Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, January 30, 2011

Laporan Terkini PRK DUN N05 Tenang

1- Sehingga jam 4pm peratusan keluar mengundi masih rendah iaitu 53% di setiap peti undi.

2- Faktor hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat di kawasan peti undi menjadi punca utama pengundi tidak keluar mengundi, sebaliknya selesa berada di rumah selagi tidak dijemput untuk keluar mengundi.

3- Banyak jalan ke tempat pembuangan undi terputus kerana banjir dan tidak dapat dimasuki kenderaan.

4- Jentera BN perlu menggunakan 1 jam terakhir untuk menelefon setiap pengundi melalui data maklumat pengundi bagi memastikan mereka sudah mengundi dan perlu mengambil pengundi walaupun waktu mengundi semakin tamat.

5- SPR dijangka akan menyambung waktu tamat mengundi sehingga jam 7pm kerana faktor bencana alam.

6- Kehebatan ceramah dan program untuk pengundi waktu berkempen tidak mendatangkan hasil sekiranya gagal dalam melaksanakan penyudah atau 'finishing'.

7- Faktor kemenangan hari ini bergantung kepada bagaimana jentera parti mengenalpasti penyokong mereka dan membawanya ke tempat mengundi.

8- Kepada semua peraih undi yang setia berkorban di pusat undi, kami ucapkan "Selamat Berjuang."

No comments:

Post a Comment

Blog Archive