan juga boleh mengutip cukai korporat daripada pemborong ini.

15. Rakyat perlu mencari wang untuk membayar cukai yang semakin meningkat. Sudah tentu ia akan menjadi lebih mudah jika peratusan cukai yang dikenakan adalah rendah, atau rakyat diberi masa membayar cukai pada tempoh yang lebih lama.

16. Jika kerajaan benar-benar perlu menaikkan peratusan sesuatu cukai, ia sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat. Sebagai contoh kenaikan caj elektrik ditetapkan pada 15%. Itu adalah satu lonjakan besar. Ia sudah tentu akan menjejaskan kos pengeluaran barangan yang menggunakan elektrik, apatah lagi pengeluaran yang menggunakan elektrik pada peratusan yang tinggi. Kontrak yang telah sedia dimeterai lebih awal oleh peniaga akan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian dan sekaligus akan mengurangkan cukai keuntungan korporat.

17. Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Maka kerugian semasa kontrak akan dikurangkan. Kontrak-kontrak pada masa depan pula akan mengambil kira kenaikan. Akan ada masa untuk "kos turun" dan kenaikan harga kontrak.

18. Jika ditetapkan 6% setahun untuk 3 tahun, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang. Tetapi kenaikan 6% di tahun kedua adalah 106% daripada harga asal, dan untuk tahun ketiga akan naik kira-kira 113% daripada harga asal, oleh itu lebih daripada 18%. Jika ini terlalu tinggi, maka kadar peningkatan tahunan boleh juga dikurangkan kepada 5%.

19. Jelas bahawa kerajaan akan mendapat lebih daripada 15% daripada harga semasa. Kerajaan tidak akan rugi apa pun walau terdapat kelewatan dalam kenaikan kadar cukai yang telah sedia ditetapkan sebelumnya.

20. Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan hingga membebankan kos sara hidup rakyat dan peniaga. Kerajaan perlu menyemak semula kadar cukai yang diperkenalkan. Tindakan ini tidak akan terlalu menjejaskan kerajaan, dan pada masa sama kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat. Rakyat mungkin akan hargai jasa kerajaan itu di pilihan raya akan datang.

21. Baru-baru ini Francois Hollande, Presiden Perancis telah memutuskan untuk menaikkan cukai ke atas keuntungan sebanyak 50%. Ramai yang telah meninggalkan Perancis untuk menjalankan perniagaan di tempat lain. Mungkin kerajaan berharap dapat lebih banyak cukai, tetapi kerajaan juga boleh rugi lebih banyak jika ramai kumpulan peniaga lari berhijrah ke tempat lain.

Wednesday, December 25, 2013

Jijiknya Syiah PAS

 

Beginilah gelagat bila mana PAS di bawah syabu Syiah melanggani pemikiran tahaluf siyasi PAS-DAP-PkR.

Memaksa menukar keperluan syiar untuk merayakan Krismas bersama penyokong di sebuah gereja di Selangor. Ini muka, Dr. Rani. Demikianlah "terdesaknya" PAS untuk berkuasa.

Inilah pegangan SYIAH dalam PAS. Yang penting KUASA. Korbankan segalanya. Memang tak bijaksana manusia Melayu ini. Jika dilelong gambar ini ke media antarabangsa, maka, story boardnya berbunyi "...Muslim PAS accepts Christianity & Liberalism, we are winning the battle in Malaysia"...

Tindakan paling jijik dan bahalol seorang wakil rakyat Melayu - PAS. Murka lagi DYMM Sultan Selangor.

Parlimen PEKAN zaman kolonial

Makin didiamkan makin PARAH anak Toh Puan Hajah Rahah binti Tun Haji Noah ini. Makin diberi amaran keras makin MEROYAN anak almarhum Tun Abdul Razak bin Hussein ini. Makin dijolok perangai Rosmah Mansur, bini ehh yang makin lamo tak senereh pulak kelaku ehhh..

Makin dibiar makin MERAGAM pulak Presiden UMNO ke-7 ini dengan pegangan kebangsaan iaitu Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Apo yang ekau heboh bonar nak tulis Bahaso Inggeris ini?!

Ucapan rasmi seorang Perdana Menteri Malaysia kepada rakyatnya sendiri yang anuti Kristian, ditulis dalam bahasa Inggeris. Sejak bila menjadi seorang ultra liberalis dan pluralis.

Apakah Najib sedang menempah TIKET ke Neraka (zaman kejatuhan yang digali liang lahat sendiri, dan menggolekkan badan sendiri, kemudian dikambus oleh Rosmah, yang ditangisi oleh anak-anak Najib)...lebih malang, tiada siapa pedulikan kehilangan seorang manusia bernama Mohd Najib bin Abdul Razak bin Hussein.

*********

Salam 1Malaysia!

It gives me great pleasure to wish all Malaysian Christians a heartfelt Merry Christmas. It doesn’t matter where you are – be it in the Peninsula, Sabah, Sarawak, or anywhere in the world - Christmas is a day of peace, joy and delight.

Malaysia is a country like no other. Unity in diversity has always been our hallmark. I am grateful that we are able to celebrate every religious festival in harmony. Indeed, this is only possible because our true strength lies in our acceptance of each other’s differences. We are at our strongest and most majestic when we are united as one.

When we look around, we discover that we are extremely fortunate. There are certain places in the world that are constantly being afflicted by disharmony and discord. This is simply because people of different faiths and beliefs stubbornly refuse to accept their differences.



Notwithstanding the unfortunate circumstances of such nations, there have been attempts to break us apart. Time and time again, we have been tested. But we have always - by virtue of our patience, acceptance and understanding - emerged victorious. Let us once again come together – to do all that we can - and ensure that Malaysia remains as a land of harmony and great opportunities, a nation for which we are so thankful.

Let us count our blessings and also strive to be considered as a blessing to those around us. Keep alive the Malaysian spirit of visiting one another, and bear in mind the teachings that remind all of us to respect each other’s belief. Let us look forward with hope and confidence and be assured that all have a rightful place in the future of this beautiful nation of ours.

I wish you all a very merry and meaningful Christmas.

Najib Razak

Tuesday, December 24, 2013

P. Ramlee dah ramal hal Najib & Punahsehat


*Baca sambil layan youtube.

NAJIB: Oh..tuan penasihat..Idris PEMANDU..sila duduk. 

PEMANDU: Sebab apa tuan Najib jemput saya ke mari?

NAJIB: Begini...ekonomi negara semakin lama semakin merosot. Hutang bertambah. Itulah sebab saya panggil tuan ke mari kerana nak memintak buah fikiran apa yang harus saya buat.

PEMANDU: Ooohh..itu sangat senang...

NAJIB: Senang? Saya ada fikir nak mati, tuan bilang senang? Dengan apa jalan senang?

PEMANDU: Bukankah tuan tau, rakyat ada banyak wang dalam simpanan. Haaa...kita tarik saja wang dari poket mereka.

NAJIB: Tarik wang rakyat? Ini bukan mau beri senang. Saya boleh kena maki hamun...lingkup!

PEMANDU: Ini untungnya sangat besarrr!!

NAJIB: Untung? Dengan apa jalan saya boleh untung?

PEMANDU: Sebelum tarik wang rakyat, kita musti buat mereka gumbira.

NAJIB: Dengan apa nak kasi gumbira?

PEMANDU: Haaa...begini..(sambil berbisik)...sebelum PRU kita bagi 'gula-gula' BR1M, KR1M, BB1M, rebat telefon, naik pencen, insentif, klinik, kedai, menu sok..sek..sok..sek..pastu lepas PRU baru kita tarik subsidi sekaligus - minyak, gula, tol, cukai pintu, tambang LRT, caj elektrik, GST, OPR sok..sek..sok..sek...

NAJIB: Haha..hahaha..hahahaha...bagus...memang tuan orang yang bijak. Kepala hotak tuan nombor satu. Mengapa saya tak fikir. Saya pulang ke rumah, saya pakat dengan Rosmah, kalau perkara ini berhasil..tuan akan terima 20 persen. Hahaha...

PEMANDU: Besok saya akan siapkan MAKMALnya.

NAJIB/PEMANDU: MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Monday, December 23, 2013

Kabinet Najib perlu IQ test


Den raso ramai yang paham kenaikan kos sara hidup bukan setakat melando Malaysia ajo, tapi seluruh dunio sodang raso kosannyo.

Bahkan banyak negaro sekarang ni tongah huru-haro dek kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan.

Kok nak kaji kenapo ekonomi dunio jadi macam ni panjang lak citor kang. Nak kono blaja apo dio 'war of currencies', nak kono selidik 'global financial war', nak kono bongkar 'zionist global agenda', nak kono study 'IMF conquer plan', nak kono paham 'new colonization' etc. Pendek kato bulih bepinau la mato.

Ado rakyat sesetengah negaro pulak siap buek rusuhan nak gulingkan kerajaan sobab maghah kehidupan memasing makin terhimpit.

Masalah eh, isu kos saro hidup ni tak dapek jugak selosai dongan caro guling kerajaan. Silap-silap lobih bosar pulak balo yang mendatang. 

Cumo yang buek rakyat meluat ialah caro MENTERI LANTIKAN NAJIB BAGI JAWAPAN...

Rakyat betambah jolak bilo memikirkan kenapo Najib suko lantik menteri bebal bab menjawab isu.

Dahlah Kementerian Penerangan lombab...nak jawab satu isu pun amik maso sampai 2-3 minggu.

Mungkin menteri lantikan Najib kono amik IQ test untuk tau sejauh mano kebebalan memasing.

Atau Najib sendiri pun kono amik Competency Test untuk rakyat nilai samo ado dio fit ko tak sebona eh jadi Perdana Menteri!!

Saturday, December 21, 2013

Wa Kurang Senang Dasar BIADAP

Sedutan daripada ucaptama

Kata Wee Ka Siong (yang akan bertanding kerusi Timbalan Presiden MCA):
  • “MCA sekali lagi menerima tamparan hebat dalam PRU ke-13 yang lepas”
    .
  • “[Angkara pucuk pimpinan MCA tidak memegang jawatan kabinet], dasar-dasar yang merugikan masyarakat Cina atau tidak mengambil kira kepentingan semua kaum telah dilaksanakan”
    .
  • “Saya ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin parti-parti komponen terutama pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat, walaupun keputusan PRU ke-13 menyebabkan MCA tidak menyertai kabinet, tetapi kepentingan-kepentingan kaum Cina tidak dibenarkan terancam.”
  • “Saya ingin menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya lebih berhati-hati dalam ucapan dan pemikiran mereka supaya tidak menuju ke arah penyelewengan dan ekstremisme.”
    .
  • “Kalau mereka tidak berpuas hati dengan pengundi Cina yang tidak menyokong BN dalam PRU ke- 13 lalu mengetepikan perjuangan untuk semua kaum dan menumpukan perjuangan untuk suatu kaum sahaja, saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN …”
    .
  • Keadaan ini akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN.
    .
  • “… kerajaan yang ingin memenangi hati rakyat harus memastikan rakyat didahulukan, bukan menggubal semua dasar berdasarkan kepentingan suatu kaum atau menghukum suatu kaum secara sengaja atau tidak sengaja, terutama terhadap kaum Cina.”
    .
  • “Saya ingin memberitahu mereka, kaum Cina tidak akan menerima hukuman seperti ini tanpa tentangan dan MCA juga tidak akan berdiam diri.”
Sumber: MCA online

Pak Sedaro berkongsi fikir dan rasa dengan Ayahanda Dato' Yusuf Hitam, bekas PTD (Duta) dan Pemimpin Rovers Malaysia perihal ucapan hati Wee Ka Siong.

Negara ini milik Melayu. Ibubapa asalnya Melayu sudah mestilah kandungannya Melayu dulu kemudian kaum-kaum lain. Kaum Cina (bukan Bangsa ye, WKS) hanyalah kurang 30% dan Kaum Keling hanya 8% daripada populasi rakyat Malaysia.

Hakikatnya memang Cina di bandar khasnya generasi Y dan generasi Boomers (ramai sekali) tidak sedar dek untung. Hidup dan makan free dalam negara yang dikarang oleh orang Melayu. Nenek moyang kau (WKS) bersetuju untuk merdeka dengan orang Melayu. Orang Melayu beri ehsan kerakyatan kepada keturunan imigran (Cina dan Keling).

Hari ini dalam Malaysia siapa yang senang lenang? Kaya raya? Siapa yang dominasi ekonomi tanahair ini? Melayu ke atau Cina ke?

Undi Cina yang tidak taat kepada Kuasa Melayu dan kuasa kongsi ekonomi MESTI menerima hukumannya. Eloklah, Cina alami kesusahan fizik daripada disusahkan dengan erti "darah dan air mata". Cina jangan minta diulang siar, tayangan 10-13 Mei 1969. Keling jangan cuba bakar siaran dan tambah petrol supaya ledakan 13 Mei 1969, kembali.

Wee Ka Siong cuba bertindak sebagai Hero ala DAP. Apakah sudah meresap fahaman Komunis Demokrat dalam MCA? Apakah sudah tiada taat dan setia MCA kepada pemerintahan Melayu dalam Bumi Melayu...!

Ketua Pemuda UMNO Malaysia tak perlu jawab, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga jangan jawab! Biarkan jawapan "makan diri" kepada Wee Ka Siong ini, dilukis oleh kaum Cina itu sendiri.

Buktikan bahawa kaum Cina boleh kongsi penurunan semua harga bekalan barangan di Malaysia. Buktikan bahawa kaum Cina yang kuasai sektor ekonomi tertentu boleh kongsi dan berkorban dengan orang Melayu. Buktikan bahawa kaum Cina boleh beri sumbangan Modal kepada usahawan-usahawan Melayu. Buktikan bahawa kaum Cina boleh sucikan Kolam Jiwa daripada fahaman liberalis, pluralis, komunis, fasis, sosialis, athies dan kapitalis. Tunjukan TRUE COLOURS of Chinese Malaysia!!!

Wee Ka Siong...Wa Kurang Senang.

OPR NAIK LAGI - HADIAH NAJIB KEPADA RAKYAT MALAYSIA. SYABAS!!

MIDF saran BNM naikkan OPR jika perlu

KUALA LUMPUR 19 Dis. - MIDF Amanah Investment Bank Bhd. (MIDF Investment), meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekiranya terdapat permintaan untuk menurunkan kadar inflasi.

Ketua Penyelidikan MIDF Investment, Zulkifli Hamzah berkata, unjuran itu dilihat memungkinkan OPR untuk bergerak pada separuh kedua tahun depan.

"Walau bagaimanapun, dengan menaikkan OPR, ia akan turut menyebabkan peningkatan kos sara hidup berikutan peningkatan kadar tarif elektrik diikuti kemungkinan kadar tol dinaikkan.

"Sekiranya boleh, BNM seharusnya tidak menaikkan kadar faedah dan mengekalkannya pada tiga peratus," katanya dalam taklimat media mengenai Tinjauan Pasaran dan Ekonomi bagi 2014 hari ini.

Dilaporkan dalam sebuah akhbar harian bahawa bank pusat itu akan menaikkan OPR daripada tiga peratus kepada 3.5 peratus dalam enam bulan kedua 2014.

OPR berada pada tiga peratus sejak Mac 2011. Sebarang perubahan akan memberi kesan kepada kadar-kadar lain, seperti kadar pinjaman asas dan kadar pertukaran asing.

Sementara itu, Ketua Ekonomi MIDF Investment, Maslynnawati Ahmad berkata, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak lima peratus tahun depan daripada unjuran 4.6 peratus bagi 2013 dipacu permintaan domestik yang terus kukuh. 

Katanya, permintaan domestik akan terus disokong oleh pertumbuhan upah dan prospek guna tenaga yang stabil di samping pemulihan permintaan luar negara yang dijangka akan memberi rangsangan kepada ekonomi.

"Sektor eksport turun naik tahun ini tetapi kami menjangkakan ia meningkat tahun depan ekoran pemulihan di Amerika Syarikat (AS).

"Kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat 3.5 hingga empat peratus tahun depan daripada 2.1 peratus pada 2013," katanya. - Utusan.


Terkemamar kok baco cadangan oleh MIDF Investment ni..Overnight Policy Rate @ OPR naik bermakna, akan naiklah lagi interest rate khususnya di dalam pasaran perbankan. Sedangkan dalam pasaran sekarang, Central Bank dah mengetatkan pinjaman. 2 perkara yang saling bertindan dan berlawanan dengan cagho Tun dulu.

Ayo tak dapek la nak koba cemano? Tapi kok naik kadar mata asas OPR ini dari 3.0 kepada 3.5 (kenaikan 0.5 mata asas) pado potongahan tahun dopan koba eh, bermakno loan umah tinggi... personal loan meningkat rate eh...Bukankah kok xsilap ayo, manifesto Najib untuk galakkan pemilikan rumah di kalangan belia? Atau adakah Najib sudah terkena syndrome Khalidibrahimun, manifesto bukan janji? 

Atau adakah ini nasihat 'punahsihat billionaire' yang dibayar oleh Najib untuk para 'con-setan' luar negara itu?

Memang la mentadbir tidak perlu cara populis seperti Abang Non a.k.a Aljubr, tapi kena lah bijaksana. Sampai bila nak 'rasuah' rakyat marhaen dengan BR1M? Zaman Tun dulu, takde pun nak BR1M bagai...nak naikkan OPR pun sangat susah, apo? Adakah ini nasihat dari con-setan eh?

Please la Bro Jib...Memang la tompek ayo ni makan Chicken Chop baru RM5.50...Lamb Chop baru RM6.50 - 2 slices, tapi ayo nak gak sosokali bawak family berjalan...Ni sekali jalan ke KL dah RM100 minyak & tol guno keto Kancil...Lum laie makan-makan...Osahlah...Dah xaman koh ekonomi Malaysia ni sekarang?

Jib...ekau nak pikir,pikirlah...Tapi kok xnak fikir pun xpo...Tunggulah nanti saat kejatuhanmu macam Pak Lah sok...Time tuh memang tak apikkan laie dah...

Atau mungkinkah ini cara baru Soros melalui orang-orang eh untuk balas dendam kekalahan mereka dalam Perang Ekonomi 1997, yang dengan tenang Tun menang dan dapat kelengsetkan Bro Anu Bin Ibrahim  proksi Bank Dunia nya?

Friday, December 20, 2013

Bini-Bini PM Malaysia

Assalamualaikum.


1) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
2) Tun Rahah binti Tan Sri Mohammad Noah
3) Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah
4) Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali
5) Tun Jeanne Abdullah
6) Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor

Wajah-wajah isteri Perdana Menteri Malaysia dari Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehingga Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Kalau mengikut Dato' Seri Najib Tun Razak, isteri beliau telah banyak memberi sumbangan (bertaraf menteri mengikut tulisan Kadir Jasin).

Saya tak berniat nak mengajar Datin Seri Rosmah Mansor, cuma memberi sedikit teguran. Itu pun kalau Datin Seri nak ikut la..taknak ikut Pokok Dek Kau La.

(Nasihat dalam loghat negeri sembilan selaras dengan asal Datin Seri daghi Ghombau); Cubo la belajar daghi oghang terdahulu "How To Be A Good First Lady Of Malaysia" sementagho ado yang masih hidup laie. Ghaso eh omak mentuo pun boleh nunjukan cagho. Kok susah ghaso eh Tun Dr Siti Hasmah laie baik...22 tahun jadi First Lady.. nek moyangan payah nak cari isu dio!

Thursday, December 19, 2013

Pemimpin UMNO tak jujur..

1. Kebanyakan Ketua Cawangan UMNO dan JKKK (Village Security and Development Committee) tak bersikap jujur. Biasanya mereka bercakap separuh benar, maknanya tak cerita semua perkara sampai habis.

2. Pemimpin peringkat bawahan bercampur gaul dengan masyarakat setiap hari, terutama penduduk di kawasan sekitar kediaman masing-masing. Manakala pemimpin peringkat atasan macam Ketua Bahagian, ADUN, EXCO, Menteri Besar, Timbalan Menteri, Menteri, Perdana Menteri, PEMANDU, KONSETAN etc. mereka ini hanya berjumpa masyarakat, dan bukan bergaul dengan masyarakat. Ada beza makna antara berjumpa dan bergaul!!

3. Pemimpin atasan terutama daripada UMNO/BN hanya berjumpa dengan masyarakat sekali-sekala. Jumpa, salam, tanya khabar (macam ayat Mad Hasan selalu.."Apo kobar?"), peluk orang tua sikit, duduk join makan sekali-sekala macam Najib masa tengah breakfast, duduk sebelah orang tua masa majlis..bla..bla..bla! Yang penting semuanya dilakukan depan lensa kamera sebab nanti nak keluar tv, nak publish di suratkhabar, blog, facebook etc. Kalau tak orang tak tau nanti pemimpin atasan naik komuter, duduk sembang kat warung, peluk orang tua bla..bla..bla! Heh!

4. Pemimpin atasan UMNO/BN hanya bergaul dengan kengkawan rapat mereka sambil hisap curut Cuban, sembang minum teh, makan dessert, sesekali pekena oblong di kedai terpilih, atau lounge terpilih, atau coffee house terpilih. Mana ada mereka bergaul dengan masyarakat duduk sembang lama-lama. Semuanya melepak dengan klik dan geng memasing saja. Maklumat dan laporan yang mereka dapat pun hanya dari circle geng sendiri saja, bukan langsung daripada rakyat.

5. Bebeza dengan pemimpin peringkat bawahan seperti Ketua Cawangan UMNO dan JKKK yang bergaul saban hari dengan masyarakat, tak kiralah di surau, di majlis kenduri kendara, gotong royong, warung kopi, baiki longkang, baiki bumbung rumah orang, tebas lalang, bersih kubur, borak di pasar malam etc. Tak termasuk melayan orang datang mengadu setiap hari berkaitan pelbagai perkara termasuklah kos sara hidup yang semakin menghimpit - pendapatan rakyat kini tak setara dengan kos sara hidup yang perlu ditanggung.

6. Tapi bila Ketua Cawangan dan JKKK ni berjumpa pemimpin peringkat atasan, segala aduan dan keluh kesah rakyat itu tidak disampaikan. Masing-masing jadi bisu. Tiba-tiba mulut terkunci. Apa yang lebih dulu disampaikan kepada pemimpin atasan ialah berkenaan habuan sendiri, ganjaran yang pemimpin bawahan patut dapat atau projek mana yang boleh disakau. Segala rungutan dan aduan rakyat boleh tunggu...humban dalam tong sampah.

7. Sebab tu segala polisi dan dasar yang diperkenalkan pemimpin atasan kebanyakannya tak menyelesaikan masalah sebenar rakyat. KR1M, BR1M, BB1M, Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Sarapan 1Malaysia, Produk 1Malaysia etc. tak mampu menyelesaikan masalah harga barang naik, harga rumah tak munasabah, kos perjalanan naik, kos makanan naik, pendapatan boleh guna rakyat kurang, 'poket sakit' etc. 

8. Segala bentuk skim bantuan bawah label 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan BN sepertimana cadangan KONSETAN kononnya untuk ringankan beban rakyat hakikatnya tidak terkesan pun di hati majoriti rakyat.

9. Tapi sebab pemimpin peringkat atasan syok sendiri, maka diperkenalkan lagi pelbagai produk label 1Malaysia yang majoriti rakyat dah menolaknya dan ini telah pun dibuktikan di PRU-13 apabila undi popular BN kurang berbanding pembangkang terutama di kawasan bandar dan suburb.

10. Terang-terangan segala apa yang diperkenalkan kerajaan Najib REALITINYA GAGAL menarik sokongan lebih 2/3 pengundi, tapi masih lagi Najib dan pemimpin atasannya tak mahu belajar. Masih lagi nak kempen label 1Malaysia yang dah gagal dan basi. Masih lagi syok sendiri.

11. Kini kerajaan nak tubuhkan pula makmal untuk kaji kos sara hidup rakyat bawah PEMANDU. Rakyat dah terbeban dengan bermacam kos sara hidup, baru nak tubuh makmal? Heh! Rakyat pasti skeptikal bila PEMANDU dipertanggungjawabkan untuk kaji masalah rakyat. Sebab PEMANDU akan lantik entah KONSETAN mana, buat research dalam bilik saja, takde perkongsian pintar dengan Bank Negara dan KPDNKK macam sebelum ni, tak buat pun soal selidik langsung dengan rakyat - dah kompom la hasil kajian makmal tu tah apa-apa!! Pasti segala hasil kajian PEMANDU tidak akan bantu rakyat pun. Silap-silap lagi banyak subsidi kena tarik.

12. Justeru kepada Ketua Cawangan, JKKK dan pemimpin peringkat bawahan tak payahlah harap sangat hasil dapatan/rumusan makmal PEMANDU bingai tu. Lebih baik pemimpin peringkat bawahan sampaikan sendiri segala rungutan dan masalah yang dihadapi rakyat. Beritahulah dengan jujur kepada pemimpin atasan yang kerajaan kini telah menyerang poket rakyat bertalu-talu hingga memaksa rakyat berjimat; tapi pada masa sama rakyat dipamerkan dengan kemewahan kerajaan Najib yang boros berbelanja tak hengat dunia.

13. Beritahulah dengan jujur pada kerajaan Najib yang BN menang tipis PRU-13 bukan disebabkan orang Melayu suka Najib dan Rosmah atau hargai apa yang kerajaan Najib buat, TAPI sebab orang Melayu tiada pilihan kerana alternatif yang ada lebih setan daripada setan sedia ada. Janganlah pemimpin atasan UMNO terlalu syok sendiri atau nak perasan terlebih sangat!!

14. Kerajaan Paklah hilang 2/3 majoriti hingga Paklah terpaksa letak jawatan sebab 'serang' poket rakyat berterusan selama 4 tahun. Najib pun nak jadi macam Paklah agaknya.

15. Mungkin di PRU-14 rakyat bukan setakat akan paksa Najib letak jawatan; silap-silap Najib tak sempat nak letak jawatan pun sebab tiba-tiba dah hilang jawatan!!

Wednesday, December 18, 2013

Siapa kata manifesto tu janji? - Najib


17 Intipati Manifesto BN PRU-13 bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan'

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Selepas Barisan Nasional menang PRU-13

1. September 2013 - RON95 naik 20sen (menyebabkan harga barang meningkat).
2. Oktober 2013 - Gula naik 34sen (menyebabkan harga makanan juga meningkat).
3. Januari 2014 - Tarif elektrik akan naik 14.89%
4. 2014 - Tambang LRT akan naik
4. TOL???
5. Apa lagi yang akan naik? Oh ya..yang confirm ialah Rosmah naik jet kerajaan.

Everything is up

It seems that the government is making another bold, or may I say a bad decision to increase the toll hike. After the electricity tariff going up, increase in fare for public transportation, increase of price for sugar etc it looks like the BN's government is making a suicidial move. I have observed that even government's supporters are complaining in the social media about these matters. So, it is a fact that Malaysia is moving towards a developed country but by increasing everything at a time is not a smart move. Perception is what matter most for majority of the citizens in this country. BN will have a hard time to explain to the people the rationale behind this move. Good luck BN!

Tuesday, December 17, 2013

Bila nak habis isu Rosmah?

Rosmah telah memberi jawapan skema terbaik dengan skrip tersusun kemas berhubung isu penggunaan jet peribadi keluar negara.

Karangan terbaik itu tentunya hasil pemikiran bersama dan memerlukan beberapa masa menjawabnya (bermula) dari tempoh masa kejadian.

Ada sesiapa yang boleh mengesahkan kebenaran kronologi jalan cerita tersebut yang (kononnya) padat dengan agenda bertaraf rasmi (itu)?

Jika ada tuduhan Rosmah jalan-jalan cari makan atau shopping, mana buktinya? Mana gambarnya? Mana resitnya?

Yang pergi bukan Rosmah seorang, isteri Muhyiddin juga, tapi (hairannya) kenapa isteri Muhyiddin tidak dipersoalkan? Kenapa Muhyiddin yang meluluskan tidak dipersoalkan?

Bila dan berapa lama tempoh masa agaknya Rosmah mendapat tawaran ke sana, hingga pemergiannya seolah (dilakukan) secara tergesa-gesa dan (secara) tiba-tiba hingga satu perancangan lawatan yang tersusun (dan) kemas tidak dapat dibuat oleh pegawai diplomatik dan protokol? Jika rasa tak selamat, di mana tak selamatnya? Atau sebenarnya kurang selesa? Atau sudah tidak bisa?

Kenapa dibiarkan dan membebankan Rosmah sebegitu rupa? Kenapa tergamak kabinet 'mendera' Rosmah? Bukankah isteri seorang PM wajar selalu berada di sisi PM untuk memberi lebih sokongan moral dan ketenangan pada PM?

Dari segi keselamatan, mana yang lebih selamat? Duduk disisi suami atau merayau dan berjauhan?

Kerja-kerja yang Rosmah lakukan bertaraf menteri, jadi adalah wajar dia diberi elaun dan kedudukan sebagai menteri.

Di Malaysia, berapa kali setahun agaknya kedapatan seorang isteri presiden atau isteri perdana menteri luar negara membuat lawatan rasmi ke Malaysia tanpa suami mereka?

Adakah rakyat harus faham (bahawa) mempersoalkan Rosmah dan keputusan kerajaan adalah satu fitnah?

Selain isu kali ini, sudah berapa puluh kali Rosmah membuat sidang akhbar memperjelaskan sesuatu isu?

Adakah rakyat harus faham (bahawa) jawatan PM adalah hak peribadi selepas mereka dipilih secara demokrasi dan dilantik?

Adakah semua keputusan kabinet dengan sendirinya sah dan benar bertaraf lawful jika sudah diputuskan?

Jika soalan ini dituju kepada Menteri Tol, tentulah jawapan yang lebih tepat dapat kita dengar..."Jika kita tidak suka Rosmah ini, pilihlah Rosmah lain..."


p/s: Di atas adalah sarcastic menarik Kluangdiamond.

Monday, December 16, 2013

Mohamad Hasan Tersinggung

1. Mohamad Hasan khabarnya bertanyo pado the balaci's...sapo deh Paneh Miang ni? Tapi takdo sapo pun yang bonar-bonar tau. Sumo eh main agak-agak yor.

2. Antaro agenda penubuhan unit media siber yang di'keparat'kan oleh UMNO N9 adalah untuk melawan blog seperti Paneh Miang. Kalau tak faham mengapa disebut keparat, boleh rujuk sini.

3. Mad Hasan khabar eh tersinggung sungguh dongan Paneh Miang. Tersinggung tang mano tu tak taulah. Tapi dongar eh memang dio kocik ati dongan kami.

4. Kalau OutSyed The Box dapat tanda merah daripado pengampu PM untuk blog yang tak friendly Najib; Paneh Miang dah lamo dapek cop hitam daripado Mad Hasan and the balaci's. Dah lamo Paneh Miang dianggap blog pembangkang oleh balaci's Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tapi yang hairannya, hanya geng Mad Hasan dan KJ saja yang beranggapan begitu. Yang tak geng cakap lain pulak. Heh!

5. Tak kisahlah Mad Hasan nak anggap Paneh Miang musuh ke apa. Cuma kami nak tanya Mad Hasan, pernah tak dengar ungkapan "Untuk mengetahui kelemahan diri adalah mendengarnya daripada musuh"?

6. Jika Mad Hasan berhajat mendengar puji-pujian, bodek-bodekan, ampu-ampuan, bolehlah tanya pada the balaci's yang banyak disekelilingnya. Kami di Paneh Miang tak mampu nak buat begitu kerana kami akan bercakap daripada aqal turun ke hati, dan dari hati terpacul di blog.

7. Sejak 2008 blog ini beroperasi, setelah lebih 3 ribu posting diterbitkan, pernahkah Mad Hasan and the balaci's baco kami menentang UMNO? Pernahkah terbaco blog ini mengkritik UMNO sebagai sebuah parti?

 8. Apa yang kami kritik adalah pemimpin dan orang UMNO. Adakah semua pemimpin UMNO menjadi sasaran kami? Dah tentulah tidak, sebab ramai je pemimpin UMNO yang tak pernah kami balun. Sobab apo? Sobab takdo isu la poik.

9. Yang menjadi sasaran kami adalah pemimpin UMNO yang lari daripada idealisme perjuangan, yang rendah akhlak, yang membusukkan namo UMNO, yang cakap tak serupa bikin, yang depan Melayu cakap berdegar-degar kononnya dialah ultra Melayu, tapi di belakang Melayu habis semua harta negara dikolokai bersamo Cina. Tu deh.

10. Kami berani bercakap sebab kami bukan setakat buat kerja untuk UMNO di alam maya saja. Kami berada dalam circle UMNO dan berjuang sejak sebelum PRU 1999 lagi. Pada saat di umum keputusan di setiap PRU, kami sudah membincangkan strategi apa yang akan dibuat 5 tahun akan datang. Seminggu selepas PRU, kami dah mulakan kerja bagi memastikan UMNO menang di pilihanraya mendatang.

11. Kami bukan seperti Najib yang bermuka terkejut, malu, tak percaya dengan kegagalan sendiri hingga terpacul ayat "Tsunami Cina" dan "National Reconciliation" saat mendapat tahu BN tak dapat majoriti 2/3. Ketika Najib dan kebanyakan pemimpin UMNO masih kalut terkujat, kami ketika itu sudah mengatur pelan tindakan untuk PRU seterusnya.

12. Dua bulan sebelum PRU, kami tidur lepas subuh setiap hari. Sebelum jam 10 pagi dah bangun semula untuk mencari sesuap nasi disamping kembali melakukan gerak kerja kempen. Tak sampai 4 jam pun tidur setiap hari selama 2 bulan sebelum PRU. Sepanjang tempoh berkempen, kami buat kerja-kerja yang tak sanggup dilakukan sendiri oleh orang UMNO bagi memastikan UMNO kekal memerintah demi kelangsungan bangsa dan agama kami.

13. Kami tak mintak pun penghargaan daripada pemimpin UMNO. Kami tak heboh pun publish gambar 'berlakon kerja' untuk di tayangkan di blog dan facebook, atau menempel di celah-celah pemimpin UMNO semata-mata inginkan habuan dan ganjaran. 

14. Jika ada pun yang 'simpati' menghargai usaha kami, dihulurnyalah 2-3 ratus. Dua bulan buat kerja gerila macam nak mampus, tak cukup tidur sampai ada yang sakit demi untuk menangkan parti, hanya dinilai dengan 2-3 ratus saja? Kos sewa bilik untuk Rosmah karaoke pun lebih banyak dari tu. Heh!

15. Tapi kami tak merungut pun atas nama perjuangan. Walau the balaci's boleh pakai kereta mewah dan rumah besar, tapi kami tetap percaya setiap rezeki itu adalah daripada Allah. Kami percaya 'kipas' Allah lebih hebat daripada 'kipas' pemimpin. Ingat kisah semut dengan Nabi Sulaiman?!

16. Justeru kalau Mad Hasan baru nak rasa tersinggung dengan Paneh Miang, kami nak kobar, KAMI LAGI LAMA TERSINGGUNG dengan pemimpin UMNO!! 

17. KPI kami mudah saja, selagi MAJORITI orang Melayu tidak memandu kenderaan sepertimana kereta yang dinaiki oleh pemimpin UMNO, selagi MAJORITI orang Melayu tidak memiliki kediaman sepertimana rumah yang dihuni pemimpin UMNO, selagi wang ringgit MAJORITI orang Melayu tidak setara dengan harta yang disimpan pemimpin UMNO, selagi itulah kami akan anggap PEMIMPIN UMNO GAGAL!!

18. Jadi Mad Hasan tak payahlah buang masa nak tersinggung dan kocik hati dengan kami. Tak payahlah setup the balaci's untuk menentang kami. Jika terasa nak tahu kelemahan diri, rajin-rajinlah baca blog kami. Ingatlah pesan hikmah Abul Hasan As-Sadzili, "Jika ada musuh yang bisa mendekatkan kamu kepada Allah, maka hal itu lebih baik daripada teman akrab yang menjauhkan kamu daripada Allah."

19. Dan kepada the balaci's, ingatlah pesan Imam Al-Ghazali, "Apabila secara kebetulan kamu menjadi orang yang dekat dengan penguasa, maka berhati-hatilah kamu seolah kamu sedang berdiri di atas pedang yang amat tajam."

Friday, December 13, 2013

Jangan bersungut - Mahathir

Memandangkan situasi semasa ramai yang merungut dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, elok kita renung semula apa kata Tun Dr. Mahathir mengenai kos sara hidup pada Januari 2010.

Bersedia Hadapi Kos Sara Hidup Lebih Tinggi

Rakyat mesti bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi bagi barangan dan perkhidmatan jika mereka mahu menikmati pendapatan yang lebih tinggi di bawah Model Ekonomi Baru yang dicadangkan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kos sara hidup perlu meningkat di bawah ekonomi berpendapatan tinggi kerana kerajaan juga perlu menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

"Tanpa peningkatan kos sara hidup, kita tidak boleh menikmati pendapatan lebih tinggi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang Model Ekonomi Baru.

"Bagi kerajaan, ini soal menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. Kerajaan juga perlu ada wang untuk membayar upah yang lebih tinggi kepada anggotanya," kata beliau selepas upacara menandatangani perjanjian antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd di sini.

Namun demikian, kata Mahathir, pendapatan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia membeli lebih banyak kerana peningkatan pendapatan akan lebih tinggi daripada kenaikan harga keperluan harian.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia tidak harus bersungut tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana negara ini menikmati harga terendah bagi hampir segala-galanya, berbanding negara-negara jiran sekalipun.

"Malah kebanyakan negara pengeluar minyak juga menjual produk petroleumnya pada harga yang lebih tinggi. Jadi, jika rakyat mahu pendapatan lebih tinggi, mereka mestilah menerima hakikat perlu membayar lebih bagi apa juga yang mereka beli," tegas beliau.

Mahathir berkata kerajaan juga sedang mengkaji pelaburan langsung asing yang boleh membantu menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui industri yang ada lebih nilai tambahan, dan beginilah caranya negara-negara kos tinggi di dunia kekal berdaya saing meskipun tenaga buruhnya mahal.

"Kita tidaklah akan menanggung kos setinggi sesetengah negara maju ini, tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa kita perlu membayar lebih bagi membolehkan pengeluar membayar upah yang lebih tinggi," kata beliau.

Wednesday, December 11, 2013

Monday, December 9, 2013

Ucapan 'cerdik' seorang Presiden

1. Ada beberapa perkara yang kami ingat Najib sebut dalam ucapan penggulungan PAU 2013. Antaranya ialah "Kita tahu UMNO pun tidak sempurna", "Jangan apologetik ini hak kita!" dan "Kami tidak pernah rasis. Kami adil untuk semua...".

2. Ya memang semua pun tau UMNO tu tak sempurna. Mana ada manusia atau pertubuhan atau apa saja yang sempurna melainkan MAHA PENCIPTA. Dan tiada manusia yang maksum selain nabi di dunia ni, hatta Nik Aziz dan Pas pun tak maksum. Cuma penganut Pas saja yang menganggap Nik Aziz dan Pas itu sempurna dan maksum. Sebab tu semua yang Nik Aziz dan pemimpin Pas buat tidak salah di mata penganut mereka walaupun sangat jelas kesalahan yang dilakukan.

3. Najib kata jangan apologetik tentang hak Melayu. Nampaknya Najib kena nasihat sepupunya sendiri yang pernah apologetik Cium Keris Minta Maaf hingga kini melekat dengan gelaran Hisham CKMM.

4. Najib juga kata tidak menafikan hak orang lain tapi ramai yang masih skeptikal kerana Najib selalu cakap tak seiring dengan perbuatan. Memang betul Najib tak nafikan hak kaum lain, tapi pada masa sama banyak perkara yang Najib buat seolah menafikan hak Melayu sendiri semata-mata nak gembirakan kaum lain; hingga tergamak Najib merendahkan maruahnya sendiri.

5. Mana boleh lupa siapa yang gubal Akta Pendidikan 1996 yang menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan dana untuk sekolah vernakular dan terpaksa pula menanggung gaji guru sekolah vernakular. Sebelum 1996, sekolah vernakular hanyalah sekolah persendirian tanpa tanggungan kerajaan kerana ia termaktub dalam perlembagaan. Tapi Menteri Pendidikan 1996 sudah gubal akta semata-mata nak gembirakan Cina. Ketika itu UMNO dan BN kuat pun Najib dah terhegeh nak please Cina, bayangkan masa UMNO/BN lemah sekarang ni, apa saja mungkin sanggup dilakukan Najib. 

6. Mana boleh lupa siapa yang terhegeh menjanjikan berjuta 'wang rakyat' di setiap kempen pilihanraya kepada sekolah vernakular. Siapa pula yang menjatuhkan maruah sendiri memukul gendang iklan Tahun Baru Cina. Perdana Menteri pertama mana yang tergamak merendahkan maruah berjumpa dan melayan Dong Jiao Zong. Kerajaan pimpinan siapa yang 'senyap' bila Islam, Melayu dan Raja di hina oleh kaum lain, tetapi bila Melayu membalas, terus diambil tindakan segera. Kerajaan pimpinan siapa yang mengiktiraf sijil universiti di China untuk diguna pakai di negara ini. Kerajaan pimpinan siapa yang membawa kaum lain menguasai Petronas dan GLCs sedangkan syarikat kaum lain sangat berkira untuk membuka peluang dan ruang kepada Bumiputera dalam syarikat mereka.

7. Memang Najib dan UMNO tidak racist dan adil untuk semua. Tapi yang ramai Melayu dok tanya, adakah Cina juga tidak racist dan bersikap adil terhadap Melayu selama ini? Sampai bila kerajaan Najib nak tunduk kepada segala tuntutan kaum chauvinist? Jika cina racist, adakah salah jika Melayu juga membalas dengan bersikap racist juga?

8. Tapi ada yang kami suka dalam ucapan Najib yang mahu pantau CEO GLC. Kata Najib, "Saya telah bermesyuarat dan berjumpa serta berbincang dengan ketua GLC, bahawa agenda permerkasaan bumiputera menjadi agenda nasional. Setiap CEO dan pengurusan GLC perlu melaksanakan agenda ini sebaik mungkin untuk memperlihatkan kesungguhan kita. Jadi ini KPI kepada CEO. Saya akan pantau ini. Akhir tahun, saya nak tengok kad laporan, skor kad. Kalau baik, baiklah, boleh sambung agaknya," katanya.

9. Cuma kami skeptikal, adakah Najib akan benar-benar pantau, atau hanya mengharapkan PEMANDU yang pantau, ataupun konsetan 7.2b yang pantau, atau janji Najib ini hanya sekadar nak jadi penyedap hati Melayu. Adakah Najib sedar apa yang sedang berlaku di Petronas hingga TDM letak jawatan? Adakah Najib tahu pelaburan yang dibuat 1MDB di Cayman Island yang turut dikenali sebagai 'syurga' penjenayah? Adakah Najib tahu apa Omar Ong buat dan bagaimana UDA menjahanamkan Bumiputera secara perlahan?

10. Ingat lagi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam yang dilancarkan Najib 14 September lalu? Intipati janji Najib dalam majlis itu pun masih tak nampak dimulakan lagi. Kini Najib dah buat janji baru pula nak pantau GLCs untuk agenda pemerkasaan bumiputera. Macamanalah Pribumi tak skeptikal terhadap Najib. Heh!


11. Sebenarnya ucapan penggulungan Najib di PAU 2013 boleh dikatakan bagus jika Najib tidak terlalu memuji 2 jasa isterinya. Mungkin Najib rasa tertekan atas segala kritikan terhadap Rosmah selama ini yang menyebabkan dia rasa terpanggil untuk memuji isteri sendiri di Persidangan Agong UMNO. Setahu kami yang selalu puji isteri sendiri dalam setiap ucapan di PAU dulu ialah Anwar Ibrahim sejak jadi Ketua Pemuda hinggalah Timbalan Presiden UMNO. Nampaknya Najib pun tiru Anwar dalam bab puji isteri sendiri di public. Buat orang meluat poik.

12. Jasa Rosmah yang Najib sebut tu sebenarnya tak salah pun. Keluarga 'mangsa' yang di bantu Rosmah pasti menghargai usaha Rosmah 'menyelamatkan' anak mereka. Cuma disebabkan terlalu ingin mempertahankan Rosmah, Najib secara tak langsung telah membuka pekong betapa lemahnya beliau selaku Perdana Menteri termasuk barisan kabinetnya dalam mengendalikan krisis yang dihadapi negara hingga terpaksa minta tolong bini. 

13. Mungkin dah sampai masanya Najib lantik Rosmah sebagai senator untuk jadi Duta, jika tidak pun Menteri Luar. Ternyata menteri kabinet Najib tak berguna sehabuk kerana terpaksa bergantung kepada pengaruh Rosmah untuk menyelesaikan masalah. Disebabkan pengaruh Rosmah terlalu hebat hingga dikhabarkan mampu menarik pelaburan ke dalam negara, mungkin juga sesuai Rosmah dilantik terus menjadi Perdana Menteri menggantikan suaminya. Mungkin itu lebih praktikal.

14. Tidakkah orang UMNO terfikir publisiti Rosmah yang keterlaluan mungkin turut menyumbang kepada pengurangan undi popular BN di PRU-13 hingga BN gagal memperoleh kerusi 2/3? Ada sesiapa yang pernah buat kajian?

15. UMNO perlu walk your talk terutama dalam perihal yang melibatkan Melayu dan Islam. 'Lisanul hal' lebih berkesan daripada 'lisanul maqal' untuk kembali menawan hati rakyat di PRU-14. Tapi memandangkan hingga kini tiada perubahan ketara pun berlaku dalam UMNO, nampaknya 'transformasi' hanya sekadar slogan dalam mimpi sajalah.

Saturday, December 7, 2013

Sajak Najib

"Sebagai Presiden Umno sebelum saya akhiri ucapan, saya ingin berpesan dan beri pedoman..."

Walau sutera cantik dipakai,
Belacu juga tahan diuji,
Sudah lumrah dalam perjuangan,
Ada yang luka ada yang parah,
Ada yang pergi membawa hati,
Ada yang hilang entah ke mana,
Apa guna merajuk hati,
Sampai membakar perjuangan sendiri,
Kalau Umno dah tertewas dan mati,
Kalau Umno sudah tidak bersenandung lagi,
Akhirnya tersungkur menyembah bumi,
Semuanya sudah tidak bermakna,
Semuanya sudah tidak bererti.

Saudara dan saudari...

Benar jika ada pun khidmat yang telah dicurah,
Jika adapun bakti yang telah disemai,
Usahlah sedikit pun berasa kesal,
Sekalipun ia tidak terpandang di dunia sementara,
Pesan orang cerdik di zaman bahari,
Tulislah jasa-jasa kita itu di atas pasir pantai,
Supaya hilang tersapu ombak,
Kerana budi kita yang baik,
Pastinya dikenang jua,
Jadikanlah luka dan parut itu sebagai tanda azimat,
Bahawa kitalah pahlawan Umno yang sedang berjuang.

Saudara saudari...

Ya...memang Umno tidak sempurna,
Ya...memang Umno tidak lengkap,
Kendati itu tabahkanlah nurani dan berlapang-lapanglah dada,
Bahawa perjuangan Umno secara manusiawinya adalah amat teguh dan sempurna,
Pokoknya janganlah Melayu berdengki-dengki sesama kita,
Janganlah Melayu menfitnah sesama bangsa,
Janganlah Melayu memusnah sesama sendiri,
Bersabarlah dalam menerima cubaan,
Teguhkanlah iman di dada,
Perjuangan ini adalah untuk kita terus hidup,
Pergorbanan yang dibuat adalah untuk melihat Umno terus mekar dan mengharum demi anak cucu,

Makanya saudara dan saudari sekalian...

Janganlah ditangguh-tangguh,
Usahlah berbasai basi,
Janganlah berdolak dalih lagi mengalas perjuangan mulia ini,
Sesungguhanya...
Allah Tuhan yang mentakdirkan siapa yang Dia kehendaki untuk naik,
Dan siapa yang Dia kehendaki untuk turun,
Kita merancang Allah juga merancang,
Dan Dialah sebaik-baik perancang,
Ketahuilah Allah itu tidak tidur,
Allah itu Tuhan yang nampak segala,
Umno sedang berbuat sehabis baiknya,
Redalah atas perjuangan ini,
Berserahlah segala semua kepadaNya,
Semoga negara ini menjadi,
Baldatun Toyyibatun Warabun Ghofur (negeri yang subur,makmur, adil dan aman)

Saudara saudari...

Makanya walau pembangkang terus-terusan bermain api,

Beraja di mata beraja di hati,
Tapi Umno dengan penuh bermaruah akan tetap bersultan di mata bersultan di hati,
Namun siapa kata Umno tidak berani?
Siapa kata Umno berdiam diri?
Umnolah yang akan membenteng betis dan menahan dengan perabung-perabung dada semua tusukan-tusukan itu,
Demi membela dan mempertahankan Islam,
Untung nasib Melayu, Bumiputera dan Malaysia tercinta kita ini.

Oleh sebab itulah selama ini biarlah kita dicerca,
Biar kita diasak sebegitu rupa,
Umno tidak sesekali akan putus asa,
Umno tidak sesekali akan merelakan bumi Malaysia diganggu walau sezarah pun kepentingannya.

Wahai ahli Umno semuanya,
Wahai pejuang parti sekalian,
Bingkas dan bangkitlah,
Umno parti menunjang watan,
Umnolah parti anak jantan.

Jauh ke tengah si pulau Pandan,
Gunung daik bercabang tiga,
Walau berpisah hayat dari badan,
Umno dan pertiwi diperbenteng jua.

Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!!
Hidup Umno!!! Hidup Umno!!! Hidup Umno!!!
Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!!

Hisham dah MALU sebenarnya...

Bermulo sajo Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2013, tetibo Hishamuddin Hussein masuk spital untuk menjalani angioplasti. Arteri sempit kato eh.

Doktor suh dio rehat. Zahid kato maso berucap tadi, Hisham tongah rehat ateh katil.

Tapi cakap-cakap perwakilan tak bulih nak suruk. Ramai koba Hisham sebona eh malu nak datang PAU kali ni. Al-maklumlah...dari nombor 2 dah jatuh no 3 jawatan Naib Presiden. Mano tak malunyo.

Dah lah tompek ketigo, pehtu undi popular (popularity vote) kurang daripado Mukhriz. Kok den la, kompom den buek-buek sakit cam Hisham.

Dan ado sumber bagitau Hisham akan dihontam dan di booo oleh perwakilan kalo dio muncul dalam PAU kali ni.

Jadi untuk jalan selamat, lobih baik rehat kat spital dan diisytihar sakit...

Apo pun den harap moga Hisham copek sombuh; dan bawak-bawaklah beronti merokok tu yor...


PETALING JAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dimasukkan ke hospital pada Isnin untuk menjalani angioplasti. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, beliau berada dalam keadaan stabil. Kenyataan itu menyebut, doktor telah mengesan salah satu salur arteri di jantungnya tersumbat ketika melakukan pemeriksaan kesihatan. "Doktor menjalani angioplasti pada pukul 3 petang. "Beliau dinasihatkan untuk berehat di hospital buat masa ini," menurut kenyataan itu.

Friday, December 6, 2013

Nak jadi sampai macam taufan Hayyan pulak ke?

Musim tengkujuh ini bolehlah dikatakan musim yang sinonim untuk orang buat kenduri kahwin, upacara berkhatan, cuti sekolah dan tidak terkecuali juga banjir. Beberapa negeri di Malaysia tidak terkecuali mengalami musibah banjir ini. Mungkin sesetengah pihak ada yang berfikir bahawa bencana alam ini adalah keadaan yang biasa berlaku di negara kita dan mungkin tidak seteruk dengan bencana alam yang berlaku di negara-negara lain.

Walaubagaimanapun, aku kagum dengan kesungguhan Malaysia membantu mangsa-mangsa taufan Hayyan di Filipina dengan kemurahan hati yang tidak terhingga dengan menyumbangkan sebanyak USD1 juta. Adakah sumbangan tersebut benar-benar ikhlas atau sekadar untuk menaikkan imej negara di mata dunia samata? 

Aku tidak menafikan bahawa bencana tersebut lebih besar dan lebih buruk jika dibandingkan dengan bencana yang dialami di negara ini. Namun begitu aku nak ingatkan pemimpin-pemimpin kita ni bahawa mangsa yang menghadapi bencana alam yang tidak seberapa di negara inilah yang telah memilih engkau tu menjadi pemimpin. Apa bangang sangat sampaikan nak hantar bantuan kepada mangsa di Kuantan pun ambik masa dua hari? Sampai terpaksa pulak mangsa-mangsa ini berpuasa, padahal hampiir setiap tahun bencana banjir ini akan melanda negara. Tiadakah persediaan untuk jangka masa panjang bagi menghadapi situasi macam ni yang pasti akan berlaku setiap tahun? Takkanlah kerenah birokrasi menjadikan bantuan yang sepatutnya tiba lebih awal lambat hadirnya? Walhal mangsa-mangsa banjir ini tidaklah pun mengharapkan bantuan sampai USD1 juta pun...

Kemonlah brader, janganlah sampai kera di hutan disusukan sedangkan anak di rumah sendiri kelaparan. Janganlah dah terhantuk baru tengadah.

Kita semua kena ingat seandainya satu hari nanti negara kita menghadapi ancaman, bukannya warga Filipina ke, Thailand ke, Singapura ke yang akan mempertahankan tanah air kita; tapi mungkin wira kita adalah dari kalangan mereka yang menjadi mangsa di Kuantan itu sendiri.

Jangan dah bagi bantuan nanti melalak pulak nak kata rakyat tidak pernah menghargai kerajaan. Sebenarnya rakyat akan sentiasa menghargai pemimpin yang sentiasa memberikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. Bukannya yang menyusahkan dan retorik. 

Lu fikirlah sendiri.

Thursday, December 5, 2013

UMNO Imej Baru

Alhamdulillah, Allah berikan hidayah dan petunjuk kepada Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO. Jika BERSETUJU insan bernama Kazim Elias Al-Hafiz (cerita hot minggu ini). maka, UMNO sedang mengalami proses peremajaan dan kelahiran semula (alam Melayu UMNO) seperti zaman kehadiran Za'aba, Sheikh Fahim, Ahmad Fuad (kelompok-kelompok Sunni) yang taat kepada amalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah untuk kepentingan kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia.

Ramai bilangan manusia seperti Kazim Elias ini, guru-guru dan mursyid Pondok juga ramai yang berminat, nampaknya UMNO sedang membuka pintu untuk "melurus dan merapatkan saf"...

Jadi tidak hairan selepas ini, pemikir-pemikir Islam sohor akan kembali menyumbang ilmu, budi dan bakti mereka...antaranya Dr. Haron Din dan jemaah Darus Syifa' di Bangi (yang taat kepada Ahlul Sunnah), Mursyid-mursyid Madrasah dan Pondok Utama di seluruh Malaysia...insya Allah.

Fenomena ini akan membina satu "solusi" untuk mengizinkan kelancaran perbahasan dan pelaksanaan pelbagai kepentingan khasnya tentang Kanun Undang-Undang Syariah yang lengkap lagi melengkapi seperti yang pernah dibentang dan dibahas dengan mendalam oleh Almarhum Prof. Tan Sri Mohamed Ahmad Ibrahim sepanjang tempoh 1988-2000 (dalam banyak tulisan rasmi beliau yang tersimpan kemas di Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman). Moga Allah berikan kekuatan kepada UMNO dan anak Melayu fasih ilmu Agama Islam tinggi untuk mengurus kepentingan ummah Malaysia ini.

UMNO tetap SOHOR dan NYATA TEPAT sebagai "medium perjuangan bangsa Melayu". UMNO masih relevan dan terus relevan, selagi mana, UMNO sebagai parti dan ahli serta orang UMNO sebagai manusia berwatak yang percaya bahawa Islam anutan ini sebagai Agama kerahmatan sekelian Alam Buana.

Wednesday, December 4, 2013

Bullshit Mursyid PAS

ADUN Pulau Melaka nak katokan dia ko yang Bangang atau Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Malaysia yang Bangang!

Maso kau menonggok kerusi eksekutif selama 23 tahun di Kelantan, ekau tak punya azam dan niat untuk memakmurkan fikiran ummah secara profesional. Tinggalkan sebentar pemikiran jumud dan keSYIAHan Pas di pintu-pintu markas Pas atau pun di Kota Bahru.

Kini bila MB Kelantan mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan rasmi dengan DS Najib, Perdana Menteri Malaysia dari UMNO-BN, kau pulak yang purak-purak TERKEJUT?

Apo selama ini Kelantan kau tadbir dengan pendekatan "flint-stone" ka? Atau guna konsep Mr.Bean atau mauduk kais pagi makan petang, kais petang makan esok, kais-kais langsung tak makan?!

Padanlah wujud kisah Sindrom Kelantanese iaitu rakyat tak peduli dengan Kerajaan Negeri Pas Kelantan pun, mereka terus berbisnes...tapi biarkan si luncai terjun.

Wahai Nik Aziz Nik Mat, keturunan Raja Banjar yang sesat di Kelantan...sodarlah sikit...Kuasa Eksekutif seorang Menteri Besar ialah kuasa yang wajar dihormati oleh seorang Perdana Menteri. Ekau memang tak pernah berhajat untuk buat pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri khasnya Dr. Mahathir masa zaman Dr. Mahathir tadbir negara sebab Dr. Mahathir selalu beri markah ehsan dan subsidi kepada kau di Kelantan. 

Dr. Mahathir sajalah dulu yang pernah 'terhegeh' datang jumpa kau di Kelantan masa melawat negeri itu sobab ekau Nik Aziz Nik Mat terikut perangan setan ANGKUH, SOMBONG, BONGKAK, JOBO nak merendah diri mengadap Perdana Menteri Malaysia di Persekutuan.

Bersyukurlah bahawa tanahair ini masih Ahlul Sunnah, sobab andai Syiah dan Wahabi yang berkuaso, lamo dah bungkusss lobai oii!!

*********

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu pertemuan yang tidak dijangka.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, sepanjang lebih 20 tahun beliau menerajui negeri ini, tiada pertemuan rasmi seumpama itu diaturkan.

"23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.

"Insya-ALLAH, kita minta doa minta Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan," katanya semasa kuliah Mingguan di Dataran Ilmu semalam.

Pertemuan Ahmad berserta dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Datuk Dr Fadzli Hassan bersama Najib di Perdana Putra dianggap bersejarah kerana ia tidak berlaku di bawah pimpinan Nik Aziz.

Lebih menarik perhatian umum, pertemuan dua kerajaan itu diadakan sewaktu pimpinan Pas dan Umno masing-masing menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah.

Bagaimanapun, satu kenyataan dikeluarkan semalam menyebut pertemuan itu tidak membincangkan soal kerjasama politik, sebaliknya lebih memfokuskan isu infrastruktur negeri termasuk royalti minyak dan pelaksanaan hudud.

Difahamkan pertemuan itu dirancang selepas Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, namun tidak dapat dilakukan kerana jadual Perdana Menteri yang padat. - (Sinar Harian Online).

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive